Wednesday, 18 June 2014

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 18)


BAB 18
“Assalamualaikum  abah,aik sorang je ke Rizal mana abah?” Tanya Nur Alia.

“Rizal keluar Lia.Awal kamu balik,mama kamu mana?”


“Itu ada dekat luar tengok taman mini mama.” Nur Alia berjalan duduk di sofa mengadap Encik Sufian.

“Kamu pergi jumpa siapa tadi Lia?” Tanya Encik Sufian kepada anak tunggalnya itu.

“Tadi jumpa Liana kejap abah.Lama sangat Lia tak jumpa dia.Lepas juga rindu Lia pada Liana tadi.” Senyum Nur Alia pada Encik Sufian.

“Oh Liana kawan kamu masa di UiTM dulu kan.Lia bila kamu nak pergi berbulan madu dengan Rizal?”

“Err kami dah bincang fasal tu abah.Dalam proses nak pergilah ni dan lepas balik dari bulan madu maybe kami akan tinggal di rumah sendiri.” Sayu Nur Alia.Kalau boleh dia tidak mahu berpindah.Tetapi Syafiq Rizal yang membuat keputusan begitu dia terpaksa ikutkan sahaja.

“Haa bagus sangatlah tu.Kamu nanti dah ada anak tak kan nak tinggal di rumah ni lagi.Bila dah duduk dirumah sendiri baru Lia akan rasa ada family sendiri.” Senyum Encik Sufian pada Nur Alia.

“Hmm iyelah abah, Lia naik atas dulu ye nak mandi kejap.” Nur Alia meminta diri lalu berlari anak menaiki tangga.

Nur Alia baring diatas katilnya dan bermalas-malasan sebelum membersihkan diri.Di dalam kepalanya banyak yang difikirkan.Macam mana la kalau ada keluarga sendiri nanti eh?Tapi tak kan la aku akan sehidup semati dengan si Rizal tu?Sampai bila aku nak jadi macam ni?Rizal tu pun satu,Marisa kan dah ada dekat Malaysia ni.Pergi jela melamar jadi isteri lepas tu aku boleh lah bebas dari Rizal.Haih masalah... masalah... kenapa la aku boleh setuju bernikah dengan Rizal dulu.Itu la,aku tak selidik dulu Rizal tu perangai macam mana sebelum terima Rizal.Kan aku sendiri yang sakit hati dan makan hati dengan perangai mamat poyo tu.Sekarang ni entah mana dia pergi tak balik lagi,merajuk kut!Pergi mengadu dekat Marisa la tu.Nama je lelaki tapi kuat mengadu!Ehh pandai-pandai aku je buat andaian kan?Kisah apa aku entah-entah betul dia pergi mengadu sambil buat muka kesian dia dekat Marisa.Ngomel Nur Alia sambil memikirkan masalahnya dengan Syafiq Rizal.Setelah puas dia merehatkan diri,Nur Alia bangun untuk pergi membersihkan dirinya.

Di malam yang sunyi dengan bunyi cengkerik bernyanyi,bulan dan bintang indah nun dilangit, angin malam yang nyaman membuatkan hati Nur Alia tenang.Nur Alia melihat bulan dilangit lalu dia memejamkan matanya.Dia merasa ketenangan kala itu.Lama Nur Alia memejamkan matanya lalu Nur Alia mencapai Novel ‘Sepi Tanpa Cinta’ dari penulis Damya Hanna dan membaca novel tersebut.Syafiq Rizal masih belum pulang.Entah kemana lelaki itu pergi.Syafiq Rizal masih dengan sikap dinginnya yang tidak tahu apa punca kenapa dia tiba-tiba jadi begitu.

Terdengar suara seseorang sedang batuk diluar bilik,lalu pintu bilik terbuka.Tubuh Syafiq Rizal disitu.Mata mereka bertentangan tetapi Syafiq Rizal menjeling Nur Alia.Nur Alia melihat Syafiq Rizal yang sedang menyalin pakaiannya lalu turun ke bawah semula tanpa menegur Nur Alia.

Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini.Sayu Nur Alia.Dia tidak tahu kenapa Syafiq Rizal berkelakuan seperti itu padanya.

Nur Alia menyimpan novel di rak buku lalu meluru ke pintu untuk turun ke ruangtamu.Tiba-tiba Syafiq Rizal muncul disitu.Nur Alia memberi laluan kepada suaminya.Dia memandang setiap gerak-geri Syafiq Rizal.Dia ingin menegur suaminya,tetapi mulut Nur Alia bagai dikunci rapat.Tetapi dia perlu menegur Syafiq Rizal.Dia ingin tahu kenapa suaminya itu berkelakuan dingin.

