Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 34)


BAB 34
“Fahmi aku dah dapatkan projek di Pantai Cenang.Aku harap kau dapat handle  projek ni dengan baik.Kalau kau perlukan pertolongan,kau boleh minta pada Alia.Aku dah suruh Alia tolong kau apa yang patut.” Ujar Syafiq Rizal kepada Amirul Fahmi.

“Okey bos!InshaAllah aku boleh handle projek tu.Aku tahu kau banyak sangat projek nak kena handle kan.Ehh kau dan Alia macam mana?”

“Sebab tu aku bagi kau handle  pula projek ni Fahmi.Aku dan Alia?Kami okey je.Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan macam tu bro?”

“Kau dan Alia kan berkahwin kerana terpaksa.Tapi aku tak percayalah kalau kau tak jatuh cinta dengan Alia tu.Kalau dibandingkan dengan Marisa memang confirm Alia kalah sebab Marisa tu manja,seksi, mana-mana lelaki pun boleh cair tengok Marisa tu.Tapi Alia pula ada sesuatu yang istimewa pada dia.” Amirul Fahmi memberi komen sambil mengelap peluhnya dengan tuala kecil.

“Itu la masalahnya sekarang Fahmi.Hati aku sekarang ni macam tak keruan je bila pandang Alia.Kalau dia tak ada depan mata aku,aku jadi tak senang duduk.Kalau dia ada depan aku,aku rasa bahagia sangat.Marisa pula makin mendekati aku sekarang ni.Aku tak nak fikir negatif fasal Marisa.Aku tahu Marisa dah berubah sekarang mungkin dia nak tunjuk perubahan dia dekat aku,”

“Kau jangan mainkan perasaan diorang berdua bro.Kau kena pilih antara Alia dan Marisa.Kau dan Marisa dah lama kenal dan pernah bercinta.Kau dengan Alia pula baru je kenal kan,dan tak pernah lagi bercinta dengan Alia.So,tepuk dada tanya hati kau tu.” Selamba Amirul Fahmi.

“Rasa sayang pada Marisa semakin hari semakin lenyap lepas Marisa bawa diri ke Brunei.Tapi bila dia balik Malaysia dan masih lagi berhubung dengan aku,aku rasa perasaan sayang tu tak sama macam aku sayang Marisa waktu kami jadi kekasih dulu.Alia pula aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang pada dia.Sayang ke aku pada Alia?Atau hanya suka?” Syafiq Rizal mengerut dahinya.Sebenarnya dia sudah lama mengenali Nur Alia sejak dibangku sekolah lagi.Syafiq Rizal menyimpan perasaan pada Nur Alia.Tetapi dia tidak pernah meluahkannya pada Nur Alia.Selepas Syafiq Rizal habis persekolahan dia sudah tidak mendengar berita tentang Nur Alia.Nur Alia sendiri tidak tahu bahawa Syafiq Rizal menyimpan perasaan padanya.

“Susah kan jadi macam kau ni Rizal complicated!Kalau aku memang tak senang duduk dah kalau masalah macam ni.InshaAllah bro suatu hari nanti,kau akan dapat jawapan siapa sebenarnya yang ada di dalam hati kau.Berdoa pada Allah supaya diberi petunjuk.Jom la aku rasa peluh aku dah kering ni.Kita joging lagi 2 pusingan.” Amirul Fahmi mengajak Syafiq Rizal yang sedang termenung jauh.

“Dulu aku bercinta zaman sekolah tak pernah pula rasa macam ni.Sekarang ni lain pula aku rasa.Kau bila pula Fahmi?Tak kan tak ada calon lagi kut?”

“Kau ni pun satu Rizal,zaman sekolah aku pun bernah bercinta bro.Cinta zaman sekolah cinta monyet je.Lepas sekolah kau tinggalkan awek kau kan?Sekarang ni hati kau tu bercinta untuk pasangan hidup kau,untuk isteri kau.Mesti la rasa lain.Banyak dugaan kau kena tempuh.Aku malas lagi nak fikir fasal cinta kalau ada jodoh kahwin la aku ni.” Ngomel Amirul Fahmi.

