Wednesday, 10 April 2013

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 7)


BAB 7
Syafiq Rizal sibuk memeriksa fail-fail di atas meja kerja.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Nama Amirul Fahmi tertera di skrin telefon bimbit Syafiq Rizal.

“Assalamualaikum Fahmi.Ada apa call aku pagi-pagi ni?” Tanya Syafiq Rizal yang masih lagi memeriksa fail-fail di atas mejanya.

“Waalaikumusalam bro.Ganggu kau ke Rizal?Aku call nak tanya kau sibuk tak tengah hari ni.Aku nak belanja kau dan Alia.Aku nak belanja ni salah satu hadiah perkahwinan kau.Itupun kalau kau nak.Kalau ikutkan hati,aku bukan nak belanja je tapi nak ajak kau dengan Alia hang out hari ni.” Kata Amirul Fahmi.Memang niatnya ingin memberi hadiah perkahwinan kepada Syafiq Rizal.Tetapi dia terlupa untuk membelinya jadi dia menggantikan dengan membelanja Syafiq Rizal dan Nur Alia.

“Haha aku okey je nanti aku beritahu Alia.So jumpa kau lepas ni aku nak settle kerja aku kejap then kita hang out,” 

“Okey bro jumpa korang dekat Plaza Alam Sentral.Aku tunggu sana.” Amirul Fahmi menamatkan panggilan.

Budak ni time aku tengah sibuk baru nak ajak hang out.Time aku free tak ada pula nak ajak.Bebel Syafiq Rizal sambil mencari nama Nur Alia di telefon bimbitnya.Syafiq Rizal menghantar SMS kepada isterinya.

                   Hai pendek, jap lagi Fahmi nk belanja kita mkn,awk free kan?lepas habis kerja sy kita pergi ok

Nur Alia yang sedang bersembang dengan Tasya staf di syarikat itu, tiba-tiba berasa telefon bimbitnya bergetar.1 Message Received.Pehal pula mamat ni hantar SMS kat aku pagi-pagi.Ngomel hati Nur Alia.Nur Alia membaca SMS Syafiq Rizal sambil tersenyum.

                     Sy free je kerja sy lagi sikit je lagi ni,ok sy tunggu awk mamat poyo!

Nur Alia membalas SMS Syafiq Rizal.

“Untung la orang tu pagi-pagi dah dapat SMS.” Perli Tasya disebelah Nur Alia.

“Biasa la big bos kita la yang hantar SMS ni kat aku.Dia akan hantar kalau ada hal je kalau tak ada hal memang dia tak hantar.” Nur Alia berkata sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.

“Aik duduk satu bumbung,satu bilik,satu bantal pun kau nak dia hantar SMS dekat kau setiap hari?Kalau aku la,dah jumpa depan mata kira bersyukur tau.Dari dapat SMS je buat apa.” Tasya menyiku Nur Alia.

Uishh satu bumbung dan satu bilik tu dah betul.Tapi satu bantal?Errr belum lagi buat masa sekarang ni.Kalau boleh memang aku tak nak lagi nak tidur satu bantal dengan Rizal or nak jalin hubungan apa-apa dengan dia.Better jangan.Tak fasal nanti aku pregnant!Oh no... no... Rizal tak cintakan kau Alia.Dan aku sendiri tak cintakan Rizal.Ngomel hati Nur Alia.

“Pandainya kau cakap ye Tasya.Memang la aku selalu jumpa dengan dia.Tapi kadang-kadang  tu dia sibuk dengan kerja.Aku sebenarnya tak faham sangat dengan perangai Rizal tu.” Nur Alia mengaku yang dia memang tak dapat faham perangai Syafiq Rizal yang sebenar.

“Kau kena la tahu perangai suami kau Lia.Mana boleh biar je,entah dia suka entah dia tak suka apa yang kau buat?Sayang sangat kalau kau tak boleh nak faham dan jaga Encik Rizal tu.Aku pasti Encik Rizal seorang yang caring,baik hati,romantik.Aku boleh cair tau kalau dia tenung aku lama-lama.Pandangan dia tu menusuk kalbu!Silap hari bulan aku jadi isteri kedua Encik Rizal nanti Alia.Nak tak kita bermadu?” Sengih Tasya kepada Nur Alia yang sudah melihat Tasya dengan pandangan tajam.

