BAB 5
Ashraf Hakimi termenung di
halaman rumahnya.Dia melihat anak-anak ikan di dalam kolam dan memberi makan
kepada ikan tersebut.Dari jauh Aisya, kakak sulungnya melihatnya dengan sayu sekali.
“Hai Kimi nak bagi ikan-ikan tu
mati kekenyangan ke.” Tegur Aisya kepada adiknya.Dia sudah masak dengan
perangai adik lelakinya itu.Jika Ashraf Hakimi termenung jauh mesti dia
memikirkan sesuatu.
Ashraf Hakimi tersedar dari
lamunan dan menyimpan bekas makanan tersebut.Ashraf Hakimi cepat-cepat
mematikan lamunannya.Dia tidak mahu kakaknya syak dia tengah fikirkan Nur Alia.
“Tak la akak,lebih baik ikan-ikan ni mati kekenyangan dari mati kelaparan
tahu.” Perli Ashraf Hakimi memandang Aisya.
“Iyela tu Kimi... Kimi tak
keluar dating dengan Liana?Terperuk
je kat rumah.” Tanya Aisya sambil menyiram pokok bunga di halaman rumah.
“Liana sibuk dengan kerja
kak.Esok baru kami keluar.Akak pagi-pagi ni nak pergi mana?”
“Sama la kamu dua orang
masing-masing sibuk memanjang.Akak nak pergi butik mama Alia, akak kerja
sana.Kimi akak nak tanya something
fasal Alia sikit boleh?” Aisya berhenti menyiram pokok bunga lalu menghampiri
Ashraf Hakimi.
“Huh fasal Alia?Kenapa dengan
dia kak?” Ashraf Hakimi memandang kakaknya penuh minat.Padahal didalam hatinya
menanti soalan Aisya penuh debar.
“Kamu masih ada hati dengan dia
ke Kimi?Sebab akak tengok kamu macam sedih bila tahu Alia dah kahwin.” Aisya
ingin kepastian mengenai perasaan adiknya itu pada Nur Alia.
“Err sedih?Mana ada Kimi
sedih.Kimi macam biasa je kak.Perasaan akak je kut.” Jawab Ashraf Hakimi sambil
tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik kepada Aisya.
“Baguslah kalau macam tu
Kimi.Kimi tu dah nak kahwin dengan Liana tak baik kalau teringat atau masih
simpan perasaan pada Alia.Alia dah jadi isteri orang,kamu tak lama lagi jadi
suami orang.Jaga hati dan perasaan isteri kamu nanti.” Tegas Aisya.Aisya tidak
mahu adiknya memikirkan Nur Alia lagi kerana dia sudah menjadi hak Syafiq
Rizal.
“Ya Allah akak percayalah
dengan Kimi.Kimi dah tak ada perasaan apa-apa dekat Alia.Cuma...” Kata-kata
Ashraf Hakimi terhenti.
“Cuma apa Kimi?” Tanya Aisya
dengan marah.
“Cuma Kimi rasa bersalah sangat
dengan Alia kak dan Kimi rasa bodoh sebab tak terima cinta Alia dulu.Alia
bersungguh sungguh sayang Kimi.Tapi Kimi buat dia macam patung!Kimi tak hargai
cinta dia dulu.Kimi menyesal sangat kak,menyesal.Kimi terlalu ikutkan perasaan
Kimi.Kimi terlalu pentingkan diri sendiri,dulu Kimi buta!Kimi tak nampak akan
keikhlasan cinta Alia.Kimi rasa rimas dengan Alia yang terlalu ambil tahu fasal
Kimi padahal itu salah satu kasih sayang yang Alia tunjukkan dan beri pada Kimi.Tapi
Kimi tak sedar kak.Lepas sahaja tamat pengajian di UiTM,Kimi putus dengan Diana
sebab Diana bukan macam Alia.Diana hanya tahu memaksa,memberontak,dan tidak
setia dengan Kimi.Kimi terpaksa putuskan hubungan dengan Diana dan Kimi tekad
mencari Alia semula.Tetapi bila Kimi dapat tahu yang Alia sudah berkahwin putus
harapan Kimi kak.Kimi rasa bersalah sangat dengan Alia.Kimi tidak sempat
meminta maaf kepada Alia atas apa Kimi pernah buat kepada dia dulu,kerana
menyakitkan hati Alia dan menipu dia kak.Kimi berharap dapat jumpa Alia untuk
meminta maaf dan boleh terima Kimi lagi sebagai kawan.Kimi tahu tiada peluang
untuk Kimi dapatkan hati Alia semula.Kimi tahu Alia bukan untuk Kimi,mungkin
Alia adalah yang terbaik untuk Rizal.Kimi hanya mampu berdoa agar Alia bahagia
disamping suaminya Syafiq Rizal.” Sayu hati Ashraf Hakimi meluahkan apa yang
terpendam di dalam hati.
