Friday, 15 March 2013

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 2)


BAB 2
Hujung minggu yang sangat indah.Pagi-pagi lagi Nur Alia sudah bangun.Setelah selesai solat subuh dan bersihkan diri,Nur Alia terus bersiap untuk keluar membeli belah.Nur Alia mengenakan T-shirt lengan panjang,seluar jeans serta tudung menutupi rambutnya.Alaa... simple sudah la pakai lawa-lawa bukan orang nak mengorat kau Lia.Getus Nur Alia.Nur Alia membelek alat solek di atas meja soleknya.Ahh... ini pun sama make up sikit je simple gitu dan natural.Make up tebal nanti nampak macam opera cina pula,bebel Nur Alia sambil menyapu bedak dimukanya.Okey siap!

Lama betul aku tak window shopping di Mall kan.Ini sudah ada peluang hujung minggu keluar jelah, lagipun bosan di rumah mama dan abah pula pulang ke kampung melawat nenek.Nasib la kau Lia jadi anak tunggal.Dulu masa di kampus hujung minggu aktiviti yang selalu sangat aku buat mesti hang out dengan kawan-kawan.Sekarang semua tu tinggal kenangan semua kawan-kawan aku sudah ada life sendiri.Ada yang dah berkahwin dan ada anak.Bahagianya mereka.Aku ni bila pula?InshaAllah kalau ada jodoh tak kemana.Ngomel Nur Alia.

Selepas bersiap Nur Alia menghidupkan enjin kereta kesayangannya yang dibeli dari wang gaji pertama dia bekerja.Sementara didalam kereta.

                           “Tak pernahkah kau sedari,akulah yang kau sakiti,
                       kau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari,
               oh tuhan tolonglah aku,hapuskanlah rasa cintaku,
                       aku pun ingin bahagia,walau tak bersama dia”

Ya Allah kenapa mesti ada lagi lagu Judika ni dimainkan dalam radio?Getus Nur Alia.Lagu ni membuatkan aku teringatkan pada Ashraf Hakimi.Pemuda yang telah tipu aku dan membuatkan aku sukar percaya dengan cinta lagi.

Setelah sampai di Mall aku terus meluru ke MPH.Memang itu tempat aku kalau datang ke Mall berseorangan.Lain la kalau aku datang dengan buah hati, pawagam la menjadi tarikkan pertama.
Sambil Nur Alia tekun mencari novel yang terbaru.Seorang pemuda yang tidak jauh dari Nur Alia memandangnya tanpa jemu.Mamat ni kenapa?Pandang aku macam nak telan aku je.Aku pakai tudung terbalik ke?Lipstick aku terlalu menyerlah ke?Comot ke?Tiba-tiba pemuda itu datang menghampiri Nur Alia,lalu menjeling kepadanya.

OMG!!Apa fasal mamat tu jeling aku pula.Kau ingat kau handsome sangat ke?Dah la pandang aku macam nak telan aku je.Psycho!!Tiba-tiba telefon bimbit Nur Alia berbunyi.

Hello siapa ni,nak apa!” Rengus Nur Alia. 

“Hoi Lia kau ni kenapa,bendera merah ke minah?”

“Ehh kau ke Su... sorry babe aku tengah panas hati tadi dengan sorang mamat psycho!”

“Hihi kau ni Lia tak habis-habis kan.Mamat tu nak mengorat kau,kau jual mahal nanti tak fasal-fasal mamat psycho tu jadi husband kau.” Gelak Suraya di hujung talian.

 Sorry sikit aku tak kebulur mamat macam tu.Geram aku.Kau ni kenapa call aku Su?” Tanya Nur Alia.

“Aku nak jemput kau datang rumah, ada kenduri cukur jambul anak aku.Nanti kalau kau tak sibuk datang la jemput mama dan abah kau sekali Lia,”

“Waaa cukur jambul anak kau ke.InshaAllah nanti apa-apa hal aku call kau okey.” Jawab Nur Alia.

“Kau bila nak kahwin Lia?Nak tunggu aku beranak lagi ke?Haha.” Gelak Suraya.

“Errr sabar la Su aku mesti kahwin punya nanti,”

“Okey  la Lia,tak sabar nak makan nasi minyak kau.Nanti kita borak lagi ye Lia.Bye.”

“InshaAllah Su.Okey bye.” Jawab Nur Alia.Panggilan ditamatkan.

Setelah penat window shopping seorang diri Nur Alia pulang ke rumah.Sambil memandu Nur Alia teringat dengan soalan Suraya mengenai perkahwinan.Nur Alia bukan tidak mahu kahwin,bukan tidak mahu bercinta cuma risau cintanya tidak dibalas.Cukuplah sekali dia ditipu dan kecewa disebabkan cinta.

