Wednesday, 10 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 64)


BAB 64
Amirul Fahmi mundar mandir memikirkan Nur Alia yang tiba-tiba hilang.Dia risaukan keadaan Nur Alia.Dia takut kalau terjadi apa-apa pada Nur Alia.Dato Kamal dan Datin Fauziah juga risau.Mereka sedang menanti panggilan dari seseorang jika terjumpa Nur Alia atau Nur Alia dijadikan tebusan.

“Assalamualaikum.” Syafiq Rizal memberi salam dengan tenang.

“Waalaikumussalam.”

“Ayah,umi ada apa-apa berita fasal Lia?” Tanya Syafiq Rizal.Dia tahu Amirul Fahmi juga ada disitu tetapi dia tidak menegur Amirul Fahmi.

“Kami tak dengar apa-apa Rizal.Umi risau sangat dengan Alia.” Sayu Datin Fauziah.Dia tidak mahu perkara buruk berlaku pada menantunya.

“Umi jangan risau semuanya akan selamat.Kita tunggu dulu,kalau dapat panggilan beritahu Rizal ye,”

“Kamu ada cari Alia tak?” Tanya Dato Kamal kepada Syafiq Rizal.

“Ada ayah.Rizal ada juga minta tolong kawan-kawan Rizal carikan.” Ujar Syafiq Rizal.

“Sampai bila kita nak tunggu?Sudah 4 hari Alia hilang.Kita tak boleh duduk diam.Fahmi rasa kita kena buat laporan polis ayah.” Amirul Fahmi memberi idea.

“Jangan libatkan polis.” Tegas Syafiq Rizal.

“Kalau tak buat laporan polis sampai bila kau nak tunggu Rizal?”

“Aku yakin Alia selamat,”

“Ehh kalau kau sayangkan Lia,lebih baik kau bertindak cepat sebelum benda buruk berlaku pada isteri kau.Kalau aku jadi suami Lia,dah lama aku buat laporan polis!” Nada suara Amirul Fahmi berubah tinggi.

“Yang kau sibuk kenapa Fahmi?Alia tu isteri aku!Kau tak payah nak masuk campur urusan rumahtangga aku boleh tak!” Syafiq Rizal sudah hilang sabar.Dia meluru ke arah Amirul Fahmi sambil sambil menarik baju Amirul Fahmi.Bila-bila masa sahaja Syafiq Rizal boleh melepaskan satu tumbukkan di muka adiknya.

“Cukup!Tak guna kamu berdua nak bergaduh.Tak selesai masalah pun kalau korang bergaduh!” Tengking Dato Kamal kepada kedua anaknya itu.

“Rizal,Fahmi cuba jangan terlalu ikutkan perasaan kamu tu.Alia dalam bahaya,kamu tak sepatutnya bergaduh.Tapi cari jalan macam mana nak selamat Alia.” Ujar Datin Fauziah.

“Cuba kau fikir kalau kau lapor pada pihak polis,kau tak rasa ke nyawa Lia dalam bahaya Fahmi?Kau kalau nak bercakap fikir dulu!” Tegas Syafiq Rizal memandang tepat muka Amirul Fahmi.

“Habis tu apa kau nak buat sekarang?Kau nak tunggu mayat Lia sampai depan mata kau?Lepas tu baru kau nak pergi lapor pada polis?Baru nak menyesal?!” Marah Amirul Fahmi.
“Mulut kau jaga sikit!” Tengking  Syafiq Rizal.

“Ayah cakap cukup!Sekarang ayah nak kamu berdua pergi cari Alia.Kalau tak jumpa juga,baru kita serahkan pada pihak polis.” Tegas Dato Kamal.Syafiq Rizal memandang Amirul Fahmi tajam,dia melangkah keluar dari rumah itu.

Marisa dan Mona sedang enak menikmati yogurt di Tutti Frutti.Sesekali Mona melihat Marisa yang sedang sibuk SMS sengan seseorang di telefon bimbit.

“Oi busy nampak.Boyfriend baru ke?” Seloroh Mona.

“Tak la,aku SMS Rizal ni.Suka hati je menuduh aku culik wife dia.Aku tak kebulur la nak culik si Alia tu.” Rengus Marisa.

What?Alia kena culik?”

“Yup... dah 4 hari rasanya dia hilang.” Selamba Marisa.

“Ya Allah siapa yang tergamak culik Alia.Aku pelik la,ada je masalah diorang tu kan,”

“Kau tahu sebab apa Mona?” Tanya Marisa.

“Sebab apa?”

“Sebab diorang tu bukannya saling sayang-menyayangi pun.Kahwin pun kena paksa.Memang tak bahagia la rumahtangga diorang.” Ujar Marisa sambil membuat muka.

“Ishh kau ni tak baik la cakap macam tu.Mungkin ada sebab lain rasanya,”

“Sebab apa lagi Mona.Betul apa yang aku cakap.Baru padan muka si Alia tu,baru dia tahu sikit macam mana aku rasa.” Marah Marisa.

“Yang kau nak marah dia pehal?Biar jela diorang tu.” Mona membelek telefon bimbitnya.

“Aku rasa biar je Alia tu kena culik.Baru puas hati aku,”

“Ehh kau ni tak kesian ke dekat dia.Aku kesian tau.Cuba kau di tempat Alia.Apa kau rasa?Confirm kau takut Marisa.” Perli Mona kepada Marisa.

“Tak nak la aku kena culik.Tak fasal-fasal nanti kena bunuh. Free je aku mati.Wey Mona malam ni aku nak pergi club nak ikut tak?”

“Kau pergi clubbing lagi Marisa?Aku tak nak ikut.” Ujar Mona sambil menyuap yogurt ke dalam mulut.

Seriously tak nak join malam ni Mona?Okey aku pergi dengan Sofie eh,”

“Iye kau pergi la.Jangan mabuk sudah!Jom balik,aku ada benda nak kena settle lagi ni.” Ajak Mona sambil menarik tangan Marisa.

Aisya bergegas ke rumah Encik Sufian dan Puan Lisa.Dia ingin beritahu mereka bahawa ada seseorang menelefon Aisya sebentar tadi.

“Pakcik,makcik!Ada orang telefon saya tadi.Dia cakap fasal Alia.” Aisya meluru ke arah Puan Lisa dan Encik Sufian.

“Apa yang orang tu cakap Aisya?Alia okey tak?” Cemas Encik Sufian.

“Orang tu cakap,Lia okey sekarang.Dia cakap jangan terlalu risau fasal Alia,”

“Kamu kenal suara siapa yang menelefon kamu tadi Aisya?” Tanya Puan Lisa.

“Saya tak dapat cam suara dia makcik,”

“Saya rasa kita kena buat laporan polis abang...” Puan Lisa menangis di bahu suaminya.

“Tapi makcik,orang tu tak bagi kita buat laporan polis.” Ujar Aisya memandang Puan Lisa.

“Sampai bila kita nak duduk diam je Aisya?”


“Kita tunggu dulu panggilan dari orang tu lagi.Nanti kalau orang tu call saya,saya beritahu pakcik ye.” Aisya tidak tahu siapa yang menelefonnya.Tetapi dia pasti pernah mendengar suara orang itu sebelum ini.

No comments:

Post a Comment