BAB
12
“Lia... bangun dah nak masuk
waktu Subuh ni.Mari solat dengan saya.Awak pergi ambil wudhuk dulu,saya tunggu
awak.” Syafiq Rizal yang segak berbaju melayu itu mengajak Nur Alia solat Subuh
bersama.
“Hmm... okey awak.” Jawab Nur
Alia malas.Dia turun dari katil lalu menuju ke bilik air.
Nur Alia membasuh mukanya
dengan air dan mengambil wudhuk.Tiba-tiba dia kaget.Ehh semalam kan aku tidur
atas sofa dekat ruangtamu macam mana hari ni aku boleh tidur atas katil dalam
bilik pula?Tak kan la... What!Rizal
ke yang dukung aku masuk bilik?Ya Allah malunya aku dengan Rizal.Dia tak buat
apa-apa dekat aku kut?Sabar Lia sabar... jangan fikir bukan-bukan.Keluh Nur
Alia.
Pintu bilik air dibuka
perlahan.Nur Alia melihat sekeliling bilik,pada waktu yang sama mencari tubuh
suaminya.Tetapi apa yang dia jumpa ialah selimut dan bantal di tepi katil.Fuhh
selamat!Rizal tidur dibawah rupanya so
tiada apa yang berlaku.Ngomel hati Nur Alia riang.
Selesai sahaja solat subuh Nur
Alia mencium tangan suaminya lalu Syafiq Rizal mencium dahi isterinya yang sah
itu.Nur Alia terkaku seketika apabila tangan dia digenggam oleh Syafiq Rizal.
“Lia sekarang Lia sudah sah jadi isteri saya,jadi tanggungjawab saya kepada
awak sangatlah berat.Jadi saya cuma minta awak satu je Alia.Tolong terima saya
seadanya.” Syafiq Rizal merenung tepat kearah mata Nur Alia.
Ya Allah kenapa dengan dia
ni,hari sebelum akad nikah dia cakap biar pura-pura saling sayang
menyayangi.Sekarang suruh aku terima dia seadanya pula.Aku bukan tak boleh
terima dia cuma aku tak pasti dengan perasaan aku sekarang.Berbelah bagi.Ya
Allah ampunilah dosa hambaMu ini.Ngomel hati Nur Alia.
“Lia dengar tak saya cakap apa
tadi?” Syafiq Rizal merenung Nur Alia.
“Ye InshaAllah awak, saya
cuba.” Jawab Nur Alia.
“Nak cuba apa lagi.Awak kena
buat juga kalau awak tak buat saya report
mama je.” Syafiq Rizal mencuit hidung Nur Alia.
Ehh mamat ni main cuit-cuit
pula.Aku cuit balik baru tahu.Getus hati Nur Alia.
“Jom awak... mama dah panggil
sarapan kat bawah.” Kata Nur Alia kepada suaminya.
“Okey Lia,”
Sementara ingin bersarapan Nur
Alia mengemas katilnya.Tiba-tiba dia teringat akan jam Pierre Cardin yang dia
belikan untuk Syafiq Rizal.Alamak!Jam mamat tu mana aku letak eh hadiah
semalam.Jangan cakap dia dah ambil,tak surprise
la.Sayu hati Nur Alia.
“Apa yang awak cari tu
pendek?Jom la turun sarapan mama dah lama tunggu kat bawah.” Kata Syafiq Rizal
selamba.
“Siapa pendek hah?Ingat awak tu
panjang sangat ke?” Balas Nur Alia geram.
“Haha... awak terasa ke saya
panggil awak pendek Lia?Best juga kan
panggil awak pendek ‘Lia Si Pendek’ Wow!Hahaha!”
Syafiq Rizal berdekah dekah ketawa.
Muka Nur Alia sudah merah
menahan marah.Dia ni memang suka cari
fasal dengan aku kan!Rengus hati Nur Alia.Nur Alia bingkas bangun menghampiri
suaminya dengan bantal di tangan sebelah kanan.Syafiq Rizal melopong melihat
gelagat isterinya itu.Nur Alia ingin membaling bantal tersebut kearah Syafiq
Rizal.Tetapi Syafiq Rizal sempat menepis tangan Nur Alia.Nur Alia tidak dapat
mengawal badannya lalu Nur Alia terjatuh di dalam pelukan suaminya.Erat Syafiq
Rizal memeluk tubuh isterinya.Nur Alia terkaku dalam pelukan kemas Syafiq
Rizal.Nur Alia seakan lemas kerana terlalu erat dipeluk.Nur Alia meronta-ronta
tetapi suaminya tidak endah dengan rontaan Nur Alia.Lagi dia suka diperlakukan
begitu.