“Assalamualaikum mama,abah.Dah balik pun ingat nak tinggal terus rumah nenek.” Tegur Nur Alia sambil melangkah kaki menuju ke ruangtamu.

“Kamu pergi mana Lia,keluar dengan siapa tadi?” Tanya Encik Sufian.

“Lia keluar sorang je tadi abah.Bosan la rumah tak ada orang.Abah dengan mama balik rumah nenek pula, baru je nak ajak pergi shopping,

“Kenapa ajak kami sayang.Lia kena pergi dengan buah hati.Tak lama lagi Lia pergi shopping dah berteman tahu.” Kata Puan Lisa sambil tersenyum.

“Alaa lambat lagi mama Lia nak berteman.Entah siapa nak dengan Lia ni.” Muncung Nur Alia.Bagi Nur Alia itu mustahil.Selepas memutuskan hubungan dengan Ashraf Hakimi,pintu hati Nur Alia masih lagi tidak terbuka untuk menerima cinta.Mungkin belum masanya lagi.

“Ehh kamu ni betul nak berteman?Esok abah tolong carikan untuk Lia jangan tak terima pula.” Ketawa Encik Sufian.

 “Hah?Esok abah?Lia tak nak kahwin lagi mama.” Rengek Nur Alia kepada Puan Lisa.

“Lia dengar sini... lepas ni kalau Lia tak jumpa lagi bakal suami Lia,mama dan abah akan carikan.Selalunya jodoh yang dicari oleh ibu bapa hubungan suami isteri akan bahagia.Kalau Lia tak suka dengan pilihan kami Lia kena terima juga,faham?” Tegas Encik Sufian dengan anak tunggalnya itu.Sejak kecil lagi Encik Sufian memang tegas dengan anaknya itu.

“Hmm okey abah,Lia cuba ye.” Jawab Nur Alia.

Alamak habis la aku mana aku nak jumpa bakal suami aku dalam masa yang singkat ni.Dulu dah elok-elok dengan Ashraf Hakimi putus pula.Dia seorang je yang aku rasa ada ciri-ciri yang aku nak.Kimi... Kimi... Arghh!Semak kepala otak aku.Keluh Nur Alia.

Nur Alia meluru naik ke biliknya. “Ya Allah tolonglah hambaMu ini.” Sayu Nur Alia sambil termenung  di luar jendela. 

“Alia boleh mama masuk sayang?Mama nak bincang sikit dengan Lia,”

“Masuk la mama.” Senyum Nur Alia.

Puan Lisa menghampiri Nur Alia lalu mengusap kepala anak tunggalnya itu. “Lia kenapa ni?Tengah fikir fasal calon suami ke?”

“Mama... kalau Lia tak dapat juga cari calon suami untuk Lia,Lia terima akan pilihan mama dan abah.Bukan Lia tak nak mencari mama cuma Lia takut bercinta lagi,takut kecewa lagi.Bukan senang nak sayang orang mama.Lia kalau dah sayang seseorang tu Lia bersungguh sungguh.” Air mata Nur Alia mengalir tanpa henti.Dia tidak dapat menahan lagi.Hatinya masih lagi untuk Ashraf Hakimi.

“Shhh... sudah la tu sayang jangan menangis lagi, yang berlalu biarkan berlalu jangan dikenangkan lagi.Lia tidak boleh samakan Kimi dengan lelaki lain.Lia kena ingat setiap manusia dicipta dengan pelbagai perasaan dan watak mereka.Jadi Lia kena percaya bahawa tidak semua manusia seperti Hakimi.Kalau Lia takut untuk mencuba untuk bercinta lagi sampai bila Lia nak jadi macam ni?Lia mesti nak kahwin kan?Mahu merasa kebahagian di dalam alam perkahwinan,mahu menjadi isteri yang solehah,ingin suami yang soleh yang memberikan kebahagian kepada Lia dan juga dikurniakan pula dengan anak-anak yang memberi  seri dan rezeki dalam sebuah keluarga.Jadi Lia akan terima dengan pilihan mama dan abah?” Tanya Puan Lisa sambil mengesat air mata anaknya itu.

 “InshaAllah mama.” Senyum Nur Alia sambil memeluk Puan Lisa.

Selepas ini aku mungkin tidak dapat membantah apa pilihan mama dan abah.Aku redha dengan pilihan mereka.Aku berharap agar aku cepatlah mendapat mencari calon suami aku sendiri. Tetapi boleh ke seorang lelaki menjaga aku yang agak keras kepala dan ego macam aku ni?

No comments:

Post a Comment