Friday, 15 March 2013

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 3)


BAB 3
Isnin,hari yang sangat tidak digemari oleh aku dan semua orang yang bekerja.Mana tidaknya bangun awal pagi bersiap pergi ke tempat kerja,pulang ke rumah hari dah malam.Bak kata orang keluar Subuh pulang Isyak.Esok pagi bangun bersiap pergi kerja pula.Kadang-kadang bosan juga kalau aktiviti yang sama sahaja.Tetapi demi masa depan, aku kenalah banyak bersabar.Nama pun kehidupan.Keluh Nur Alia sambil mengambil mug.

Hey pagi-pagi dah mengeluh Lia ada masalah apa?Nak kata masalah rumah tangga tak kahwin lagi apatah lagi kalau masalah dengan anak-anak.” Sampuk Faiz dengan selamba.

Datang dah Faiz murai ni.Siapa sangka kawan rapat semasa sekolah lagi satu office dengan aku,dengan perangai dia yang selamba itu membuatkan aku senang dengan dia.Faiz tidak sama dengan lelaki lain.Faiz seorang yang boleh faham perasaan perempuan pada masa yang sama Faiz ni macam perempuan,bak kata orang ‘lembut’.Tetapi luaran nampak kelakiannya.

“Kau ni ganggu aku jela Faiz,ni hah mengeluh sebab nescafe habis.Aku baru nak minum nescafe favourite aku.” Muncung Nur Alia sambil menunjuk bekas  yang kosong itu kepada Faiz.

“Nescafe je setiap hari.Cuba minum milo Lia bagi bertenaga sikit bila bekerja, nah ambil ni.” Faiz menghulur mug kepada Alia.

Wow Faiz baiknya kau buatkan milo untuk aku.Untung la siapa kahwin dengan kau.” Sengih Nur Alia.

“Hah nak menyakat aku la tu.” Jeling Faiz di hadapan Nur Alia.

“Amboi Faiz kau ingat dah cukup comel jeling aku?Sudalah,jom tolong aku siapkan kerja yang bos bagi semalam.Mampus aku tak siap lagi,dia nak hari ni.” Kelam kabut Nur Alia menghabiskan air milo ditangannya.

“Ehh banyak cantik muka kau minta tolong pula, aku pun buat sendiri tau Lia.” Ngomel Faiz sambil mengekori Nur Alia dari belakang.

“Lia aku nak tanya kau something boleh?” Seloroh Faiz.

“Apa kau nak tanya Faiz?Tanya jela,”

“Kau tak rasa nak ada buah hati ke?Err... I mean pasangan hidup?”

Dengan pantas Nur Alia memandang Faiz. “Kenapa kau tanya soalan tu?Kau nak jadi suami aku?Kalau nak jom kita kahwin esok,nak?” Seloroh Nur Alia sambil sibuk menyusun fail diatas meja kerjanya.

“Aku serius kau main-main pula Lia.Bukan apa,lepas kau putus dengan first love kau si Kimi tu kau dah tak bercinta aku tengok.Dah tertutup ke pintu hati kau Lia?”

Macam ni la kalau ada kawan yang mulut murai ada je soalan dia nak tanya,nasib aku ni tak cepat melenting.Ngomel hati Nur Alia.

“Faiz... bukan senang tau nak bercinta.Hati kena betul ikhlas sayangkan seseorang dan kena lah setia,jujur.Kalau hati tak ikhlas,cinta bertahun-tahun tapi tak bahagia tak guna juga kan?So aku malas nak bercinta lagi buat masa sekarang.Bukan aku tak nak bercinta lagi,tapi kena tunggu masa yang sesuai.Mungkin lepas ni aku kahwin je terus.” Tegas Nur Alia.Dia malas mahu memikirkan hal perkahwinan buat masa sekarang.

Yes!Kiranya aku ada peluang la ni kan,”

“Ehh tolong sikit aku tak nak pun kat kau.” Kata Nur Alia.