Setelah penat mengemas semua barang,Nur Alia merehatkan dirinya di atas sofa sambil memikirkan gambar yang dilihatnya tadi.Betul ke aku tengok gambar Rizal tu.Tak kan la dia Riz?Abang senior yang aku suka waktu di bangku sekolah dulu.Tak mungkin la!Nur Alia meletakkan lengannya diatas dahi.Tapi kalau betul apa masalahnya?Kenapa kau bodoh sangat Lia… Maknanya memang masalah la sebab dulu aku pernah ada hati dan suka pada Rizal!Aduh parah aku parah.Tapi itu dulu,sekarang aku mana ada hati pada Rizal lagi.Perasaan suka pada Rizal cuma masa aku di bangku sekolah je.Ngomel hati Nur Alia.Tangan Nur Alia pantas menekan punat  On pada alat kawalan jauh televisyen.Mata Nur Alia tepat memandang televisyen tetapi di dalam fikirannya masih lagi berteka teki.

“Assalamualaikum.” Syafiq Rizal memberi salam.

“Waalaikumussalam.”

“Lia mana semua kotak-kotak dekat bawah tangga tu?”

“Saya dah kemaskan semuanya tadi.” Kata Nur Alia memandang wajah Syafiq Rizal.

“Wah... rajinnya awak pendek.” Sengih Syafiq Rizal.

“Lagipun saya bosan tak tahu nak buat apa.Sebab tu saya kemaskan aje semua barang dalam kotak tu.Rizal saya nak tanya awak something.Hmm… dulu masa sekolah menengah awak sekolah mana eh?” Nur Alia ingin kepastian sama ada betul atau tidak Syafiq Rizal sebenarnya abang senior yang pernah dia sukakan dahulu.

“Huh?Sekolah menengah?SMKSI.Kenapa awak tanya?”

“SMKSI??” Nur Alia mengerut dahinya.Di dalam hati Nur Alia berdebar-debar mendengar jawapan suaminya.

“Err Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim.Awak tahu ke sekolah tu?” Syafiq Rizal berasa sedikit pelik dengan pertanyaan Nur Alia itu.Syafiq Rizal pasti isterinya tahu sesuatu fasal sekolah itu.

Nur Alia melopong mendengar jawapan dari mulut Syafiq Rizal.Dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu semula dengan abang senior yang pernah dia ada hati dahulu.Nur Alia merenung wajah Syafiq Rizal tanpa mengerlip.

“Lia… Lia… awak okey tak ni?”

“Ye okey.Sebenarnya dulu saya sekolah tu jugak.Tak sangka pula awak pun satu sekolah dengan saya,”

“Oh yeke?So awak junior saya la ni.Kiranya memang kita berdua ni memang dijodohkan untuk bersama la ye?” Sengih Syafiq Rizal pada isterinya.Dia tidak mahu memberitahu perasaannya pada Nur Alia.Dia takut jika Nur Alia tidak dapat menerima dirinya.

“Jodoh??Entah saya pun tak tahu,kebetulan je,”

“Mungkin Allah dah tentukan awak jodoh saya kan?Kalau macam tu mulai sekarang awak kena panggil saya abang,”

“Ehh kenapa pula kena panggil awak abang?Never!” Jeling Nur Alia.

“Melawan cakap saya ye.Saya ni suami awak,kena la panggil abang!” Senyum Syafiq Rizal memandang wajah kelat Nur Alia.

“Awak ni kan.Ishhh… yelah saya akan panggil awak abang.Tapi!Bukan sebab awak suami saya ,sebab awak ni tua dari saya.Awak kan senior saya.” Perli Nur Alia.

“Tak boleh!”

“Suka hati awak la, kira okey apa saya panggil awak abang sebab awak tu tua!”

“Hmm nak kena kan abang eh?” Syafiq Rizal mengangkat keningnya.

“Awak… saya rasa tekak saya ni rasa mual la,kenapa eh?”

“Ehh awak demam ke?Jom saya bawa pergi klinik.” Syafiq Rizal kelihatan cemas.

