BAB
6
Toyota Camry milik Syafiq Rizal
memasuki perkarangan rumah Dato Kamal dan Datin Fauziah.Dia melihat ada sebuah
kereta Honda Civic diluar rumah Datin Fauziah.
Ehh kereta siapa pula tu?Umi
dan ayah ada tetamu ke.Tak beritahu pun ada tetamu nak datang hari ni.Rengus
hati Syafiq Rizal.
“Awak kereta siapa tu?” Tanya
Nur Alia kepada Syafiq Rizal disebelahnya sambil memandang kereta itu.
“Not sure siapa Lia.Kawan umi kut.Jom la masuk saya dah lapar sangat
ni.” Syafiq Rizal tersenyum melihat Nur Alia sambil memegang perutnya yang
sedang kelaparan itu.
Nur Alia melihat sekeliling
rumah mentuanya.Dia sangat teruja kerana landskap disekeliling rumah Datin
Fauziah sangat cantik.Datin Fauziah juga sangat baik orangnya dan sudah
menganggap Nur Alia seperti anaknya sendiri.Dia tidak menyangka dia akan
berkahwin dengan seorang pengurus syarikat yang sangat tersohor.Tetapi itu cuma
angan-angan dan sementara.Syafiq Rizal dan Nur Alia tidak mungkin sehidup
semati.Selepas ini Syafiq Rizal akan melepaskannya.
“Assalamualaikum umi,ayah kami
dah sampai ni.” Syafiq Rizal memberi salam.Dia mencari siapa tetamu yang
datang rumah uminya.
“Waalaikumussalam Rizal,Alia
mari masuk Alhamdulillah sampai juga Lia rumah umi ye.” Datin Fauziah memeluk
Nur Alia mesra.Puan Fauziah sangat sayang dengan menantunya itu.Dia sudah
menganggap Nur Alia seperti anak sendiri.
“Alhamdulillah umi sampai juga
Lia rumah umi.Umi masak apa hari ni?Mesti sedap kan.Alia yang dari luar dah
boleh bau masakan umi.” Nur Alia memberi komen sambil tersenyum mesra pada
Datin Fauziah.
“Haa... ada la umi masak apa.Surprise!Makanan kegemaran Rizal pun
ada.Rizal ni suka sangat makan asam pedas ikan bawal.Mari masuk ayah kamu ada
kat ruangtamu tengah berbual,”
Ehh mamat ni pun minat asam pedas rupanya.Cuma ikan je lain.Favourite aku asam pedas ikan pari,dia
ikan bawal!Ngomel hati Nur Alia.
“Umi,dekat luar tu kereta siapa?”
Tanya Syafiq Rizal sambil matanya meliar mencari tetamu Datin Fauziah.
“Lupa pula umi nak beritahu
kamu Rizal.Kereta Fahmi tu.Umi telefon dia ajak datang ke mari makan tengah
hari bersama.Lagipun dia cakap nak jumpa kamu dan Alia.Masa hari perkahwinan
kamu kan Fahmi tak dapat datang,”
“Ya Allah Fahmi ke umi.Mana
budak tu,lama dia tak contact
Rizal.Sibuk sangat ke.” Syafiq Rizal bergegas ke ruangtamu mencari kelibat
Amirul Fahmi.
“Haa Rizal panjang umur
kamu.Kami baru je berbual fasal kamu.” Kata Dato Kamal kepada anak tunggalnya
itu yang menuju kearah mereka.
“Hey Amirul Fahmi my bro!Kau
datang tak call aku dulu kan.Mana kau
menghilang bro?” Tegur Syafiq Rizal
kepada Amirul Fahmi sambil memeluknya.Nur Alia hanya melihat dari jauh gelagat
mereka.
“Haha aku nak bagi surprise la kat kau Rizal.Nanti kalau
aku call nak datang sini dah bukan
namanya surprise kan.” Senyum Amirul
Fahmi menampakkan lesung pipitnya.
