Friday, 15 March 2013

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 1)


BAB 1
“Mama... Alia tak nak.” Rengek Nur Alia persis kanak-kanak.

“Ini keputusan mama.Umur Alia bukan muda lagi nak hidup single.Alia sibuk sangat dengan kerja sampai masa untuk diri Alia pun tiada.” Puan Lisa bersuara. 

Nur Alia hanya mendiamkan diri.Dia sangat mengenali wanita itu, jika itu katanya jangan membantah.Nur Alia sedar umurnya semakin meningkat.Suraya rakan sekampus dengannya sekarang sudah beranak empat!Tapi zaman era globalisasi ini sangat kurang sesuai dengan adat memilih calon suami untuk anak sendiri.

“Mama... Alia nak capai cita-cita Alia dulu.Alia nak enjoy puas-puas.Mama jangan risau nanti sampai seru Lia kahwin okey mama?” Kata Nur Alia.Dia malas nak memikirkan hal perkahwinan buat masa sekarang.

“Sayang... mama bukan apa.Mama nak Alia bahagia macam kawan-kawan Lia yang lain.”

“Hmmm... InshaAllah mama.Lia boleh bahagia macam mereka juga.” Jawab Nur Alia sambil memeluk Puan Lisa.

 Nur Alia percaya pada cinta kalau dia tidak percayakan cinta masakan dulu dia pernah bercinta dengan seorang pemuda yang dianggap malaikat di kampus.Nur Alia masih mengingati bibit-bibit cinta dua pasangan sejoli.Bagaikan pinang dibelah dua.Ashraf Hakimi siapa tidak mengenali pemuda itu?Pemuda yang sangat baik apabila dipandang.

“Saya rasa Ashraf Hakimi layak pegang jawatan pengerusi persatuan seni.Baik Hakimi tu pijak semut pun tak mati.”

Amboi!Kata-kata Puan Aida membuatkan aku ingin keluarkan semua yang ada dalam tekak!Ya aku sangat mengenali pemuda itu.Ngomel hati Nur Alia.

“Hakimi bercinta dengan Alia!” Jerit Liana sambil menepuk tangan.

“Ehh kau jangan buat cerita boleh tak Lian?Tak percaya la aku Lia bercinta dengan si Kimi nerd tu.” Suraya seperti tidak percaya.

“Ya Allah Su... kau rakan karib Lia pun tak tahu lagi ke cerita ni?Nak tahu lebih lanjut tanya Lia.” Senyum Liana gembira.

Dua rakan Nur Alia itu terkejut setelah mengetahui hal itu.Masakan ‘tomboy’ lagi keras kepala dan seorang pemuda yang agak nerd lagi sopan bertemu?Dan akhirnya bercinta!  

“Lia kita jangan jumpa selalu.Kita tak boleh semesra pasangan yang lain.Lia tahu kan Kimi pegang jawatan tinggi dalam kampus ni.” Ashraf Hakimi memandang tepat wajah Nur Alia.

So? Biarlah jawatan setinggi mana pun tak ganggulah.Kalau Kimi pandai uruskan masa,Lia rasa tiada masalah kan?” Jawab Nur Alia. 

“Lia faham tak semua rakan dan pensyarah dalam kampus ni anggap Kimi baik,boleh pikul semua tanggungjawab dan amanah.Apa mereka akan kata kalau nampak Kimi selalu berkepit dengan Lia?Sudah,cuti semester ni  Kimi sibuk so kita akan jarang berjumpa.Lia kena faham Kimi!” Tegas Ashraf Hakimi. 

“Apa Kimi cakap ni?Lia ni ganggu hidup Kimi ke?Lia rasa kita jarang jumpa di kampus sampaikan ada yang tak tahu yang kita bercinta dari semester satu lagi.Lia rasa kita dah cukup berahsia.” Sayu suara Nur Alia.

 Suraya rakan sebilik Nur Alia pernah bertanya kepadanya. “Lia tak keluar dengan Kimi?Handphone kau pun tak berbunyi,ada masalah dengan Kimi?”

“Entah ada konflik.Macam biasa la Kimi marah aku sebab keluar dengan Faiz  petang tadi,” 

“Ehh Faiz  tu ‘lembut’ la apa nak  jealous?Dengan Faiz  pun dia nak melawan?” Kata Suraya dan akhirnya mereka ketawa tidak ingat dunia. 

