BAB 27
Angin bertiup
nyaman di pagi hari kelihatan burung beterbangan riang untuk mencari makanan.Nur
Alia di halaman rumah Tok Piah sedang menyapu daun-daun kering yang berselerak
di atas tanah.Sekarang jam pukul berapa eh?Kenapa Rizal tak pergi meeting lagi.Selalunya waktu macam ni dia dah keluar rumah.Nur Alia
meluru masuk kedalam rumah mencari Syafiq Rizal.Nur Alia melihat Syafiq Rizal
sedang membaca surat khabar di ruangtamu.
“Awak tak ada meeting ke hari ni Rizal?” Nur Alia
mengerut dahinya melihat Syafiq Rizal sedang membaca surat khabar.
“Nope... awak pergi bersiap saya nak bawa
awak jalan-jalan Langkawi.” Kata Syafiq Rizal matanya masih lagi tertumpu di
surat khabar.
“Seriously awak nak bawa saya Rizal?Sekarang?”
Nur Alia berasa ingin melompat ketika itu.
“Yup... awak
pergi bersiap lambat saya tinggal awak je.” Selamba Syafiq Rizal.
“Okey!Kejap ye.”
Nur Alia bergegas ke bilik untuk menukar pakaian.
“Jangan lupa
bawa kamera!” Jerit Syafiq Rizal kepada Nur Alia yang sudah berada didalam
bilik.Syafiq Rizal tersenyum melihat Nur
Alia yang kelihatan gembira itu.
“Awak nak pergi
melawat tempat-tempat yang menarik dulu ke ataupun nak pergi shopping dulu Lia?Kalau nak shopping dulu jom saya bawa awak pergi kedai
yang best untuk shopping mesti awak rambang mata.Kalau awak nak pergi melawat
tempat menarik kita pergi sana dulu.So…
macam mana Lia?”
“Hmm... saya nak
naik bot so kita pergi melawat dulu
boleh kan?” Tanya Nur Alia.
“Okey boleh je.Saya
akan bawa awak pergi Kilim Geoforest Park dulu.Kat sana nanti awak akan naik
bot dan dapat lihat permandangan pulau-pulau,tengok kehijauan hutan paya
bakau,Gua Kelawar,dan banyak lagi.Mesti awak suka.” Senyum Syafiq Rizal kepada Nur
Alia yang sudah tidak sabar ingin melihat sekitar Pulau Langkawi.
Mereka pergi ke
destinasi yang ingin ditujui.Selepas sahaja mereka berlayar menaiki bot melihat keindahan permandangan di sekitar
Kilim Geoforest Park,mereka pergi ke Tasik Dayang Bunting untuk melihat pulau
tersebut.
“Lia... awak
nampak tak bentuk deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tu macam seorang
wanita hamil yang sedang berbaring kan.” Kata Syafiq Rizal.
“Yela awak... unik
betul,”
“Okey lepas ni
awak nak pergi mana pula Lia?”
“Jom kita naik
Cabel Car Rizal.Saya teringin sangat nak naik.Memang wajib kalau datang Pulau
Langkawi mesti nak naik Cabel Car,”
“Betul awak nak
naik Lia?Tak takut eh?Nanti kalau
rasa gayat jangan peluk saya ye! ” Syafiq Rizal mencuit hidung Nur Alia.
“Hey saya ni bukannya takut pada tempat
tinggi okey.” Nur Alia menjeling manja pada Syafiq Rizal.
“Haha... betul
ni?Nanti kalau awak takut jangan peluk saya macam awak peluk saya masa rumah
Tok Piah tak ada elektrik hari tu ye.Okey jom nanti ramai orang pula dekat sana,”
Nur Alia dan Syafiq
Rizal bernasib baik kerana tidak ramai orang ketika itu.Mereka menaiki Cabel
Car dan menikmati keindahan bukit bukau dan gunung-ganang.
“Ya Allah
cantiknya permandangan.” Senyum Nur Alia sambil menangkap gambar.
“Lia... nampak
tak air terjun tu,”
“A ahh...
cantiknya Rizal!”
Mereka menangkap
gambar permandangan disitu dan menikmati keindahan sambil mengisi perut dengan
makanan ringan. “Lepas ni awak nak pergi mana pula Lia.” Tanya Syafiq Rizal kepada
Nur Alia disisinya yang sedang mengunyah chewing
gum.
“Hmm... saya pun
tak tahu Rizal tempat mana lagi yang best?”
“Kita pergi
Dataran Lang nak?Nanti awak boleh tangkap gambar puas-puas kat sana.” Senyum Syafiq
Rizal memandang gadis kecil molek itu.
“Boleh jugak.Saya
nak tangkap gambar burung helang besar dekat situ.Nanti boleh simpan dalam
album,”
“Haa ikut awak
la Lia nak tangkap gambar ke nak duduk atas burung helang tu ke.Suka hati awak
ye pendek.” Sengih Syafiq Rizal.
“Ehh kesitu pula
awak ni.Jom la kita pergi,”
Syafiq Rizal dan
Nur Alia menaiki kereta lalu pergi ke
Dataran Lang. “Awak banyak lagi tak tempat kita nak pergi melawat?” Tanya Nur Alia
sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Kalau awak
tengok dalam peta tu memang banyak tempat Lia.Kenapa awak tanya?”
“Sebab saya rasa
macam dah banyak tempat kita pergi.Lagipun sekarang dah petang ni.Saya rasa
lepas pergi Dataran Lang kita balik rumah ye.Shopping kita pergi masa nak balik KL nanti jela.Saya tak beli
banyak barang pun.” Ujar Nur Alia sambil melihat peta di tangannya.
“Saya okey je
Lia.Tak apa kalau kita tak sempat melawat semua tempat,lain kali kita boleh
datang Pulau Langkawi lagi.” Syafiq Rizal memandu menuju ke Dataran Lang.
So sweet....best!..
ReplyDelete