“Rizal,mana isteri kau?Aku
datang sini nak tengok isteri kau yang comel tu.Comel sangat ke sampai kau
sanggup tinggalkan Marisa.Kesian aku tengok Marisa bro.Lepas dia tahu kau kahwin dengan Alia,Marisa bawa diri ke
Brunei,”
“Aku dah warning Marisa tu awal-awal jangan tunggu dan ganggu aku lagi.Aku
dengan dia kawan je tapi dia tak faham juga.Bagus la dia pergi Brunei.Tak la
dia ganggu hidup aku lagi.Kau pun tahu kan perangai Marisa tu macam mana.Dia
terlalu sosial,macam tu ke aku nak buat isteri?” Syafiq Rizal memberi komen
mengenai Marisa.Dia cukup kenal dengan perangai Marisa.Tetapi sebenarnya dia
takut jika Marisa kembali ke Malaysia dan mengganggu rumahtangganya.
“Aku harap dia tak ganggu kau
dan Alia.Aku risau nanti dia balik Malaysia dia cari kau je Rizal. Kau tahu la
Marisa tu selagi dia nak something
dia memang tekad untuk dapatkan.So
macam mana kau dan Alia?Masih kejar hati dia ke bro?Cepat bro nanti kau
melepas.Tapi aku tahu kau dan Alia merancang untuk bawa haluan masing-masing
lepas ni.” Senyum Amirul Fahmi kepada Syafiq Rizal.
“Aik kau senyum pehal?Kau nak mengorat isteri aku pula?Sebelum tu... ni
kau mengorat suami dia dulu.Haha.So far
aku still kejar hati dia.Kau ingat
senang nak dapat Alia tu.Dah lama aku perhatikan dia bro.Fasal aku nak lepaskan dia tu aku masih tengah fikirkan
lagi.Aku takut Alia tak boleh cintakan aku.” Syafiq Rizal memikirkan kemalangan
kecil diantara Nur Alia dan Ashraf Hakimi di butik tadi.Dia tertalu takut dan
risau jika Nur Alia masih ada hati dengan Ashraf Hakimi.
“Haha kalau kau lepaskan Alia
aku tackle la dia pula.Mungkin dia
jatuh cinta kat aku ke nanti?Aku harap kau dapat kejar hati dia bro.” Amirul Fahmi menepuk-nepuk bahu
Syafiq Rizal.
“Umi siapa Fahmi tu?Mesra je
Lia tengok Rizal dengan Fahmi?” Tanya Nur Alia.Memang dia tidak kenal saudara
mara Syafiq Rizal.Yang dia kenal hanya umi,ayah dan Syafiq Rizal.
“Oh Amirul Fahmi tu anak angkat
umi dan ayah.Kami jumpa Fahmi semasa umi dan ayah pergi ke London untuk bincang
hal business.Fahmi ni belajar disana
dan kebetulan Fahmi ingin belajar mengenai business.Lagipun
Fahmi ni anak yatim Lia.Jadi umi dan ayah ambil dia sebagai anak
angkat.Kebetulan Rizal anak tunggal.Rizal pun setuju ambil Fahmi jadi keluarga
kami.Fahmi tu baik orangnya Lia.Dia memang rajin dengan kerja.Sebab tu dia
jarang balik kesini sebab terlalu sibuk menguruskan business dia sekarang.” Kata Datin Fauziah kepada Nur Alia.Dia
sudah menganggap Amirul Fahmi sebagai anak dia sendiri walaupun dia cuma anak
angkat didalam keluarga itu.
“Patut la muka dia lain dari
Rizal umi.” Senyum Nur Alia yang sibuk memandang Syafiq Rizal dan Amirul Fahmi
yang berbual rancak di ruangtamu.
“Iye... lagipun Rizal tua dari
Fahmi.Kalau tak silap umi umur Fahmi sama dengan umur Alia.Okey siap.Alia pergi
panggil jejaka-jejaka yang ada kat ruangtamu tu.Makanan tengah hari dah siap
ni,”
“Okey umi.” Senyum Nur Alia
lalu pergi ke ruangtamu menghampiri Syafiq Rizal.
“Awak... ajak Fahmi dan ayah
makan.Semua dah siap.” Bisik Nur Alia di telinga Syafiq Rizal.
