BAB
14
Nur Alia sedang tekun membuat
kerja di dalam bilik kerjanya.Syafiq Rizal dari jauh mencuri pandang Nur Alia
yang sedang sibuk itu.Lama dia memandang isterinya.Bilik mereka hanya
bersebelahan sahaja.
Pintu bilik Syafiq Rizal
diketuk oleh Dato Kamal ayah Syafiq Rizal lalu dia masuk “Rizal nanti kita lunch bersama,ayah ada hal nak bincang
dengan kamu.Rizal... ?” Dato Kamal memanggil Syafiq Rizal yang sedang memandang
Nur Alia sehingga tidak perasan akan kehadiran Dato Kamal disitu.
Nur Alia berasa ada sesuatu
yang tidak kena.Seperti dia di intai.Nur Alia mengangkat kepalanya dan ternampak
Syafiq Rizal sedang memandangnya tanpa jemu dari jauh.
Pehal mamat ni usya aku semacam je.Demam ke apa.Dia tak
nampak ke ayah ada depan dia tu.Rungut hati Nur Alia.Nur Alia melambai lambai
kearah Syafiq Rizal dan memberi isyarat
kepada Syafiq Rizal bahawa Dato Kamal sedang memanggilnya.
Syafiq Rizal tersedar dengan
lambaian Nur Alia itu terus dia memalingkan muka kearah lain. “Ehh sorry ayah nanti kita bincang hal yang
ayah nak bincang tu kejap lagi.” Sengih Syafiq Rizal kepada Dato Kamal.Aduh
malu aku dengan ayah dan Alia diorang perasan aku curi pandang!
“Kamu ni Rizal tak puas lagi ke
pandang isteri kamu dekat rumah?” Dato Kamal menggeleng kepala melihat gelagat
Syafiq Rizal.
“Err tak!Ehh mana ada saya pandang Alia.Saya tengah berfikir tadi.Nampak
je saya macam pandang Alia tapi dalam otak saya ni fikir lain.” Tipu Syafiq
Rizal.Dia tidak mengaku bahawa dia sebenarnya curi pandang pada isterinya.
“Kamu nak tipu pun jangan tipu
ayah Riz.Ayah ni dah lama berkahwin dengan umi kamu.Ayah tahu macam mana
penangan jatuh cinta.Mana puas kalau tengok dekat rumah je kan?Sudah nanti
jumpa ayah dekat kafe” Perli Dato Kamal
lalu keluar dari bilik Syafiq Rizal.
Aduh!Sekali kena perli dengan
ayah.Makan dalam juga ayat ayah tu.Ngomel hati
Syafiq Rizal sambil menepuk dahinya.
Syafiq Rizal meneruskan kerja
sambil tersenyum apabila teringatkan ayat Dato Kamal padanya tadi.Dalam dia
sedang leka dengan kerja,Nur Alia memerhatikan gelagat Syafiq Rizal dari jauh.
Hah sudah senyum sorang-sorang pula mamat tu!Apa la masalah dia eh?Haish!Takut
pula aku dengan Syafiq Rizal ni.Muka je handsome
tapi giler!Rengus hati Nur Alia.
“Ayah nak bincang fasal apa
tadi ayah?Projek di Port Dickson tu ke?” Tanya Syafiq Rizal sambil menjamah
Nasi Tomato.
“Bukan fasal tu Rizal ini fasal
kamu dan Alia.Ayah rasa ada something yang
tak kena Riz.” Kata Dato Kamal kepada anak tunggalnya itu.
Uik tak kan ayah tahu kut fasal
rahsia aku dan Alia?Parah aku macam ni kalau ayah tahu!Ngomel hati Syafiq Rizal
yang tidak keruan.
“Fasal kami ayah?Err kami okey
je ayah tak ada yang tak kena pun.” Tiba-tiba Syafiq Rizal gelabah dengan
soalan Dato Kamal.
“Kamu pasti ke tak ada yang tak
kena Rizal?Kamu dan Alia lepas bernikah ayah tak nampak pula kamu pergi honeymoon?Rancang nak pergi pun ayah tak
dengar?”
“Laaa fasal honeymoon ke ayah.Ingat fasal apa
tadi.Memang kami ada rancang nak pergi honeymoon
ayah tapi disebabkan kerja banyak dekat
office,so kami tangguhkan dulu.”
Kata Syafiq Rizal pada ayahnya.
Fuhh selamat ingat nak tanya
apa la tadi.Tapi pandai juga eh aku putar cerita fasal honeymoon ni jangan sampai kantoi sudah.Ngomel hati Syafiq Rizal.
“Semua tu kan kamu boleh bagi
staf tolong settle Rizal.Kamu pergi honeymoon bukan sampai setahun.Nanti kamu
pergi honeymoon, tinggalkan kerja
kamu tu dulu.Kamu pergi honeymoon cepat
ayah dapat cucu pun cepat.Kamu ingat ayah ni muda lagi ke Rizal.Ayah nak juga
merasa ada cucu macam kawan-kawan ayah
yang lain.” Senyum Dato Kamal kepada Syafiq Rizal apabila menceritakan mengenai
cucu.Memang dia teringin sangat melihat cucunya.
