BAB
13
Pulang sahaja dari pejabat Nur
Alia terus merehatkan diri di taman bunga mini mamanya.Jam menunjukkan 6.30
petang.Lambat pula Rizal ni balik,dalam minggu ni aku terpaksa drive sendiri kerana Rizal ada tugas
diluar kawasan waktu balik pun tidak menentu.Kenapa tiba-tiba teringat dia
ni?Aku rindu Rizal?Oh no... no…
ngomel hati Nur Alia.
Sambil menghayati senja yang
kian menghilang Nur Alia mula berasa sebak.Kenapa kau tinggalkan aku Kimi aku
rindu kau.Rindu berjalan di tepi pantai sambil menikmati senja bersama.Rindu
lepak dan makan bersama tetapi semua itu hanya tinggal kenangan.Hanya kenangan
yang manis walaupun perpisahan antara kita sangat pahit dan pedih.Hmmm... aku
kena kuat.Biarlah Kimi bahagia dengan pasangan hidupnya.Sekarang aku sudah
menjadi isteri orang.Isteri kepada Syafiq Rizal.
Tiba-tiba Nur Alia dapat
merasakan ada sesuatu yang bergerak di atas bahunya.Dia tidak mahu menoleh
tetapi.“Arghhhh!Lipas… mama!” Jerit Nur Alia.
“Hei... hei... shhh diam la
pendek.Saya ni Rizal.” Hampir sahaja hidung Syafiq Rizal yang mancung itu
diketuk dengan kasut tumit tinggi Nur Alia.
“Dah tak tahu nak beza ke lipas
dengan daun kering?Haha...” Tawa Syafiq Rizal memecah kesunyian.
“Awak ni suka sangat ganggu
saya kan habis semua benda yang saya menggelamun tadi hilang.Potong stim
betul!” Muncung Nur Alia.
“Sini Alia.” Syafiq Rizal
menarik mulut Nur Alia.
“Hei sakitlah!” Nur Alia
menjerit kecil.
“Hah padan muka.Tahu
menggelamun dan buat muncung itik tu je kan awak ni,”
“Suka hati saya la.Awak jealous ke sebab awak tak boleh buat
macam saya?” Jeling Nur Alia.
“Serius awak nak saya buat?For you dear I will... nah lagi comel
dari awak kan Lia.” Syafiq Rizal membuat muka sambil memuncungkan mulut dan
menjulingkan mata.
“Haha!!Macam itik sawan je.”
Berdekah dekah ketawa Nur Alia melihat Syafiq Rizal.
“Oh ketawa ye... sudah la tu
jom masuk.Dah nak masuk waktu maghrib nanti kita solat bersama.” Selamba Syafiq
Rizal merangkul pinggang Nur Alia sambil menuju ke pintu.
Mamat ni kenapa romantik sangat
dengan aku.Jangan la seksa jiwa aku Rizal risau kalau aku jatuh cinta
lagi.Keluh hati Nur Alia.
Aku menuju ke meja belajar yang
telah sekian lama tidak digunakan selepas meninggalkan kampus.Lama betul aku
tidak berchatting.Rindu pula dengan
kawan-kawan.Sambil Nur Alia tekun membuka profil Facebook kawan-kawannya, di
skrin tertera profil Ashraf Hakimi.Lama Nur Alia merenung skrin laptopnya.Dalam
keadaan yang tidak sedar,Syafiq Rizal memerhati isterinya dari belakang.Kau
masih tidak boleh lupakan dia Lia.Rengus Syafiq Rizal,lalu pintu bilik dihempas
kuat.
Oh mak kau!Ya Allah terkejut
aku tiada angin tiada ribut macam mana pintu tu boleh tutup dengan sendiri.Dah
la kuat pula.Seram pula dibuatnya.Ngomel Nur Alia.Rizal mana ye.Aku tak nampak
pula mamat tu.Dia tidur di bilik sebelah ke.Mustahil la... nak kena bebel
dengan mama.Dah nak dekat sebulan menjadi isteri Rizal mana pernah aku tidur
sekatil dengan dia.Aku tak boleh lagi nak terima Rizal macam mana aku terima Kimi.Jahatnya
aku ni, keras betul hati aku kan.Keluh Nur Alia.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka
oleh Syafiq Rizal.Dia menghampar tilam disisi katil lalu melabuhkan badannya
dengan muka yang masam mencuka.
“Awak tidur awal malam ni?Esok
ada tugas diluar kawasan ke?” Soalan Nur Alia tidak dijawab Syafiq Rizal.Kenapa
diam je dia ni tak kan dah tidur kut?Nur Alia pergi kearah suaminya.Ehh
cepatnya mamat ni tidur.Penat sangat agaknya.Tidurlah mamat poyo... good night !Ucap Nur Alia di dalam hati.