“Hok aloh... aku melawak jela Lia don’t tension-tension.” Ketawa Faiz.

“Haih macam-macam kau ni.InshaAllah ada jodoh aku jumpa la pasangan hidup aku kawan.Faiz petang esok free tak?Jom teman aku joging tasik Shah Alam,”

“Bagus sangatlah tu,aku lama tak joging tengok lah perut aku yang makin memboroi ni.” Seloroh Faiz sambil menepuk  perutnya. “Jom Lia aku balik dulu.Mak aku dah bising  ajak aku teman dia pergi shopping.” Faiz  melangkah keluar dari pejabat.

“Okey kawan take care... bye.” Ringkas Nur Alia.Fuhh siap juga kerja aku.Dah siap tunggu apa lagi balik rumah la.Malas dah aku nk tinggal lama-lama dalam office ni.Semua staf sudah meluru keluar pejabat.Home sweet home!

Tiba sahaja dirumah,Encik Sufian dan Puan Lisa yang berada di ruangtamu rancak berbual.Abah dengan mama ni mesti tengah jadi pengkritik kalau ada scene drama yang kurang menarik,scene yang tak kena dengan jiwa mereka mesti dikritik mereka.Nur Alia meluru kearah Puan Lisa dan Encik Sufian.

“Mama,abah apa yang seronok berbual ni,Lia nak join juga.” Nur Alia melentokkan kepalanya dibahu Puan Lisa.Dia memang manja dengan Puan Lisa.

“Sayang... pergi mandi.Malam ni kita makan malam dirumah nenek.Pergi cepat bersiap.” Kata Encik Sufian kepada anak tunggalnya itu.

“Alaa... Lia baru je balik abah,penat sangat.” Muncung Nur Alia.Kalau boleh Nur Alia ingin berehat untuk sementara waktu.Terlalu banyak kerja Nur Alia siapkan di pejabat tadi.

“Apa penat?Cepat pergi bersiap mama dan abah dah nak bersiap ni.Lepas solat Maghrib kita bertolak.” Tegas Encik Sufian.

“Hmm... okey abah.” Jawab Nur Alia sambil berlalu meninggalkan Puan Lisa dan Encik Sufian di ruangtamu.Siapa tak kenal dengan ketegasan abah sejak dari kecil lagi,aku memang patuh cakap abah.

“Assalamualaikum nenek ooo nek... Ada orang tak.Aiii diam je mana nenek ni.” Nur Alia menjenguk di tingkap mencari kelibat neneknya.

“Waalaikumussalam.” Salam dijawab oleh nenek Nur Alia.

“Haaa Alia mari masuk cu,mari Sufian,Lisa.Lama Lia tak datang rumah nenek, rindu nenek dekat Lia.” Kata nenek sambil tersenyum.Nur Alia memeluk mesra neneknya. 

“Nenek sihat?Makin berseri nenek sekarang,apa rahsia?” Selamba Nur Alia menyakat neneknya. 

“Haih budak ni nak menyakat nenek la tu,tengok la nenek siapa Lia.” Tawa mereka.

“Nenek masak apa hari ni nek... asam pedas ikan pari ada tak, lama Lia tak makan,”
Itu memang favourite aku ditambah pula dengan tempe goreng masak pedas,fuhh ! Nur Alia mengekori neneknya ke dapur.

“Ada Lia,nenek dah masakkan untuk Lia.Mari tolong nenek hidangkan makanan,nanti ajak mama dan abah makan sekali,”

“Beres nek.” Jawab Nur Alia.Sejak kecil lagi aku rapat dengan nenek.Dulu waktu sekolah rendah aku memang tinggal bersama nenek.Lagipun sekolah dekat sangat dengan rumah nenek.Kalau tinggal dirumah sendiri memang lambat la sampai ke sekolah.Naik sekolah menengah,aku tinggal semula dengan abah dan mama tetapi tinggal di asrama.Hujung minggu baru balik rumah mama dan abah.Lepas tu berpisah lagi sebab aku menyambung pengajian di UiTM.Lepas bergraduat tinggal semula dengan mama dan abah.Lepas ni mana pula aku nak tinggal?For sure la lepas ni rumah sendiri.Tinggal pula dengan suami dan anak-anak.Agak-agak handsome tak suami aku nanti eh?Ada iras Lee Min Ho tak?Anak-anak aku nanti mesti comel kan.Pehh berangan sakan aku!Siapa la nak kat aku ni.Getus hati Nur Alia sambil menyiapkan meja makan.

