BAB
8
Nur Alia masuk kedalam rumah
sambil membawa kek Secret Recipe terus ke dapur untuk simpan di dalam peti
sejuk.Encik Sufian dan Puan Lisa tiada dirumah mungkin mereka di butik
lagi.Syafiq Rizal masih belum pulang dari pejabat.Nur Alia merasa tekaknya
sangat dahaga dan membuat milo ais lalu pergi ke ruangtamu.
“Dah tinggal sorang je kat
rumah ni aku bebas nak buat apa yang aku suka.Cerita apa yang best hari ni eh,hah cerita favourite aku ni!” Setelah mendapat
siaran yang dicari.Nur Alia tekun melihat The Voice 4 di siaran Astro AXN.
“Assalamualaikum mama,abah... Aik diam je,tak ada orang ke dalam rumah
ni.” Syafiq Rizal sudah pulang dari pejabat
lalu meluru ke ruangtamu.Dia melihat Nur Alia sedang tekun menonton
televisyen.
Laaa... ada orang rupanya.Dia ni fokus sungguh tengok tv tu sampai aku
bagi salam pun tak dengar.Apa yang best pun
aku tak tahu lah setakat orang menyanyi sumbang macam tu aku pun boleh nyanyi!Syafiq
Rizal pergi kearah Nur Alia lalu mengambil milo ais diatas meja didepan Nur
Alia,dia meneguk milo ais itu sehingga habis.
“Ahh sedapnya milo ais ni,hilang
dahaga saya.Thanks Lia buat air untuk
saya.” Syafiq Rizal tersengih melihat Nur Alia yang tidak perasan dengan
kehadirannya.
“Awak!Habis milo ais saya.” Nur
Alia mengambil gelas dari tangan Syafiq Rizal.Dia melihat gelas itu sudah
kosong.
“Bukan selalu awak nak buat air
untuk saya Lia.Kenapa awak tak suruh Fahmi hantar balik office?” Tanya Syafiq Rizal sambil membuka tali leher.
“Kempunan saya nak minum.Hmmm tadi Fahmi memang nak hantar saya balik
office.Tapi hari dah lewat so hantar balik rumah jela.Dalam peti
sejuk ada kek BlackForest Cheese Fahmi beli untuk kita.” Kata Nur Alia yang
masih lagi tekun menonton siaran The Voice 4.Dia malas melayan kerenah
suaminya.
“Oh yeke... memang makan free betul kita hari ni kan Lia.Awak
tolong ambilkan satu slice kek untuk
saya.Lapar sangat ni.Pleaseee...”
Syafiq Rizal seakan merayu kepada Nur Alia.Dia ingin menganggu Nur Alia yang
sedang tekun menonton televisyen.
Nur Alia tidak dengar akan
permintaan suaminya itu.Matanya masih tertumpu di televisyen.
Ya Allah budak ni tekunnya dia
menonton televisyen tu sampai suami sendiri cakap pun tak dengar.Aku nak ganggu
dia juga sampai dia pergi ambil kek untuk aku.Syafiq Rizal merapatkan mukanya
ke rambut Nur Alia yang panjang mengurai itu.Syafiq Rizal membelai rambut
isterinya.Lembut dan harum.
“Arghhh!Apa awak buat ni
Rizal?” Nur Alia menjerit dan terus bangun dari sofa.Dia terkejut dengan reaksi
Syafiq Rizal.
“Haha baru awak tahu nak
terkejut kan,sudah pergi ambil kek untuk saya.Saya lapar ni.” Syafiq Rizal
memberi arahan kepada Nur Alia.
“Huh?Nak mengarah saya
pula.Awak pergi la ambil sendiri,okey pula mood
awak sekarang.Tadi masa main boling muka masam mencuka!” Nur Alia bergegas
ke dapur dan meninggalkan Syafiq Rizal yang terpinga pinga mendengar kata-kata
Nur Alia.