“Bermadu?Sure kau nak Encik Rizal?Kau nak pergilah minta dekat dia.Sebelum tu minta dia lepaskan aku dulu then baru suruh dia kahwin dengan kau okey?” Kata Nur Alia dengan selamba.Tetapi dihatinya dia merasa ada sedikit getaran.Cemburukah aku?Please laa.Ngomel hati Nur Alia.

“Weh aku ada bau macam ada orang cemburu la Lia!Hehe.” Tasya mengusik Nur Alia yang sedang membelek bunga di atas meja kerjanya.

“Ehh yeke Tasya?Mana-mana aku nak bau jugak.Kau ni saja kan Tasya!” Nur Alia ingin mencubit bahu Tasya.Tetapi Tasya sempat mengelak dan meninggalkan Nur Alia disitu.

Tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan Rizal,tak mungkin.Rengus hati Nur Alia.

Amirul Fahmi melihat gelagat pengunjung yang meluru masuk dari pintu utama Plaza Alam Sentral.Dari jauh dia nampak kelibat Syafiq Rizal dan Nur Alia yang menuju kearahnya.

“Hai Rizal,hai Alia.Jom sebelum belanja korang makan kita pergi main boling dulu.” Ajak Amirul Fahmi sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

“Bagus sangat la tu Fahmi.Aku dah lama tak main boling,last aku main masa kat kampus dulu.Awak okey kan Alia?Awak join sekali ye.Kita tengok siapa raja boling!Jom Fahmi.” Syafiq Rizal merangkul pinggang Nur Alia disisinya.

Mamat ni suka hati je pegang pinggang aku!Yang Fahmi ni pun satu ajak main boling pula.Kata tadi nak belanja makan.Memang aku kalah la main boling sebab selalu masuk longkang je!Ngomel hati Nur Alia.

“A ah awak okey tak kakak ipar?” Amirul Fahmi senyum melihat Nur Alia disisi Syafiq Rizal.

“Err saya okey je Fahmi.Jom la.” Nur Alia berkata dan tersenyum kelat.Dia rimas sebab Syafiq Rizal merangkul pinggangnya pada masa yang sama dia malu dengan Amirul Fahmi.

Mereka pergi menuju ke pusat boling.Di dalam hati Nur Alia sedang panas membara dengan Syafiq Rizal yang tidak mahu melepaskan tangannya dari merangkul pinggang Nur Alia.

“Awak lepas tangan awak boleh?Pinggang saya kebas!” Nur Alia membisik ditelinga Syafiq Rizal.Dia tidak mahu Amirul Fahmi perasan dengan tindakannya itu.

Tiada respond dari Syafiq Rizal.Lagi dia menarik Nur Alia dekat disisinya.Padahal dia dengar apa yang dibisik oleh Nur Alia.

Nur Alia bengang dengan tindakan Syafiq Rizal.Dia tidak dapat menahan lagi.Nur Alia terpaksa mencubit perut Syafiq Rizal dan ingin melepaskan dirinya.

“Aduh!Sakitnya!” Tiba-tiba Syafiq Rizal terjerit kecil.Dia melepaskan tangannya.Amirul Fahmi terdengar jeritan Syafiq Rizal itu.

“Ehh kau kenapa ni Rizal?” Tanya Amirul Fahmi sambil mengerut dahinya.

“Tak ada apa.Tadi ada orang tu langgar aku.Laju je dia jalan sampai terlanggar aku.” Sengih Syafiq Rizal kepada Amirul Fahmi.Dia melihat Nur Alia disebelahnya yang sedang tunduk menahan gelak melihat reaksi Syafiq Rizal.

Dia ni kan saja buat aku malu.Dah la cubit perut aku.Peluk tak lepas kang budak pendek ni!Syafiq Rizal membulatkan matanya melihat Nur Alia.

“Padan muka awak siapa suruh tak dengar cakap saya tadi.Kan dah kena.” Bisik Nur Alia kepada Syafiq Rizal sambil menjelir lidah.

Syafiq Rizal geram melihat Nur Alia.Pantas tangannya  menarik telinga Nur Alia lalu berjalan disebelah Amirul Fahmi dan meninggalkan isterinya di belakang.

