BAB 63
“Assalamualaikum
Lia… Lia.” Syafiq Rizal memberi salam di hadapan rumah Aisya.
Siapa pula
datang hujan-hujan ni.Aisya melihat dari tingkap rumahnya.Laaa... kenapa pula
Rizal datang sini.Cari Alia agaknya. “Waalaikumussalam.Rizal mari masuk
dulu.Hujan dekat luar tu.” Aisya membuka pintu untuk Syafiq Rizal.
“Mari duduk
sini.Sini tak kena hujan.” Ajak Aisya kepada Syafiq Rizal sambil duduk di atas
kerusi di halaman rumah Aisya.
“Kak,sorry mengganggu.Saya datang nak jumpa
Lia.Lia ada tak kak?” Syafiq Rizal mencari-cari kelibat Nur Alia di dalam rumah
Aisya.
“Lia tak ada
Rizal.Dia keluar kejap.Kenapa nak jumpa Lia?”
“Saya nak bawa
Lia balik rumah saya.Saya tak sanggup lagi nak berjauhan dengan isteri saya
kak.” Sayu Syafiq Rizal berkata.
“Rizal… bawa
bersabar.Nanti kamu bincang dengan Alia fasal masalah kamu ni.” Aisya memujuk
Syafiq Rizal dihadapannya.Aisya kesian melihat Syafiq Rizal yang berserabut
itu.
“Saya cuba nak
bincang dengan Alia,tapi dia selalu lari dari saya kak.Saya nak minta tolong
dengan akak.Pujuk Lia balik kak.” Syafiq Rizal seakan merayu.
“Akak dah banyak
kali beritahu Lia,tapi dia tetap dengan keputusan dia,”
“Ini semua salah
saya kak.saya menyesal!” Rengus Syafiq Rizal.
“Kamu jangan
salahkan diri kamu Rizal.Ini semua ujian untuk kamu dan Alia.” Tegas suara
Aisya.
“Sampai bila
kak.Saya tak sanggup lagi berjauhan dengan Lia... “ Sebak Syafiq Rizal.
“Sabar la ye
Rizal.InshaAllah satu hari nanti kamu berdua akan bersama semula.” Aisya
memandang sayu Syafiq Rizal.Aisya tidak tahu lagi bagaimana dia ingin menolong.Ketika
mereka sedang bersembang,Nur Alia baru pulang ke rumah.Nur Alia keluar dari
kereta Amirul Fahmi.Amirul Fahmi keluar dari kereta lalu membuka payung untuk
Nur Alia.Amirul Fahmi menghantar Nur Alia sehingga ke pagar rumah Aisya lalu
Amirul Fahmi pulang kerumahnya
“Assalamualaikum
kak… Ehh awak buat apa dekat sini??” Nur Alia terkejut melihat Syafiq Rizal
berada di situ.
“Saya datang nak
jumpa awak Lia,”
“Akak masuk
rumah dulu ye.Korang bersembang la.” Aisya meluru masuk kedalam rumahnya.Dia
membiarkan Nur Alia dan Syafiq Rizal disitu.
“Buat apa lagi
awak nak jumpa saya.” Ujar Nur Alia tanpa memandang muka Syafiq Rizal.
“Abang nak bawa
Lia balik.” Syafiq Rizal merayu.
“Alia tak nak
balik.Faham tak?”
“Tapi Lia masih
lagi isteri abang.” Syafiq Rizal cuba memujuk isterinya.
“Cukup Syafiq
Rizal.Saya rasa setakat ini saja hubungan kita.” Nur Alia bangun untuk masuk ke
dalam rumah.Tetapi Syafiq Rizal menahan isterinya.
“Kejap Lia.Mari
kita bincang masalah kita dulu,”
“Nak bincang apa
lagi?Saya dah tak nak hidup dengan awak!” Nada suara Nur Alia berubah tinggi.
“Kenapa
Lia?Sebab abang terlalu banyak sakitkan hati Lia ke?Abang tahu abang
salah.Abang nak minta maaf.Beri abang peluang sekali lagi Lia.Abang sayangkan
Lia…”
“Cukup!Lia tak
nak dengar!Awak boleh balik sekarang Rizal.Jangan cari saya lagi.Pergi!” Jerit
Nur Alia memandang tepat wajah Syafiq Rizal.Nur Alia bergegas masuk kedalam
rumah.Dia merasakan air matanya mengalir laju.Dia terus masuk kedalam biliknya
tanpa menghiraukan Aisya yang sedang memerhati Nur Alia di ruangtamu.
“Liaaa…” Lemah
suara Syafiq Rizal.Dia berlalu pergi dari rumah Aisya.Syafiq Rizal berjalan
menuju ke keretanya dalam keadaan dirinya yang basah lencun dek air hujan.
Nur Alia kelam
kabut membuat nestum didapur kerana sudah lambat untuk pergi ke butik.Sedang
Nur Alia kelam kabut dia tertepis mug lalu terjatuh di atas lantai.
Ya Allah macam
mana mug ni boleh jatuh,nak kena kutip kaca bertaburan pula satu hal.Bebel Nur
Alia sambil membersihkan kaca bertaburan di atas lantai.
