Wednesday, 18 June 2014

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 20)


BAB 20
Nur Alia mencari pakaian dan juga barang untuk dibawa ke Pulau Langkawi.Esok adalah hari mereka pergi berbulan madu.Bagi Nur Alia bukan berbulan madu tetapi percutian yang sangat nightmare bagi dirinya.


Mana ada pasangan suami isteri pergi berbulan madu tetapi si suami terpaksa bekerja dan meninggalkan isterinya bersama nenek di kampung.Memang tidak pernah dibuat orang.Tetapi bagi Syafiq Rizal dan Nur Alia mereka akan membuat sebegitu pada hari esok.
Dah la aku kena ikut mamat tu duduk dengan nenek dia sampai seminggu,sedangkan dia seronok buat kerja dekat sana.Ini tidak adil!Aku tak kira aku bukan pernah lagi sampai Pulau Langkawi tu.Lantaklah dia sibuk ke tak sibuk ke,aku akan paksa dia bawa aku round satu Pulau Langkawi.Ngomel hati Nur Alia sambil melipat pakaiannya lalu masukkan kedalam bagasi.

“Rajin nampak pendek... awak nak pergi mana dengan beg besar tu?” Tanya Syafiq Rizal seperti orang bodoh.

“Tak kan hilang ingatan kut.Tak ingat ke esok kan honeymoon kita,honeymoon la sangat!” Perli Nur Alia membuat muka pada Syafiq Rizal.

“Aiii semangat lain macam je nak pergi esok Lia.Tak sabar nak berduaan dengan saya ke?” Sengih Syafiq Rizal melihat muka Nur Alia kelihatan seperti tidak puas hati.

“Tak payah nak perli saya la,menyampah betul!Saya tak ingin la duduk berduaan dengan awak.” Nur Alia menjeling tajam pada Syafiq Rizal.

“Alololo... comelnya  jelingan awak Lia, tak kan marah saya lagi kut fasal adegan awak kena tolak ke pintu dengan mulut awak terkumat-kamit macam baca jampi hari tu?” Syafiq Rizal masih lagi tersengih memandang Nur Alia.Memang dia suka mengganggu isterinya itu.

“Huh!Sudah la jangan ganggu saya.” Nur Alia memalingkan mukanya tanpa melihat Syafiq Rizal disitu.

“Garangnya macam anak singa haha... Lia tolong packing barang saya boleh?”

“Apa awak ingat saya orang gaji awak ke nak suruh saya packingkan.” Kata Nur Alia selamba.

Okay fine... tak nak tolong tak apa.Saya baru je rancang nak bawa awak jalan-jalan Langkawi nanti.” Syafiq Rizal mula mengeluarkan pakaiannya  dari almari.

Alamak!Dah dapat peluang tu dia nak bawa aku round Langkawi.Kalau aku tolak memang rugi besar la.Ngomel hati Nur Alia.

“Ehh betul ke Rizal?Kalau macam tu tak apa, awak pergi sana kejap  biar saya tolong packingkan barang awak ye.Lagipun saya dah siap packing barang saya ni.” Nur Alia terus meluru ke almari suaminya.Nur Alia mengeluarkan pakaian dan barang-barang Syafiq Rizal lalu Nur Alia meletakkan ditepi bagasi.Syafiq Rizal hanya tersengih melihat gelagat isterinya.

“Aduh sakitnya perut saya.Awak kejap eh saya nak masuk toilet jap.” Nur Alia berlari anak pergi ke bilik air.

“Ehh... ehh... sakit perut pula,ni siapa nak masukkan barang saya dalam beg.Minah ni buat kerja tak habis la.Lebih baik saya buat sendiri kalau macam ni pendek! ” Bebel Syafiq Rizal sambil memasukkan barangnya ke dalam bagasi.

Di dalam bilik air  kedengaran Nur Alia ketawa berdekah-dekah.Haa baru padan muka dia ingat aku ni senang kena buli ke.Barang sendiri pun nak suruh orang lain packingkan.Tak malu ke pakaian  sulit dia tu,tak kan aku nak kena packing jugak?Geli laaa!Ngomel Nur Alia didalam bilik air.

Perlahan-lahan Nur Alia keluar dari bilik air dia ternampak Syafiq Rizal dimeja kerja sedang mengadap laptop. “Lia mari sini kejap saya nak tanya awak fasal Langkawi.” Syafiq Rizal memanggil Nur Alia yang baru sahaja ingin turun ke ruangtamu.