Nur Alia sudah masak sehangit-hangitnya dengan perangai si Ashraf Hakimi.Egonya tinggi menggunung, setinggi Gunung Everest.Bagaimana aku ingin jadikan dia halal bagiku,menjadi  imam untuk setiap solatku,menjadi khalifahku dan menjadi  kapten untuk mengemudi kapal keluargaku?Lagi teruk rasanya,nanti aku yang akan banyak termakan hati. 

Akhirnya Nur Alia membuat keputusan drastik!Nur Alia akan bertanya kepada Ashraf Hakimi kenapa terlalu berbeza sejak akhir-akhir ini.

“Kimi... Lia nak tanya sesuatu,”

“Tanya apa? Cepat kejap lagi ada kelas.” Ujar Ashraf Hakimi. 

“Kenapa awak lain sekarang?Apa awak rahsiakan dari saya?Awak langsung tak ambil tahu fasal saya.Kenapa dengan awak Ashraf Hakimi?” Tanya Nur Alia dengan nada suara sedikit tinggi.

“Awak ni kenapa Lia?Mood saya tengah baik ni awak jangan rosakkan.Sudahlah saya bosan dengan awak Lia,asyik nak cari gaduh.Sudahlah saya nak ke kelas.” Ashraf Hakimi berlalu ke bahagian bangunan kelas seni. 

“Grrr selalu buat teruk!” Getus Nur Alia. 

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Ingin aku katakan semua lelaki sama!Ashraf Hakimi curang kepadaku.Siapa sangka?Putera suci  yang selama ini  dianggap setia kepada sang puteri yang satu semua itu hanya dalam cerita dongeng Sindarela yang dicipta.Petang itu Nur Alia dan Suraya sedang menikmati mee goreng mamak di kafe kampus mereka.

“Lia aku nak cakap sesuatu dengan kau.” Liana yang tiba-tiba datang di meja mereka mengambil tempat dihadapan Nur Alia.

 “Kenapa ni Lian?Nak cakap apa dengan aku?”

“Fasal Kimi.Hmm kau kenal Diana kelas seni semester dua tu?Dia sebilik dengan aku.Dia cakap Kimi ganggu dia waktu cuti semester lepas.Kimi nak kenal rapat dengan dia dan mereka bercinta Lia.Sudah seminggu lebih.” Kata Liana. 

What? Cuti semester? Tapi Kimi cakap dia sibuk.Su... Kimi tipu aku Su, sampai hati dia.” Sayu  Nur Alia.Balik sahaja ke bilik Nur Alia menghantar SMS kepada Ashraf Hakimi.

            Assalamualaikum Hakimi,Lia tahu apa yang Kimi dah buat. Dari dulu Lia dapat rasa. Kenapa Kimi buat Lia macam ni?

Lima minit kemudian Ashraf Hakimi membalas.

           So Lia dah tahu la ya.Baiklah,aku dah bosan dengan kau Lia.Dengan perangai Lia.Kau tak pernah faham aku.Aku malas dah nak bertekak dengan kau.Sampai sini sahaja hubungan kita.Aku tak nak ambil tahu fasal kau dan kau jangan ambil kisah fasal aku.Faham!

Aku?Kau?Mana pernah Hakimi panggil aku sebegitu.Sudah itu menyalahkan aku pula.

          Macam mana Lia nak faham Kimi,Kimi sendiri tiada masa untuk Lia?Sibuk memanjang cuti semester pun masih sibuk.So Lia percaya mungkin Kimi sibuk dengan tugasan Kimi.Lia rasa Lia pun tak dapat faham Kimi.Tapi Lia sabar dan bersungguh nak faham Kimi,mungkin suatu hari nanti kita dapat faham antara satu sama lain.Sekarang Lia sedar Kimi bukan untuk Lia,hanya teman bila Kimi keseorangan.Bila Kimi happy ada someone di sisi Kimi.Lia ni macam tunggul je Kimi buat.Lia dah lama perasan cuma Lia sabar je dengan perangai Kimi.Tak sangka Kimi tipu Lia selama ni.Lia harap Kimi bahagia disamping Diana.Assalamualaikum.

Aku terima semuanya.Aku redha apa yang berlaku, mungkin salah aku juga kerana terlalu menyayangi Kimi sampai aku sendiri yang terluka.Aku percaya ada kebaikkan di setiap dugaan itu pasti.Cinta bukan boleh dipaksa tiada guna hanya seorang sahaja yang memberi cinta lagi seorang tidak dapat menerima.Bagaikan bertepuk sebelah tangan.Aku tekad tidak akan bercinta dan tidak akan pernah jatuh cinta pada seorang lelaki seperti Ashraf Hakimi.Air mata Nur Alia gugur jua setelah menahan sakit dan geram di dalam hati.

2 comments: