BAB
11
Malam itu Nur Alia menyediakan
persiapan majlis hari lahir suaminya.Senang kerja Nur Alia kerana mama dan
abahnya terpaksa pulang ke kampung
kerana ada hal penting.Syafiq Rizal pula
belum pulang.Kiranya ini adalah surprise!Nur
Alia memandang kotak hadiah di sisinya.
Habis duit aku beli jam tangan
untuk mamat tu.Tak beli merajuk macam budak kecil lepas tu marah aku tak tentu
fasal.Nur Alia semakin mengenali perangai Syafiq Rizal.
Lambat pula Rizal ni balik
nanti sejuk la makanan tu.Ngomel Nur Alia sambil mencapai telefon bimbit.Dia
mencari nama “Mamat Poyo” di phonebook
telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum Rizal,awak ada
kat mana ni?Awak balik awal malam ni ya.” Kata Nur Alia.
Syafiq Rizal diam dihujung
talian. Tidak pernah-pernah minah ni menelefon aku, dia ni mimpi ke apa.Rengus
hati Syafiq Rizal.
“Waalaikumussalam okey.” Ringkas sahaja jawapan Syafiq Rizal
lalu dia menamatkan panggilan.
Dah sakitkan hati aku boleh
pula telefon aku.Suka hati aku la nak balik awal ke lewat ke.Getus hati Syafiq
Rizal.Sedang Syafiq Rizal termenung telefon bimbitnya berdering lagi.Tertera
nama Marisa di skrin telefon bimbitnya.
“Hello Riz you buat apa tu? Happy
birthday darling.Jom la kita keluar boleh I belanja you hadiah Riz.” Manja
suara Marisa mengajak Syafiq Rizal keluar bersama.
“Hai Marisa thanks,you nak belanja I
Marisa?Boleh je lagi pun I tak busy sekarang.”
Syafiq Rizal setuju dengan pelawaan Marisa pada masa yang sama dia terlupa
bahawa Nur Alia sedang menunggunya di rumah.
“Sure Riz?Okey I tunggu you,bye.”
Marisa berasa gembira kerana Syafiq Rizal menerima pelawaannya.Ini la masa dia
melepaskan rindu pada Syafiq Rizal.
Nur Alia memandang jam dinding di
ruangtamu.Lambatnya dia ni.Hmm...
jangan cakap dia tak balik.Penat je aku berkampung dekat dapur tu masak dekat
dia.Nur Alia sedang menonton televisyen sambil menunggu kepulangan Syafiq
Rizal.
Jam menunjukkan pukul 12.25 pagi.Syafiq Rizal masih juga belum
pulang.Sampai hati awak Rizal,sayu Nur Alia.Mata Nur Alia semakin layu.Akhirnya
dia terlelap di atas sofa.
“Hai Rizal you dah dinner ke?Jom temankan I makan.I belanja you sempena birthday you hari ni.” Senyum Marisa
memandang Syafiq Rizal.
“I belum dinner lagi.You apa khabar sekarang Marisa?Lama I tak dengar cerita you.” Tanya Syafiq Rizal.
“I sihat Riz.You macam mana
sekarang.I tengok you bahagian dengan
Alia,”
“Hidup I dah berubah sekarang
Marisa.I dah jadi suami
orang.Bahagia?Mungkin I belum
mencapai kebahagian dengan Alia.” Keluh Syafiq Rizal didepan Marisa.
“Maksudnya you tak bahagia
dengan Alia?Pelik macam mana you boleh
cakap macam tu padahal dulu you nak sangat kahwin kan?” Marisa mengangkat
keningnya melihat Syafiq Rizal.Dia sendiri terkejut dengan pengakuan Syafiq
Rizal itu.
“Umi dan ayah I terlalu
terburu-buru suruh I cari calon
isteri.Kalau you tak buat perangai masa tu kita dah kahwin sekarang Marisa.”
Nada suara Syafiq Rizal sedikit tinggi.Dia menyalahkan Marisa.
“Huh?So sekarang you nak salahkan I
pula sebab you tak bahagia kerana I?I dah minta maaf pada you dan explain apa yang berlaku,tapi you tetap dengan keputusan you.” Marisa
menahan geram dengan Syafiq Rizal.
“I tak tahu Marisa.I tak tahu.Masa tu fikiran I serabut sangat.Dengan you buat hal,umi
dan ayah marah I.Bila I fikirkan balik better
I let you go dan I kahwin je dengan Alia,”
“I tahu I salah.Tapi masa tu kita dah bertunang Rizal dan rancang nak
kahwin.Betapa sakitnya hati I bila you
putuskan pertunangan kita dan kahwin dengan Alia.Sebelum I pergi ke Brunei I datang majlis perkahwinan you.I sebak melihat you
dari jauh.” Sayu Marisa apabila mengenangkan kisah dia dan Syafiq Rizal.
“Entah la Marisa masa bukan
boleh diputarkan semula,semuanya dah berlaku.” Syafiq Rizal merenung muka
Marisa.
“Hmm... you masih cintakan I Rizal?Atau
cinta you dah beralih pada Alia?”
“I tak tahu Marisa.Please
jangan tanya fasal tu.” Syafiq Rizal meraup mukanya.Dia sendiri tidak pasti
fasal perasaannya pada Marisa dan Nur Alia.