Geramnya aku saja buat aku
terkejut dengan reaksi dia yang dia ingat manja sangatlah tu!Haih nasib baik
sempat elak,kalau tak ni pipi licin dan gebu ni jadi mangsa si Rizal
tu.Aduh!Yang aku pun terlalu fokus sangat tengok televisyen kenapa.Ngomel Nur
Alia sambil memotong kek BlackForest Cheese.
“Nah kek awak.Makan sampai
kenyang tak habis,siap awak saya sumbat kek tu dalam mulut awak.” Nur Alia
memberi dua slice kek kepada Syafiq
Rizal.
“Mak aii banyaknya Lia.Kalau
saya tak habis awak kena habiskan okey.” Syafiq Rizal menyuap kek kedalam
mulutnya.
“Awak tadi ada sorang perempuan
seksi tegur Fahmi.Untung siapa dapat
perempuan tu,tapi dia cakap dia mencari
awak Rizal.” Nur Alia memberitahu Syafiq Rizal mengenai Marisa.
“Huh?Perempuan seksi?Siapa
Lia?” Syafiq Rizal masih lagi menyuap kek kedalam mulutnya.
“Kalau tak silap saya nama dia
Marisa... a ahh yup Marisa.Kawan awak kan?” Tanya Nur Alia sambil memandang
Syafiq Rizal yang sedang enak menjamah kek disebelahnya.
“Uhukk!Marisa?Oh Marisa ye dia
kawan saya masa kampus dulu.” Syafiq Rizal seakan ingin tercekik apabila
mendengar nama Marisa.
“Oh kawan satu kampus,ingat
awek awak sebab dia memang tengah mencari awak sekarang Rizal.Lebih baik awak
hubungi dia mungkin dia ada hal nak jumpa awak,”
“Alaa lain kali jela tak
penting kut.Marisa bekas tunang saya
Lia.Kami memang dah rancang nak berkahwin.Tapi bila saya dapat tahu yang Marisa ni jenis
perempuan yang kuat bersosial saya ubah fikiran.Saya rasa dia tak sesuai untuk
saya,so saya ingin putuskan pertunangan
kami.Marisa ugut saya.Kalau saya putuskan juga pertunangan kami,dia akan bunuh
diri.Tapi saya tak percaya cakap dia.Jadi saya rasa cara yang terbaik untuk
saya dan Marisa adalah saya perlu mencari perempuan lain dan bernikah dengan
segera.Awak la perempuan tu Alia.Lepas Marisa dapat tahu saya bernikah dengan
awak dia menghilangkan diri.Marisa berlakon seolah-olah dia membunuh diri
disebabkan saya.Masa tu saya memang serba salah sangat tapi saya dapat tahu
dari Fahmi yang sebenarnya Marisa masih hidup dan ada di Brunei.Sekarang dia
sudah pulang ke Malaysia,mungkin ingin membina kehidupan baru disini.” Syafiq
Rizal menjelaskan tentang Marisa kepada Nur Alia.Sebenarnya Syafiq Rizal risau
dengan Marisa yang sudah pulang ke Malaysia.Dia risau jika Marisa ingin
mengganggunya semula.
“Macam drama pula kisah awak
dan Marisa.So sekarang Marisa dah
pulang ke Malaysia dia sedang mencari awak kan.Mana tahu dia dah berubah
sekarang?Dan nak berkahwin dengan awak Rizal?” Tanya Nur Alia sambil memandang
muka Syafiq Rizal.Sekarang baru Nur Alia tahu kenapa Syafiq Rizal terlalu
terburu-buru ingin mengahwininya.
“Iye ke macam drama?Agak-agak
kalau kisah saya ni buat drama saya boleh menang pelakon lelaki popular tak
Lia?Marisa berubah?Awak ingat senang ke dia nak berubah,tapi mungkin jugak dia
sudah berubah.Memang dulu saya cintakan Marisa semasa kami di kampus dan sebelum
saya tahu perangai dia.Tetapi lepas saya tahu Marisa tu jenis suka
bersosial,cinta saya pada dia makin kurang.Kalau betul dia berubah
Alhamdulillah.Jika dia jodoh saya,saya terima dan akan lepaskan awak.Jika dia
bukan jodoh saya,saya tak boleh nak terima Marisa lagi.” Panjang lebar Syafiq
Rizal menceritakan kisah dia dan Marisa.Syafiq Rizal sendiri tidak tahu adakah
betul Marisa sudah berubah atau ingin merebut hati Syafiq Rizal kembali.
