BAB
10
Hujung minggu Nur Alia lebih gemar mengemas
rumah.Walaupun kerja masih bertimbun di pejabat,hari cuti tetap cuti.Dulu
sebelum menjadi isteri orang Nur Alia memang sudah biasa mengemas rumahnya
sendiri.Jadi tidak kekok bagi Nur Alia bab kemas-mengemas ni.
Okey kita start kemas bilik dulu.Getus Nur Alia.Sedang Nur Alia mengemas di
atas meja solek dia mula mengelamun.Sambil Nur Alia sibuk mengemas di atas meja
solek tiba-tiba dia tertepis sesuatu dan... Papp!!
Oppss... jam tangan siapa ni
jatuh pula.Pecah tak?Dengan berhati-hati Nur Alia pusingkan jam
tersebut.Apabila Nur Alia pusingkan di
muka hadapan jam.Retak!Macam mana ni.Itu la Alia suka sangat mengelamun.Nak
ganti balik macam mana ni.Mahal jam tangan Pierre Cardin ni.Ngomel Nur Alia separuh menggelabah.
Tiba-tiba pintu dikuak dari
luar. Muncul Syafiq Rizal dengan berbaju melayu berwarna biru.
‘Kacak’.Sempat lagi hati Nur
Alia memuji suaminya di dalam hati.
“Lia ambilkan jam tangan saya
atas meja solek tu.” Arah Syafiq Rizal kepada Nur Alia.
“Err Rizal... ni jam awak.” Nur
Alia menghulurkan jam tangan tersebut kepada Syafiq Rizal.Dia menggambil jam
tangan tersebut. Dia melihat jam tangan itu tanpa mengerlip.Syafiq Rizal
memandang Nur Alia.Pandangan tajam.
“Apa lagi awak tidak puas hati dengan saya!Lepas
ni jangan sentuh barang saya lagi.” Herdik Syafiq Rizal.
“Rizal maafkan saya,saya janji
akan gantikan kembali kepada awak.Saya janji.” Nur Alia separuh merayu.Syafiq
Rizal keluar dari bilik itu dengan hempasan pintu.
Alamak!Dia dah tukar jadi The
Hulk dah.Macam mana ni.Nak kena ganti
satu hal,nak kena pujuk satu hal.Ehh kejap.Pujuk?Perlu
ke nak pegi pujuk Rizal tu?Ahh tak payah la nanti okey la tu.Dia bukannya
budak-budak lagi.Dah besar panjang dah pun,getus Nur Alia.
Selepas Nur Alia habis mengemas
biliknya dia turun ke bawah untuk sarapan.Dia mencari Syafiq Rizal untuk diajak
sarapan bersama.Tetapi tubuh lelaki itu tiada apatah lagi bayangnya.
Mana pula mamat ni.Tak kan
merajuk sampai lari rumah kut?Ahh malas la melayan,baik layan perut aku yang
tengah rancak bergendang ni.Kata Nur Alia sambil berlari-lari anak menuruni
tangga.
“Morning abah... mama mana?” Tegur Nur Alia kepada Encik Sufian yang
sedang membaca surat khabar.
“Morning Lia... tu mama kamu sibuk dengan taman mini dia.” Seloroh
Encik Sufian.
“Mama kan pencinta alam
abah.Tapi cantik juga taman mini mama tu.Nanti Alia nak buatkan kolam ikan
untuk mama.Nanti boleh la bela ikan dalam kolam tu.” Kata Nur Alia sambil
menjamah kuih karipap.
“Hah elok sangat la tu nanti
boleh abah tolong jagakan ikan-ikan tu.Tak la abah bosan,nak timang cucu pun
tak tahu bila.Baik bela ikan dulu kan.” Usik Encik Sufian dengan anak
kesayangannya itu.
“Errr cucu abah?Hehe InshaAllah abah kalau ada rezeki dapatlah abah
timang cucu ye,”
Abah ni cakap fasal cucu
pula.Aku baru je kahwin dengan Rizal tu.Tidur pun bukan sebantal lagi.Sorang
tidur atas katil sorang tidur atas sofa.Itu pun mama dan abah tak tahu kalau
dapat tahu memang masak la aku kena marah dengan mama dan abah.Mana mungkin nak
dapat cucu dalam masa yang singkat ni?
“Abah... Lia nak pergi butik
mama kejap lagi.Nak jumpa akak Aisya.Lama Lia tak jumpa dia.” Nur Alia meminta
izin untuk bertemu kakak angkatnya.