Selesai makan malam aku terus pergi ke bilik tamu.Selalu sangat aku lepak sini kalau balik rumah nenek.Sambil  tunggu abah nak balik rumah baik aku tengok drama dulu kat tv ni.Bosan tak tahu nak buat apa.Kalau nak bersembang dengan nenek pun,mesti nenek bersembang dengan mama sekarang ni.Biasa la gosip nama pun perempuan kan.Haih gosip aje mama dengan nenek ni.Malas pula nak menyibuk,aku bukan kaki gosip sangat.Aku nak bergosip pun dengan kawan-kawan.Ahh rindu pula nak life macam di kampus dulu.Macam-macam pengalaman dan kenangan aku dapat.Kenangan manis,pahit,masam,tawar.Oh stop it Lia!Bila terfikir fasal life di kampus dulu mesti muka si Kimi muncul.Malas nak fikir fasal Ashraf Hakimi.Sudahlah,lagi aku putar balik masa di kampus dulu mesti muka Kimi terselit juga.Semak kepala otak aku.Baik aku pergi menyibukkan diri dengar mama dengan nenek bersembang.Apa la yang dibual nenek dengan mama di ruangtamu tu.Nur Alia berlalu ke ruangtamu.

“Lisa... mak tengok Alia tu dah ada kerjaya sendiri.Kereta pun dah mampu beli sendiri,bila dia nak kahwin ?Kalau Alia tak ada pilihan,kamu carikanlah calon untuk dia.Dengar kata Dato Kamal pun tengah mencari calon untuk anak teruna dia,”

“Mak jangan risau,Alia pun tak kisah kalau kami mencari calon untuk dia.Cuma dia perlukan masa sedikit.InshaAllah mak,kahwin juga budak tu nanti.”  Senyum Puan Lisa.

“Mudah mudahan cepatlah Alia kahwin.Tak sabar mak nak timang cicit,”

“Ehh kesitu pula mak ni,”

“Betul apa mak cakap.Kamu pun mesti tak sabar nak timang cucu kan.” Ketawa mereka.Sedang Puan Lisa dan nenek Nur Alia rancak bersembang,Nur Alia mencuri dengar perbualan mereka.

Hah!Biar betul mama dengan nenek sembang fasal bakal suami aku ke?Kenapa aku boleh tak tahu siapa bakal suami aku sendiri?Oh ini tak boleh jadi aku kena tahu siapa anak Dato Kamal?Macam pernah aku dengar nama tu, siapa eh?Ingat balik Lia... ingat.Okey aku tak tahu siapa.Tapi aku sure aku pernah dengar nama Dato Kamal.Kawan abah mungkin?Ligat kepala Nur Alia memikirkannya sambil berlalu ke bilik tamu semula.

“Alia!Kenapa Lia pakai seluar.Lia nak pergi mana?Kan kejap lagi kita ada tetamu.Tetamu istimewa.” Tegur Puan Lisa kepada anak tunggalnya.Puan Lisa melihat anaknya dari atas hingga bawah.

“Tetamu istimewa?Alaa... kejap lagi Lia nak pergi joging dengan Faiz.Lia dah janji dengan dia,” 

 “Tak payah pergi joging Lia.Kita kena hormat tetamu kita.Hormat bakal suami dan bakal ibu dan bapa mentua Lia.” Kata Encik Sufian yang tiba-tiba muncul dari dapur.

