BAB
16
Hari ini dengan
rasminya aku tak payah drive pergi office sebab Rizal dah habis tugas
diluar kawasan.Fuhh boleh la aku rehat sikit.So duduk je dalam kereta ada orang tolong hantarkan.Mana Rizal ni
tak turun lagi,tahu la office tu dia
punya.
Aku ni banyak kerja nak kena siapkan lagi.Selepas jadi isteri Rizal aku
dah tak payah pulang ke rumah lewat malam sebab dah jadi isteri bos katakan.Kesian
Faiz sorang-sorang kat Malaya Holdings.Tetapi
untung balik la sebab jawatan aku Faiz yang pegang sekarang.Ngomel Nur Alia.Ishh
tak boleh jadi mamat ni.Lama betul bersiap,kalah aku pula.Nur Alia meluru naik
ke bilik tidur.Belum sempat Nur Alia memulas tombol pintu,pintu bilik terbuka
dari dalam “Oitt!!” Jerit Syafiq Rizal.
Huh?Kenapa dia ni tengok
aku pun terkejut?Tapi lawak juga dia eh.Ngomel Nur Alia di dalam hati.
“Hey awak ni kenapa hah?Terkejut macam nampak saya ni hantu pula.Cepatlah
saya dah lambat nak pergi office.Banyak
kerja nak kena settle,”
“Kalau nak pergi awal pergi
la... Tak payah tunggu saya,faham?!” Tegas Syafiq Rizal lalu meninggalkan Nur Alia
terpinga pinga.
Pehal dia ni tiba-tiba
angin dengan aku.Sabar Lia sabar.Nur Alia menuruni tangga mengekori Syafiq Rizal
ke kereta.
Di dalam kereta hanya
kedengaran bebelan suara Johan,Ray dan Hanif Dj radio Era di dalam kereta.Selalunya memang
suara mereka yang kedengaran dipagi hari.Setiap hari semasa aku dalam
perjalanan ke office memang akan
mendengar bebelan mereka ini dulu.So
tak la tension pagi-pagi dah kena
pergi kerja.Aku dan Rizal membisu seribu bahasa.Apa aku buat semalam sampai
mamat ni melenting eh?Fikir Nur Alia.
“Semalam awak sampai
rumah pukul berapa Rizal?” Tanya Nur Alia memandang muka Syafiq Rizal.Diam
tiada jawapan dari suaminya.
“Awak... saya tanya
awak ni?”
“Yang awak sibuk hal
saya kenapa?Suka hati saya la nak balik rumah pukul berapa.Lain kali tak payah
ambil tahu hal saya.” Tegas Syafiq Rizal dengan muka masam mencuka.
Aiii mamat ni memang
menguji kesabaran betul.Aku tanya baik-baik nak marah aku pula.Rungut hati Nur
Alia.
“Oh okey...” Jawab Nur
Alia.
Sudahlah malas aku nak
melayan.Lagi melayan buat aku sakit hati.Ngomel Nur Alia dalam hati.
Syafiq Rizal menjeling Nur
Alia disebelahnya. “Lain kali jangan buat perkara yang saya tak suka.” Nada Syafiq
Rizal berubah tinggi.
Ahh suka hati la aku
nak buat apa pun,ada kau kisah?Ngomel hati Nur Alia.
“Okey... ” Jawab Nur Alia
dengan selamba.
Dia ni suka sangat bagi
aku sakit hati!Tak guna betul pendek!.Getus Syafiq Rizal dalam hati.
“Nanti lepas kita balik
dari honeymoon,kita pindah dari rumah
abah dan mama.” Kata Syafiq Rizal.
Pindah??Oh no... no... aku tak nak pindah.Aku tak ready lagi nak tinggal satu bumbung
dengan Rizal.Tidak!Rengus hati Nur Alia.
“Kenapa pula nak pindah
rumah mama dengan abah.Bukan ada orang pun,kita empat je kan?Lagipun kesian
mama tak ada orang nak teman,tak ada orang nak ajak bersembang.” Sayu suara Nur
Alia.
“Abah ada... tak payah risaukan
sangat.Nanti free kita melawat la
mama dengan abah.Kita pindah bukan jauh dari rumah diorang.” Tegas Syafiq Rizal.
