BAB
4
Tercapai juga impian Nur Alia
untuk bekerja di Union Company.Syarikat yang
Nur Alia impikan selama ini.Bukan setakat jadi pekerja malah jadi isteri
kepada pungurus syarikat itu sendiri.Tetapi Nur Alia tidak kisah akan
pangkatnya sekarang,lagipun dia lebih selesa kalau dianggap seperti pekerja
biasa.Sampai sahaja di pejabat,setiausaha Syafiq Rizal menyambut dengan mesra.
“Morning Encik Rizal,selamat datang Puan Alia.” Ramah Rose sambil
tersenyum manis.
“Morning Rose.Nanti tunjukkan bilik Puan Alia dan kenalkan Alia
dengan staf-staf yang lain.Please cancel semua
meeting hari ni.Alia nanti lepas
habis sesi berkenalan datang bilik saya,ada hal saya nak bincangkan.” Syafiq
Rizal merenung tajam kearah Nur Alia.
“Okey awak.” Jawab Nur Alia
sambil melihat keadaan sekeliling pejabat itu tanpa memandang Syafiq Rizal.
“Siapa ‘awak’ yang kamu maksud
kan tu Alia?Please be professional
Nur Alia.” Tegas Syafiq Rizal sambil berlalu ke biliknya.
Nur Alia terkejut dengan
teguran Syafiq Rizal itu sambil mencebikkan mukanya.Eleh baru silap sikit dah
nak melenting.Belum lagi aku panggil abang ke sayang ke.Confirm
terbeliak biji mata dia.Huh!Getus hati Nur Alia.
“Puan,mari saya tunjukkan bilik
puan dan perkenalkan puan dengan staf-staf yang lain.” Kata Rose.
“Ehh Rose awak panggil saya
Alia je tak payah puan-puan.” Senyum Nur Alia sambil mengekori Rose.
“Rose saya nak tanya sikit
fasal bos awak Encik Rizal tu.Dia jenis orang yang macam mana ye?”
“Oh Encik Rizal,mesti Puan Alia
pelik kan tengok perangai Encik Rizal yang kadang tu baik kadang tu bad mood.Tapi dia baik orangnya,cuma
dalam hal kerja dia memang agak tegas.Saya rasa dia ada baran sikit puan.Okey
puan ini bilik puan bersebelahan dengan bilik suami puan.Kalau ada apa-apa hal,puan
boleh panggil saya.” Rose menunjukkan bilik Nur Alia.
“I see... so mesti awak dah lama kenal dia kan.By the way thanks Rose.” Senyum Nur Alia dan menuju ke biliknya.
Tengok gaya mamat tu pun dah
boleh agak perangai dia macam mana.Tetapi adakah itu perangai sebenar dia?Atau
hanya luaran sahaja?Lagipun aku baru sangat mengenali Rizal.Mana mungkin aku
dapat mengenali dia dan mengetahui perangai sebenar dia dalam masa yang
singkat.Perlu ada banyak masa untuk mengenali seseorang itu.
Sambil Nur Alia mengelamun
memikirkan perangai Syafiq Rizal,telefon bimbitnya berbunyi.Nombor siapa ni?
“Assalamualaikum siapa ni?”
Tanya Nur Alia.
“Waalaikumussalam,hai adik
manis dah habis mengelamun?”
“Huh?Hello bangla you salah
nombor ini macha, mana you dapat
nombor saya ni!” Marah Nur Alia.
“Uik?Hey pendek!Datang bilik saya cepat,kan saya suruh datang bilik saya
lepas habis sesi berkenalan.” Nada suara Syafiq Rizal sedikit marah.
Laaa mamat poyo ni ke aku ingat
bangla mana la call aku tadi,rengus
hati Nur Alia.
“Amboi sedap mulut panggil saya
pendek?Yela saya datang!” Talian ditamatkan.
Nur Alia bergegas ke bilik
Syafiq Rizal.Di dalam fikirannya macam-macam benda dia fikirkan tentang hal apa
yang Syafiq Rizal ingin bincangkan.
“Yes Encik Rizal... ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tanya Nur
Alia dengan sopan.
“Oh sure duduk dulu Lia.” Sengih Syafiq Rizal dengan gelagat Nur Alia.
“So now what Encik Syafiq Rizal?” Pertanyaan Nur Alia diulangi
sambil menahan sabar di dalam hati.
“Hey tak payah nak encik-encik sangatlah,”
“Ehh tadi bukan suruh be professional ke Encik Rizal?” Perli
Nur Alia membuat muka selamba.
“Saya cakap tak payah tak payah
la,berapa kali nak ulang?” Nada suara Syafiq Rizal berubah tinggi.