“Arghhhhhh!!!Tolongg Liaaaa.” Nur Alia menjerit dengan sekuat
hatinya.
Syafiq Rizal terkejut dengan
jeritan tersebut lalu melepaskan pelukannya. “Hoi awak ni kenapa?Gila ke
pagi-pagi menjerit.Tak malu kalau jiran dengar?” Tegas Syafiq Rizal.
“Awak tu yang senang-senang
peluk saya kenapa?” Muka Nur Alia merah menahan malu.Dia malu ingin memandang
muka suaminya ketika itu.Huhh!!Geram betul aku dengan mamat ni.Jerit hati Nur
Alia.
“Yela... dah awak isteri
saya,saya peluk la.Salah ke sayang?” Bisik Syafiq Rizal di telinga Nur Alia.
Pehhh dia panggil aku sayang
aku silap dengar ke?Ngomel hati Nur Alia.
“Sudahlah... lagi melayan awak
ni lagi menjadi-jadi perangai awak.Jom turun sarapan.” Kata Nur Alia kepada
suaminya.
“Sebelum turun mari kejap Lia
duduk sebelah saya.” Syafiq Rizal memanggil Nur Alia duduk disebelahnya.
Ehh romantik pula suara dia ni.Mesti
ada apa-apa.Ngomel hati Nur Alia.
“Ye kenapa?Saya lapar ni cepatlah,”
“Awak cari ini kan?” Syafiq
Rizal menunjukkan bungkusan hadiah yang ingin Nur Alia berikan kepada suaminya.
Nur Alia tersenyum “Yela untuk
awak.Hari tu kan saya dah pecahkan jam kesayangan awak so saya hadiahkan yang baru untuk awak.Sorry...” Kata Nur Alia sambil tunduk menahan rasa bersalah.
“Hmmm kenapa la awak belikan
lagi.Saya tak kisah dengan jam tu.Tapi kan Lia kenapa tak beli jenama lain je?Hehe... ” Ejek Syafiq Rizal.
Muka Nur Alia masam mencuka.Dia
ni tamak betul!Kalau orang bagi tu ambil jela penat aku belikan untuk dia.Jerit
hati Nur Alia.
“Kalau awak tak nak, saya bagi
orang lain je.Tak pun saya bagi bangla jual carpet.”
Nur Alia mengambil jam itu dari tangan suaminya dengan sepantas kilat Syafiq
Rizal menarik jam tersebut dari tangan Nur Alia.Mungkin Syafiq Rizal terlalu
kuat menarik jam itu dari tangan Nur Alia sehingga tubuh isterinya terduduk
diatas pangkuan Syafiq Rizal.Mata mereka bertentangan. Kenapa ada rasa gementar
kat dalam hati ni?Aduh mata mamat ni kenapa romantik sangat.Sabar Lia sabar...
Rungut hati Nur Alia.
Tiba-tiba pintu bilik mereka
dibuka. “Ops!!Mengganggu ke?Sorry
mama datang pada waktu yang salah pula.” Tersenyum Puan Lisa melihat gelagat
Nur Alia dan Syafiq Rizal yang keadaan kelam kabut.
“Ehh tak... tak mama kami memang dah nak turun sarapan.Jom mama.”
Syafiq Rizal mengajak Puan Lisa turun ke bawah untuk bersarapan.Ditinggalnya
Nur Alia dengan muka merah kerana
menahan malu disitu.
Errr awaaa….kkk!Nur Alia mahu menjerit memanggil Syafiq Rizal tetapi
macam ada sesuatu yang terlekat di dalam tekaknya.Yang aku nak panggil mamat tu
kenapa?Ishh buang tebiat betul.Ya Allah malunya aku dengan mama,tak turun
sarapan pun tak apa.Rela berlapar sampai lunch
nanti.Malunya!
hahah kelakarlah!!! :D
ReplyDeleteSaya baca pun senyum senyum..terima kasih ye :)
ReplyDelete