BAB 21
Sampai sahaja di
Jeti Kuah Pulau Langkawi,Pak Ngah Syafiq Rizal menyambut mereka dan
membawa mereka ke rumah nenek Syafiq
Rizal.Sementara didalam perjalanan menuju ke Kampung Berjaya Pulau Langkawi,Syafiq Rizal dan Pak
Ngahnya bersembang rancak.Sementara itu,Nur Alia yang berada di tempat duduk
belakang tersenyum melihat
sekitar Langkawi.Kawasan Kampung Berjaya
tetap cantik dan indah.Sudah lama Syafiq Rizal tidak pulang ke kampung
itu.Rasa rindu pada neneknya menggunung di dalam hati.Kali ini Syafiq Rizal
pulang ke kampung bersama Nur Alia.Dia pasti neneknya tentu gembira melihat
Syafiq Rizal membawa isterinya bersama.Neneknya tidak tahu bahawa mereka akan
datang ke Pulau Langkawi.Hanya Pak Ngah dan juga Mak Ngah Syafiq Rizal sahaja
yang tahu mereka datang ke Pulau Langkawi.
“Assalamualaikum
Tok Piah... tok ooo... tok.” Syafiq Rizal memberi salam pada neneknya.Nur Alia
di sebelah Syafiq Rizal tersenyum melihat gelagat suaminya yang sedikit gelisah
kerana salamnya tidak dijawab oleh Tok Piah.
“Mana tok ni tak
kan tidur kut.” Syafiq Rizal menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil
melihat sekitar rumah neneknya.
“Waalaikumussalam...Ya
Allah hang ka Rizal!Awat balik rumah
tok tak habaq dulu.” Salam Syafiq Rizal
dijawab Tok Piah yang datang dari arah belakang Syafiq Rizal dan Nur Alia.
“Tok pi mana tadi... penat Rizal bagi salam
kat Tok.” Syafiq Rizal mencium tangan neneknya dan diikuti oleh Nur Alia yang
berada disebelah Syafiq Rizal.
“Tok pi rumah kawan tok sat tadi.Hang pun nak balik
rumah tok tak telefon dulu.Amboi comey
isteri hang nah Rizal.” Bebel Tok
Piah pada Syafiq Rizal sambil melihat Nur Alia disisi Syafiq Rizal yang
tersenyum manis melihat gelagat Tok Piah.
“Tok apa
khabar... Tok sihat?” Ramah Nur Alia.
“Alhamdulillah
sihat... mai masuk dulu boleh kita
sembang panjang lagi.” Tok Piah menarik tangan Nur Alia dan meninggalkan Syafiq
Rizal terpinga-pinga disitu.
Nur Alia mengekori
Tok Piah masuk kedalam rumah.Nur Alia sangat teruja melihat perabot yang
tersusun kemas didalam rumah Tok Piah.
“Rizal bawa mai masuk barang hang dalam bilik tamu,tok nak pi
dapur sat nak masak untuk hangpa.Budak bertuah betul Rizal ni,nak
balik rumah tok tak habaq awai-awai.”
Tok Piah membebel pada Syafiq Rizal sambil menuju ke dapur rumahnya.
“Alaa tok jangan la marah.Rizal nak buat surprise kat tok,lagipun Rizal mai Langkawi sebab ada kerja sikit tok.Alia
pun tak pernah mai Langkawi lagi.Jadi
nanti tok tak bosan sebab Alia boleh teman tok selama seminggu ni.” Kata Syafiq
Rizal sambil membawa masuk bagasi kedalam bilik tamu.Tok Piah tidak tahu bahawa
Syafiq Rizal dan Nur Alia sebenarnya perlu berbulan madu. Tetapi jika dia
beritahu perkara sebenar sudah pasti Tok Piah akan membebel pada Syafiq Rizal.
“Laaaa... awat sat sangat hangpa dok sini,dok la
lama sikit.” Kata Tok Piah.
“Sebenarnya memang
nak tinggal lama sikit tok.Tapi kerja banyak lagi tak siap dekat KL.” Ujar Nur Alia
pada Tok Piah sambil menolong Tok Piah di dapur.
