BAB 48
Nur Alia mengeluh panjang memikirkan apa yang
berlaku tempoh hari di rumah Datin Fauziah.Dia sudah tidak ada harapan lagi
untuk menerangkan apa yang berlaku.Mula-mula Syafiq Rizal menghalau dan benci
pada Nur Alia,sekarang emak mentuanya halau dan mula membenci Nur Alia.Laju air
mata Nur Alia mengalir.
“Lia buka pintu ni.” Aisya mengetuk pintu bilik Nur
Alia.Dia cepat-cepat mengesat air mata lalu membuka pintu untuk Aisya.
“Ye kak.” Senyum Nur Alia.
“Lama Lia tak pergi butik.Makan pun tak menentu
sekarang.Kenapa ni?” Tanya Aisya.
“Tak ada apa la kak,”
“Tipu.Tu mata lebam tu kenapa?” Aisya menunjuk mata
Nur Alia.
“Lia tak cukup tidur kak.” Nur Alia melangkah kaki
lalu duduk di atas katil.
“Menangis la tu.Lia fikir fasal Rizal ye?Lepas Lia
berjumpa dengan Datin Fauziah,perangai Lia berubah,”
“Lia dah tak tahan kak...” Tangis Nur Alia lalu
memeluk Aisya.
“Shhh... Sabar Lia,ini semua dugaan.Akak pasti akan
ada hikmah disebaliknya.Lia kena kuat.” Aisya memujuk Nur Alia.Dia perlu
membuat sesuatu untuk selesaikan masalah Nur Alia.Dia tidak mahu adik angkatnya
itu terus bersedih.
Dato Kamal sedang tekun membaca surat khabar di meja
makan.Kelihatan Syafiq Rizal menuruni tangga lalu menuju ke meja makan.
“Umi mana ayah?” Tanya Syafiq Rizal sambil menyuap
nasi goreng kedalam mulut.
“Umi kamu keluar kejap.Rizal,ayah nak tanya kamu fasal
Alia.Kenapa kamu tak mahu dengar penjelasan dari Alia?Sampai bila kamu nak
bergaduh?Kamu tu suami Alia,kamu kena berbincang dengan baik.Bukan suka hati
kamu je nak menghukum Alia.” Tegas suara Dato Kamal.
“Ayah tak faham situasi Rizal.Tak guna pun dia nak
jelaskan.Kalau betul dia sayangkan Rizal,dia tak akan keluar dengan jantan
lain,”
“Kamu tu panas baran sangat.Cuba dengar dulu Lia nak
jelaskan dekat kamu.Mungkin lelaki tu kawan Lia.” Dato Kamal memandang tepat
muka anaknya.
“Rizal dah muak dengan alasan yang dia bagi.Rizal
rasa lagi bagus hubungan kami macam ni. Rizal pun tak la sakit hati dengan
perangai Alia tu. Lelaki tu bekas teman lelaki Lia ayah.Sampai masa nanti Rizal
akan ceraikan Alia.” Kata Syafiq Rizal sambil membetulkan rambutnya.
“Ya Allah,apa kamu cakap ni Rizal?Apa kamu ingat
perkahwinan ni permainan ke?Senang-senang je kamu nak ceraikan Alia tanpa
berbincang masalah kamu berdua.Ayah tak
mahu kamu menyesal dengan keputusan kamu,”
“Saya tahu apa yang saya buat ayah.Okeylah,Rizal nak
pergi office ni.Rizal gerak dulu.”
Syafiq Rizal bangun lalu meninggalkan Dato Kamal disitu.
Marisa bermain-main pen di atas meja kerja Syafiq
Rizal.Dia sedang menunggu kedatangan Syafiq Rizal di pejabat.Ketika Marisa
sedang termenung,Syafiq Rizal masuk kedalam bilik pejabatnya.
“Morning sayang...”
Tegur Marisa lalu meluru ke arah Syafiq Rizal.
“Hai Marisa.Morning.Kenapa
you datang?” Syafiq Rizal mencapai tali leher di atas mejanya lalu dipasangkan
di leher.
“I rindu you sayang.You dah breakfast?Malam ni
you busy tak.I nak ajak you keluar…” Manja nada suara Marisa.
“Yup dah tadi dekat rumah umi.You nak ajak I pergi
mana malam ni?” Syafiq Rizal terkial-kial memasang tali leher.
“Sini I
pasangkan tie untuk you.Itu la dulu I nak jadi isteri you,you tak nak.Tengok
apa dah jadi dekat you sekarang.” Ujar Marisa sambil memasang tali leher untuk
Syafiq Rizal.Keadaan mereka terlalu dekat.
“You nak
jadi isteri I ke?If nak kena tunggu I ceraikan Alia dulu.” Bisik Syafiq Rizal kepada
Marisa.Syafiq Rizal tidak mampu menahan godaan Marisa itu.Ingin sahaja dia
memeluk Marisa tetapi dia menahan dirinya.
“Sure sayang?Bila?I want you sayang...” Senyum marisa
memandang wajah Syafiq Rizal.Marisa menarik tali leher Syafiq
Rizal.Perbuatannya itu membuatkan Syafiq Rizal bergerak kehadapan.Jarak mereka
hanya seinci.Tangan Marisa bermain-main di bibir Syafiq Rizal.Syafiq Rizal
membiarkan sahaja.Dia seperti di awangan ketika itu.Marisa memegang pipi Syafiq
Rizal.Ketika mereka berduaan di situ,tiba-tiba Amirul Fahmi masuk ke dalam
bilik pejabat Syafiq Rizal.
“Rizal aku nak... ops sorry.Aku tak tahu kau ada tetamu.” Amirul Fahmi terkejut
melihat Syafiq Rizal dan Marisa begitu rapat sekali.
“Ye Fahmi kenapa?” Syafiq Rizal melepaskan pegangan
tangannya dari memegang pinggang Marisa.
“I pergi dulu Riz.Nanti I call you okay.” Marisa meminta diri lalu keluar dari situ.
“Aku nak beritahu kau yang Chalet di Pantai Cenang dah siap.” Amirul Fahmi tidak percaya apa
yang dia lihat tadi.
“Oh great.So,lepas ni Chalet tu dah boleh start beroperasi.”
Syafiq Rizal membetulkan tali leher lalu duduk di atas kerusi.
“Yup... ehh sorry
aku ganggu korang tadi,”
“Nevermind.”
Pendek sahaja Syafiq Rizal berkata.
“Bro,aku nak tanya kau sikit.Kau dengan Marisa ada
hubungan apa-apa ke?” Amirul Fahmi memandang wajah Syafiq Rizal.
“Kenapa kau tanya?” Syafiq Rizal mengerutkan
dahinya.
“Aku tengok kau dengan Marisa mesra semacam je.Kau couple dengan Marisa?”
“Salah ke aku jadi kekasih Marisa?Marisa lebih faham
aku Fahmi,”
“Kau tak sedar ke apa yang kau dah buat?Tak kesian
dekat Alia?” Nada suara Amirul Fahmi sedikit tinggi.
“Pehal pula aku nak kesian dekat perempuan tu?Ehh
Fahmi,umi pun dah mula benci dengan Alia sebab dia curang dengan aku.Tunggu
masa je aku lepaskan perempuan tu.Aku rasa menyesal kahwin dengan dia.” Rengus
Syafiq Rizal geram.
“Kau ni memang tak tahu nak menilai Alia.Dia nak
pulihkan masalah rumahtangga kau dan dia,tapi kau tak nak.Aku tak faham dengan
kau Rizal,apa sebenarnya kau nak dari Lia?”
“Kau kalau tak tahu apa masalah kami,kau jangan nak
masuk campur Fahmi.Aku dah tak nak dengar nama perempuan tu lagi.Kau boleh
keluar sekarang.” Arah Syafiq Rizal.
“Aku ingat kau sayang dekat Alia.Tapi kau layan dia
macam sampah.Kau cuma nampak sikap buruk dia saja.Tapi sikap baik dia kau tak
nampak.Alia tak bersalah,tapi kau hukum dia Rizal.Aku yakin kau akan menyesal!”
Tengking Amirul Fahmi lalu keluar menghempaskan pintu.
Nur Alia mengunyah keropok di dalam mulutnya sambil gelak
sakan menonton televisyen.Aisya pergi ke arah Nur Alia lalu duduk di sebelah
adik angkatnya.
“Aii gelak sakan nampak.Best ke cerita tu.” Tanya Aisya.
“Lawak cerita ni kak.Akak nak keropok?” Nur Alia menghulur bekas berisi keropok itu kepada
Aisya.
“Tak nak la.Lia makan la.Haaa kan bagus setiap hari
Lia ketawa je.” Selamba Aisya.
“Setiap hari gelak?Mana boleh kak!”
“Ehh kenapa pula tak boleh?” Aisya mengerutkan
dahinya.
“Nanti orang cakap Lia ni tak waras pula sebab gelak
aje setiap hari.” Seloroh Nur Alia sambil mengunyah keropok.
“Ada pula macam tu.Ketawa tu satu terapi tahu tak,”
“Iye ke kak?” Nur Alia memandang Aisya.
“Iyee... sebagai contoh.Tengok Lia sekarang,gelak
aje.Mesti dah lupa masalah dengan Rizal kan?”
“Err... mesti la kak.Buat apa setiap hari nak sedih
fikir fasal dia.” Ujar Nur Alia.
“Haa bagus la kalau macam tu Lia.” Senyum Aisya
memandang adik angkatnya.
“Lebih baik Lia teruskan hidup tanpa Rizal.Tak rugi
apa-apa pun.” Selamba Nur Alia yang sedang menonton televisyen.
“Iyelah... Akak nak pergi dapur kejap masak
maggi.Nak tak?”
“Boleh jugak kak.Nanti tambah telur tau.Thanks akak!” Senyum Nur Alia.Aisya
menggelengkan kepalanya melihat gelagat Nur Alia.
Syafiq Rizal keluar dari keretanya sambil membawa briefcase bersama.Dia melangkah laju
ingin naik ke pejabat.Tidak sempat Syafiq Rizal menaiki lif,seseorang
memanggilnya tidak jauh dari situ.Kelihatan Aisya bergegas mendapatkan Syafiq
Rizal.
“Ye?” Syafiq Rizal mengerutkan dahinya.Dia seperti pernah
melihat wanita itu.
“Saya Aisya,boleh kita bercakap sebentar?”
“Aisya?Nak bercakap fasal apa ye,penting?”
“Penting bagi kamu sebagai seorang suami.” Tegas
Aisya.
“Err okay better kita pergi ke kafe.” Ajak Syafiq
Rizal.Dia mula tidak sedap hati bila bertemu dengan Aisya.
“So boleh
kita start?” Tanya Syafiq Rizal yang
masih berteka teki dengan hal yang ingin dibincangkan oleh Aisya.
“Saya kakak kandung kepada Ashraf Hakimi dan kakak
angkat kepada Nur Alia.Sebenarnya saya tak percaya apa yang sudah berlaku pada diorang,”
“Maksudnya akak ni nak bincang fasal Kimi dan Lia
ye.Kenapa akak datang jumpa saya pula.Saya tak ada kena mengena dalam hal
diorang.” Nada suara Syafiq Rizal sedikit tinggi.Riak wajahnya juga sudah
berubah menjadi marah.
“Bukan tu yang akak nak bincang dengan kamu
Rizal.Apa yang kamu tengok dalam gambar tu semuanya salah faham,”
“Salah faham?Apa akak cakap ni.Gambar tu dah
terang-terang tunjuk muka Alia dan Kimi beli cincin kahwin kan?Nak salah faham
apa lagi?”
“Memang Alia keluar dengan Liana dan pada masa yang
sama Kimi jugak keluar bersama diorang,”
“So?Apa
yang akak cuba nak beritahu saya ni.Saya tak ada masa nak dengar cerita
mengarut akak,lagi-lagi fasal Alia dan Kimi.” Syafiq Rizal sudah malas ingin mendengar
cerita mengenai Nur Alia dan Ashraf Hakimi.Jika dia mendengarnya pasti hatinya
akan sakit.
“Untuk pengetahuan kamu Syafiq Rizal,cincin yang
dibeli oleh Kimi tu untuk Liana.Sekarang mereka sah menjadi suami isteri dan
hidup bahagia di Australia.” Tegas suara Aisya sambil memandang tepat wajah Syafiq
Rizal dihadapannya.Aisya terpaksa juga bertemu dengan Syafiq Rizal untuk
menceritakan semuanya.Aisya tidak sanggup lagi melihat Nur Alia menderita
seorang diri padahal diri Nur Alia tidak bersalah.
“Kimi dah berkahwin?Dengan Liana?” Berubah wajah
Syafiq Rizal mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aisya.
“Yes… so terpulanglah pada kamu nak percaya
atau tidak.Akak buat semua ni untuk kebaikkan kamu dan Alia.Akak kesian tengok
Alia tu.Dia tak bersalah dalam hal ni.Ini semua hanya salah faham je.Akak harap
kamu berbaik semula dengan Alia sebelum terlambat.Akak minta diri
dulu.Assalamualaikum.” Aisya berlalu dari situ meninggalkan Syafiq Rizal yang
sudah serba salah.