“Ehh Lia... okey nanti saya datang.Ops!By the way Lia... ini Amirul Fahmi.Fahmi ini isteri aku Nur Alia.”
Syafiq Rizal memperkenalkan Nur Alia kepada Amirul Fahmi dengan mesra.
“Pandai kau cari isteri bro.Kecil molek orangnya... comel!Hai
Alia nice too meet you,”
“Hai Fahmi.Jom makanan dah
siap.” Ajak Nur Alia dengan sopan.
Nampak perbezaan antara Rizal
dan Fahmi.Fahmi ni mukanya nampak tenang,cool,berbanding
Rizal yang muka nampak tegas,serius.Kalau dari segi kacak rasanya Rizal menang
sebab Rizal ni tinggi,hidung
terpacak,berketerampilan,kemas,mata romantik.Tapi Fahmi ni rendah sikit
dari Rizal.Hidung terpacak jugak tapi
mukanya macam melayu tulen,simple,sweet
dan yang paling penting senyuman dia sangat manis,sebab?Dia ada lesung
pipit!Nak kata aku tak ada,aku pun ada.Tapi Fahmi ni ada dua lesung pipit!Kanan
dan kiri.Aku sangat jealous sebab aku
ada satu je lesung pipit.Tapi aku bersyukur sebab Allah dah mencipta setiap
manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.Ngomel Nur Alia didalam
hati.Sempat dia membandingkan wajah Amirul Fahmi dan Syafiq Rizal.
Selesai makan tengah hari Nur
Alia pergi ke laman rumah Datin Fauziah.Sangat tenang melihat dihalaman itu.Dia
mengambil angin sambil memikirkan sesuatu.Dia sendiri tidak pasti apa yang dia
fikirkan.Nur Alia termenung jauh dan kosong.Perasaan bersalah dan sayu menerkam
hatinya apabila teringat kejadian yang berlaku diantara dia dan Ashraf Hakimi
di butik pagi tadi.
“Ehemm jauh termenung kakak ipar?” Amirul Fahmi menegur Nur Alia yang
sedang jauh termenung.
“Err hai adik ipar buat apa kat
sini?Rizal mana?” Tanya Nur Alia mencari kelibat Syafiq Rizal.
“Rizal bersembang dengan umi
kat dalam.Saja saya datang kat halaman ni ambil angin cantik kan... tenang je.”
Kata Amirul Fahmi sambil mengamati udara di halaman itu.
Sibuk jela dia ni.Aku baru je
nak mengelamun!Rengus hati Nur Alia.
“A ahh sangat tenang.Kalau kita
ada masalah duduk je sini confirm tenang
je kan.” Ujar Nur Alia.
“Aik awak ada masalah ke kak
Alia?” Senyum Amirul Fahmi melihat Nur Alia.
“Awak panggil saya kakak?Ehh
kita sama umur tahu.Panggil Alia je kan lebih santai,”
“Haha kenapa tak boleh panggil
awak kakak?Kan lebih baik kalau saya panggil macam tu.Saya kena hormat awak
Alia.” Kata Amirul Fahmi kepada Nur Alia.Amirul Fahmi ternampak Scoty,kucing
peliharaan Datin Fauziah yang sedang melompat-lompat ingin menangkap
seekor rama-rama.Amirul Fahmi mengambil
Scoty lalu mendukungnya.
“Alaaa comelnya kucing ni!Mana
awak dapat ni Fahmi gebunya bulu dia.Gemuk pula tu.Meow... meow... awak nama apa.” Nur Alia membelai Scoty sambil
bercakap dengan kucing jenis Persian itu.
“Haha awak ni Lia macam la Scoty
ni faham apa yang awak tanya dia.Meh saya tolong jawabkan untuk awak Alia.Hai
nama saya Scoty,nama awak apa.” Amirul Fahmi mengusap kepala Scoty.“Awak suka
kucing Lia?” Tanya Amirul Fahmi kepada Nur Alia yang sedang mengusap bulu Scoty
di sisinya.
