Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 44)


BAB 44
Aisya melihat Nur Alia yang sedang tekun menonton televisyen di ruangtamu.Kadang-kadang Aisya kesian melihat keadaan Nur Alia yang murung disebabkan terlalu berfikir masalahnya dengan Syafiq Rizal.Ingin dia menolong tetapi takut untuk bersuara.Aisya tidak mahu mencampuri masalah rumahtangga Nur Alia dan Syafiq Rizal.Tetapi jika keadaan 

berlarutan dan masalah mereka masih lagi tidak selesai,Aisya tidak teragak-agak untuk memberitahu kebenaran pada Syafiq Rizal.Aisya tidak mahu Nur Alia sengsara dan murung sepanjang hari disebabkan salah faham antara Nur Alia dan Syafiq Rizal.

“Aii Lia faham ke berita tamil tu.” Tegur Aisya lalu duduk disisi Nur Alia lalu menukar siaran berita di TV3.

“Ye kak… Ehh apa akak cakap dengan Lia tadi?” Nur Alia tersedar dari lamunannya.Dia melihat Aisya sudah berada disisinya.

“Haa akak dah agak dah ni mesti mengelamun sampai ke Korea kan.Entah-entah dah pergi jumpa pelakon Korea tu,apa nama dia Lee Min Ho?Ho… Ho… la nama dia.Apa yang Lia fikirkan lagi ni,fasal Rizal?”

“Betul la tu kak nama dia Lee Min Ho.Entah la Lia sendiri pun tak tahu Lia fikir apa.” Ujar Nur Alia kepada Aisya.

“Ya Allah budak ni, boleh pula macam tu.Sudah-sudah la tu Lia jangan difikirkan sangat.Risau akak tengok Alia sekarang murung je,”

“Hmm start esok Lia kerja di butik mama.Lia dah tak kerja di syarikat Rizal lagi.” Senyum Nur Alia memandang Aisya.

“Ehh kenapa Lia?Rizal suruh Lia letak jawatan ke?Melampau Rizal ni!” Nada suara Aisya sedikit tinggi.

“Bukan la kak.Lia sendiri yang nak letak jawatan.Lia rasa Lia dah tak boleh kerja dengan Rizal lagi.Kalau Lia bertembung dengan Rizal mesti hati Lia sakit kak.” Sayu Nur Alia.Memang dia tidak dapat melihat wajah Syafiq Rizal lagi.Pada masa yang sama dia tidak mahu melihat kemesraan di antara Marisa dan Syafiq Rizal.

“Rizal dah tahu ke belum?Rizal tak marah?”

“Rizal tak akan marah kak,lagi dia suka rasanya kalau Lia tak ada dekat office tu,”

“Hmm kalau macam tu ikut suka Lia.Akak harap Lia buat keputusan yang terbaik untuk diri Lia.” Aisya memeluk bahu Nur Alia.

“Terima kasih kak sebab memahami Lia.” Nur Alia tersenyum lalu memeluk Aisya.Dia ingin menangis tetapi air matanya telah kering disebabkan terlalu banyak menangis.

“Sudah la tu.Jom kita tengok DVD malam ni nak?”

“Nak tengok cerita apa kak?” Nur Alia mengerutkan dahinya.

“Cerita cinta okey tak?”

“Apa la akak ni jiwang pula malam-malam.Tengok la cerita hantu ke,cerita misteri ke,cerita bunuh-bunuh ke baru la gempak sikit.” Nur Alia memberi idea.

“Berani ke nak tengok cerita macam tu Lia?Akak takut kejap lagi akak tak boleh tidur.” Aisya membulatkan matanya.

“Boleh je tidur kak oi.Nak tak?Bukan selalu nak tengok movie macam tu kak.Bosan la tengok cerita cinta je.” Seloroh Nur Alia sambil mencari DVD yang ingin ditonton oleh mereka.

“Iyelah pasangkan aje DVD tu.” Kata Aisya yang sudah memeluk bantal.

Sejak Nur Alia tidak lagi tinggal sebumbung bersama Syafiq Rizal,keadaan rumah itu terlalu berselerak.Syafiq Rizal membuatkan rumah itu seperti keadaannya yang berserabut.Syafiq Rizal buntu apa yang harus dia lakukan.Nur Alia telah memberi Syafiq Rizal surat perletakkan jawatan di Union Company.

Kenapa kau letak jawatan Alia?Sebab kau dah kalah untuk memujuk aku kembali?Atau kau akan berkahwin dengan Kimi dan tinggalkan aku?Rengus Syafiq Rizal sambil meraup kasar mukanya.

Syafiq Rizal pergi ke bilik Nur Alia lalu melangkah masuk kedalam bilik itu.Tersusun rapi perabot didalam bilik itu.Cantik dan ringkas keadaan bilik Nur Alia.Bau haruman minyak wangi yang selalu dipakai isterinya menusuk kedalam hidung Syafiq Rizal.Syafiq Rizal menuju ke meja solek dibeleknya barang solek Nur Alia disitu.Syafiq Rizal menghempaskan badannya diatas katil Nur Alia,lalu mencapai bantal dan memeluknya.
Abang rindukan Lia… Perlahan suara Syafiq Rizal berkata,lalu tertidur disitu hingga keesokkan harinya.Dalam keadaan marah dan rasa benci pada Nur Alia,jauh disudut hati Syafiq Rizal dia sebenarnya rindu pada isterinya.Syafiq Rizal menang dengan egonya yang tinggi bila berhadapan dengan Nur Alia.Tetapi dia kalah mengawal egonya bila berjauhan dengan Nur Alia.