Aduh parah aku macam ni
kalau tinggal satu bumbung dengan dia.Tak boleh bayangkan apa akan terjadi
kalau aku dengan Rizal je dalam satu rumah?Hanya dua orang sahaja?Haih... Keluh
Nur Alia di dalam hati.
“Maknanya lepas ni saya
kena kemas rumah,memasak,lipat kain?”
“Lepas tu siapa lagi
nak buat semua tu?Tak kan saya yang nak buat?Cuba jadi seorang isteri yang
solehah,taat pada suami,”
Alamak bertambah penat
la aku lepas ni.Aku tak kisah pun nak buat semua tu,cuma lepas ni tiada masa
aku nak rehat sangat la.Ngomel Nur Alia.
“Hah tapi dengan syarat
awak tak boleh tidur sekatil dengan saya okey?” Rayu Nur Alia.
“Ehh kenapa pula tak boleh.Katil dalam rumah tu saya yang beli.Perabot dalam rumah
tu semua duit saya.Suka hati saya la nak tidur sekatil ke tak.” Kata Syafiq Rizal
sambil membetulkan rambutnya.
“Okay fine... awak nak sangat tidur atas katil tidurlah,saya tidur
atas sofa je.” Jeling Nur Alia.
Sumpah menyampah dengan
mamat ni.Benci!Rengus Nur Alia dalam hati.Terasa panas duduk dalam kereta tu.Buka
la kuat mana aircond tetap panas
dengan perangai Syafiq Rizal.
“Selamat pagi Encik
Rizal,Puan Alia,”
“Pagi Rose.” Jawab
mereka serentak.
“Encik Rizal tadi Mona
datang.Katanya nak jumpa dengan Encik Rizal.” Kata Rose.
“Oh Mona... okay thanks Rose.Ada apa-apa lagi?”
“Cik Mona minta Encik
Rizal hubungi dia segera.Urgent
katanya,”
“Okey terima kasih
Rose.” Syafiq Rizal berlalu ke biliknya meninggalkan Nur Alia dan Rose disitu.
Mona?Siapa tu?Tak
pernah aku dengar nama tu sebelum ni.Mana aku nak dengar.Rizal pun aku baru
kenal, ini kan kawan-kawan dia.Hari tu Marisa sekarang ni Mona pula.Ramainya
kenalan dia eh.Yang aku nak sibuk ni pehal?Jealous?Aku
tak akan senang-senang nak jealous kalau perangai Rizal macam tu.Huh!Menyakitkan
hati.Rengus hati Nur Alia.
Syafiq Rizal melabuhkan
punggungya.Kenapa Mona suruh aku call eh ada hal penting sangat ke.Syafiq Rizal
mendail nombor Mona.
“Hello Riz!How are you cousin?Lama
tak dengar khabar kau.” Mesra Mona menjawab panggilan Syafiq Rizal.
“Hey Mona alhamdulillah aku
sihat,kau apa khabar Mona?”
“Aku macam biasa Riz,eh
aku lama tak jumpa kau kan.Kau dan Alia macam mana bila nak honeymoon?”
“Haha... aku dengan
Alia okey dan honeymoon tu coming soon,”
“Wow korang pergi honeymoon
mana?Paris?Eropah?Ehh Marisa kirim salam.” Kata Mona.
“Kami tengah bincang
nak pergi mana Mona.Oh ya waalaikumussalam.Marisa ada kat situ ke Mona?”
“Yup she here.Okey la Riz saja aku call kau lama kita tak berborak.See yaa bye!
“Oh okey Mona,bye.” Talian ditamatkan.