 Hah?Salah dengarkah aku?Dengar macam abah cakap perkataan ‘suami’ tadi.Cepat betul abah dengan mama cari calon suami untuk aku.Ngomel hati Nur Alia.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba kedengaran suara  dari arah depan rumah Puan Lisa dan Encik Sufian.

 “Waalaikumussalam,sila masuk Dato Kamal,Datin Fauziah buat macam rumah sendiri.” Ramah Encik Sufian.

“Sufian tak payah la panggil Dato,Datin.Panggil Kamal dan Fauziah je lagipun kita dah nak berbesan kan... haha,”

“Jemput duduk Fauziah,Kamal.” Ramah Puan Lisa.Nur Alia yang berada di dapur,menjenguk-jenguk melihat tetamu yang datang.

“Maaflah Lisa sebab datang terlalu awal.Rizal ni tak sabar-sabar nak jumpa bakal isterinya.” Ujar Datin Fauziah sambil tersenyum mesra pada Nur Alia.

Hmm nampak macam baik pakcik Kamal dengan makcik Fauziah ni.Anak pun mesti baik kan.Jangan berharap sangatlah Lia entah-entah sama je dengan Kimi. Asstagfirullahhalazim... Cukup!Malas nak fikir,getus hati Nur Alia.

Aunty apa khabar.” Sopan Nur Alia menegur Datin Fauziah sambil mencium tangan bakal emak mentuanya.

“Alhamdulillah Lia,umi sihat.Dah besar Lia sekarang makin comel umi tengok.Umi nak kenalkan dengan Lia anak teruna umi seorang ni... Syafiq Rizal.” Senyum Datin Fauziah sambil menarik tangan anak terunanya itu.

Aunty pun apa kurangnya sekarang.Oh hai Syafiq Rizal,”

Err... belum apa-apa lagi sudah dipanggil umi?Wow baik makcik ni nampaknya.Hmm boleh tahan mamat ni.Stop it!Harap muka je suci dan baik,tapi hati dia aku tak kenal lagi.Sebenarnya aku still tak boleh ingat apa hubungan Dato Kamal dan  Datin Fauziah dengan keluarga aku.Ngomel hati Nur Alia.
Syafiq Rizal.Seorang pemuda yang  tiba-tiba menjelma di dalam hidup aku.Umur sangat berbeza dengan aku.Umur Rizal lebih tua dari aku.Beza 3 tahun umurnya dengan aku.Kacak?Mungkin sedap mata memandang.Ada iras pelakon Remy Ishak,aku ni suka sangat bandingkan muka dengan pelakon.Badannya tegap dan tinggi orangnya maklumlah ada gym di dalam rumah sendiri. Nampak peluang?Jika aku berkahwin dengannya boleh aku ambil kesempatan sampai ke gym di rumah sendiri untuk hilangkan lemak di perut ni.Dah macam kek lapis!Warna sahaja sama.Bukan nak kata aku gila harta or tamak harta.Aku tak kisah semua tu yang penting biar lelaki ni kaya dengan kasih sayang,bertanggungjawab,jujur dan ikhlas menjaga aku,menyayangi aku.Bukan buat aku macam tunggul.Macam aku ni tiada perasaan.Ingat aku ni patung ke?Suka hati je mainkan perasaan aku?Tak nak la pisang berbuah dua kali kan.Siapa mahu jadi macam tu lagi.Syafiq Rizal seorang pengurus syarikat.Entah syarikat  mana aku masih tidak beramah mesra dengan pemuda itu.Namun dia adalah bakal suami aku.Macam dalam drama kan?No... no... no... ini adalah realiti yang akan berlaku pada diri aku tidak lama lagi.Wake up Alia.Aku akan berkahwin dan menjadi isteri orang.

Nur Alia meninggalkan mereka di ruangtamu.Dia tidak mahu mengganggu perbualan mereka.Nur Alia berehat di halaman rumah sambil melihat sekitar taman bunga mini mamanya.