Amirul Fahmi sibuk  menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan pada esok hari.Entah bagaimana dia boleh terlupa untuk siapkan kertas kerja itu.Jadi dia terpaksa siapkan juga pada malam itu.

“Rajin kau berjaga malam-malam Fahmi.Apa kau buat hah?” Tanya Amri kepada Amirul Fahmi.

“Aku nak siapkan kertas kerja ni Amri.Aku terlupa pula esok nak kena bentang.” Jawab Amirul Fahmi sambil tekun menyiapkan kertas kerja di hadapannya.

“Macam mana kau boleh lupa bro.Selalu sangat jumpa buah hati sebab tu kau terlupa nak buat kan?” Perli Amri menuju ke arah Amirul Fahmi lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Aku mana ada buah hati.Kau tak tidur lagi ke?”

“Hoi kau jangan nak tipu aku la Fahmi.Aku pernah nampak kau keluar makan dengan awek mana entah hari tu.Kecil je awek tu.Comel pula aku tengok.Mana kau jumpa dia?Aku layan movie tadi, kejap lagi baru nak tidur.” Ujar Amri.

“Oh tu kawan aku la.Alia nama dia.Bukan kawan je,dia tu kakak ipar aku.Kami sama umur,so aku dah anggap dia macam kawan aku sendiri.” Amirul Fahmi mengeliat kerana kepenatan.

“Kau keluar dengan kakak ipar kau?Abang kau tak marah ke?Kau jangan buat fasal Fahmi.Isteri orang tu,”

“Aku tahu la nak jaga batas kami Amri.Lagipun aku tak ada hati dengan Alia.Kau ni sibuk pehal?Kau pergi tidur,aku nak habiskan kerja aku ni.” Amirul Fahmi menyambung semula kerjanya.

“Mula-mula kawan la,nanti dah lama-lama baru kau tahu.Nanti kawan ke mana,kakak ipar ke mana.Tup... tup... kau bercinta dengan dia.” Usik Amri sambil menepuk-nepuk bahu Amirul Fahmi.Amri melangkah kaki meninggalkan Amirul Fahmi disitu.

“Lia jom kita pergi makan nak?” Ajak Amirul Fahmi.

“Awak nak belanja saya ke Fahmi?”

“A ah jom la.Saya dapat gaji hari ni.” Senyum Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.

“Kalau awak belanja,saya okey je.” Sengih Nur Alia.

“Okey jom!”

Ketika di dalam kereta,Amirul Fahmi rancak berbual dengan Nur Alia. “Awak tahu tak Lia,dalam dunia ni benda apa yang paling seronok ?” Tanya Amirul Fahmi.

“Benda paling seronok?Tidur,mengumpat orang,dapat makan free,melepak.Hehe.Betul tak?”

“Hah?Awak buat semua benda tu Lia?” Amirul Fahmi seakan terkejut.

“Tak la Fahmi.Tapi kalau tidur dengan makan free tu betul la.Kalau mengumpat orang dengan melepak tu jarang-jarang.” Sengih Nur Alia.

“Tapi kan betul  juga jawapan awak tu.Tapi yang paling seronok bila makan free la,”

“Siapa tak mahu makan free kan.” Seloroh Nur Alia.

“Mesti la Lia.Jom kita pergi makan dekat restoran seberang jalan tu.Kawan-kawan saya cakap dekat sana makanan dia sedap-sedap.” Nur Alia hanya mengangguk lalu mengekori Amirul Fahmi.

“Awak order la dulu.” Amirul Fahmi memberi menu kepada Nur Alia.

“Okey.Awak nak makan apa Fahmi?”

“Tunggu kejap ye.Saya nak pergi toilet kejap.” Amirul Fahmi bergegas ke bilik air.Ketika Nur Alia berseorangan di meja itu,dari jauh Syafiq Rizal memandang Nur Alia.Marisa juga berada di situ menemani Syafiq Rizal.Nur Alia tidak perasan kehadiran mereka di situ.

“ I dah kenyang.Jom kita pergi shopping sayang.” Manja Marisa mengajak Syafiq Rizal.

“Okey,”

Syafiq Rizal sengaja berjalan di sebelah meja Nur Alia.Syafiq Rizal menegur Nur Alia disitu.Nur Alia terkejut melihat Marisa dan Syafiq Rizal di hadapannya. “Hai Lia.Sorang je?Mana buah hati you?” Perli Marisa sambil membuat muka.

“Saya datang dengan orang lain.” Tegas suara Nur Alia.

“Dengan siapa pula kau curang ni perempuan.Dasar perempuan murahan betul la kau ni Lia.” Perli Syafiq Rizal kepada Nur Alia.

“Awak kalau tak tahu saya datang dengan siapa,jangan nak menyibuk sangat nak ambil tahu.” Nada suara Nur Alia berubah tinggi.Tajam dia melihat suaminya.

 “Ehh sayang,dia marah la.Hei perempuan.Ingat aku hadap sangat ke nak tahu hal kau hah?Lepas ni tak tahu la gambar apa pula aku dapat kan.” Herdik Syafiq Rizal lalu keluar dari restoran itu dengan mesra bersama Marisa.

Nur Alia menahan geram di dalam hati.Kalau ikutkan hati mahu sahaja Nur Alia membalas kata-kata Syafiq Rizal itu.Tetapi dia dapat menahan sabar lagi.


No comments:

Post a Comment