“Waalaikumussalam… Ya Allah apa yang aku telah buat
pada Alia…” Syafiq Rizal bersandar pada kerusi.Didalam hatinya kini diburu rasa
bersalah pada Nur Alia.Syafiq Rizal tidak pernah memberi peluang pada isterinya
untuk menerangkan apa yang sebenarnya yang berlaku.Kini semuanya telah
terjawab.Syafiq Rizal tidak tahu apa lagi dia ingin katakan.Adakah dia perlu
pergi berjumpa Nur Alia dan meminta maaf?Jika dia pergi meminta maaf adakah
isterinya akan menerima maaf Syafiq Rizal dan kembali padanya semula?Syafiq Rizal
buntu.
“Hai Lia,sorry
akak lambat sikit.Ramai pula orang dekat kedai makan tadi.Akak belikan nasi
ayam.Lia makan tak.” Aisya meluru masuk kedalam butik dan meletakkan 2 bungkus
nasi ayam di atas meja di ruang makan.
“Lia makan je kak asalkan perut kenyang.Kak Aisya
tadi Rizal ada call Lia,tapi Lia tak
jawab.” Nur Alia pelik mengapa Syafiq Rizal menelefonnya.
“Rizal call?Kenapa
Lia tak jawab.Kut la dia ada hal penting nak bincang ke.” Seloroh Aisya.Aisya
tidak mahu Nur Alia tahu bahawa dia pergi berjumpa Syafiq Rizal sebentar tadi.
“Hal penting apa yang dia nak bincang?Kalau hal
kerja kenapa nak call Lia lagi.Lia
dah berhenti kerja dekat syarikat dia tu.” Muncung Nur Alia.
“Kut la fasal masalah korang berdua.” Selamba Aisya.
“Tak mungkin la kak Aisya.Ishh biarkan jela dia.Malas
Lia nak fikir,”
“Laaa… orang tu nak berbaik Lia pula tak nak.Ikut
suka Lia la ye.” Aisya menggelengkan kepalanya dengan perangai Nur Alia.Aisya
sudah berjumpa Syafiq Rizal dan menerangkan perkara sebenar.Sekarang Syafiq Rizal
cuma perlu datang memujuk dan meminta maaf pada Nur Alia.Jika melihat keadaan Nur
Alia sekarang,Nur Alia seperti tidak mahu berjumpa dengan Syafiq Rizal.Aisya
tidak tahu ingin menolong macam mana lagi.
“Assalamualaikum kak Aisya.” Amirul Fahmi memberi
salam pada Aisya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
“Waalaikumussalam.Ehh Fahmi kamu nak jumpa Alia ye.Alia
ada dekat belakang kejap akak panggilkan,”
“Ehh tak apa kak,nanti dia muncul la tu.” Senyum Amirul
Fahmi.
“Haaa… panjang umur Lia,ni Fahmi datang nak jumpa
Lia.” Kata Aisya kepada Nur Alia.
“Hai Fahmi kenapa awak datang ni?Nak bincang fasal
projek Chalet di Pantai Cenang ke?”
“Bukan Lia,saya datang nak ajak awak keluar lunch itupun kalau awak sudi,”
“Oh keluar
lunch tapi tadi…” Belum Nur Alia menghabiskan ayatnya Aisya mencelah.“Pergi
la Lia jangan la malu-malu.” Senyum Aisya.
“Tapi kak Aisya tadi kan akak dah beli nasi untuk
Lia.” Nur Alia mengerutkan dahinya.
“Alaa tak apa,nasi tu boleh simpan makan kejap
lagi.Kut la nanti perut akak lapar lagi akak boleh makan,”
“Hmm okey la kalau macam tu.Lia pergi dulu ye
kak.Kalau akak nak apa-apa SMS Lia tau.” Senyum Nur Alia kepada Aisya lalu
keluar bersama Amirul Fahmi.
“Awak sekarang kerja di butik mama awak la ye.” Tanya
Amirul Fahmi disebelah Nur Alia.
“Yup… tapi untuk sementara je Fahmi nanti saya cari
kerja di syarikat lain,”
“Kenapa susah-susah nak cari Lia,awak kerja dengan
saya jela… nak?”
“Tak apa la
Fahmi saya nak berdikari mulai sekarang.” Senyum Nur Alia.
“Kalau macam tu tak apa la.Saya tak paksa awak tapi
kalau awak perlukan pertolongan dari saya just
contact saya okey?”
“InshaAllah Fahmi.” Senyum Nur Alia.Mulai sekarang
dia ingin berdikari sendiri.Jika Nur Alia mempunyai masalah pada masa yang akan datang tidak la dia kekok untuk
mengharunginya.
No comments:
Post a Comment