“Lambat Lia hari
ni.” Tegur Aisya kepada Nur Alia yang baru sahaja sampai di butik Puan Lisa.
“Sorry kak,tadi
Lia tengah kelam kabut dekat dapur.Lia tertepis mug,pecah mug tu kak.Terpaksa
la Lia bersihkan.” Muncung Nur Alia.
“Ya Allah,Lia
menggelamun ke sampai pecah mug tu?”
“Entah la Lia
rasa macam tak sedap hati pula.” Nur Alia memandang Aisya.
“Kenapa?” Tanya
Aisya pelik.
“Hmm dah la
malas Lia nak fikir.Alamak!Lupa pula nak topup.Pehal dengan hari ni ada je yang
tak kena.” Nur Alia menepuk dahinya.
“Macam-macam la
Lia ni…” Aisya menggelengkan kepala.
“Lia pergi topup
kejap ye kak.Kejap je nanti Lia datang sini balik ye.” Sengih Nur Alia kepada
Aisya lalu bergegas keluar pergi ke kedai.
Setelah tiga jam
Nur Alia keluar pergi ke kedai.Nur Alia masih belum pulang ke butik.Aisya di
dalam butik kelihatan resah.Dia melihat jam di tangannya.
Lamanya budak ni
pergi kedai.Ngomel Aisya sedang gelisah itu.
“Assalamualaikum
akak.” Amirul Fahmi muncul di butik sambil tersenyum mesra.
“Waalaikumussalam.Fahmi
kamu ada nampak Alia tak dekat luar ke, dekat kedai ke?”
“Tak nampak
pula.Kenapa?” Amirul Fahmi mengerut dahinya.
“Akak risau ni.
Lia tak datang butik lagi dia cakap nak pergi topup kejap.Tapi dah nak dekat 3
jam dia pergi,”
“Kejap saya try call dia.” Amirul Fahmi cuba
menelefon Nur Alia tetapi tidak dapat.
“Kenapa Lia off handphone kak?”
“Lia off handphone?Tak mungkin la Fahmi.Akak
risau apa-apa jadi pada Lia.” Aisya sudah tidak sedap hati memikirkan Nur Alia.
“Akak jangan
risau nanti saya try cari Lia dekat
luar sana.” Amirul Fahmi meluru keluar dari butik dan mula mencari Nur Alia.Dia
sudah mula risau akan Nur Alia.Besar kemungkinan ada sesuatu terjadi kepada Nur
Alia.Sebelum ini memang ada orang cuba mencedekan Nur Alia.
Bulan di langit
tidak kelihatan kerana ditutupi oleh awan,bintang di langit juga tidak
kelihatan.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Nur Alia terjaga dari pengsan.Dia
gelabah kerana melihat keadaannya terbaring diatas katil.Nur Alia bingkas
bangun dan memerhati setiap sudut didalam bilik itu.Dia kaget bagaimana dia boleh
sampai didalam bilik itu.Padahal tadi selepas dia pergi ke kedai dia berjalan
pulang ke butik semula dan dia sudah tidak ingat apa-apa yang berlaku selepas
itu.Cuma sekarang Nur Alia sudah berada di dalam sebuah bilik.Ligat fikirannya
berfikir.Jika dia diculik pasti dia akan diikat dan berada di dalam stor atau
rumah yang sudah lama terbiar.Tetapi apa yang terjadi pada dirinya sekarang
adalah disebaliknya.Sedang Nur Alia leka berfikir kedengaran tapak kaki
seseorang diluar bilik.Lantas Nur Alia menyorok di tepi katil sambil memandang
di pintu.Pintu bilik itu dikuak oleh seseorang memakai topeng sambil membawa
makanan dan minuman pada Nur Alia.Nur Alia kaget melihat orang itu.Dia risau
jika orang itu akan mencederakan Nur Alia.
“Mesti lapar
kan?Makan sikit.” Ujar orang itu kepada Nur Alia yang dalam ketakutan.
“Aku nak keluar
dari sini!” Nur Alia menjerit.Orang itu tidak pedulikan Nur Alia lalu beredar
dari situ.Nur Alia memerhati gerak geri orang itu dan terdengar perbualan di
luar bilik.
Nur Alia ingin
keluar dari situ dia tidak kisah jika dia tertangkap.Nur Alia meluru keluar melalui
pintu yang terbuka luas itu.Tidak sempat Nur Alia ingin melangkahkan kakinya
untuk menuruni tangga,dia seperti ternampak seseorang yang dia kenali.Pantas
dia menoleh. “Kau?” Sepatah ayat keluar dari mulut Nur Alia.Dia seperti tidak
percaya apa yang dilihat dihadapannya sekarang.
Manusia
bertopeng itu membawa Nur Alia masuk kedalam bilik semula.Nur Alia
meronta-ronta melepaskan diri.Tetapi gagal.Manusia bertopeng itu keluar lalu
mengunci pintu bilik tersebut.Nur Alia duduk memeluk lututnya.Dia tidak percaya
apa yang dilihat sebentar tadi.Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni.Lepaskan
aku!Jerit Nur Alia disitu sambil menangis.
No comments:
Post a Comment