Wednesday, 18 June 2014

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 15)


BAB 15
Liana mundar mandir dihadapan Ashraf Hakimi.Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.Jika dia bertemu dengan Nur Alia adakah Nur Alia akan memarahinya kerana 


Liana bagai marampas Ashraf Hakimi daripada Nur Alia.Padahal ketika Liana dan Ashraf Hakimi berpasangan,Nur Alia dan Ashraf Hakimi sudah berpisah.Liana tidak mahu Nur Alia fikir bukan-bukan atas dirinya.Dia risau jika Nur Alia tahu hal ini dan Nur Alia akan putuskan persahabatan mereka yang telah mereka bina sejak dari kampus lagi.

“Kimi betul ke awak nak ajak saya pergi jumpa Lia.Saya risau la kalau Alia marah nanti.” Kata Liana kepada Ashraf Hakimi.

“Awak jangan risau... Alia tak kan marah awak Liana.Lagipun kita couple lepas saya dan Alia berpisah.Nanti saya akan terangkan pada Alia macam mana boleh terjadi.” Senyum Ashraf Hakimi melihat Liana.

“Hmm kalau awak cakap macam tu tak apa la.Tapi saya tak janji saya akan ikut awak pergi jumpa Alia ye,”

“Laaa awak ni tak kesian ke kat saya Liana.Teman saya sayang?Pleaseee…” Rayu Ashraf Hakimi.Dia memang mahu sangat berjumpa Nur Alia untuk meminta maaf.Dia tahu jika dia sendiri yang menelefon Nur Alia atau mengajak berjumpa,pasti Nur Alia tidak mahu.Jadi Ashraf Hakimi meminta Liana untuk menemaninya berjumpa Nur Alia.

“Awak ni Kimi jangan buat macam ni kat saya.Kita tengok keadaan macam mana okey.” Liana senyum melihat Ashraf Hakimi yang separuh merayu itu.

“Haih awak ni... yela tapi bagi jadi ye!Jangan tak jadi pula.Nanti awak kena belanja saya makan KFC kalau tak jadi ye,”

“Ehh boleh je... KFC je?Sekarang pun saya boleh belanja awak.” Sengih Liana dengan gelagat Ashraf Hakimi.

Nur Alia sedang berehat didalam bilik kerjanya sambil memejamkan mata kerana keletihan.Tiba-tiba lagu Tentang Rasa dari Astrid kedengaran lalu Nur Alia melihat di skrin telefon bimbitnya.Siapa pula pagi-pagi dah telefon aku ni.

“Assalamualaikum siapa ni?” Tanya Nur Alia.

“Waalaikumsalam Lia, aku ni Liana kenal lagi?”

“Ya Allah Lian mana kau menghilang.Lama tak dengar cerita kau, apa khabar sekarang?”

“Alhamdulillah aku sihat Lia.Jom kita lunch sekali hari ni,boleh kita berbual panjang lagi.Rindu  kat kau,”

“Okey Lian nanti jumpa aku dekat Nasi Lemak Cinta Sayang seksyen 13.Aku tunggu kau.Bye.” Nur Alia menamatkan panggilan.

Bingkas Nur Alia mendapatkan Syafiq Rizal.Dia ingin meminta izin suaminya untuk bertemu kawan lamanya itu.

“Awak lunch nanti saya nak keluar makan dengan kawan saya.Kawan lama saya masa kampus dulu.Boleh kan?” Tanya Nur Alia berharap.

Lantas muka Nur Alia direnungi oleh Syafiq Rizal. “Awak pergi lama ke?Lunch dekat mana Lia?”

“Saya tak pasti lama ke tidak Rizal.Sebab jumpa kawan lama kan mesti berbual panjang.” Senyum lebar Nur Alia.
Dia ni happy semacam je.Nak jumpa Hakimi mungkin?Tak boleh jadi ni!Ngomel hati Syafiq Rizal.

“Saya ikut!” Tiba-tiba perkataan itu terkeluar dari mulut Syafiq Rizal.

What ?Awak nak ikut ke Rizal?Bukan awak kena pergi Putrajaya lepas lunch?Nanti lewat pula awak ke sana.” Nur Alia mengangkat kening.

“Err yeke saya kena pergi Putrajaya Lia?Alamak terlupa pula saya.” Sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Iye Encik Syafiq Rizal.Macam saya ni PA awak pula nak kena ingatkan awak.” Seloroh Nur Alia.

“Hmmm yelah awak pergi tu cepat sikit balik.Jangan pergi lama sangat.Banyak lagi kerja awak kena buat dekat pejabat ni Lia.” Tegas Syafiq Rizal lalu meninggalkan Nur Alia keseorangan disitu.