“Haha awak ingat saya mual sebab demam ke?Saya mual sebab nak kena panggil awak abang!Tak payah la panggil,”

“Mulai sekarang awak kena panggil saya abang!” Kedengaran suara Syafiq Rizal sedikit tegas.Dia meninggalkan isterinya disitu.

Marah la tu!Sikit-sikit nak marah.Aku belum habis lagi bercakap dia dah pergi.Aku rasa lebih baik aku jangan beritahu dia yang aku pernah suka dekat dia masa zaman sekolah dahulu.Kalau dia tahu mesti dia gelakkan aku kan?Mesti dia tak boleh terima aku sebab aku ni hanya suka pada dia dan mana pernah bercinta pun.Lain la kalau aku pernah bercinta dengan dia dulu,mesti aku ada didalam hati dia.Zaman sekolah mana la dia nak serius bercinta dengan budak sekolah.Semua budak hingusan lagi,dengan sifat aku yang kasar ni mana la dia nak pandang.Lain la kalau di universiti memang ramai perempuan cantik,seksi,bergaya.Confirm si Rizal tu jatuh hati!Ngomel hati Nur Alia.Dia mahu biarkan sahaja perasaannya pada Syafiq Rizal.Itu cuma perasaan suka sahaja tidak lebih daripada itu.

“Lia malam ni kita makan dekat luar.” Syafiq Rizal tiba-tiba muncul di ruangtamu.

“Hmmm.” Nur Alia sedang leka menonton televisyen.

“Awak dengar ke tak ni Lia?”

“Iyeee...” Sepatah Nur Alia menjawab.

“Bagus.So now pergi la tukar baju.Tunggu apa lagi.” Arah Syafiq Rizal kepada isterinya.

“Iyee kejap.Nak habiskan tengok cerita ni dulu.Episod kali ni best,”

“Pendek!Dengar ke tak cakap abang ni.” Syafiq Rizal mengambil alat kawalan jauh lalu menekan butang merah.

Nur Alia mengalihkan pandangannya melihat Syafiq Rizal.Nur Alia mencebikkan mukanya.Dia ni kan suka sangat kacau.Aku tengah best tengok tv ni,kau kacau aku pula ye Syafiq Rizal.Suka hati je dia tutup tv tu kan.Nak sangat aku pergi bersiap kan.Rengus hati Nur Alia.

Nur Alia bangun dan menghampiri Syafiq Rizal.Dia duduk disebelah suaminya.Syafiq Rizal membuat muka selamba. “Hoi pergi tukar baju,tak faham bahasa ke?” Syafiq Rizal berkata kepada Nur Alia.

Ooo berlagak eh dia bercakap.Kejap ye… Kau tak kenal aku lagi kan.Ngomel hati Nur Alia.
Nur Alia bangun lalu duduk di atas riba Syafiq Rizal sambil memeluk leher suaminya.Syafiq Rizal terkejut dengan tindakan isterinya itu.Mukanya pucat lesu dengan reaksi isterinya.
Kenapa pula dengan dia ni.Buang tebiat ke apa?Ngomel Syafiq Rizal di dalam hati.Jantung Syafiq Rizal berdegup kencang.

“Kenapa abang tutup tv tadi... Lia baru je nak tengok.Abang lapar sangat ye?Kesiannn...” Manja nada suara Nur Alia.Selamba tangan Nur Alia memegang pipi suaminya.Syafiq Rizal sudah terkaku disitu.Dia sendiri tidak percaya Nur Alia melakukan sebegitu.Tangan Nur Alia merayap ke mulut Syafiq Rizal.Mata mereka bertentangan.Pantas tangan Nur Alia menarik misai suaminya.

“Adoiiii!!” Nur Alia bangun dari situ dan ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Syafiq Rizal.

“Padan muka awak.Suka sangat kacau saya kan.” Nur Alia terus masuk ke dalam biliknya menukar pakaian untuk keluar makan malam bersama Syafiq Rizal.


“Patut la manja lain macam je!Ada sebab lain rupanya.” Syafiq Rizal merengus geram sambil memegang mulutnya.

No comments:

Post a Comment