“Iye kenapa Rizal?Awak tanya saya fasal Langkawi memang zero la sebab saya tak pernah lagi sampai sana,”

“Bukan itu la Lia.Saya nak tanya esok kita nak pergi Langkawi longcut ke shortcut?Kalau longcut kita kena bertolak dari sini dengan kereta mungkin ambil masa dalam 5 or 6 jam juga.Ataupun shortcut?Shortcut kita naik flight dari KLIA then landing di Airport Sultan Abdul Halim Alor Star so tak ambil masa yang lama la kalau macam tu.So yang mana Lia?Saya ikut awak je saya mana-mana tak kisah.” Tanya Syafiq Rizal.

“Hmm tapi saya nak naik feri Rizal,”

“Iyeee... memang la kita naik feri kalau nak pergi Langkawi Lia.Tak kan awak nak redah laut naik kereta.Tapi kalau naik flight pun ada juga landing di Airport Langkawi.” Seloroh Syafiq Rizal.

“Kita naik flight la kalau macam tu.Nanti kita landing di Alor Star ye Rizal.Saya nak naik feri.” Nur Alia kelihatan gembira kerana ini pertama kali dia akan pergi ke Pulau Langkawi.

“Okey set esok kita berlepas!” Syafiq Rizal tersenyum melihat Nur Alia yang kelihatan gembira itu.

Keesokkan harinya Nur Alia dan Syafiq Rizal bangun awal untuk persiapan menuju ke Kuala Lumpur International Airport(KLIA) untuk berlepas ke Pulau Langkawi.

“Rizal jaga Lia ye.Lia ni pernah sesat kalau pergi tempat orang.Dia memang teruja sangat.” Kata Puan Lisa sambil memandang Nur Alia disisi Syafiq Rizal.

“InshaAllah mama.Rizal akan jaga Lia.Mama jangan risau ye.” Senyum Syafiq Rizal.

“Okey la,kami balik dulu.Semoga selamat sampai Rizal,nanti contact kami kalau dah sampai sana,” Kata Encik Sufian.Lalu meninggalkan Syafiq Rizal dan Nur Alia disitu.

“Okey Lia,jom.” Senyum Syafiq Rizal.Ini adalah kali pertama dia dapat berduaan dengan Nur Alia.Nur Alia disisi suaminya hanya ikut sahaja arahan suaminya.Jika dia tidak ikut cakap suaminya itu memang dia akan sesat seorang diri.

Setelah penat didalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Star akhirnya mereka sampai juga di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star Kedah.Mereka terus mengambil teksi untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jeti Kuala Kedah untuk menaiki Feri untuk pergi ke Pulau Langkawi.

“Alia jom ikut saya, feri dah sampai tu.” Kata Syafiq Rizal.

“Awak saya takut la.Nanti kalau jadi apa-apa dengan feri tu mesti kita terperangkap dekat tengah-tengah laut kan macam cerita Titanic tu.” Nur Alia seperti anak kecil merengek pada Syafiq Rizal sambil melihat feri di Jeti tersebut.

“Haish mengarut je awak ni.Tak pernah lagi la jadi macam tu.Awak ni terlalu tengok drama dan filem banyak sangat.Itu yang jadi macam ni.” Senyum Syafiq Rizal melihat isterinya dalam kegelisahan.

Ketika didalam feri,Syafiq Rizal mengambil tempat duduk disebelah isterinya.Syafiq Rizal memberi isterinya duduk ditepi tingkap supaya boleh melihat permandangan diluar feri.Ketika didalam feri pelbagai soalan yang ditanya oleh Nur Alia pada Syafiq Rizal mengenai Pulau Langkawi dan nenek Syafiq Rizal.Dia tersenyum melihat isterinya yang begitu gembira.Syafiq Rizal sangat suka jika gadis itu selalu tersenyum,ia membuatkan hati dia turut gembira.Tiba-tiba telefon bimbit Nur Alia berbunyi lalu Nur Alia menjawabnya.

“Assalamualaikum Kimi,ye kenapa call saya?” Tanya Nur Alia.

“Waalaikumussalam Lia awak ada mana sekarang?Saya dan Liana nak ajak awak keluar esok.Awak free tak?”

Sorry Kimi saya pergi honeymoon dengan Rizal ni.Tak apa lain kali kita keluar ye.” Kata Nur Alia sambil melihat permandangan diluar tingkap.Syafiq Rizal disebelah Nur Alia sudah masam mencuka.

“Laa yeke,okay sorry ganggu korang lain kali okey,bye Lia.” Talian ditamatkan.