“Jauh termenung teringat buah hati ke?” Bisik Syafiq Rizal.

“Oh mak kau!Ya Allah awak ni tak reti bagi salam ke terkejut saya.Kalau saya ada sakit jantung tadi,”

“Kisah ke saya kalau awak ada sakit jantung?So kita tak payah la kahwin kan,”

“Hah saya setuju sangat!!” Kata Nur Alia berharap.Permintaan Nur Alia tidak diendahkan Syafiq Rizal.

“Oh saya Syafiq Rizal,panggil Rizal je.Awak?”

“Ada saya tanya nama awak?Tak payah beritahu pun saya tahu nama awak Rizal.Ehh bukan dah tahu ke nama saya?Tipulah kalau awak tak tahu,”

“Salah ke saya tanya lagi?Memang saya tahu pun.Yela sekarang ni kan ramai ‘orang asing’.Nanti saya tersilap orang,kahwin dengan bibik indon pula kan.Haha.” Gelak Syafiq Rizal.

Pehh mulut mamat ni bukan main lagi kan bandingkan aku dengan bibik indon pula.Getus hati Nur Alia.

“Ishh... saya Nur Alia Binti Mohd Sufian.Cukup?Ke nak lagi?”

“Nur Alia... ringkas dan padat nama tu.Awak dah bersedia nak kahwin dengan saya Lia?Tak menyesal?”  Tegas Syafiq Rizal.

“Menyesal kenapa pula?Awak ni alien dari planet Pluto ke?Awak ni bukan manusia eh?” Seloroh Nur Alia.Dia sengaja berkata begitu.Jika perbualan mereka terlalu serius,membuatkan Nur Alia mengantuk.

Aikk budak ni kenakan aku balik ke.Tak guna betul,tak padan dengan pendek!Huh.Getus hati Syafiq Rizal.

“Ehh kenapa diam?Dah tak ada benda nak tanya?Hehe.” Gelak Nur Alia.

“Ada je saya nak tanya awak pendek cuma soalan tu dah hilang pula.” Kata Syafiq Rizal sambil tersengih.

Hah?Pendek??Hey siapa pendek!Jahatnya dia ni,mulut tak ada insurans langsung!Jerit hati Nur Alia.

“Saya tanya awak Lia,bersedia ke tak kahwin dengan saya?”

“Ehh ingat saya nak sangat ke kahwin dengan awak?Awak bukan pilihan hati saya disebabkan abah dan mama saya kena kahwin jugak.Hmm...”

So senanglah kalau macam tu.Lepas akad nikah kita pura-pura lah kita ni saling sayang menyayangi.Okey?Sebab saya pun kahwin dengan awak bukan atas dasar cinta.Kita buat hal bagi bergaduh ke apa ke,lepas tu kita berpisah bawa haluan masing-masing.Nanti kalau parents kita tanya jawablah kita tiada jodoh kan?” Kata Syafiq Rizal.

Amboi senangnya mamat ni cakap kan dia ingat dia kahwin dengan kucing ke nak buat main-main hal perkahwinan.Tapi betul jugak kan dah memang bukan jodoh aku dengan dia.Kami kena paksa kahwin bukan kerelaan hati atau atas dasar cinta pun.

“Okey saya tak kisah pun kalau itu yang awak nak.Lagipun saya bukan cinta dekat awak,” 

“Okey deal samalah dengan saya.” Jawab Syafiq Rizal.

“Ehh jap.Kita tak payah nak sign perjanjian apa-apa ke?Yela kan selalunya orang buat macam tu kalau dah memang rasa nak berpisah lepas bernikah.Lagipun kita nikah bukan atas kerelaan hati,”

“Nak buat apa perjanjian tu semua hah?Tipu jela semua tu,tak payah nak perjanjian sangat.Lepas ni kalau kita dah memang tak sehaluan,saya akan lepaskan awak.Tak guna pun nak perjanjian bagai.” Tegas Syafiq Rizal.Wajah Syafiq Rizal bertukar murung.