Hey!Telinga aku pula jadi mangsa.Tak guna betul mamat ni!Ngomel Nur Alia didalam hati.

Setelah sampai di pusat boling,Amirul Fahmi membuat bayaran dan mereka mengambil tempat. “Alia awak mula dulu bak kata orang ‘ladies first’...” Amirul Fahmi memberi laluan kepada Nur Alia untuk membuat balingan.

Nur Alia memulakan dulu.Bola meluncur laju dan bola itu tidak menuju ke pin tetapi masuk ke longkang. “Alaaa selalu je masuk longkang!Saya paling tak suka main boling tau.” Nur Alia berkata kepada Syafiq Rizal dan Amirul Fahmi dengan muka yang hampa.

“Haha lepas ni cuba lagi.Mana tahu strike ke Lia?Mari saya ajar awak nak?” Sengih Syafiq Rizal kepada Nur Alia disebelahnya.

“Awak nak ajar saya Rizal?Tak apa la saya minta Fahmi je.Boleh tak Fahmi?” Nur Alia menjeling Syafiq Rizal disebelahnya.Tiba-tiba muka Syafiq Rizal berubah.

“Err tapi saya tak pro macam Rizal.Awak belajar la dulu dengan Rizal confirm lepas ni tak masuk longkang.Haha.”Amirul Fahmi mengusik Nur Alia.Dia tahu Syafiq Rizal makan hati dengan kata-kata Nur Alia.Dia dapat melihat dari perubahan muka Syafiq Rizal.Amirul Fahmi membuat balingan dan strike!

Wow!Hebat awak Fahmi.Macam mana awak buat sampai boleh jatuh semua pin tu?Ajar saya.” Nur Alia menepuk tangannya pada Amirul Fahmi tanpa melihat Syafiq Rizal disebelahnya yang sudah masam mencuka.

“Tengok la siapa sifu saya dulu Lia... Syafiq Rizal la yang ajar saya jadi pro macam dia.” Amirul Fahmi menepuk-nepuk bahu Syafiq Rizal.Syafiq Rizal bangun dan membuat balingan dan strike juga.

Buat dah muka masam dia tu.Aku salah cakap ke tadi?Aku melawak je yang dia nak makan hati kenapa.Bukan aku nak sangat belajar main boling dengan Fahmi.Ngomel hati Nur Alia.Dia tidak tahu sama ada ingin meminta maaf atau tidak kepada Syafiq Rizal.

Bro jom perut aku dah lapar sangat ni.” Syafiq Rizal mengajak Amirul Fahmi pergi mengisi perutnya yang kosong itu.

Okay sure.Jom la aku pun dah lapar ni kejap lagi ramai pula dekat Kenny Rogers tu.” Amirul Fahmi berjalan dihadapan meninggalkan Nur Alia dan Syafiq Rizal dibelakang.

“Korang order la apa korang nak makan.Don’t worry aku belanja hari ni.Makan sampai kenyang okey.” Kata Amirul Fahmi dengan senyuman manisnya itu.

“Alhamdulillah hari ni kita makan free Rizal.Kalau setiap hari macam ni kan seronok.” Senyum Nur Alia memandang Syafiq Rizal.Senyuman Nur Alia tidak dibalas.Suaminya hanya mendiamkan diri sambil membelek menu di tangannya.

Ya Allah sabar je aku dengan dia ni.Kalau la Fahmi tak ada sekarang memang dah lama Rizal ni aku tumbuk,lenyek,tampar buat macam kentang lenyek then makan!Sakit hati betul dengan dia ni.Buat aku macam patung.Seriously aku sakit hati dengan kau Syafiq Rizal!Nur Alia merengus geram dalam hati.Sedang mereka menjamu selera di Kenny Rogers,telefon bimbit Syafiq Rizal berbunyi dia menjawab panggilan tersebut.

Yes Mr Vincent... oh ye fasal projek tu you nak bincang hari ni jugak?Okay sure Mr Vincent dalam 10 minit I sampai office.See you there.Bye.” Syafiq Rizal menamatkan panggilan.

“Mr Vincent nak bincang fasal projek dekat Port Dickson tu ke Rizal?”  Tanya Nur Alia.

