Wednesday, 10 April 2013

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 9)


BAB 9
Marisa dan Mona membelek barang make up di dalam Guardian. “Babe cantik warna lipstick ni aku rasa baru lagi.” Kata Marisa kepada Mona yang sedang mencari maskara.

“Memang cantik sangat keluaran baru lagi.Kau nak beli lagi lipstick Marisa?Aku rasa minggu lepas kau dah beli dua kan.” Mona menegur rakannya itu.Dia sudah masak dengan perangai Marisa yang memang kaki shopping.

“Alaa aku setiap hari kan pakai lipstick tukar-tukar warna,lagipun duit aku sendiri tak kacau duit kau pun Mona.” Selamba Marisa menyindir Mona disebelahnya.

“Suka hati kau la Marisa aku malas nak tegur kau dah.Sakit hati bila cakap dengan kau ni.Jom lah aku dah lambat ni,marah pula si Zarul tunggu aku lama sangat dekat Guardian ni.” Mona bergegas ke kaunter bayaran untuk membayar barangan yang dibeli.

“Suruh la pakwe kau tunggu kejap,kau dah janji kan nak teman aku shopping hari ni Mona.” Marisa seakan merayu kepada Mona untuk menemaninya membeli belah.

“Haaa tahu pun nak cakap elok-elok dengan aku.Aku tipu jela... hehe.” Mona tersenyum melihat gelagat Marisa yang sedang  merayu itu.

“Kau ni suka tipu aku.Sebagai denda kau kena teman aku lagi malam ni.Teman aku pergi clubbing malam ni okey?” Marisa mengajak Mona pergi ke kelab malam untuk berseronok disana.Marisa masih lagi tidak berubah.Dia gian untuk berclubbing.

What??Kau nak clubbing lagi Marisa?Kau dah janji dengan aku,kau nak berubah.Kau nak dapatkan balik cinta dari Rizal dan nak berkahwin dengan dia.Tapi  kau masih tak boleh berubah.Macam mana kau nak dapatkan Rizal,cukup-cukup lah Marisa.” Mona memberi nasihat kepada Marisa.Dia tidak menyangka Marisa masih tidak berubah.

“Memang aku nak berkahwin dengan Rizal.Memang aku nak berubah Mona,tapi aku terlalu gian dan tidak dapat melepaskan hobi aku yang suka berclubbing.Aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu berhenti Mona.Aku sayangkan Rizal.Aku nak sehidup semati dengan Rizal.” Sayu Marisa menceritakan isi hatinya kepada Mona.

“Betul kau nak berubah demi Rizal?Mulai sekarang kau kena tinggalkan segala perangai buruk kau yang kuat bersosial tu.Aku dulu pun macam kau jugak Marisa.Perlahan-lahan aku berubah dan sekarang aku dapat buang segala yang aku pernah buat dulu.Yang penting kau kena kuat,tabah ,dan sabar.Niat kau kena betul jika ingin berubah Marisa.Kau boleh!” Mona memegang tangan Marisa dan memberi semangat kepada rakannya itu.Dia teringin sangat melihat rakannya itu berubah.

Thanks Mona... kau je yang boleh tolong aku sekarang,sayang kau!” Marisa terasa ingin menangis lalu memeluk Mona.

Ketika mereka ingin pulang kerumah,Marisa dan Mona ternampak Syafiq Rizal yang berada di kedai majalah. “Mona kau tunggu sini kejap aku nampak Rizal.I will be back.Tunggu sini ye.” Kata Marisa bergegas mendapatkan Syafiq Rizal.

“Rizal!You apa khabar lama I tak jumpa you Riz.You sihat?I miss you dear.” Bertalu talu soalan Marisa kepada Syafiq Rizal.

“Ehh Marisa you buat apa dekat sini,shopping?Banyak barang you beli.” Syafiq Rizal terpinga-pinga melihat Marisa didepannya.

“Sudah semestinya I shopping Riz,you sorang je?Jom lah kita keluar makan ke,keluar boling ke lama kita tak keluar bersama Riz.” Nada suara Marisa berubah manja.Dia sangat rindukan Syafiq Rizal setelah sekian lama Marisa membawa diri ke Brunei.