Dia ni kenapa sekejap tegas sekejap lawak.Bolehkah aku hidup dengan lelaki yang aku sendiri tak kenal dan baru pertama kali jumpa?Perasaan sayang,suka,cinta sedikit pun tidak terasa?Ya Allah selamatkanlah aku dari lelaki yang aku tidak kenali ini.Getus hati Nur Alia.

“Aku terima nikahnya Nur Alia Binti Mohd Sufian dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit Malaysia tunai.” Dengan  hanya satu lafaz daripada Syafiq Rizal. Kini aku menjadi Puan Nur Alia Sufian!

Setelah selesai majlis pernikahan,Nur Alia dan Syafiq Rizal memulakan sesi bertemu dengan tetamu yang hadir.Tetamu pertama yang  datang ke arah kami dengan memakai baju kurung berwarna biru laut sambil mendukung seorang bayi.

 “Suraya!Rindunya kat kau!” Nur Alia separuh menjerit sehingga ada tetamu yang memandang.

 “Alia control sikit,nanti ada yang memandang awak.” Tegur Syafiq Rizal. 

Ehh kenapa dia ini?Menyibuk! Getus hati Nur Alia.

 “Lia akhirnya aku dapat juga makan nasi minyak kau.” Senyum Suraya kepada Nur Alia.

“Alhamdulillah Su,kahwin juga aku.Habis kempunan kau nak makan nasi minyak aku kan,”

“Hah jom la kita bertanding anak siapa ramai Lia.” Ketawa Suraya.

“Ehh kau ni,aku baru je kahwin.Kau tu dah ramai anak mana aci,” 

So kalau nak ramai anak cepat-cepat la Lia.” Sengih Suraya memandang Syafiq Rizal di sebelah Nur Alia.

“Err InshaAllah.” Jawab Syafiq Rizal sambil memandang Nur Alia.

Hah sudah mamat ni kenapa pandang aku.Getus hati Nur Alia.Sewaktu mereka sedang rancak berbual Nur Alia perasan bahawa ada sepasang mata yang memandang kearah mereka. Seorang perempuan.

 “Awak tidur bawah,saya nak tidur atas katil.Sakit belakang saya kena kemas tadi.Awak tak buat apa pun.Nak harapkan awak memang tak lah kan.”  Syafiq Rizal menepuk bantal diatas katil.

Nur Alia mengerut dahi.Saja nak bagi aku marah! Rengus Nur Alia didalam hati.

“Ehh mana boleh, ini bilik saya dan itu katil saya.Awak tu hanya tetamu tiba-tiba saja muncul dalam keluarga saya.Saya dipaksa berkahwin dan itu tidak bermakna awak boleh guna barang saya suka hati dan mengharapkan saya boleh menjadi isteri mithali awak!” Tegas Nur Alia.

Syafiq Rizal memandang  Nur Alia.Terlebih kasarkah aku sampai buatkan budak pendek ni marah?Ngomel hati Syafiq Rizal.

“Macam mana ayah saya boleh cakap Encik Sufian ada anak dara yang lemah lembut sedangkan depan mata saya ini perangai anaknya tu disebaliknya?Ayah saya salah menilai.Kesian kan.Tak fasal-fasal saya jadi mangsa kahwin paksa.” Syafiq Rizal menuju ke tandas.Nur Alia terkesima. 

Err mamat ni kuat emo jugak kan.Dah memang perangai aku macam ni nak buat macam mana.Kena terima lah wahai mamat poyo selaku suami aku.Pehhh!Apa dia ingat dia sorang je kena kahwin paksa?Yang aku ni macam la sanggup sangat nak kahwin dengan dia.Please la. Rengus hati Nur Alia.

“Sudah... pergi bersihkan diri dan ambil wudhuk.Saya  tak memaksa awak untuk menjadi isteri mithali,tapi tolonglah jadi isteri solehah.Saya akan imamkan solat Isyak.” Kata Syafiq Rizal.