“Hangpa ni kuat sangat kerja.Tapi baguih juga untuk masa depan hangpa juga.Alia awat tak tukaq baju?Pi tukaq dulu,dalam bilik tamu tu ada
tok letak kain batik kalau Lia nak pakai.Cuba pi cari dalam almari tengok.” Tok Piah melihat Nur Alia disisinya.
“Err... lupa
pula Lia.” Nur Alia bergegas ke bilik tamu untuk menukar pakaian.Dia melihat
Syafiq Rizal sedang menyusun bagasi.
“Awak... ” Nur Alia
menegur Syafiq Rizal.
“Yup kenapa
Lia?”
“Boleh keluar
kejap tak?Saya nak tukar pakaian,”
“Laaa... tukar
jela bukan saya nak tengok pun.” Selamba Syafiq Rizal.
“Awak please keluar cepat.Nanti saya jerit,biar
awak kena bebel dengan Tok Piah!” Ugut Nur Alia kepada suaminya sambil
tersengih.
“Ehh... ugut
saya pula.” Syafiq Rizal mencuit hidung Nur Alia lalu keluar dari bilik tamu
itu.
Ishh sempat lagi nak cuit hidung aku!Nur Alia
memandang kain batik didalam almari tersusun rapi.Nur Alia mengeluarkan sehelai
kain batik lalu membelek kain batik itu.Nur Alia merenung kain batik itu sambil
mengerutkan dahinya.Aduh!macam mana nak pakai ni.Tak pernah aku pakai kain
batik sebelum ni,nak try juga pakai.Ini
kalau tak pakai betul-betul memang seksi habis kalau kain batik ni terlucut!Hmm…
better aku pakai seluar dekat dalam
dan pakai kain batik dekat luar,selamat sikit.Nanti kalau tiba-tiba terlucut
tak la malu.Ngomel Nur Alia sambil terkial-kial menyarung kain batik itu.
“Haaa... kan
lawa pakai kain batik.Pandai Lia pakai kain batik.” Senyum Tok Piah memandang
Nur Alia.
“Selesa juga
pakai kain batik ni kan tok.Patut la kena sopan bila pakai kain batik ni.Tok
nak masak apa hari ni?”
“Tok nak masak
tomyam,sambal belacan,kangkung ikan masin,kari ayam dengan ikan masak asam
pedas.Rizal memang suka sangat dengan asam pedas Lia.Nanti Lia boleh masak
untuk Rizal.” Senyum Tok Piah sambil menumis bawang didalam kuali.
“Waaa... bau apa
ni see..see.. dapnya …” Tiba-tiba Syafiq Rizal datang dari arah ruangtamu.Dia
tergagap kerana melihat Nur Alia memakai kain batik. Ayu juga budak pendek ni
pakai kain batik.Puji Syafiq Rizal pada isterinya didalam hati.
“Awat muka hang jadi macam tu Rizal?” Tegur Tok Piah melihat riak muka Syafiq Rizal
sedikit terkejut.
“Ehh... takda apa aih tok.Rizal pi surau
dulu nah tok.” Kata Syafiq Rizal yang
segak berbaju melayu itu.Dia masih memerhati Nur Alia yang sedang sibuk
menolong Tok Piah di dapur lalu meninggalkan mereka disitu dan pergi ke surau
untuk berjemaah solat Maghrib.
Sambil Nur Alia
dan Tok Piah sedang menyiapkan persiapan makan malam.Nur Alia tiba-tiba
terpegun dengan laungan azan Maghrib di surau berdekatan. “Syahdunya suara siapa
yang azan tu tok?” Tanya Nur Alia kepada Tok Piah.
“Rizal yang
laungkan azan Lia.Kalau Rizal balik kampung,dia akan ke surau dan laungkan
azan.Dia memang kenal Imam surau tu sejak Rizal kecil lagi,”
“Oh yeke tok... ”
Jawab Nur Alia.Dia masih lagi terpegun dengan luangan azan oleh suaminya itu.Syahdunya
suara dia... sayu hati aku dengar.Puji Nur Alia didalam hati.
Selepas mereka
selesai makan malam,Nur Alia pergi ke tingkap rumah Tok Piah.Dia melihat bulan
dan bintang sangat cantik di langit yang gelap.Malam itu langit cerah kerana
bulan penuh.Nur Alia dapat merasai angin sedang bertiup membuatkan rambutnya sedikit
kusut.Nur Alia mengikat semula rambutnya supaya lebih kemas.