“Err okey... okey... ” Jawab
Nur Alia melihat wajah Syafiq Rizal yang sudah berubah.
Ishh dia start dah angin dia tu.Kalau la ada lipstick di tangan aku sekarang ni,nak je conteng muka dia lukis
kat mulut tu bentuk smiley ala-ala
badut.Tak la aku sakit hati tengok muka dia yang masam mencuka macam depan aku
sekarang ni.Getus hati Nur Alia.
“Awak nak suruh saya buat apa
sekarang Rizal?” Tanya Nur Alia sambil membetulkan tudungnya.
“Kejap lagi keluar lunch dengan saya,”
“Yang tu hal penting yang awak
nak beritahu?” Nur Alia mengerut dahinya.
“Yes awak boleh keluar sekarang dan sambung kerja awak.” Syafiq
Rizal bangun dan meninggalkan Nur Alia terpinga pinga disitu.
Ya Allah sabar jela dengan
perangai dia ni, orang macam ni pun ada?Ke memang perangai lelaki macam ni?Tapi
dulu masa kenal Ashraf Hakimi tak pula perangai dia macam Rizal.Sabar jela
Lia,manusia rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.Bingkas Nur Alia keluar
dari bilik Syafiq Rizal.
Setelah siap menghabiskan kerja,Nur
Alia turun ke kafe untuk makan tengah
hari bersama Syafiq Rizal.Dari jauh dia ternampak Syafiq Rizal sedang
menunggunya.Nur Alia kaget.
Alamak berapa lama dah dia
tunggu aku.Jangan la dia tukar jadi The Hulk lepas ni.Cukuplah tadi dia buat
kat aku,sakit hati dibuatnya.Ngomel hati Nur Alia.
“Hai awak... sorry saya banyak kerja kena settle tadi.” Kata Nur Alia dengan muka
bersalah.
“Ehh saya tak kisah,so awak nak makan apa?Jom order saya lapar sangat ni.” Syafiq
Rizal sedang sibuk melihat menu.
Fuhhh!Alhamdulillah dia tak
bertukar jadi The Hulk.Nasib baik!Getus hati Nur Alia.
“Ahaa okey,abang bagi saya nasi
goreng paprik dengan nescafe ais.Awak Rizal nak makan apa?” Tanya Nur Alia.
“Oh saya pun sama nasi goreng
paprik tapi bagi saya teh o ais ye.” Kata Syafiq Rizal lalu memberi menu kepada
pelayan itu.
“Kan lagi manis kalau awak
panggil saya abang Lia.” Sengih Syafiq Rizal.
“Huh abang?Panggil awak
abang?Err tak kut Rizal,kita dah buat perjanjian kan sebelum kita kahwin.Jangan
lupa ye,”
“Hmm fasal perjanjian tu ye,so kita nak kena bergaduh la nanti dan
putus Lia?”
“Yup macam yang kita dah
berjanji dulu kan.” Nur Alia memandang wajah suaminya.Nur Alia pelik dengan
pertanyaan suaminya itu.
Perlu ke buat macam tu?Nada
suara Syafiq Rizal sedikit perlahan.
“Excuse
me... awak cakap apa tadi Rizal?Sorry
saya tak berapa dengar.” Tanya Nur Alia.
“Err awak ni tak korek telinga
berapa lama dah Alia?Saya cakap sikit tak dengar nak suruh saya tolong korekkan
telinga awak tu?” Selamba Syafiq Rizal.
“Huh?Untuk pengetahuan awak setiap hari saya
korek dan bersihkan telinga saya ni tahu tak.Ingat saya macam awak ke?Korek
telinga setahun sekali je.” Perli Nur Alia sambil menunjuk telinga Syafiq
Rizal.
Aii budak ni saja kan nak cari
fasal.Tak apa hari ni hari dia.Tunggu la.Rengus hati Syafiq Rizal.
“Eleh macam awak pernah nampak
saya korek telinga ke tak!” Rengus Syafiq Rizal sambil memulas telinga Nur
Alia.
“Hey!Apa sentuh-sentuh ni orang tengok la tak malu ke.” Jeling Nur
Alia.Nur Alia pantang kalau orang memulas telinganya.
“Ehh biar la orang nak tengok ke orang nak apa ke kisah apa saya.Lia kejap
lagi temankan saya pergi shopping.Saya
nak beli something tapi nak kena ajak
awak,sebab saya tak tahu nak memilihnya,”
“Kenapa ajak saya pula?Saya nak
tolong mama dekat butik la kejap lagi,awak pergi la ajak orang lain.Sorry ye.” Ujar Nur Alia sambil menjamah
nasi goreng paprik dengan selera.