Nur Alia melihat gelagat suaminya yang sedang menghampar sejadah untuk mereka berdua.Hmm baik pula dia ni.Siapa lelaki ni eh?Aku pernah kenal dia ke sebelum ni?Ataupun dia pernah kenal aku ke sebelum ni?Entahlah.Nur Alia meluru ke bilik air mengambil wudhuk.

 Siapa sangka pemuda yang kacak lagi sasa itu ialah pengurus kepada syarikat besar yang dulu menjadi impian Nur Alia untuk bekerja di sana.

“Awak tak payah kerja di syarikat awak bekerja sekarang.Awak ikut saya ke pejabat.Kerja bawah saya.Senang sikit saya nak control perangai  awak tu.” Ujar Syafiq Rizal sambil membetulkan tali leher.   

“Ehh tak payahlah.Saya dah selesa dengan pekerjaan saya sekarang.Kalau saya berhenti kerja sekarang,penat je lah saya susah payah  belajar di universiti dulu.Lagipun kerja dengan awak nanti mesti tak bebaskan.Selalu je kena  tegur.Apa pun tak boleh buat.” Jawab Nur Alia dengan selamba.

Syafiq Rizal memandang Nur Alia “Itu bukan permintaan saya tapi permintaan abah awak,Encik Sufian,”     

Hah?Abah!Jerit hati Nur Alia.Kenapa abah tak beritahu aku awal-awal?Ke memang dah rancang  dari awal.Arghh semak lah macam ni.Apa lagi aku ingin katakan hanya turuti.Itu kemahuan abah mungkin ini yang terbaik.Tapi rasa buang masa dan tenaga dulu belajar susah payah.Kalau aku tahu macam ini,dulu  aku tidak payah sambung belajar.Duduk rumah dan masak.Tunggu orang masuk meminang sahaja.

“Cepatlah pergi bersiap.Tak payah nak termenung lama sangat tengok almari baju tu.Pakai je apa yang ada.Awak kan memang tak kisah bab pakaian.Belasah je pakai.” Syafiq Rizal menggesa.

Ishh suka sangat buat andaian sendiri mamat ni kalau dah tak kenal aku lagi ni macam mana,tak payah la sibuk sangat!Rengus hati Nur Alia.

 “Ehh Alia cepatlah.Jangan mengelamun lagi.” Kata Syafiq Rizal yang merosakkan lamunan Nur Alia.

Pagi itu Nur Alia memakai baju kurung kuning polos.Dia memandang ke cermin.Dia ingin kelihatan cantik di mata suami dan pekerja yang lain nanti. 

“Rizal jom.Saya dah siap.” Ajak Nur Alia yang datang dari arah bilik. 

Fuhh cantik jugak budak ni.Puji Syafiq Rizal didalam hati.

“Ehh Rizal kenapa?Saya pakai lipstick comot ke?Takut saya tengok muka awak.Awak pandang saya macam tu dah macam tertelan biji rambutan.” Perli Nur Alia.   

“Err  tak la,macam tak percaya awak yang ‘brutal’ ni pakai baju kurung.” Jeling Syafiq Rizal sambil menuruni tangga.

Erk?Suka hati aku la nak pakai baju apa pun.Selalu je aku pakai baju kurung pergi office.Dia yang  first time tengok aku berbaju kurung nak bagi banyak komen pula.Dah la tiba-tiba je datang dalam hidup aku.Huh! Getus hati Nur Alia.

Mereka bergegas ke tempat kerja dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Syafiq Rizal.Pada masa yang sama Puan Lisa dan Encik Sufian memerhatikan mereka. 

“Abang... Alia sudah berubah sejak berkahwin dengan Rizal.Alia tidak lagi muram macam sebelum ni.Saya yakin mereka akan bahagia.” Kata Puan Lisa sambil tersenyum kepada suaminya.

No comments:

Post a Comment