Erk garangnya dia ni.Memang mood tak stabil suami aku ni.Ngomel hati Nur Alia.Lalu keluar dari bilik Syafiq Rizal.

Mana Liana ni janji pukul 1.00 petang,sekarang dah pukul 1.30 petang.Ini la janji melayu susah betul nak tepati janji,masa lagilah.Rungut Nur Alia.Dihirupnya nescafe ais yang dia order sambil menunggu Liana.

“Assalamualaikum Lia,”

“Waalaikumussalam.” Bagai nak tercabut jantung Nur Alia melihat wajah lelaki dihadapannya.

“Kimi?Ashraf Hakimi.” Perlahan Nur Alia menyebut nama lelaki itu.

“Masih ingat Kimi?” Senyum Ashraf Hakimi menampakkan giginya yang tersusun cantik.

“Ingat.” Nur Alia melihat wajah Ashraf Hakimi.Tidak banyak yang berubah hanya kaca mata sahaja yang memberi kelainan kepada wajah lelaki yang dia rindui itu.Siapa tidak jatuh hati dengan Ashraf Hakimi mukanya persis Fizo Omar.Tidaklah mirip cuma iras pelakon itu.

“Lia sihat?Macam mana life?” Tanya Ashraf Hakimi.

“Err Alhamdulillah semua baik sahaja.” Jawab Nur Alia yang masih lagi terkejut.

“Semakin ayu Lia sekarang pipi pun dah tembam sikit,”

“Oh yeke biasalah orang bahagia sekarang,”

“Betul ke Lia bahagia?” Ashraf Hakimi merenung tepat kearah mata Nur Alia.
Kimi please jangan tenung Lia.Ye aku bahagia sekarang.Tipu Nur Alia didalam hati.

“Yup kenapa Kimi tak percaya ke?Kimi apa khabar sekarang.” Tanya Nur Alia sambil menghirup nescafe ais dihadapannya.Nur Alia jadi gelisah apabila berhadapan dengan Ashraf Hakimi.

“Kimi tak lama lagi akan bertunang.Yela tunggu Lia,tapi Lia dah kahwin,”

“Ehh kenapa tunggu Lia?Lia tak minta Kimi tunggu Lia kan lepas kita putus dulu?” Nada suara Nur Alia sedikit berubah.

“Lia... Kimi nak minta maaf sangat apa yang terjadi dulu.Semua salah Kimi.Kimi terlalu taksub dengan tugas Kimi di kampus dan pada yang sama Kimi rasa jauh dengan Lia walaupun kita satu kampus.Kimi menyesal sangat Lia,menyesal sebab Kimi tak menghargai cinta Lia pada Kimi.Akhirnya Kimi ditinggalkan Diana.Kimi cuba cari Lia semula.Memang Kimi jumpa Lia tetapi masa tu Lia dah menjadi isteri orang.” Ashraf Hakimi melepaskan satu keluhan kecil.

Baru tahu nak hargai aku Kimi?Getus hati Nur Alia.

“Semuanya sudah terlambat Kimi,terlambat.Lia sudah menjadi milik orang tak mungkin Lia berpaling pada Kimi.” Tegas Nur Alia.

“Beruntung siapa dapat isteri macam Lia.Lia kita boleh jadi kawan lagi kan?” Tanya Ashraf Hakimi pada Nur Alia.Jika Ashraf Hakimi tidak boleh buat Nur Alia menjadi isterinya biarlah Nur Alia menjadi kawannya semula.

“Ye boleh Kimi.Hmm sebenarnya Lia tengah tunggu Liana ni.Tapi tiba-tiba Kimi yang datang.” Kata Nur Alia melihat jam di tangannya.

“Memang Kimi yang suruh Liana call Lia.Kimi tahu kalau Kimi yang ajak Lia memang Lia bagi macam-macam alasan tak nak jumpa Kimi.” Senyum Ashraf Hakimi melihat Nur Alia.Akhirnya dia berjaya meminta maaf pada Nur Alia.

“Huh?Kimi masih contact dengan Liana ke,ingat dah lost contact lepas habis belajar,”

“Yup sebab kami akan bertunang tak lama lagi Lia dan Liana say sorry kat Lia sebab terpaksa buat macam ni.Lia jangan marah dia ye.Kimi yang suruh dia call Lia,”

“Ya Allah seriously korang nak bertunang?Macam tak percaya pula but wait... wait... Macam mana Kimi bolehhhh...” Tak sempat Nur Alia habiskan ayatnya Ashraf Hakimi mencelah.