“I harap you masih cintakan I Rizal.” Marisa memegang jari jemari
Syafiq Rizal.Kalau boleh Marisa ingin berkahwin juga dengan Syafiq Rizal
walaupun Syafiq Rizal sudah menjadi milik Nur Alia.
“Please Marisa I rasa kita berkawan je sekarang.” Syafiq Rizal
menarik tangannya dari genggaman Marisa.
“Kalau itu yang you mahukan,I tak boleh paksa you.” Nada Marisa
sedikit sebak melihat wajah Syafiq Rizal.
“Thanks sebab memahami I.Hanya
you yang boleh faham I Marisa.”
Senyum Syafiq Rizal.
“Ehh mesti la I dapat faham you.Kita
bukannya baru kenal.Sejak kita di kampus kita kenal Rizal.You ingat tak macam
mana mula-mula kita kenal dulu?You la yang start
ganggu I.You sangat nakal masa di kampus.Sampai you dapat title ‘Kasanova’ sebab you suka tackle junior dan buat diorang suka pada you,”
“You masih ingat lagi ye Marisa.I sejak di bangku sekolah lagi memang
macam tu.Tapi I tak la sampai couple
dengan diorang.Saja suka ganggu dan hilangkan rasa boring I .” Sengih Syafiq
Rizal memandang Marisa.
“Kesian yang jadi mangsa you
Rizal.Diorang dah jatuh hati dengan you tiba-tiba dapat tahu you just main-main je.Ehh dah lewat ni Riz nanti bising pula Mona
dekat rumah tu nanti.” Marisa tersedar
bahawa hari sudah lewat.Jika dia tidak pulang kerumah dengan segera mesti Mona
akan marah pada Marisa.
“Oh I tak sedar pula dah lewat ni.Nanti you kirim salam dekat sepupu I tu ye.” Mona adalah sepupu Syafiq Rizal.Pada masa yang sama Mona rakan kepada
Marisa.Syafiq Rizal yang meminta tolong dari Mona untuk mendapatkan Marisa
waktu dikampus dahulu.
“Sepupu you tu dah macam mak I nombor
dua.Dia akan nasihat dan marah I kalau I buat salah.Ada je dia nak potpetpotpet dekat I.Okey Rizal nanti
kita jumpa lagi.Contact me okey,bye Riz.” Marisa meminta diri untuk
pulang lalu keluar dari restoran itu.Syafiq Rizal hanya tersenyum melihat
Marisa yang berlalu pergi.
Tepat jam 2.00 pagi Syafiq
Rizal sampai dirumah Encik Sufian dan Puan Lisa.Dia masuk ke dalam
rumah.Tiba-tiba dia melihat di ruang meja makan dipenuhi dengan lauk-pauk dan
ada sebiji kek.Tertera “Selamat Hari Lahir Rizal” di atas kek coklat tersebut.
Favourite aku
ni.Syafiq Rizal memandang ruangtamu yang masih bercahaya.Dia ternampak tubuh
Nur Alia yang sedang tidur di atas sofa.Hati Syafiq Rizal tersentuh.
Ya Allah patut la Alia suruh
aku balik awal,dia nak buat surprise
untuk aku rupanya.Kesiannya dia terpaksa tunggu aku sampai tertidur,getus hati
Syafiq Rizal.
Syafiq Rizal mengangkat Nur
Alia naik ke bilik tidur mereka lalu meletak Nur Alia di atas katil.Syafiq
Rizal menyelimuti Nur Alia dengan selimut.
Lia... maafkan Rizal.Bukan
Rizal tidak boleh menerima Lia sebagai isteri.Tetapi Rizal masih tidak boleh
menerima Lia yang masih menyayangi Hakimi.Syafiq Rizal memandang wajah
isterinya.
Tiba-tiba Syafiq Rizal
ternampak album gambar milik Nur Alia di atas lantai tertera nama ‘Lia dan Kimi’ di atas album gambar tersebut.Tersentuh
hati Syafiq Rizal melihat gambar-gambar manis antara Nur Alia dan Ashraf
Hakimi.
Bagaimana kita nak bahagia
kalau awak masih tidak lupakan Kimi.Sayu Syafiq Rizal.
Syafiq Rizal mengamati wajah
isterinya yang sedang nyenyak dibuai mimpi.Mata kau yang bundar, mata ini yang
membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama dengan kau Lia.Hidung kau yang
sedikit mancung,bibir kau yang merah,hati kau yang setia dalam percintaan
tetapi cinta tu bukan untuk aku tetapi masih lagi untuk Ashraf Hakimi.Aku cemburu
dengan lelaki itu Lia.Sakit hati aku bila memikirkannya.Aku harap kau boleh
mencintai aku sepertimana kau mencintai Hakimi.Satu persatu matanya meliar
melihat tubuh isterinya.Tiba-tiba Nur Alia menyebut sesuatu.“Kimi... ” Jelas
didengari oleh Syafiq Rizal.
Syafiq Rizal memandang Nur
Alia. Kalau mengigau cuba kau sebut nama aku pula.Kata Syafiq Rizal sambil
berlalu pergi dengan lemah.
No comments:
Post a Comment