Wednesday, 18 June 2014

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 17)


BAB 17
Jam menunjukkan  pukul 11.42 pagi.Nur Alia sedang bersiap untuk berjumpa dengan Liana kawan lamanya semasa di kampus dahulu.Lambat pula Rizal ni balik dari joging.Ini kalau dah lambat tahu la mana dia merayau lepas joging.Merayau ke kedai Pak Mat dekat kawasan orang berniaga itu la gamaknya.Aku pun satu tak minta kebenaran dari semalam,kan dah kelam kabut hari ni.Ngomel Nur Alia.


Pintu bilik dikuak dari luar.Muncul Syafiq Rizal dengan berpakaian T-shirt dan seluar tracksuit.Syafiq Rizal nampak Nur Alia sedang bersiap untuk menemui seseorang.Dia melihat isterinya sekali imbas dan mengambil tuala lalu mengelap mukanya.

“Awak saya nak keluar kejap jumpa kawan saya boleh?” Tanya Nur Alia sambil membelek mukanya di cermin.

Soalan Nur Alia tidak dijawab Syafiq Rizal.Suaminya diam membisu.

“Rizal??”

“Kalau awak nak keluar sangat awak pergi jela jumpa kawan awak tu.Pergi jumpa setiap hari pun boleh.Tak pun bawa kawan awak tu duduk sekali dalam rumah ni.” Nada suara Syafiq Rizal perlahan tetapi kedengaran tegas.

Nur Alia menoleh melihat suaminya.Nur Alia sedikit terkejut dengan kata-kata suaminya itu.
“Huh?Kenapa awak cakap macam tu?Salah ke saya nak minta izin awak untuk saya keluar kejap Rizal?Salah ke?” Tanya Nur Alia yang tidak puas hati dengan kata-kata Syafiq Rizal.

“Nur Alia!Kalau awak nak keluar sangat awak keluar!Tak payah nak tanya saya banyak kali.” Nada suara Syafiq Rizal bertukar tinggi.Syafiq Rizal terus keluar dari bilik tersebut.

Ya Allah apa pula yang tak kena ni.Datang bulan ke Encik Syafiq Rizal.Sabar… sabar… Nur Alia mengusap dadanya menahan sabar.Nur Alia melihat jam tangannya lalu turun menuruni tangga.Dia melihat Syafiq Rizal sedang berbual dengan Encik Sufian.

“Abah... Lia nak keluar kejap nanti abah tak payah ambil mama di butik ye.Nanti Lia ambil mama.” Nur Alia menyalam Encik Sufian,Syafiq Rizal disebelah Encik Sufian tidak ditegur Nur Alia.

“Aii salam abah je Lia?Salam la suami kamu ni.” Senyum Encik Sufian.

“Tadi Lia dah salam saya abah.” Ujar Syafiq Rizal.Sememangnya dia menipu Encik Sufian bahawa Nur Alia sudah menyalamnya tadi.

“A ahh dah tadi abah.Okey la Lia pergi dulu.Assalamualaikum.” Nur Alia bergegas menuju ke kereta.

Nur Alia menuju ke food court Plaza Alam Sentral.Dia sudah nampak Liana yang sedang melambai kepadanya. “Lia!Rindu giler kat kau,tembam dah kau sekarang.” Liana teruja melihat Nur Alia lalu memeluk rakannya itu.

“Kau pun apa kurangnya Lian,makin cun nampak apa rahsia?” Senyum Nur Alia sambil mengusik Liana.

“Tak ada rahsia.Aku dari dulu kan memang cun!” Seloroh Liana.

“Ehh aku berkali ganda cun dari kau Lian.Kau datang sorang je?Kimi mana?”

“Kimi tak ikut aku Lia dia ada hal.Kau apa cerita sekarang?Best tak kahwin?” Tanya  Liana.

“Alhamdulillah setakat ni okey la Lian walaupun bukan lelaki pilihan aku sendiri.” Sayu hati Nur Alia.

“Lia kau marah aku ke sebab couple dengan Kimi?Sorry Lia aku tak ada niat nak merampas Kimi dari kau,”

“Ehh tak… tak… Liana aku tak marah kau.Percayalah aku dah tak simpan perasaan pada Kimi.Aku dah lama buang Kimi dari hidup aku.Tapi sekarang kami cuma berkawan.” Nur Alia menerangkan perasaannya.