“Cucu?Errr kami belum lagi nak ada anak ayah,tapi
InshaAllah kami cuba ye.” Sengih Syafiq Rizal memandang Dato Kamal
dihadapannya.
Aduh lepas masalah honeymoon
satu lagi masalah timbul fasal cucu la pula!Ini kalau aku beritahu Alia
memang bising la minah pendek tu.Mana la dia nak semua tu lagi.Lain la kalau
aku ni memang pilihan hati dia.Rengus hati Syafiq Rizal.
“Iye cucu... kamu ni tak nak
jadi seorang ayah ke Rizal?Orang pakat berlumba nak jadi seorang ayah ,kamu
pula tak nak.Sudah ayah ada kerja lagi nak buat, nanti kamu bincang hal ni
dengan Alia.Ayah nak kamu berdua pergi honeymoon
as soon as possible.” Dato Kamal berlalu meninggalkan Syafiq Rizal yang
terpinga dengan kata-kata Dato Kamal itu.
As soon
as possible!Arghh apa aku nak buat ni.Idea please datang idea.Ngomel Syafiq Rizal
sambil ligat memikirkan masalah itu.
Nur Alia sedang menyikat
rambutnya di meja solek.Dia memerhatikan Syafiq Rizal yang sedang gelisah
didepan laptop.
“Apa yang awak tengah cari
Rizal dalam laptop tu sampai tak boleh duduk diam?File kerja awak hilang ke apa?” Tanya Nur Alia kepada suaminya yang
sedang gelisah itu.
“Bukan Lia... saya tengah cari
tempat untuk kita pergi honeymoon.Saya
pun tak tahu tempat apa yang sesuai ni.” Syafiq Rizal menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
“What??Honeymoon kita?Awak
ni buang tebiat ke apa.Saya tak nak pergi
kalau awak nak pergi awak pergi
je sorang.” Selamba Nur Alia berkata.
“Jangan nak buat lawak Lia.Ayah
yang suruh kita pergi honeymoon
tahu.ASAP pula tu!Dia perasan kita tak pergi honeymoon lagi lepas kita bernikah,”
“Huh ASAP?Apa kena mengena honeymoon dengan ASAP pula Rizal?” Tanya Nur Alia bingung.
“Ya Allah lambat la awak ni
Lia.ASAP tu short form for, As Soon As Possible
la.Awak please bagi idea kita nak honeymoon dekat mana.Saya dah habis idea
mencari dalam internet ni.” Syafiq Rizal sudah letih mencari tempat bulan madu mereka.
“Oh short form ke... kalau boleh saya memang tak nak pergi awak.Tapi
dah ayah perasan mesti abah,mama dan umi pun nanti perasan juga.Saya rasa la
kita buat-buat pergi honeymoon tapi
kita pergi tempat lain.So maknanya
awak pergi tempat lain saya pergi tempat lain.Okey tak?” Nur Alia memberi idea pada Syafiq Rizal.
“Hmm betul juga kan. Oh yes kebetulan saya ada kerja dekat
Langkawi.Boleh awak ikut saya pergi Langkawi.Tak pun awak tinggal dengan nenek
saya dekat sana,sebab kampung saya Kedah.Lepas habis seminggu kerja saya di
Langkawi kita balik la KL,”
“Better saya tinggal dengan nenek awak je dari ikut awak.Boleh saya round
kampung awak nanti.Lama saya tak tengok kawasan kampung.” Senyum Nur
Alia.
“Ok beres honeymoon kita dan satu lagi fasal anak Lia.Ayah dah bertanya fasal
cucu dia, awak tahu tak.” Syafiq Rizal membuat muka.
“Fasal anak pula... macam-macam
la.Itu kita bincang lain kali je eh saya
tak nak fikir lagi fasal tu.Yang awak buat muka dekat saya kenapa?Apa awak
ingat saya nak kongsi tilam yang empuk ni dengan awak?No... no... ini katil saya yang punya.” Nur Alia menepuk-nepuk
katil disebelahnya.
“Haha rugi... rugi kalau awak
tak nak Alia.” Berdekah dekah Syafiq Rizal gelakkan Nur Alia.
“Huh!Tak lawak pun la yang awak
gelak tu kenapa?Sudah la baik saya turun tengok tv or sembang dengan mama lagi bagus.” Nur Alia bergegas keluar dari biliknya
meninggalkan Syafiq Rizal yang masih tersengih melihat Nur Alia.
Wuu macam mana nk baca sambungan dia T.T baru jumpa blog ni
ReplyDeleteergh.mana bab 15?
ReplyDeletebab 15 x de ke?? x sabar nk baca :(
ReplyDeletekorang sorry sgt sebab sy tk boleh pblishkan kesemua bab lagi..harap korang dapat menunggu ye ..btw thanks sbb sudi membaca novel ni :)
ReplyDeleteermm bab 15 n seterusnya x kan di pblishkan ke?
ReplyDelete