Tersenyum Syafiq Rizal
mendengar suara Mona yang mesra itu.Memang mereka kenal sejak dari kecil.Sepupu
kesayangan katakan.Syafiq Rizal sudah menganggap Mona macam adik sendiri.Lagipun
Syafiq Rizal tiada adik ini lah nasib anak tunggal tiada abang tiada kakak tiada
adik tapi bebas.Bebas buat apa sahaja.Nak bermanja dengan ayah dan umi tiada
siapa nak menghalang.Minta sesuatu pun mesti dapat.Tak pernah Syafiq Rizal
tidak mendapat apa yang dia mahukan.Cuma satu yang Syafiq Rizal tidak dapat dan
sangat tercabar.Nur Alia Binti Mohd Sufian.Susah betul nak dapat hati isterinya
itu.Hati keras macam batu rasanya terlebih keras dari batu mungkin.Aku mesti cari
jalan nak tambat hati Alia.Selagi aku tak dapat selagi tu tiada siapa pun yang akan
dapat kau Lia.Tiada lelaki mana pun akan dapat kecuali aku Muhammad Syafiq
Rizal Bin Mohd Kamal.Senyum Syafiq Rizal sambil melihat gambar perkahwinan dia
dan Nur Alia.
Hujung minggu kali ini Nur
Alia hanya duduk dirumah sahaja.Puan Lisa dan Encik Sufian sudah keluar pergi
berjumpa teman lama abah.Syafiq Rizal pula keluar entah kemana.Nur Alia hanya
luangkan masa menonton televisyen di rumah.Sesekali dia membelek telefon bimbitnya.Sedang
Nur Alia berfikir dia teringatkan rakannya,Suraya.Nur Alia ingin berjumpa
Suraya pada masa yang sama dia mahu melawat bayi Suraya.Sebelum Nur Alia
berkahwin,dia selalu melawat Suraya.Nur Alia mencapai telefon bimbitnya lalu
menelefon Suraya.
“Assalamualaikum Su.”
Nur Alia memberi salam.
“Waalaikumussalam
Lia.Weh kenapa call aku?”
“Su aku nak datang
rumah kau boleh?Nak melawat baby kau
la.”
“Okey boleh je,lagipun
aku free je ni.Kau nak datang pukul
berapa Lia?”
“Dalam pukul 6 petang macam
tu aku sampai rumah kau ye,”
“Okey sempat lagi aku
nak masak.Kau datang sorang ke dengan husband
kau?”
“Ehh tak payah
masak la Su.Aku nak pergi melawat kejap
je.A ah aku datang dengan Rizal.Okey Su aku nak buat keje sikit ni.Jumpa kejap
lagi ye.Bye.” Talian ditamatkan.
Kalau aku ajak
Rizal,dia nak ikut aku ke tak eh.Aku try
jela hantar SMS dekat dia.Nur Alia mula menaip mesej lalu menghantar kepada
Syafiq Rizal.
Awk kejap lagi sy nk pegi rumah suraya.Awk nak ikut tak?
Setelah 5 minit
menunggu,Syafiq Rizal tidak membalas SMS Nur Alia.
Mana pula mamat ni.Lambat
betul nak balas.Aku pergi buang air dulu
pun sempat.Entah-entah nanti tak balas jugak lepas aku balik dari toilet! Nur Alia berlalu pergi ke bilik
air.
Ya Allah mana dia
ni!Pengsan ke sampai tak boleh nak reply
mesej aku.Kejap lagi kalau aku pergi macam tu je,marah pula sebab tak beritahu dia.Nur
Alia mengetuk-ngetuk meja sambil menanti SMS dari Syafiq Rizal.Kalau dia tak balas
juga dalam 10 saat,aku pergi sorang jela.Nur Alia mula mengira.10…9…8…7…6…5…4…3...
2…. Tiba-tiba kedengaran bunyi SMS diterima.
Hah balas pun.Nur Alia
membaca SMS Syafiq Rizal.
Buat apa pegi rumah dia???Pukul berapa nak pegi??lama
tak??
Banyak tanya la pula
dia ni.Haih.Nur Alia ingin membalas semula SMS
kepada Syafiq Rizal.Tidak sempat Nur Alia ingin menghantar mesej kepada
suaminya.Tiba-tiba telefon bimbit Nur Alia berbunyi.Aik terus call? Ngomel Nur Alia.
“Ye hello Rizal.” Jawab Nur Alia.
“Haa Lia,awak nak pergi
rumah dia buat apa?”
“Saya nak tengok baby dia la.Awak nak ikut ke tak?”
“Nak!Tunggu saya nanti.Bye.” Syafiq Rizal menamatkan
panggilan.Nur Alia terpinga-pinga dengan reaksi suaminya.
