BAB 50
Nur Alia bingung
macam mana cara dia mahu memberitahu Syafiq Rizal untuk pergi makan malam di
rumah Puan Lisa.Dia sendiri malas nak bertembung dengan Syafiq Rizal kerana sakit
hati apabila melihat muka suaminya itu.
“Ni kenapa muka
seposen je?” Tanya Aisya.
“Kak macam mana
eh nak ajak Rizal pergi rumah mama,semalam
mama ajak Lia dan Rizal makan malam sekali.” Muncung Nur Alia.
“Apa yang
susahnya Lia,ajak jela Rizal.Pergi call
dia beritahu,habis cerita.” Bebel Aisya.
“Alaaa malas la
kak,”
“Ikut Lia la,nanti
kalau Lia pergi sorang jawab la dengan mama ye.” Aisya mengertak Nur Alia.
“Kacau la Rizal
ni.” Nur Alia mengalah juga akhirnya dia mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi
Syafiq Rizal.
“Assalamualaikum
Rizal,”
“Waalaikumussalam
Lia… aik kenapa call abang,rindu ye?Lia
balik la rumah,abang rindukan Lia sangat,”
“Saya tak ada masa
la nak rindu dekat awak.Saya call
sebab malam nanti mama ajak kita pergi makan malam rumah mama.Itu pun kalau
awak tak sibuk,”
“Ehh abang okey
je Lia.Nanti lepas Maghrib abang ambil Lia okey,”
“Ambil Lia dekat
butik.Bye.” Nur Alia menamatkan
panggilan.
“Kenapa Lia tak
suruh Rizal ambil dekat rumah akak je?”
“Tak payah la
kak,nanti kalau dia tahu Lia tinggal rumah akak selalu pula dia datang rumah
akak nak jumpa Lia.Lia rimas la.” Ngomel Nur Alia.
“Rimas pula.Rizal
tu nak berbaik dengan Lia,Lia pula jual mahal.Tak faham akak dengan Lia ni,”
“Biarkan la
Rizal tu.Akak tahu tak semalam Lia jumpa dengan Marisa.” Ujar Nur Alia.
“Hah?Jumpa buat apa?”
“Kesian pula Lia
tengok Marisa tu kak.” Ujar Nur Alia.
“Kenapa pula nak
kesiankan perempuan macam tu Lia.” Aisya menyambung semula kerjanya.
“Sebab dia
cintakan Rizal.Dia cakap Rizal pun cintakan dia kak.Lia rasa Rizal ni memang
suka mainkan perasaan perempuan la kak,”
“Iye ke Lia?Kamu
percaya cakap si Marisa tu?”
“Mesti la
kak.Sambil dia bercerita semalam sambil menangis tahu.Lia serba salah sebenarnya
sebab setuju kahwin dengan Rizal tanpa siasat siapa Rizal tu.Bila Lia dah
kahwin,Lia baru dapat tahu yang Rizal pernah bertunang dengan Marisa.” Nur Alia
membetulkan tudungnya.
“Memang la
Lia.Itu kisah lama diorang.Sekarang kisah Lia dengan Rizal pula.Tapi kan
Lia,macam mana kalau cinta Rizal berubah ke Alia pula?Maknanya Rizal dah tak
cintakan Marisa tu.Rizal cintakan Alia sekarang,”
“Mengarut je
akak ni.Tak mungkin la Rizal tu jatuh cinta dekat Lia kak.Lia ni bukannya macam
perempuan yang selalu Rizal mengorat dulu.Rizal tu kalau dia nak mengorat,dia
cari perempuan yang seksi,cantik,tinggi,bergaya.Perempuan macam Lia ni,dia pandang sebelah mata je kak oi.Tak pun dia
tak pandang langsung.” Bebel Nur Alia kepada Aisya.
“Eleh... lepas
tu sekarang ni korang kan dah berkahwin?Rizal pandang la tu.”
“Sebab dia
terpaksa la kak.Dia nak lari dari Marisa dulu.Sebab tu dia setuju je kahwin
dengan Lia ni.” Muncung Nur Alia.
“Akak tak faham
la fasal korang ni.Tapi kan akak rasa,lama-lama nanti mesti Rizal jatuh cinta
dekat Alia punya.Sampai dia tak boleh duduk diam la sebab Alia tak ada depan
mata dia.” Ujar Aisya sambil memandang Nur Alia.
“Ya Allah akak
ni.Lia tak rasa macam tu kak.Sudah la tu kak.Malas dah Lia nak fikir fasal
benda-benda ni.Lepas ni better Lia
jauhkan diri dari Rizal tu.Lia tak nak melayan dia sangat.Mana tahu nanti kalau
Lia jauhkan diri dari Rizal,mesti dia kembali pada Marisa.Lia nak keluar kejap
beli air.Dahaga pula.” Nur Alia keluar dari butik itu meninggalkan Aisya
seorang diri.Aisya menggelengkan kepalanya melihat adik angkatnya itu.
Syafiq Rizal
memandu dengan ceria sekali menuju ke butik Puan Lisa untuk menjemput Nur Alia.Ini
adalah peluang untuk meminta maaf pada isterinya setelah apa yang berlaku
antara mereka berdua.Syafiq Rizal memandang plastik yang berisi Big Apple
Donuts di tempat duduk sebelah.Dia ingin memberi kepada Nur Alia sebagai tanda
kemaafan.Setelah sampai di butik Syafiq Rizal bergegas keluar dari kereta dan
melangkah masuk ke dalam butik untuk menemui isteri yang dirindui.Syafiq Rizal
melihat Nur Alia sedang termenung di kaunter.