“Itulah Kimi dah dapat peluang
dulu kamu sia-siakan.Masa bukan boleh diputar semula mungkin ini takdir buat
kamu dan Alia.Nak menangis nak merayu pada Alia pun tak guna dah.Dia dah jadi
isteri orang.Alia milik Rizal dik.” Tegas Aisya.Dia sebenarnya kesian melihat
adiknya itu.Tetapi masa tidak boleh diputar kembali.Nasi sudah menjadi bubur.Kehidupan
perlu diteruskan juga.
“Hmm mungkin bukan jodoh Kimi
dan Alia akak.Kimi redha.Sekarang ni Kimi nak minta maaf pada Alia itu
je.Kisah-kisah kami yang dulu hanya tinggal kenangan.” Sayu Ashraf Hakimi.Dia
sedar memang tiada peluang untuk dirinya.Semuanya sudah terlambat.
“Sabarnya dik.Ada hikmah semua
yang berlaku nanti kamu pergilah jumpa Alia.” Senyum Aisya sambil memegang bahu
adiknya.
“Terima Kasih kak,”
“Sudah... jom tolong akak
hantar barang-barang semua ni pergi butik mama Alia.Akak dah lambat ni.” Aisya
berlalu ke kereta.
“Aduh banyaknya kak barang
ni.Lepas hantar akak kena belanja Kimi makan okey!” Seloroh Ashraf Hakimi
sambil mengangkat barang tersebut kedalam but kereta.
Sampai sahaja di butik,kereta
Ashraf Hakimi berhenti betul-betul didepan butik Puan Lisa.Ashraf Hakimi meluru
keluar dai kereta untuk mengangkat barang di but dan terus membawa masuk ke
dalam butik.Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
“Aduh!Hey jalan tu tengok la orang sikit.Nasib baik tak jatuh
barang-barang tu.” Marah Nur Alia memegang dahinya yang dilanggar oleh
barang-barang itu.
“Ehh sorry... sorry saya tak perasan tadi Lia.” Ashraf Hakimi kelam
kabut.Dia mencuri pandang wajah Nur Alia.Dia terlalu lama tidak melihat wajah
Nur Alia.Jauh disudut hati Ashraf Hakimi dia merindui Nur Alia.
Aik macam pernah dengar suara
dia ni?Oh tidak!Tak kan lah!Ashraf Hakimi?Apa dia buat kat sini?Ngomel hati Nur
Alia.
“Err... buu buuat apa kat
sini?Mana kak Aisya?” Tanya Nur Alia gugup memandang Ashraf Hakimi.Nur Alia
menjadi tidak keruan apabila melihat Ashraf Hakimi.
“Tu ada kat luar lagi.Kak Aisya
minta tolong saya hantarkan barang-barang ni.” Senyum Ashraf Hakimi dengan
mesra.
Ahh tak payah la buat senyum
macam tu!Menyampah tahu tak menyampah.Kalau boleh aku tak nak tengok muka dia
lagi.Tapi nak buat macam mana,kak Aisya kakak angkat aku.Dapat title pun masa aku couple dengan Hakimi.Disebabkan tak ada kakak kandung ,aku ambil
kakak Hakimi sebagai kakak angkat.Arghh!Kecil betul dunia ni kan padahal
sebenarnya dunia ni besar.
“Oh yeke... okey letak je kat
situ.” Nur Alia bergegas pergi.Dia tidak
mahu berbual panjang dengan Ashraf Hakimi.Lagi dia berbual lagi dia sakit hati
dan akan timbul satu perasaan,iaitu perasaan rindu!