Bosan pula kalau tiada benda
nak buat.Mata Nur Alia meliar mencari sesuatu di dalam biliknya.Itu kan kemeja
Rizal baik aku gosokkan kemeja dia.Lagipun selalu Rizal yang gosok sendiri.Nur
Alia tekun menggosok kemeja suaminya.Okey siap!Aduh kenapa mata aku ni tak reti
nak mengantuk pula malam ni.Now what... hmmm... ahaaa meja kerja Rizal
bersepahnya.Mamat ni boleh eh buat kerja dengan meja bersepah.Baik aku tolong
kemaskan sementara mata ni tak mahu tidur lagi.
Sambil Nur Alia mengemas dan
menyusun barang-barang di atas meja kerja Syafiq Rizal.Nur Alia ternampak
sebuah kotak kecil di celah timbunan buku.
Comelnya kotak ni.Kenapa la tak
simpan dalam laci je.Nur Alia menggoncang kotak tersebut.Aikk?Ada something dalam ni.Ada apa eh?Hati Nur
Alia diburu tanda tanya lalu dia membuka penutup kotak tersebut.Ehh... ini kan
gelang tangan yang Rizal nak bagi untuk someone
yang dia cakap hari tu?Kenapa still ada
pada Rizal?Aduh!kenapa la aku ni lambat
pick up sangat,kan sekarang Marisa dah ada di Malaysia mesti la Rizal nak
bagi gelang ni pada Marisa.Dulu kan Marisa ada di Brunei macam mana Rizal nak
bagi.Ngomel Nur Alia lalu menyimpan kotak tersebut didalam laci.
Nur Alia berjalan menuju ke
katil untuk melelapkan matanya yang sudah layu itu.Nur Alia duduk di tepi katil
sambil melihat Syafiq Rizal yang sudah nyenyak dibuai mimpi di tepi
katil.Comelnya dia tidur.Senyum Nur Alia
mencuri pandang wajah suaminya itu.Sedang Nur Alia melihat wajah Syafiq
Rizal tiba-tiba Syafiq Rizal mengeliat dan mengubah posisi tidurnya.
Gulp!Dia
tahu ke aku tengah usya dia
tidur?Ishh tak mungkin la.Baik aku tidur sekarang.Esok nak kena bangun awal
pergi kerja.Haih kerja... kerja... kerja... hmm... Akhirnya Nur Alia dapat melelapkan matanya.
Syafiq Rizal dan Nur Alia
sedang sibuk bersiap untuk pergi ke pejabat.Masing-masing segak berpakaian
untuk pergi kerja.Nur Alia masih lagi bersiap.Dia membelek-belek alat solek di
atas meja.Syafiq Rizal mengerut dahi melihat gelagat isterinya itu.Sesekali
Syafiq Rizal ingin tergelak melihat gelagat Nur Alia,tetapi dia menahan.Dia
tidak mahu bercakap dengan isterinya kerana kejadian semalam.Sakit hati Syafiq
Rizal apabila Nur Alia masih lagi merindui Ashraf Hakimi.Jika seseorang itu
melihat gambar sambil berkhayal,pasti
mereka merindui orang itu.
“Jom.Saya dah siap.” Ajak Nur
Alia.
“Hmm.” Sepatah Syafiq Rizal
menjawab.Dia masih terkial-kial memakai tali leher.
“Awak tahu ke tak pakai tie
tu?Serabut dah saya tengok.Sebelum ni awak memang tak tahu nak pakai eh?” Tanya
Nur Alia sambil melihat suaminya itu.
“Okey je.Ishh kenapa susah sangat
nak pakai hari ni!” Rengus Syafiq Rizal.Tangannya kasar memakai tali leher
tersebut.
“Nak saya tolong tak?”
“Tak payah.” Tegas Syafiq
Rizal.
“Okey.” Sepatah Nur Alia
menjawab.Sementara menunggu Syafiq Rizal,Nur Alia mengemas katil dan barang
yang bersepah di dalam bilik itu.
Setelah 5 minit Nur Alia
menunggu suaminya,dia sudah panas punggung.Mereka sudah lewat untuk pergi ke
pejabat.Nur Alia perlu berjumpa client.
“Rizal,boleh ke tak?” Nur Alia
sudah tidak dapat menahan sabar lagi.Dia meluru ke arah suaminya. “Sini.” Ujar
Nur Alia.
“Apa?” Tanya Syafiq Rizal
seperti orang bodoh.
“Diam lah.” Nur Alia mengambil
tali leher dari tangan Syafiq Rizal lalu menolong suaminya pakaikan tali leher
tersebut.Mata Syafiq Rizal meliar memandang wajah isterinya.Sempat lagi dia
mencuri pandang Nur Alia.
“Jaga mata tu.” Ujar Nur
Alia.Dia tahu suaminya sedang mencuri pandang.Syafiq Rizal terkebil-kebil
apabila di tegur Nur Alia.
“Okey siap!” Nur Alia mengambil
beg tangannya lalu turun ke ruangtamu.Syafiq Rizal seperti bermimpi.
Betul ke budak pendek tu
pakaikan tie untuk aku?Hmm kemas jugak.Syafiq Rizal memandang cermin sambil
membelek tali leher yang dipakainya lalu keluar dari bilik itu.
No comments:
Post a Comment