“Lia...” Tegur
Syafiq Rizal sambil tersenyum mesra pada isterinya.
“Yup?Awal
sampai.” Ujar Nur Alia memandang Syafiq Rizal di hadapannya lalu mengalihkan
pandangan ke tempat lain.
“Sampai awal la
lagi bagus dari sampai lewat kan?” Senyum Syafiq Rizal yang masih lagi tidak
jemu memandang Nur Alia.Dia sudah lama tidak memandang wajah comel isterinya
itu.
“Apa-apa je
lah,”
“Jom kita pergi
rumah mama.” Ajak Syafiq Rizal.
“Kejap,”
“Kejap kenapa pula?”
Syafiq Rizal menggaru kepalanya.
“Jumpa kak
Aisya.” Tegas suara Nur Alia lalu pergi ke bilik sembahyang mencari Aisya.
Garang betul
isteri aku ni.Mungkin dia masih marah dengan aku lagi.Salah aku jugak sebab
bertindak melulu hari tu.Syafiq Rizal marah dirinya didalam hati.
“Jom.” Ujar Nur
Alia sambil berjalan laju keluar dari butik.
“Ehh lajunya
berjalan!” Syafiq Rizal mengejar isterinya.
Di dalam kereta
Syafiq Rizal dan Nur Alia diam membisu.Tiada sesiapa lagi yang membuka topik
untuk bersembang.Kadang-kadang Syafiq Rizal mencuri pandang isterinya
disebelah.Ingin dia menegur tetapi mulutnya bagai dikunci.Sesekali Syafiq Rizal
bersiul untuk menarik perhatian isterinya.Sesekali dia menyanyi ketika
mendengar lagu yang sedang dimainkan di radio.Tetapi gagal menarik perhatian
Nur Alia.Isterinya itu tidak mempedulikan Syafiq Rizal.Ligat kepala Syafiq
Rizal mencari idea untuk bercakap dengan Nur Alia.
“Lia...”
“Yup?”
“Err... awak
ambil la donat tu saya belikan untuk awak.Tanda saya minta maaf fasal hari tu.”
Ujar Syafiq Rizal.
“Okay thanks.” Selamba Nur Alia.
“Marah saya
lagi?”
“Benda dah jadi
kan buat apa nak ungkit lagi.” Tegas Nur Alia.
“Sorry Lia...”
Syafiq Rizal ingin menggenggam jari jemari isterinya tetapi Nur Alia menarik
tangannya dari disentuh Syafiq Rizal.Syafiq Rizal faham kenapa isterinya
bertindak seperti itu.Dia perlu beri Nur Alia masa untuk memperbaiki hubungan
mereka dan menerima dirinya semula.
“Assalamualaikum
mama.” Nur Alia memberi salam.
“Waalaikumussalam
mari masuk.” Senyum Puan Lisa.
“Mama sihat?Sorry sebab lama tak datang melawat mama
dan abah.” Ujar Syafiq Rizal sambil merangkul pinggang isterinya.Nur Alia ingin
menepis tetapi dia tidak boleh membuat sedemikian kerana Puan Lisa dan Encik
Sufian berada di hadapannya.Jika dia menepis pasti dia akan dimarahi oleh Puan
Lisa dan Encik Sufian.
Dia buat dah
perangai tak senonoh dia!Suka hati je nak pegang pinggang aku.Apa dia ingat
pinggang aku ni macam pinggang awek dia si Marisa tu ke.Rengus Nur Alia di
dalam hati.
“Tak apa
Rizal.Mari masuk makanan semua dah siap.” Ajak Puan Lisa.
“Kamu berdua
sihat?Lia macam mana?” Tanya Puan Lisa pada anak tunggalnya.
“Alhamdulillah
sihat mama,Lia macam ni jela.” Senyum Nur Alia sambil meneguk air dihadapannya.
“Maksud mama
perut kamu tu dah berisi?”
“Err... setakat
ni belum ada apa-apa lagi mama.” Nur Alia sudah tidak keruan apabila Puan Lisa
bertanya mengenai anak.
“InshaAllah
mama,kalau ada rezeki mama akan dapat cucu.” Syafiq Rizal mencelah perbualan
Puan Lisa dan Nur Alia.Syafiq Rizal menggenggam jari jemari Nur Alia di bawah
meja untuk menenangkan isterinya.Dia tahu Nur Alia pasti gelabah apabila
mendengar soalan mengenai anak.Nur Alia terkejut dengan tindakan suaminya itu
sambil memandang wajah Syafiq Rizal disebelahnya.
“Abah dan mama
tak sabar nak timang cucu.” Ujar Encik Sufian dengan gembira.Mereka
mengharapkan Nur Alia melahirkan anak secepat mungkin.Nur Alia tidak pasti
adakah permintaan Encik Sufian dan Puan Lisa dapat dia penuhi.Untuk mendapat
seorang anak dengan Syafiq Rizal sangatlah mustahil bagi Nur Alia.Hatinya
seperti tidak mampu lagi menerima Syafiq Rizal.
No comments:
Post a Comment