“Err tak... I dengan wife I Alia.Dia pergi toilet kejap.” Kata Syafiq Rizal kepada Marisa.Dia mencari-cari kelibat Nur Alia disitu.

“Oh dengan perempuan tu.Okay fine... Rizal can I borrow your handphone please?” Marisa berdiri rapat disebelah Syafiq Rizal.Dia gelabah dan terus memberi telefon bimbitnya kepada Marisa.Dia tidak mahu Nur Alia perasan Marisa ada disitu.

Marisa mendail nombor telefonnya di telefon bimbit Syafiq Rizal dan save nama ‘Marisa’ di phonebook Syafiq Rizal dan memberi kembali telefon bimbit itu kepada Syafiq Rizal.

“Jangan lupa contact I sayang... bye.” Nada suara Marisa sangat manja dan lenggoknya menggoda,lalu meninggalkan Syafiq Rizal disitu.

Syafiq Rizal seperti tidak percaya bahawa dia boleh terserempak dengan Marisa disitu.Nur Alia masih lagi tidak muncul.Nasib baik Nur Alia tidak muncul ketika Marisa sedang bercakap dengannya tadi.Dia sendiri boleh tersungkur dengan pujuk rayu Marisa.

“Awak sorry saya sakit perut sangat tadi.Ehh kenapa awak berpeluh ni Rizal?Dalam Mall ni punya la sejuk awak boleh berpeluh lagi?Tu muka awak macam nampak hantu je,pucat semacam.Sihat tak ni?” Nur Alia menegur Syafiq Rizal sambil memegang dahi Syafiq Rizal.

“Hah tak panas pun sejuk je.Awak ni kenapa Rizal?Dah jom lah masuk office banyak lagi kerja saya nak habiskan.” Nur Alia bergegas meninggalkan Syafiq Rizal yang pucat lesu itu.

Aduh kenapa aku ni?Tadi aku nampak Marisa macam nak luruh jantung aku sebab terkejut.Bila aku nampak Alia aku jadi gementar ni kenapa?Apa yang aku takut sangat ni.Aku takut dengan Marisa ke dengan Alia?Arghhh!Marisa kenapa kau kembali.Ngomel hati  Syafiq Rizal lalu berjalan mendapatkan Nur Alia yang sudah jauh dihadapan.

“Rizal datang dengan siapa tadi Marisa?Kau tak ajak dia keluar ke lepaskan rindu kau dekat dia.” Sengih Mona disebelah Marisa.

“Dia datang dengan wife dia.Aku ajak dia keluar tadi tapi dia sibuk.Lain kali pula la kami keluar,”

“Hah dengan wife dia?Nasib baik wife dia tak nampak kau Marisa.Aku yang nampak tadi pun rasa macam nak baling je kasut kat kau.Punya la menggoda kau tadi.” Mona terkejut dengan gelagat Marisa kepada Syafiq Rizal.Jika dia isteri Syafiq Rizal memang akan cemburu kalau ternampak Marisa menggoda begitu.

“Kalau Alia ada dekat situ lagi aku suka.Silap hari bulan aku peluk Rizal tu depan Alia.Baru dia tahu betapa sakitnya hati aku bila tahu Rizal kahwin dengan Alia.Rizal akan jadi milik aku Mona.” Marisa berkata sambil menggenggam erat tangannya.

“Kau jangan buat benda yang bukan-bukan dekat diorang Marisa.Kau nak dapatkan Rizal pun jangan buat perkara yang tak betul.Kau jadi isteri kedua Rizal pun dah okey Marisa.” Kata Mona kepada Marisa.Dia sangat risau jika Marisa membuat sesuatu kepada Nur Alia untuk dapatkan Syafiq Rizal semula.

“Isteri kedua?Never! Just wait and see.” Marisa tersenyum sinis melihat Mona.Marisa tidak sanggup berkongsi Syafiq Rizal dengan perempuan lain.


No comments:

Post a Comment