“Yup Lia,saya balik office dulu.Kejap lagi awak minta Fahmi hantar awak ye.So Fahmi thanks untuk hari ni.Lain kali kita hang out lagi bro.Aku pergi dulu sorry tak dapat hang out lama-lama.” Syafiq Rizal bingkas bangun lalu meninggalkan Amirul Fahmi dan Nur Alia disitu.

“Orang bekerjaya Lia memang sibuk.Macam saya jugak.” Amirul Fahmi senyum melihat Nur Alia yang kelihatan resah dihadapannya.

“Saya suka orang yang bekerjaya ni.Diorang ada matlamat di dalam hidup.Pandai menggunakan masa dengan baik.Tidak macam sesetengah orang hanya tahu membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.” Kata Nur Alia kepada Amirul Fahmi.

“Saya sokong apa yang awak cakap tu Lia.Nasib baik saya bukan dalam gologan orang yang macam tu.” Ujar Amirul Fahmi.Dia sendiri tidak suka membuang masa.Memang tak senang duduk kalau dia tidak melakukan sesuatu.

Setelah mereka selesai menjamu selera,Amirul Fahmi mengajak Nur Alia pergi ke Secret Recipe sebentar.Amirul Fahmi memilih kek untuk diberi kepada Syafiq Rizal dan Nur Alia.Amirul Fahmi membeli sebiji BlackForest Cheese Kek dan memberi kepada Nur Alia.

“Ehh buat susah-susah je Fahmi.Banyak sangat dah awak belanja kami ni.” Nur Alia terkesima apabila Amirul Fahmi memberi plastik berisi sebiji Kek Secret Recipe itu kepadanya.

“Ambil je Lia.Hadiah dari saya sempena perkahwinan awak dan Rizal,” 

Excuse me,you Amirul Fahmi right?” Tanya seorang gadis yang tiba-tiba menegur Amirul Fahmi.

Yes... ehh Marisa kan?Bila you balik Malaysia?Lama I tak nampak you.Makin hot you sekarang.How life?” Amirul Fahmi memandang Marisa dari atas sampai kebawah.Dia tidak percaya bahawa Marisa sudah pulang ke Malaysia.

So far so good Fahmi.Still single and available dan I sedang mencari Rizal.You tahu dia ada mana sekarang?By the way girlfriend you ke ni Fahmi?” Marisa memandang Nur Alia yang berada disebelah Amirul Fahmi.Nur Alia senyum melihat Marisa.Cantik perempuan ni untung lelaki yang dapat dia,seksi,tinggi,bergaya.Tapi macam mana dia boleh kenal dengan Rizal?Aduh sorang-sorang aku jumpa kawan Rizal.Ramai jugak kawan dia ni.Kawan ke?Or awek dia?Ngomel hati Nur Alia.

“Oh nope!Dia isteri Rizal... Nur Alia.” Jawab Amirul Fahmi sambil memperkenalkan Nur Alia kepada Marisa.

I see... Alia isteri Rizal.Not bad... kecil je you ni.” Marisa memandang Nur Alia dengan pandangan yang kurang senang.

Nur Alia hanya senyum dengan komen Marisa atas dirinya.Okey aku dah boleh agak dari cara dia pandang aku dah boleh tahu siapa Marisa ni.Awek lama si Rizal mungkin?Kisah apa aku dia awek Rizal ke tak.Rengus hati Nur Alia.

So Fahmi I pergi dulu.Nanti you jumpa Rizal beritahu Rizal yang I rindu dia.” Marisa membisik ditelinga Amirul Fahmi lalu pergi dari situ.Nur Alia tidak dapat mendengar apa yang Marisa bisik kepada Amirul Fahmi.

“Fuhh she killing me!Err... Alia awak jangan ambil hati sangat dengan perangai Marisa.Memang karakter dia macam tu.Jom saya hantar awak balik rumah nanti marah suami awak simpan awak lama-lama dengan saya.” Amirul Fahmi melihat wajah Nur Alia sedikit berubah apabila melihat Marisa.Amirul Fahmi tidak mahu Nur Alia fikir bukan-bukan antara Syafiq Rizal dan Marisa.Dia harap Nur Alia tidak tahu siapa Marisa yang sebenar.

No comments:

Post a Comment