“Boleh couple?Lepas Kimi putuskan hubungan dengan Diana,Kimi tekad cari Lia dan ingin sambungkan semula perhubungan kita.Tapi gagal sebab Lia sudah berkahwin masa tu.Kimi kecewa sangat sampai Kimi contact Liana untuk minta tolong pada Liana untuk beritahu Lia yang Kimi mahukan Lia semula.Tapi dah terlambat.Lepas tu hidup Kimi jadi kosong dan tak tentu arah.Nasib baik Liana ada bersama Kimi.Semasa Liana menemani Kimi dan menjadi tempat Kimi mengadu,Liana sangat baik dan ambil berat terhadap Kimi.Jadi Kimi cadang untuk couple dengan Liana.” Kata Ashraf Hakimi kepada Nur Alia.

“Hmm bagus la Kimi sudah berjumpa dengan pilihan hati Kimi.Tak sangka Kimi dengan Liana,”

“Itulah mungkin Liana jodoh Kimi.” Senyum Ashraf Hakimi yang tidak jemu memandang Nur Alia.

Semasa Nur Alia dan Ashraf Hakimi rancak berbual,Syafiq Rizal yang tidak jauh dari Nur Alia dan Ashraf Hakimi sedang memerhati.Kenapa kau jumpa dia Lia,kenapa!Syafiq Rizal merengus marah.

Nur Alia pulang semula ke pejabat.Risau kalau dia pulang ke pejabat,Syafiq Rizal sudah terpacak disana.Nur Alia melihat Rose sibuk dengan kerjanya. “Rose Encik Rizal dah masuk office?”

“Encik Rizal baru je keluar tadi puan.Katanya pergi ke putrajaya ada meeting.” Jawab Rose.

“Oh okay thanks Rose.” Nur Alia menarik nafas lega.Nur Alia menuju ke biliknya yang disedia khas untuk Nur Alia.

Nur Alia bersandar pada kerusi kerjanya.Dia mengambil telefon bimbit lalu mendail nombor Liana.

“Assalamualaikum Liana,weh kenapa kau tak datang tadi Lian?Lama aku tunggu kau tapi bukan kau yang muncul tapi Kimi yang muncul.Sedih betul aku,”

“Alamak sorry Lia aku tak boleh datang tadi kena jumpa client pula.So aku gantikan tempat aku dengan Kimi kau tak kisahkan Lia?” Gelak Liana dihujung talian.

“Tak kisah kau cakap?Tempat tu dekat dengan office aku,kalau Rizal nampak masak aku,”

Sorry sangat Lia.Hmm hujung minggu ni kau free?Boleh kita keluar sekali,”

“InshaAllah Lian.Aku ni dah kahwin risau kalau hujung minggu ni ada hal lain.Tapi demi kau aku try minta dengan Rizal,”

“Okey Lia kita jumpa hujung minggu ni ye aku datang,janji!”

“Haa jangan janji je... tapi orang lain yang muncul.” Seloroh Nur Alia.

Yes madam Alia,aku datang,”

“Lian aku nak tanya something.Bila kau dan Kimi nak bertunang?Jangan lupa jemput aku kenduri nanti ye,”

“Err mesti Kimi dah cerita kat kau kan.Hmm Lia aku minta maaf sebab tak beritahu hal ni dekat kau awal-awal,fasal aku dan Kimi.Sorry sangat Lia.” Liana separuh merayu.

“Apa sorry-sorry dah la tak beritahu aku!Denda nanti belanja aku masa kita keluar nanti.Hehe… aku tak marah la Lian.Lagi aku happy tengok kawan aku dah nak bertunang dan kahwin.Jangan risau ye aku dah tak ada apa-apa dengan Kimi.Lagipun aku kan isteri Rizal,”

“Ye... ye aku belanja kau Lia.Sorry tau.Aku memang nak beritahu tapi aku risau kau marah.Alamak bos aku datang pula Lia,nanti membebel dia tengok aku bergayut.Okey Lia nanti aku contact kau lagi.Bye.” Talian ditamatkan.Nur Alia hanya menggelengkan kepala dengan perangai kawannya itu.


Tepat jam 11.30 malam kereta yang dipandu Syafiq Rizal laju dipandu menuju ke Pantai Morib.Semua pengunjung sudah tiada hanya Syafiq Rizal seorang disitu.Syafiq Rizal duduk diatas pasir pantai lalu baring disitu.Kenapa kau jumpa dia Lia!Aku sayang kau Lia.Sanggup buat aku macam ni Lia!Jerit Syafiq Rizal.Aku pasti kau akan jadi milik aku Nur Alia,pasti.Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku lebih dari kau cintakan Hakimi.Lama aku pendam perasaan aku terhadap kau Lia.Aku tipu diri aku sendiri aku tipu kau Lia aku tipu yang sebenarnya aku sayang dan cintakan kau.Syafiq Rizal tidak dapat menahan apa yang dipendam didalam hatinya terhadap isterinya.Mengalir air mata Syafiq Rizal.

No comments:

Post a Comment