“Hehe oh Scoty comelnya dia.Yup
mesti la suka Fahmi.Kucing ni boleh membuat kita happy tahu.Contoh kalau awak balik kerja mesti tension kat tempat kerja.Bila awak bela kucing,awak bermain dengan
diorang mesti reda kemarahan awak.Awak suka kucing tak Fahmi?Lelaki ni jarang
nak suka dan sayang kucing.Tapi orang cakap siapa yang suka kucing dia seorang
yang penyayang.” Nur Alia bermain dengan Scoty sambil tersenyum manis.
Manisnya senyuman dia!Alia ni
ada something special tapi apa
eh?Patut la Rizal gila bayang dengan isteri sendiri.Ngomel hati Amirul Fahmi.
“Yup!Saya sangat suka dengan
kucing.Saya pernah bela kucing dulu tapi sekarang dia dah mati sebab sakit
tua.Tengok penyayang tak saya!” Amirul Fahmi melagakan hidungnya dengan hidung
Scoty.
“Haha penyayang ke macam tu
Fahmi.Saya pun boleh buat macam tu la.” Sengih Nur Alia melihat gelagat Amirul
Fahmi.Nur Alia mengambil ranting pokok lalu memberi Scoty bermain
dengannya.Amirul Fahmi dan Nur Alia tertawa riang melihat gelagat Scoty.
Syafiq Rizal dari jauh memandang
kemesraan Nur Alia dan Amirul Fahmi.Dia tidak sedap hati melihat kemesraan
mereka berdua.Ada perasaan cemburu timbul di hatinya.
Lain macam je mesra diorang
ni.Pelik betul aku dengan perangai Alia.Bila berdua dengan aku tak pula nak
ketawa,nak senyum,nak mesra macam tu kalau dengan aku.Dengan orang lain boleh
je macam tu.Ehh aku jealous?Perlu ke
nak jealous?Tak kan dengan Fahmi aku
nak jealous kut.Arghhh never!Rengus hati Syafiq Rizal.Dia
berlalu ke ruangtamu dan menonton televisyen dengan muka yang masam mencuka.
“Rizal sorang je kat sini.Lia
mana?Ya Allah yang kamu ni kenapa muka macam cekodok masam je.Nah...” Kata
Datin Fauziah kepada anak tunggalnya sambil memberi segelas fresh orange kepada Syafiq Rizal lalu
melabuhkan punggung disisi anaknya.
“Itu ada kat luar dengan Fahmi
tengah main-main dengan Scoty.” Syafiq Rizal memandang televisyen tanpa melihat
muka uminya disisi.
“Patut la muka kamu macam
gini.Kamu ni dengan isteri sendiri pun nak cemburu ke Rizal.Perangai kamu
sebijik macam ayah kamu tu.Kuat cemburu,panas baran,ego satu hal.Tak faham umi
dengan korang ni,”
“Ehh mana ada umi.Rizal tengah
fikir fasal hal kat office tu.Sakit
kepala ni fikir macam mana nak selesaikan.” Syafiq Rizal menipu uminya.Dia
tidak mahu hal diantara Amirul Fahmi dan Nur Alia itu dipanjangkan.
“Iyela tu fasal office.Ingat umi ni baru kenal kamu
setahun dua ke Rizal?Umi nak kamu control
panas baran dan ego kamu tu.Kalau kamu tak dapat nak control macam-macam boleh jadi.Lagi-lagi umur macam kamu dan darah
muda lagi.Takut kamu tak dapat mengawalnya nanti.” Bebel Datin Fauziah.Dia
tidak mahu anaknya itu terlalu ikutkan perasaan sampai membuat sesuatu yang
tidak diingini.Dia sangat kenal dengan anak tunggalnya itu.Terlalu emosi.
“Yes umi ku sayang.Rizal try
ye umi.” Syafiq Rizal memeluk bahu uminya.Dia sebenarnya malas mendengar
bebelan uminya itu.Sudah beribu kali Datin Fauziah memberi nasihat tentang
perangai Syafiq Rizal.
boleh tahan
ReplyDeletethanks sbb sudi membaca..btw tunggu ye akan ada bab baru nanti :)
Delete