Nur Alia begitu asyik melihat permandangan diluar tingkap.Dia melihat keindahan pulau yang dikelilingi oleh lautan yang luas itu.Kadang-kadang dia ternampak ikan lumba-lumba di dasar lautan.Nur Alia tersenyum melihat gelagat ikan itu.Mata Nur Alia semakin layu kerana keletihan sepanjang perjalanan,lalu Nur Alia tertidur.

Syafiq Rizal melihat Nur Alia sayu.Kesian dia letih agaknya sampai tertidur.Ngomel hati Syafiq Rizal.Perlahan-lahan dia mengambil tangan isterinya lalu digenggam oleh Syafiq Rizal lalu berkata.Ya Allah engkau lembutkanlah hati Alia supaya dapat menerima aku sebagai suaminya.Syafiq Rizal memejamkan matanya dan kenangan masa lalu kembali di ingatan Syafiq Rizal.
...........................................................................................................................................................
KRING!!!Loceng telah berbunyi menandakan bahawa waktu rehat sudah bermula.Semua pelajar Sekolah Menengah Sultan Ibrahim keluar dari kelas masing-masing  dan meluru ke kantin untuk mengisi perut yang sudah berjam-jam bergendang.

“Hoi cik kak sorang ni usya siapa sampai nak terkeluar biji mata kau Lia?” Tegur Faiz.

“Ishh sibuk la kau ni.Aku tengah usya abang senior yang tinggi tu.Handsome kan.Aku suka muka dia yang garang tu tapi macho!Cair aku tengok dia.” Nur Alia mencuri pandang lelaki tersebut.

“Kau usya abang senior Lia?Biar betul kau ni.Ehh kawan,kau jangan nak mimpi la boleh dapat dia.Abang Riz tu ramai peminat tahu.Aku tak nak kau kecewa kalau kau berkenalan dengan dia Lia.Lagipun abang Riz tu,tahun ni dah habis sekolah.Kita ni lagi dua tahun nak habis sekolah.Nanti dia jumpa awek baru dekat universiti,kau yang merana.” Faiz memberi nasihat pada Nur Alia.Dia tidak mahu Nur Alia tersilap langkah.

“Ooo... nama dia Riz rupanya.Ehh kesitu pula kau.Aku tak cakap pun aku nak couple dengan dia la.Aku cuma suka je.Bak kata orang ‘Crush’ kan?” Bebel Nur Alia.

Crush ke crash ke ikut suka kau la Lia.Sudah la,aku lapar sangat ni.Kau tak nak makan sudah.Kau usya la abang Riz tu sampai kenyang.” Faiz berlalu dari situ dan meninggalkan Nur Alia.

Haih abang Riz,aku boleh buat kau jadi kekasih gelap aku jela.Nak dapat kau memang tak la kan.Ngomel hati Nur Alia yang masih lagi mencuri pandang lelaki tersebut.

“Weh Bob kau nampak tak budak perempuan yang pakai baju merah tudung hitam yang dekat padang tu?Comel kut... dah la kecil je,comel pula tu!” Tanya Syafiq Rizal.Matanya tanpa jemu memandang pelajar perempuan itu.

“Woi kau jangan buat fasal Riz.Tak kan la budak tu taste kau kut?” Bob menepuk nepuk belakang Syafiq Rizal.

“Kau baik-baik sikit bro bila bercakap.She not my taste,tak kan kau tak kenal aku kut Bob.Saja je aku usya budak tu.” Senyum Syafiq Rizal memandang Nur Alia dari jauh.


Tapi comel apa budak tu,apa nama dia eh?Aku pun satu dah terpikat pergi jela berkenalan.Tapi kenapa hati aku rasa lain macam je kalau nak berkenalan dengan dia?Tak pernah pula aku rasa macam ni kalau aku nak berkenalan dengan perempuan lain.Dengan budak tu aku rasa lain macam.Ngomel Syafiq Rizal didalam hati.Sebenarnya dijauh sudut hati Syafiq Rizal dia menyimpan perasaan pada Nur Alia.

8 comments:

  1. thanks baby mio..tggu yaa :)

    ReplyDelete
  2. bila nak sambung ???

    ReplyDelete
  3. Bila nk sambung next entry???

    ReplyDelete
  4. laju-laju sambung...best sgt2...

    ReplyDelete
  5. Mana sambungannya ? Best sngat2^_^

    ReplyDelete
  6. hai korang..sorry lambat reply..
    oh ye pasal sambungan novel ni..nnt saya post ye..sabar semua
    btw thanks sebab sudi membaca :)

    ReplyDelete
  7. Best!!..teruskan berkarya...i like story-nhm

    ReplyDelete