“Tak payah la
ikat rambut tu Lia.” Bisik Syafiq Rizal di belakang Nur Alia.
“Ehh awak buat
apa dekat sini Rizal.Tok Piah mana?” Nur Alia terkejut melihat suaminya.
“Tok Piah dah
tidur Lia.Tinggal kita dua je dekat sini.Cantik kan bulan malam ni Lia.Bulan
macam tahu-tahu je kita nak dating
dekat tepi tingkap malam ni.” Sengih Syafiq Rizal.
“Awalnya tok
tidur.Ehh bila pula kita dating Rizal.Awak
yang menyibuk datang dekat sini,”
“Selalunya
memang tok tidur awal.Belum pukul 11 malam tok dah tidur.Lia... contoh la kan
awak ada dekat KL,saya ada dekat Langkawi.Dekat KL awak sedang tengok bulan di
langit.Saya dekat Pulau Langkawi ni pun sedang tengok bulan di langit.Awak rasa
kita tengok bulan yang sama tak eh?” Syafiq Rizal melepaskan satu keluhan
sambil memandang bulan di langit.
“Iye la,awak
tengok la keadaan sekarang.Sunyi dan sepi je.Jam baru pukul 10.30 malam.Kalau
dekat KL,jam macam ni ramai lagi yang keluar rumah.Awak tanya saya kita tengok
bulan yang sama ke tak?Awak ni tak belajar ke dulu Rizal?Penat-penat umi dan
ayah hantar awak belajar.Itu la,orang suruh belajar tapi awak pergi mengorat anak
dara orang.Memang kita tengok bulan yang sama Rizal.Awak duduk lah dekat Johor
ke,dekat Pahang ke,dekat Negeri Sembilan ke,bulan yang sama jugak awak tengok
dekat langit tu,”
“Itu la beza
kampung dan bandar Lia... Mana ada saya mengorat anak dara orang.Saya mengorat
anak dara Encik Sufian je.” Sengih Syafiq Rizal memandang isterinya.
“Ahh tak payah
nak menggatal lah.Awak tak reti nak tidur ke Rizal?Esok nak kena bangun awal
pergi kerja,”
“Ala Lia,meeting je.Lagipun projek Chalet tu dah nak siap.” Syafiq Rizal
menarik nafas.
“Oh yeke...”
“Iye pendek.”
Syafiq Rizal mengusik isterinya.
“Suka hati awak
je kata saya pendek!” Muncung Nur Alia.
“Buat lagi
muncung itik tu.Saya cium nanti baru tahu!”
“Eleh nak cium
la sangat.” Jeling Nur Alia.
“Oh cabar saya
ye?” Syafiq Rizal menarik Nur Alia dekat dengannya.
“Syafiq
Rizal,jangan buat benda yang tak senonoh.” Bergetar suara Nur Alia.
“Hah tahu pun
takut.Lia... apa impian dalam hidup awak ye?” Tanya Syafiq Rizal memandang Nur
Alia di sisinya.
“Impian
saya?Dulu masa sekolah banyak impian saya.Alhamdulillah capai juga impian
saya.Tapi sekarang,impian saya dah bertukar.Sekarang saya impikan seorang suami
yang boleh menjaga saya dan sayang saya dengan ikhlas.Dia tahu tanggungjawab
dia sebagai seorang suami.Paling penting dia adalah seorang yang soleh dan menjadi
imam saya dan juga seorang ayah yang baik untuk anak-anak saya nanti.” Senyum
Nur Alia sambil melihat bulan di langit.
“Hmm macam saya
je ?”
“Hah?Eeee
perasan je.Awak kena ingat ye Rizal.Lepas ni awak kena lepaskan saya.Jangan
lupa apa yang kita janjikan sebelum ni ye.Okey lah saya nak masuk tidur dulu.Goodnight!” Nur Alia meninggalkan
suaminya disitu seorang diri.Syafiq Rizal melihat tubuh isterinya sudah masuk
kedalam bilik tidur.
Saya harap suami
yang awak impikan tu adalah saya.Selamat malam Alia.Ngomel Syafiq Rizal sambil
memandang bulan di langit.
terharu...dgn Rizal...best!!!-nhm
ReplyDelete