“Alia kejap... Kimi nak tanya something.” Ashraf Hakimi menghalang
jalan Nur Alia.Dia memandang tepat wajah Nur Alia.
“Apa?” Tanya Nur Alia.Dia
sangat rimas akan situasi tersebut.
“Boleh Kimi tahu Alia
masihhhh...” Tidak sempat Ashraf Hakimi habiskan pertanyaannya.Syafiq Rizal
memanggil Nur Alia dari arah belakang.
“Alia ooo Alia awak kat mana.” Langkah Syafiq Rizal terhenti apabila
melihat Ashraf Hakimi berada disisi Nur
Alia.
Siapa lelaki ni?Boleh jadi pakwe Alia si Ashraf Hakimi tu?Yang Alia
pernah ceritakan dulu mungkin.Rengus hati Syafiq Rizal.
“Ye... ye saya ada kat sini
Rizal.” Nur Alia menyahut panggilan itu lalu pergi kearah Syafiq Rizal.
“Siapa ni Lia?” Tanya Syafiq
Rizal dengan nada suara yang tinggi.
Alamak mampus aku,lepas ni dia
bertukar jadi The Hulk pula.Yang Kimi pun satu datang time macam ni buat apa.Parah aku lepas ni.Getus hati Nur Alia yang
tidak keruan itu.
“Err saya Ashraf Hakimi kawan Alia.” Senyum Ashraf Hakimi memandang Nur
Alia.
“I see... so kau la Ashraf Hakimi.” Kata Syafiq Rizal menjeling pada
Nur Alia disebelahnya.
“Rizal jom kita balik,banyak
kerja saya nak buat dirumah.” Ajak Nur Alia yang dalam keresahan itu.Sebelum
apa-apa berlaku lebih baik Nur Alia mengajak Syafiq Rizal pulang kerumah.
“Ehh kejap la sayang... saya
baru nak berkenalan dengan kawan sayang ni.” Syafiq Rizal merangkul pinggang
Nur Alia dengan kemas.
Pehal mamat ni pegang pinggang
aku pula.Rimas la.Malu pun ada.Kalau nak bagi Kimi cemburu pun agak-agak la.Getus Nur Alia didalam hati.
“Lain kali jela... kita ada hal
kan nak kena settle sayang.Jom
laa...” Manja suara Nur Alia mengajak Syafiq Rizal pulang ke rumah.
Mak aih suara minah ni manja la
pula.Siap panggil sayang lagi!Sebelum ni tak pernah nak buat suara macam ni
bila bercakap dengan aku.Ini dah depan Hakimi baru nak berubah suara kau
kan.Kalau selalu macam ni kan seronok sikit hati aku Lia.Getus hati Syafiq
Rizal.
“Okey sayang jom kita balik.So Hakimi kami balik dulu kalau ada masa
kita jumpa lagi dan berkenalan dengan lebih rapat.” Ujar Syafiq Rizal pada
Ashraf Hakimi.Syafiq Rizal berlalu keluar dari butik sambil menggenggam tangan
Nur Alia dengan erat.
Ashraf Hakimi hanya tersenyum
melihat gelagat suami isteri itu.Dia sangat cemburu melihat mereka.“Semoga
bahagia Nur Alia.” Sayu hati Ashraf Hakimi memandang Syafiq Rizal dan Nur Alia
yang berlalu pergi.
Nur Alia tidak sedap hati
kerana terserempak dengan Ashraf Hakimi tadi.Bukan itu sahaja.Dia juga risau
akan Syafiq Rizal.Risau Syafiq Rizal akan membuat benda yang tidak diingini di
butik itu.Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Ashraf Hakimi lagi.Tetapi
disebabkan kemalangan kecil di butik tadi membuatkan Nur Alia berasa ada
sesuatu yang tidak kena.Nur Alia tidak mahu dianggap oleh Syafiq Rizal bahawa
dia seorang perempuan yang tidak mengenang budi kerana Syafiq Rizal terpaksa
berkahwin dengan dia.Pada masa yang sama dia takut jika Syafiq Rizal fikir Nur
Alia masih menagih kasih dari Ashraf Hakimi.Dia tidak ada niat langsung untuk
kembali kepada Ashraf Hakimi.Ya Allah jauhkan lah aku dari perasaan itu.Aku
tidak mahu mengulanginya semula.Cukuplah apa yang terjadi pada aku dulu.Ngomel
hati Nur Alia.