“Hmm aku serba salah sebenarnya.Lia kau dengan Rizal macam ada yang tak kena je?” Liana perasan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan dari Nur Alia mengenai perkahwinannya dengan Syafiq Rizal.

“Aku cuma tak tahan dengan perangai dia Liana.Kadang-kadang tu ikut mood dia.Dia tu macam ada panas baran je dan cepat melenting kalau ada sesuatu yang tak kena.Contoh macam dia ada masalah dengan orang sekeliling ataupun masalah sebab diri dia sendiri.Dia mula la diam dan muka masam macam lempeng masam je!Lepas tu cakap dengan aku kasar pula tu.Seolah-olah aku ni tempat dia melepaskan marah dia.” Nada suara Nur Alia berubah sebak.

“Ehh kau nangis ke?Jangan la nangis Lia kau kenalah sabar dengan perangai Rizal tu.Kalau kau tahu dia jenis panas baran kau jangan la panas baran sama.Dalam rumahtangga,kalau suami kita itu api,kita kenalah jadi airnya.Jangan Rizal jadi api,kau pun jadi api.Memang meletup la Lia.” Liana menasihati Nur Alia.Dia tidak mahu rumahtangga Nur Alia hadapi masalah hanya disebabkan perangai panas baran dan ego masing-masing.

“Kau pun tahu kan aku ni jenis yang macam mana.Aku pantang kalau orang nak marah aku dengan tak ada sebab pun.Lain la kalau aku buat salah memang patut aku kena marah.Ini tidak,tadi aku minta izin dengan Rizal nak keluar jumpa kau tiba-tiba dia macam perli aku lepas tu marah aku.Mana aku tak sakit hati Liana?Nasib baik aku boleh bersabar lagi tadi.” Nur Alia menahan geram apabila mengingati dengan kata-kata Syafiq Rizal.

“Haih mungkin dia ada masalah di office kut Lia,dia kan Bos.Biasa la Bos banyak benda nak kena fikir Lia oi!”

“Entah la Lian.Aku malas la nak fikir fasal benda remeh-temeh macam tu.Boleh buat aku dapat Blood Pressure je kalau fikir fasal Rizal,”

“Hah tahu pun kau.Lain kali bawa la berbincang masalah korang tu jangan nak bertindak melulu je, nanti tak fasal kau dapat madu kang Lia.” Sengih Liana memandang Nur Alia.

“Erkk madu?Madu ke,ladu ke,lada ke kisah apa aku?Biarlah dia dengan perangai dia tu.Sakit hati aku... kau tahu tak sakit hatiiii…..” Kata Nur Alia sambil membulatkan matanya pada Liana.

“Ehh kau jangan buat main-main Lia,kau tak rasa rugi ke kalau Rizal cari orang lain?”

“Kenapa pula aku nak rugi?Aku bukannya... err bukannya... ” Ayat Nur Alia terhenti disitu.

“Bukannya apa Lia?”

“Haishh tersasul pula aku tadi.Aku cakap bukannya aku bermaksud pun nak suruh Rizal tu cari perempuan lain.” Nur Alia melepaskan keluhan kecil.Fuhh!Nasib baik aku tak terlepas cakap,kalau tak memang macam-macam soalan la Liana ni akan tanya.Ngomel hati Nur Alia.

“Apa la kau ni Lia,Rizal tu semua ada.Aku rasa dah cukup perfect bagi kau.Jagalah suami kau tu baik-baik,”

“InshaAllah Lian kau pun nanti jaga Kimi baik-baik ye.” Senyum Nur Alia.Dia berharap agar Liana bahagia disamping Ashraf Hakimi.

“Aminn... Ehh Lia jam pukul berapa?Aku nak kena pergi pejabat pos bayar saman ni,”


“Okey jom Lian aku pun nak minta diri juga.Nak pergi ambil mama dekat butik.Nanti lama pula dia tunggu.Kau kalau ada apa-apa hal contact aku ye.” Nur Alia menyalam Liana dan mereka beredar dari situ.

No comments:

Post a Comment