“Rizal awak dah makan?Kalau belum jom la makan,saya temankan awak.” Nur Alia memandang Syafiq Rizal yang sedang mencari sesuatu di dalam almari.

“Saya dah makan.” Jawab Syafiq Rizal.

“Kenapa awak layan saya macam ni Rizal?Apa yang tak kena sebenarnya?” Nur Alia tidak tahan dengan perangai Syafiq Rizal.Nur Alia terus bertanya pada Syafiq Rizal apa yang membuatkan suaminya bersikap begitu.

Why you asking me Alia?Tanya diri awak tu apa yang awak dah buat,”

“Saya?Kenapa saya pula Rizal?Awak tu perangai kalah budak-budak.Saya tak faham la dengan awak ni mood tak stabil je,”

“Tadi awak keluar dengan siapa ??Dengan buah hati awak yang awak sanjung sangat tu kan??” Syafiq Rizal memandang Nur Alia dengan mata yang merah.Bila-bila masa sahaja Syafiq Rizal boleh menerkam Nur Alia.

What??Awak cakap apa ni??Saya keluar dengan Liana,buah hati apa pula awak cakap ni.” Nada suara Nur Alia sedikit tinggi.Dia mula naik marah kerana Syafiq Rizal menuduhnya.

“Cukup Alia cukup... saya malas nak dengar alasan awak.Mengaku je Lia,tak susah pun nak mengaku.” Syafiq Rizal sudah bosan dengan kelakuan Nur Alia.

“Syafiq Rizal,awak kalau dah benci dekat saya jangan la sampai nak menuduh saya bukan-bukan.Kalau ini cara untuk awak nak lepaskan saya,better lepaskan je sekarang.Jangan seksa saya dengan perangai awak yang macam ni!” Nur Alia separuh menjerit pada Syafiq Rizal.Nur Alia berasa sebak ketika itu.Dia ingin berlalu dari situ.Dia tidak mahu melihat muka suaminya.Tetapi ketika dia ingin berlalu,tangan Nur Alia ditarik oleh Syafiq Rizal.

“Awak nak pergi mana Alia,saya belum habis bercakap lagi dengan awak.” Perlahan suara Syafiq Rizal berkata.

“Lepaskan tangan saya Rizal.” Ujar Nur Alia tanpa  melihat wajah Syafiq Rizal.

“Pandang saya Nur Alia,”

Never Rizal!I hate you!” Nur Alia menarik tangannya dari pegangan Syafiq Rizal tetapi tidak berjaya.Dengan pantas Syafiq Rizal menolak tubuh isterinya rapat ke pintu bilik.Jarak mereka hanya seinci.Nur Alia dapat mendengar hembusan nafas Syafiq Rizal.Nur Alia memejamkan matanya.Di dalam hati Nur Alia sangat berdebar ketika itu.Tidak pernah dia rasai debaran sebegitu kuat sebelum ini.Ya Allah selamatkan la aku!Ngomel hati Nur Alia.

“Rizal jangan buat perkara bodoh.Please let me go... ” Nur Alia separuh merayu.

“Shhh... diam Lia.Saya tak buat apa-apa dekat awak.” Sengih Syafiq Rizal melihat Nur Alia yang sedang rapat memejamkan mata.Mulut Nur Alia terkumat kamit seperti seorang bomoh yang sedang membaca jampi.

“Lepaskan saya...” Rayu Nur Alia.Wajah Nur Alia sudah berpeluh kerana risau jika suaminya itu membuat sesuatu kepadanya.

“Kenapa berpeluh ni sayang.Takut ye?” Bisik Syafiq Rizal.Dia mengelap peluh isterinya sambil tersengih.Dia sengaja ingin mengganggu Nur Alia.Syafiq Rizal tidak dapat menahan lagi.Geli hati Syafiq Rizal memandang wajah isterinya.

Tiba-tiba kedengaran Syafiq Rizal ketawa berdekah dekah. “Hahahaha!Kenapa mulut awak dah macam nak jampi saya je Lia.” Syafiq Rizal melepaskan isterinya.Nur Alia membuka matanya dan melihat Syafiq Rizal ketawa sambil memegang perut.

Tak guna punya Rizal!Dia saja buat aku gelabah!Apa dia ingat lawak sangat ke apa yang dia buat kat aku tadi?Aku ni macam dah nak pengsan.Dengan jantung berdegup kencang.Rengus Nur Alia didalam hati.


Hey tak lawak pun la!I hate you so much Syafiq Rizal!” Nur Alia berlalu meninggalkan Syafiq Rizal yang masih tidak berhenti  ketawa melihat reaksi isterinya.

No comments:

Post a Comment