Syafiq Rizal menjemput
Nur Alia di rumah,lalu mereka menuju ke rumah Suraya.Sebelum mereka pergi ke
rumah Suraya,mereka berhenti membeli buah tangan untuk diberikan kepada Suraya.
“Assalamualaikum.” Nur
Alia memberi salam.
“Waalaikumussalam
Lia.Oh Rizal pun ada sekali.Mari la masuk.Sorry
la korang aku tengah mandikan baby
tadi.” Ujar Suraya menjemput Syafiq Rizal dan Nur Alia.
Nur Alia memberi kek
pisang kepada Suraya yang dibelinya sebentar tadi.Dia duduk bersimpuh di
sebelah Suraya.Dia melihat Suraya sedang menyapu bedak lalu memakaikan bayi itu
dengan pakaian.
“Alololo... comelnya
anak kau Su.” Puji Nur Alia sambil memegang lembut pipi bayi itu.Syafiq Rizal
tersenyum melihat bayi Suraya.
“Kau tengok la comel
macam siapa kan Zaquan.Macam mama dia la.” Suraya mencium pipi anaknya itu.
“Anak kau yang lain
mana Su?”
“Diorang pergi main dekat taman permainan.Korang tunggu
kejap ye.Aku nak buatkan air.Kau dukung la Zaquan tu Lia.Mesti dah tak sabar
nak ada anak ni.” Usik Suraya lalu pergi ke dapur.
“Meh dekat aunty meh.Zaquan ada aunty dengan uncle.Mama Zaquan sibuk dekat dapur tengah buat air.Nanti besar
Zaquan mesti handsome kan.” Nur Alia
mendukung bayi itu sambil bercakap dengannya.Syafiq Rizal tersenyum melihat
gelagat isterinya bersama Zaquan.
“Mesti Zaquan handsome macam uncle nanti besar kan?” Sengih Syafiq Rizal sambil memegang lembut
tangan bayi itu.
“Eeee... perasannya uncle Rizal ni kan Zaquan?Nanti besar
Zaquan mesti lagi handsome dari uncle.” Perli Nur Alia sambil tersenyum
manis bermain-main dengan bayi itu.Syafiq Rizal hanya tersenyum mendengar
kata-kata isterinya di sisi.
“Aunty jealous la tu sebab uncle
lagi handsome dari
Zaquan.Kan...kan...”
“Ehh… ehh... dia ketawa
pula!” Ujar Nur Alia melihat reaksi Zaquan.
“Haa maknanya betul la
tu.” Syafiq Rizal memegang lembut pipi bayi itu.
“Nah awak dukung Zaquan
pula.Saya nak tengok Suraya dekat dapur kejap.Apa yang dia buat dekat dapur
tu.” Nur Alia memberi Zaquan kepada Syafiq Rizal.Suaminya itu mendukung Zaquan
sambil bermain-main dengan bayi itu.Nur Alia berlalu ke dapur melihat Suraya.
“Hoi Su apa kau buat
lama-lama dekat dapur ni hah.” Tegur Nur Alia kepada rakannya yang sedang leka
menggoreng sesuatu.
“Terkejut aku.Ni haa
goreng cucur jagung dekat korang.Sorry
la Lia,aku tak sempat nak masak benda lain.Yang ni je bahan yang ada dekat
dapur.Kau nak datang rumah aku,beritahu last
minute.Cuba beritahu awal-awal.” Bebel Suraya sambil menggoreng cucur jagung di dalam kuali.
“Alaa tak payah la
masak banyak-banyak.Aku dengan Rizal je nak makan.Comel kan Zaquan.Geram pula
aku tengok.” Nur Alia mencuri pandang Syafiq Rizal dan Zaquan di ruangtamu.Nur
Alia tersenyum melihat gelagat suaminya itu.Sesekali Syafiq Rizal mencium
Zaquan.Syafiq Rizal tidak kekok melayan kerenah bayi itu.Sangat mesra.Bagai
seorang ayah dan anak.
“Kau ni tengah skodeng
anak aku ke,skodeng husband kau Lia?”
Tegur Suraya di belakang Nur Alia.