“Okey... Lia pergi sorang?Sebab
tadi abah tengok Rizal dah keluar,katanya ada hal di office,”
“A ah abah dia ada hal sikit
kat office tu so Lia sorang jela pergi.Lia tak kisah pun.” Tipu Nur Alia pada
Encik Sufian.Padahal dia tidak tahu kemana Syafiq Rizal pergi.
Biarlah Rizal tu pagi-pagi dah
buat perangai.Marah lagi fasal hal tadi?Alaaa... dia anak orang kaya beli lain
je jam baru.Ngomel hati Nur Alia.
“Hai sayang,dah makan?” Tanya
Puan Lisa sambil menuang kopi di dalam cawan.
“Sudah mama dah kenyang
pun.Mama... Lia nak pergi butik kejap lagi nak ikut tak?Lia nak jumpa kak Aisya
kejap,”
“Ehh ingatkan kamu keluar dengan Rizal?Sebab tadi umi dia ada telefon
Rizal.Wish birthday kat Rizal.Alia
tak sambut birthday dengan Rizal ke?”
Tanya Puan Lisa kepada Nur Alia.
“Hah hari ni birthday Rizal ke mama?Aduhh!!” Nur Alia
menepuk dahinya.
Nur Alia bingkas bangun dari
meja makan dia bergegas naik ke biliknya.Nur Alia diburu rasa bersalah.Mana
tidaknya tadi dia sudah pecahkan jam tangan Syafiq Rizal secara tidak
sengaja,hari ini pula birthday dia.Rasa
bersalah menyelubungi hati Nur Alia.Dia mengambil telefon bimbitnya.Tangan Nur
Alia pantas mendail nombor Aisya,kakak angkatnya.Bukannya dia nak menelefon
Syafiq Rizal untuk wish birthday,tapi
Aisya yang dia hubungi.
“Akak!!Akak ada mana
sekarang?Butik mama ke?Akak jangan pergi mana-mana.Stay there i will be there.Lia nak jumpa akak.Urgent!” Nur Alia menamatkan panggilan.
Tidak sempat Aisya ingin
berkata kata.Nur Alia sudah menamatkan panggilannya. Ya Allah Alia, apa fasal
pula budak ni.Keluh Aisya sambil melihat telefon bimbitnya.
Nur Alia bergegas ke butik mamanya.Dalam
hatinya masih lagi diburu rasa bersalah dengan Syafiq Rizal.
“Assalamualaikum akak!” Nur
Alia meluru kearah Aisya lalu dipeluknya.
“Waalaikumussalam Lia,hey kenapa terburu-buru sangat ni
Lia?Ada masalah apa pula ni?” Tanya Aisya.
“Akak... akak kena tolong Lia.Macam
ni cerita dia.Pagi tadi Lia kemas bilik.Lia tak sengaja jatuhkan jam
Rizal.Pecah jam dia kak.Kebetulan hari ni birthday
Rizal pula.Lia rasa bersalah sangat dengan dia kak macam mana ni.” Sayu Nur
Alia.
“Sebab itu je ke Alia?Ingatkan
besar sangatlah masalahnya.Okey macam ni,Alia pergi Mall cari jam baru untuk
Rizal.Alia bungkus bagi cantik-cantik jam tu malam nanti Alia bagi pada
Rizal.Nanti Alia masak la untuk dia.Buat surprise.Mesti
dia terharu dan maafkan Lia.” Senyum Aisya melihat Nur Alia yang dalam keadaan
resah.
“Ya Allah kenapa la Lia tak
terfikir macam tu akak.Okay thanks
kak Aisya nanti Lia siapkan semua persiapan malam ni.Bagi surprise!” Sengih Nur Alia.Di dalam fikirannya sudah ada rancangan
yang ingin dia buat untuk kejutkan Syafiq Rizal.
“Mana tak terfikir dah macam
ribut dah akak tengok kau ni.Cuba bawa bertenang sikit.” Senyum Aisya.
“Hehe... betul juga kan.Okey
kak Aisya.Alia minta diri dulu nak pergi Mall kejap beli apa yang patut.Nanti
kita borak lagi ye akak.Memang niat Alia nak datang sini nak jumpa akak tapi
dah jadi hal lain pula.Sorry tau
kak.Assalamualaikum.” Nur Alia menyalam kakak angkatnya dan berlalu dari situ.
cepatla sambung..huhuhu
ReplyDelete