“Alia... umi ajak kita makan
tengah hari di rumah umi.Nanti awak beritahu mama kita ke sana ye.” Tenang
Syafiq Rizal memberitahu Nur Alia.Padahal di dalam hatinya dia sangat sakit dan
di dalam kepalanya ligat memikirkan hal yang berlaku di butik tadi.
Nur Alia diam.Tiada jawapan
keluar dari mulut Nur Alia.Dia memandang jalan raya dengan kosong.
“Lia awak dengar ke tak saya
cakap dengan awak ni?Sudah la fikirkan si Ashraf Hakimi tu.Saya suami awak Lia
jaga sikit hati saya ni!” Nada suara Syafiq Rizal sedikit marah.Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya.
“Yang awak nak melenting kenapa
Rizal?Awak kalau tak tahu apa yang saya tengah fikirkan jangan nak marah tak
tentu fasal!Ye nanti saya beritahu mama kita pergi rumah umi okey!” Nur Alia
tidak boleh menahan sabar dengan kata-kata Syafiq Rizal.Dia sangat tidak suka
jika Syafiq Rizal berkata sedemikian.
Aik aku tegur sikit marah aku
pula?Rengus hati Syafiq Rizal.
“Fine Lia... saya tegur sikit nak marah saya balik.Awak ni pantang
ditegurkan?” Syafiq Rizal kesal kerana isterinya memarahinya semula.Dia tidak
dapat menerima jika Nur Alia memikirkan fasal Ashraf Hakimi.
“Ye saya tahu awak menegur tapi
awak jangan buat andaian sendiri dan jangan sebut nama Ashraf Hakimi.Awak nak tegur tu tak payah nak
masukkan sebab Hakimi tu dalam teguran awak.” Nur Alia berkata tegas kepada Syafiq
Rizal.Dia dapat merasai air matanya ingin jatuh kerana menahan geram dan sakit
hati.Tetapi Nur Alia mengawal air mata itu dari terjatuh.Dia tidak mahu Syafiq
Rizal perasan dia menangis.
“Yela saya minta maaf.Sudah la
tu dengan muncung itik awak pendek.Ingat saya terpikat ke?” Syafiq Rizal
menarik mulut Nur Alia sambil tersenyum.Dia tidak mahu Nur Alia merajuk terlalu
lama.
Dia ni kan saja nak tambahkan
sakit hati aku.Dah la tegur pun tak serupa bikin sekarang mengata aku pula.Macam
nak tumbuk-tumbuk mamat ni.Nur Alia marah di dalam hati.
“Apa ni tarik mulut orang dah
la mengata saya.Tak padan dengan mulut tak ada insurans.Poyo pula tu awak ni.”
Selamba Nur Alia membalas kutukkan Syafiq Rizal padanya.
“Ehh saya pula yang kena
balik.Saya cium awak baru tahu!Apa pun tak boleh nanti!Haa nak yang mana Lia?”
Syafiq Rizal ingin menceriakan Nur Alia semula dengan kata-katanya itu.
“Euww tak ingin la saya.Baik
saya cium ayah awak je.Dapat juga pahala.” Nur Alia membuat muka selamba.
“Dari awak cium ayah saya,baik
awak cium saya ni dapat juga pahala what.Suami
awak kan.” Syafiq Rizal memegang pipinya sambil menunjuk pada Nur Alia.
“Tak rela saya nak cium awak
Rizal!” Nur Alia membidas jawapan Syafiq Rizal.Padahal dia tahu memang dapat
pahala jika mencium suami.
“Haha awak ni comel kan pendek
kalau tengah marah.Untung saya dapat awak Lia,”
“Yeke?Untung la sangat.Jangan
lupa nanti awak kena lepaskan saya.Ingat!” Nur Alia memberi amaran kepada
Syafiq Rizal sambil menampar peha suaminya
“Adoi!Sakit la,tak nampak ke saya
tengah drive ni.Nanti tak fasal-fasal
accident nanti.” Kata Syafiq
Rizal.Jauh disudut hatinya dia terlalu berat ingin melepaskan Nur Alia.
No comments:
Post a Comment