“Aku tengok Zaquan la,”
“Eleh ingat aku tak
tahu ke.Aku ni dah lama kenal kau la Lia.Sejak kita di UiTM lagi aku tahu dah
perangai kau macam mana.Kau bila nak dapat anak Lia?Aku tengok Rizal tu dah
boleh jadi ayah.Pandai dia melayan Zaquan.” Ujar Suraya.
“Err... InshaAllah
Su.Nanti dapat la.” Senyum Nur Alia.
“Haa bagus.Ehh jom kita
makan,semua dah siap ni.” Suraya dan Nur Alia menghidangkan makanan di atas
meja.Mereka rancak berbual.Setelah lama di rumah Suraya.Nur Alia dan Syafiq
Rizal meminta diri untuk pulang.
Ketika di dalam kereta
Nur Alia sedikit gelisah.Syafiq Rizal memandang isterinya sambil mengerut dahi.
“Awak kenapa ni Lia?”
Tanya Syafiq Rizal.
“Agak-agak kan,sempat
tak sampai rumah?Takut tak sempat nak sembahyang Maghrib la Rizal.Jalan sesak
pula sekarang ni,”
“Sempat Lia.Jangan
risau ye.Comel kan Zaquan tadi Lia.Apa nama penuh dia?”
“Dia comel sangat
awak.Nama dia Muhd Zaquan Harith.” Jawab Nur Alia sambil tersenyum.
“Amboi nama ala-ala mat
saleh.” Ujar Syafiq Rizal.
“Ala biasa la
Rizal,nama budak sekarang.Nanti anak kita pun mesti nak nama macam mat saleh
jugak.” Laju ayat itu keluar dari mulut Nur Alia.Mungkin dia teruja melihat
Zaquan sebentar tadi sehingga dia tersasul menyebut tentang anak bersama Syafiq
Rizal.
“Hah apa awak cakap
tadi Lia?Saya tak dengar la?Boleh ulang balik tak.” Sengih Syafiq Rizal
memandang isterinya.Dia sengaja menyuruh Nur Alia mengulangi ayat yang disebut
isterinya.
“Err... tak ada apa
lah!” Merah muka Nur Alia menahan malu.
“Hehe.Kalau saya kan
Lia.Saya nak letak nama anak saya Muhd Adam Syafiq untuk anak lelaki.Kalau anak
kita perempuan nak letak nama Nur Aleeya Qistina.Okey tak?” Tanya Syafiq Rizal.
“Wah okey jugak tu.Kalau
saya pula.Kalau anak lelaki nak letak nama Muhd Ryan Hakimi.Perempuan pula Nur
Natasya Balqis.” Senyum Nur Alia.
“Ehh ada nama Hakimi?”
“A ah kenapa?Okey tak
nama tu?” Nur Alia memandang wajah suaminya disebelah.
“Hmm okey.” Tiba-tiba
Syafiq Rizal bertukar murung apabila mendengar nama Hakimi.Entah kenapa dia
tidak boleh mendengar nama itu.Mungkin dia sakit hati dengan Ashraf Hakimi.
“Awak?” Nur Alia
memandang wajah suaminya.Dia pelik kenapa suaminya itu tiba-tiba diam membisu.
“Hmm.Jom kita dah
sampai.Nanti terlepas pula solat Maghrib.” Tegas suara Syafiq Rizal.Dia meluru
keluar dari kereta tanpa melihat wajah isterinya.Nur Alia yang berada di dalam
kereta melopong melihat gelagat suaminya.
Kenapa pula Rizal
tu.Memang macam The Hulk betul la perangai dia.Cuma kalau dia marah tak
bertukar jadi warna hijau je.Muka je bertukar.Bertukar jadi masam mencuka!Aku
nak tegur pun nak kena fikir banyak kali.Nanti tak fasal-fasal kena tengking
pula.Sabar jela Alia.Kalau aku pun naik marah confirm meletup.Nanti mula la nak bergaduh.Mula la buat hal
masing-masing.Lebih baik aku happy
kan diri aku ni.Esok,lusa okey la balik Rizal tu.Nur Alia mengambil tas
tangannya lalu keluar dari kereta.
No comments:
Post a Comment