“Kalau betul macam mana?Awak
pasti akan lepaskan saya Rizal?Itu sudah bagus!Lepas ni saya bebas dari dibuli
oleh awak dan saya akan cari suami idaman saya.” Nur Alia sangat gembira
apabila mendengar Syafiq Rizal menceritakan kisah cinta antara Syafiq Rizal dan
Marisa.Dia pasti Syafiq Rizal akan melepaskannya tidak lama lagi.
“Happy nampak?Sebelum saya lepaskan awak,saya akan buli awak
cukup-cukup pendek!Nah awak makan kek ni sampai habis saya dah kenyang.” Syafiq
Rizal memberi pinggan yang berisi
setengah slice kek lagi kepada
Nur Alia.
“Awak makan la... tinggal sikit
je lagi tu tak baik membazir tahu.Saya tak nak.” Nur Alia menolak pinggan yang
diberi oleh Syafiq Rizal.
“Baik awak makan,ke nak saya
suapkan?Meh sini saya nak suap cepat nganga mulut awak.” Syafiq Rizal menyuruh
Nur Alia membuka mulut.Dia ingin menyuap kek kepada isterinya.
“Tak faham bahasa ke Encik
Syafiq Rizal?Saya cakap saya tak nak makan kek tuuu... ” Nur Alia menolak
pinggan itu,dengan badan Syafiq Rizal sekali dia menolak.
“Degilnya awak ni pendek!Nak
makan kek pun susah,siap saya nak suap pun awak tak nak lagi?” Syafiq Rizal
mengambil secebis kek lalu menempek di hidung Nur Alia.
“Hey!Kalau nak suap pun suap kat mulut la,bukan hidung.” Muncung Nur
Alia.Nur Alia memegang hidungnya yang penuh dengan kek.
“Assalamualaikum Lia,Rizal kami
dah balik ni.” Encik Sufian memberi
salam diluar.
“Waalaikumussalam abah... kami
ada ni tengah menonton televisyen,mari la sini abah,mama.” Syafiq Rizal
menjawab salam ayah mentuanya.
“Ya Allah Lia kamu ni nak makan
kek pun jangan la sampai ke hidung.Kamu berdua tak mandi lagi sejak balik dari
pejabat?” Tanya Puan Lisa kepada Nur Alia dan menantunya itu.
“Hehe belum lagi mama kami
tengah berehat kejap tadi.Rizal naik atas mandi dulu ye mama,abah.” Syafiq
Rizal meminta diri.Dia menarik tangan Nur Alia sekali.Nur Alia hanya mengikut
sahaja kehendak Syafiq Rizal.Jika dia menolak ,abah dan mama fikir apa pulak
nanti.Dia tidak mahu dianggap isteri derhaka oleh mama.Jika mama dapat tahu
hubungan dia dan Syafiq Rizal yang sebenarnya tidak seperti suami isteri,memang
masak Nur Alia kena nasihat dengan Puan Lisa dan Encik Sufian.
“Apa nak jadi budak dua orang
tu abang.Tengok ni bersepah kek,diorang ni makan ke main-main dengan kek.”
Bebel Puan Lisa dengan perangai Nur Alia dan Syafiq Rizal sambil menggelengkan
kepalanya.
“Haih budak bertuah,sama je dua
orang tu.Nama pun baru berkahwin Lisa.Kita dulu pun macam diorang juga.” Senyum
Encik Sufian melihat Puan Lisa yang sudah mengerut dahi melihat gelagat Nur
Alia dan Syafiq Rizal.
No comments:
Post a Comment