“Please Nur Alia hari ni je temankan saya.” Rayu Syafiq Rizal
membuat muka kesian.
Ingat comel sangat la buat muka
macam tu?Tak selera aku nak tengok!Nasib baik selera aku dengan nasi goreng ni
masih terbuka.Kacau betul la mamat ni.Ngomel hati Nur Alia.
“Betul nak suruh saya
temankan?Okey boleh,tapi nanti kena belanja saya something okey!Kena ikut apa yang saya nak beli tu tapi awak
bayarkan,deal?” Kata Nur Alia
mengangkat kening pada Syafiq Rizal.
“Yes!Boleh je nak belanja awak.Beli la apa yang awak nak,nanti saya
bayarkan,”
Semasa di dalam kereta Syafiq
Rizal bersiul riang sambil mengikut rentak melodi lagu Jerypah dari Aizat.Best kan lagu ni rancak,lirik pun tak
terlalu complicated ringkas je
liriknya.” Kata Syafiq Rizal kepada Nur Alia.
“Yup best lagu ni saya selalu sangat dengar lagu ni,”
“Allright kita dah sampai jom Alia.” Ajak Syafiq Rizal.
“Barang apa yang awak nak beli
Rizal?Untuk someone ke?” Tanya Nur
Alia kepada Syafiq Rizal.
“Yup untuk someone,but sebelum tu beli barang awak dulu kan tadi saya dah
janji nak belanja awak kan,so pilih
dulu barang awak then baru cari
barang yang saya nak beli tu,”
“Haih macam-macam awak ni, okey
jom saya bawa awak satu tempat ni jangan terkejut sudah la ye.” Sengih Nur
Alia.
Nur Alia membawa Syafiq Rizal
ke MPH.Semenjak Nur Alia berkahwin dengan Syafiq Rizal dia sudah lama tidak
pergi membeli novel terbaru.Dalam mendapat peluang ini Nur Alia membawa Syafiq
Rizal ke MPH untuk membeli novel yang terbaru.
“Kita nak buat apa kat MPH ni
Lia?” Tanya Syafiq Rizal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa punya soalan la awak tanya
saya ni Rizal saya nak beli novel la,tak kan nak beli ikan,ayam atau sayur
kut.” Perli Nur Alia menggeleng kepala.
“So saya kena belanja awak novel je?Cehh!Ingat set rantai emas
ke,beg tangan Gucci ke.Novel yang awak nak Lia.” Sengih Syafiq Rizal sambil
membelek majalah maskulin.
Ehh banyak bebel pula mamat
ni,nanti kalau betul aku nak semua tu menangis pula nanti!Ngomel hati Nur Alia.
“Saya bukan minat sangat
benda-benda macam tu Rizal.Belanja saya novel kira okey apa.Kejap saya nak
pilih novel yang saya nak,”
“Apa-apa jela Alia pendek!”
Syafiq Rizal sambil mengekori Nur Alia dari belakang.
“Ahaa Lia novel ni ‘Kau Ditakdirkan
Untukku’ dari Gee Muszisya.Tengok tajuk macam best je.Cover pun comel,kartun
tepi pantai gitu.Macam awak dengan saya,nah...” Syafiq Rizal memberi novel itu
kepada Nur Alia.
“Awak ni kacau la.Saya tak nak
beli novel tu,yes jumpa pun.Saya cari
novel ni ‘Setia Hujung Nyawa’.Lama saya mencari tau.Asyik tengok drama je nak jugak beli novel.” Ngomel Nur Alia
sambil membelek novel tersebut.
“Laa penat saya cari novel ni
dekat awak,ambil la.” Muncung Syafiq Rizal menghulur novel ‘Kau Ditakdirkan
Untukku’ kepada Nur Alia.
“Haih awak ni kan Rizal best ke cerita tu.Yela saya ambil
lagipun awak belanja kan?Saya on je,”
“Ambil pun, awak baca ye jangan
tak baca pula.Tajuknya tu yang penting.” Syafiq Rizal mengeyit mata pada Nur
Alia.
Erk perlu ke nak kenyit mata
dekat aku?Huh meroyan ke apa mamat ni.Rengus hati Nur Alia.
“InshaAllah Syafiq Rizal saya
baca nanti okey?Jom bayar,lepas ni nak cari barang yang awak nak beli pula.”
Nur Alia meluru ke kaunter bayaran Syafiq Rizal mengekorinya.
Mereka berjalan mencari barang
yang ingin dibeli oleh Syafiq Rizal.Syafiq Rizal tersenyum lebar apabila Nur
Alia tidak henti menceritakan hobinya yang minat membaca novel.Syafiq Rizal
sangat selesa dengan watak dan perwatakkan Nur Alia.Pada masa yang sama Nur
Alia tidak perasan yang dia sedang memaut lengan Syafiq Rizal sambil
berjalan.Syafiq Rizal hanya biarkan sahaja dia lagi suka diperlakukan
begitu.Tiba-tiba “Ops!Sorry!” Nur
Alia pantas menarik tangannya dari memaut lengan Syafiq Rizal.
Aduh!Yang aku pergi pegang
lengan dia tu kenapa!Kau ingat Rizal tu Ashraf Hakimi ke.Itu la selalu kalau
keluar dengan Kimi mesti aku pegang lengan dia.Tapi sekarang bukan Kimi,tapi
Rizal.Getus hati Nur Alia.
“Err awak sorry.” Tunduk Nur Alia menahan malu.
“Awak ni cepat mengelabah kan
Lia.Pegang jela lengan saya ni bukan lengan siapa pun.Lengan suami awak juga
kan.” Senyum Syafiq Rizal sambil memandang tepat dalam mata Nur Alia.
Nur Alia kaget,dia menepis
pandangan Syafiq Rizal itu.
“Hehe kita lupakan je apa yang
jadi tadi.So apa awak nak beli ni?”
Nur Alia mengubah topik.
“Ni gelang tangan ni cantik tak
Lia.” Syafiq Rizal menunjukkan gelang tangan yang berbentuk hati itu sambil menarik tangan Nur Alia lalu
memasang gelang itu di tangan isterinya.
“Wow cantiknya Rizal.Macam
sesuai pula dengan tangan saya kan,bagi saya jela,”
“Betul awak suka?Cantik kan
bentuk dia.Bentuk gelang ni ada dua love.Selalunya
orang cakap love ni tandanya hati
kita.So satu hati awak satu hati
saya.Kalau suka ambil la,ikhlas saya bagi awak.” Senyum Syafiq Rizal.
“Ehh saya melawak jela Rizal.Nanti kesian dekat someone yang awak nak bagi tu.Awak nak bagi gelang ni dekat dia,lepas
tu awak bagi untuk saya pula.” Kata Nur Alia memberi gelang itu kepada Syafiq Rizal.Nur Alia tidak mahu menerima gelang
itu.Mungkin Syafiq Rizal ingin memberi gelang itu kepada orang yang istimewa di
hati Syafiq Rizal.
“Betul awak tak nak Lia?Tak
menyesal ye?Okey saya beli jugak gelang ni.Miss
saya ambil yang ni.” Syafiq Rizal memberi rantai itu kepada pembantu kedai.
“Laa... kan saya cakap tak
nak,”
“Siapa cakap nak bagi kat awak.Ini
untuk someone yang saya nak bagi
la.Tadi saya tanya awak tak nak,so melepaslah.”
Ujar Syafiq Rizal dengan muka selamba.
Grrr ingat aku nak sangat ke gelang tangan tu aku pun boleh beli
sendiri la.Geram Nur Alia dalam hati.
“Okay fine.” Ujar Nur Alia.
“Jom la kita balik,lama sangat
dekat Mall ni.Dah nak masuk waktu Maghrib.” Syafiq Rizal bergegas ke lif.
Ya Allah cepat betul masa kan.Aku
pun tak perasan dah lewat rupanya.Tak sempat nak pergi tolong mama di
butik.Semua ni Rizal punya fasal!Tapi bukan selalu aku nak temankan
dia.Berkorban sekejap masa untuk dia kan,dia pun bukan orang lain suami aku
jugak.Ngomel Nur Alia dalam hati sambil mengekori Syafiq Rizal.
Syafiq Rizal tekun dengan
pemanduannya.Dalam keadaan sekeliling yang suram dengan senja dan lampu jalan,Nur
Alia mencuri pandang Syafiq Rizal yang
leka memandu.Dalam kemarahan,dalam baran dia,ada juga sifat tulus,ikhlas,caring dari hati dia kan.Kenapa
kadang-kadang dia baik terhadap aku?Siapa sebenarnya Rizal?Stop it Alia,kau kena ingat kau kahwin dengan Rizal bukan atas
dasar cinta.Cuma paksaan dan untuk mama dan abah.Kau pun tahu lepas ni Rizal
akan lepaskan kau,so jangan jatuh
hati dengan dia.Jangan.Sambil Nur Alia sibuk merenung Syafiq Rizal disebelahnya
lalu Nur Alia terlelap disitu kerana kepenatan.
No comments:
Post a Comment