Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 22)


BAB 22
Ayam berkokok riang menandakan bahawa hari sudah pagi.Nur Alia berada di dapur sedang memasak mee goreng untuk sarapan pada hari itu.Syafiq Rizal sedang bersiap untuk pergi mesyuarat mengenai projek Resort di kawasan Pantai Cenang.



“Awak dah siap ke belum  nanti lambat pula awak pergi meeting.Sebelum tu mari la sarapan dulu.” Kata Nur Alia kepada Syafiq Rizal yang sedang bersiap itu.

“Okey saya dah nak siap ni.Pantai Cenang tu bukannya jauh dari sini Lia.” Syafiq Rizal bergegas ke meja makan lalu menghirup air teh dan menyuap mee goreng ke dalam mulut.

“Awak... saya nak minta izin awak pergi jalan-jalan Langkawi boleh tak?” Tanya Nur Alia tersenyum manis.

“Huh?Awak nak pergi dengan siapa?Awak tu baru lagi dekat Langkawi Lia.Nanti sesat sampai ke Thailand awak pergi.” Perli Syafiq Rizal sambil tersengih.

“Ehh... ingat saya ni tak tahu ke nak melancong.Langkawi dengan Thailand sempadan je, tak kan la sampai ke sana saya nak pergi.” Nur Alia mencebik mukanya.

“Awak tu bukan boleh Lia.Nanti betul awak kesana memang kelam kabut abah dan mama awak.Tak payah la pergi Lia awak tunggu saya dulu nanti saya bawa awak jalan-jalan Langkawi.Saya pergi dulu.” Syafiq Rizal berlalu meninggalkan Nur Alia yang sudah muncung itu.

Geramnya!macam la aku ni tak tahu  nak jaga diri.Langkawi je pun bukan Eropah ke,Australia ke yang dia takut sangat aku ni sesat.Haih nasib kau la Alia.Duduk rumah jela nampak gayanya!Rengus Nur Alia didalam hati.

“Alia awat termenung jauh tu,pi la keluar jalan-jalan tengok Pulau Langkawi.” Tegur Tok Piah.

“Lia tunggu Rizal dulu tok.Dia cakap nak bawa Lia nanti,”

“Tunggu Rizal tu memang tak pi dah Lia... pi ja keluar.Kalau takut,nanti tok suruh Muaz anak Pak Ngah Rizal bawa pi jalan-jalan sat lagi,”

“Hmm okey... tok jom la ikut sekali.” Senyum Nur Alia memandang Tok Piah yang sedang mengunyah sirih.

“Tok tak mau la pi.Tok bila-bila boleh pi.Lia jarang mai sini kan,macam-macam tempat kat Langkawi ni.Mat Saleh pun ramai dok mai melancong kat sini.Seksi-seksa tok tengok depa pakai baju.Pakai baju pun tak cukup kain,”

“Biasa la tok Mat Saleh tu panas agaknya sampai pakai baju macam tu.” Senyum Nur Alia melihat Tok Piah.Tok Piah memang seorang yang ramah.Tidak bosan jika berbual dengan Tok Piah.Macam-macam cerita yang akan keluar dari mulutnya.

“Rizal dok marah Lia tak kat rumah?Rizal tu panas baran sikit.Ada ja dia nak marah kalau benda dia buat tak betoi.Tok dengan umi Rizal tak larat nak bagi nasihat dah kat Rizal tu.Tapi dalam dia dok marah,Rizal tu penyayang sebenarnya.Cuma kadang-kadang ego.Tok harap dia dapat kawal perangai dia dengan Lia.Lia kena tahan la sikit noh dengan perangai Rizal tu.” Tok Piah memandang Nur Alia sambil memegang tangan Nur Alia.

“Rizal kadang-kadang je buat perangai tok.InshaAllah Lia cuba tahan dengan perangai Rizal,”

Boleh ke aku sabar dengan perangai Rizal yang macam tu?Aku sendiri pun ada panas baran,ego,keras kepala.Aduh harap-harap aku dapat la kawal semua tu.Ngomel hati Nur Alia.

Nur Alia sedang mengemas ruangtamu.Sejak dia dirumah Tok Piah tiada aktiviti lain yang dia buat.Setelah penat mengemas rumah,Nur Alia duduk di hadapan televisyen untuk merehatkan dirinya.

Penat pula hari ni,padahal tak banyak kerja pun aku buat.Tok Piah keluar pula pergi rumah jiran.Rizal tengah sibuk dengan projek dia dekat Cenang tu.Aku sorang jela dalam rumah ni.Apa aku nak buat ye.Mata Nur Alia meliar mencari sesuatu.Nur Alia tertarik melihat almari di sudut ruangtamu Tok Piah.Nur Alia bangun lalu menghampiri almari tersebut.Tangannya pantas membuka pintu  almari itu.

Wah banyaknya album Tok Piah.Mesti Tok Piah ni suka bergambarkan masa dia muda-muda dulu.Tangan Nur Alia menyelak helaian album tersebut.Sambil dia melihat album itu dia tersenyum seorang diri.Nur Alia perasan ada sekeping gambar Syafiq Rizal sedang bermain air ketika masih bayi.Comel jugak mamat tu masa dia baby kan.Puji Nur Alia melihat gambar Syafiq Rizal ketika suaminya itu masih bayi.

“Ehemm!” Seseorang menegur Nur Alia di belakang.

Terbeliak mata Nur Alia memandang wajah Syafiq Rizal di belakangnya.Album di tangan Nur Alia di simpan semula di dalam almari lalu melangkah laju duduk di atas sofa semula.

“Awal balik?” Tanya Nur Alia tanpa memandang wajah suaminya.Nur Alia segan dengan Syafiq Rizal kerana dia melihat gambar-gambar suaminya itu ketika bayi.

“Hari ni kerja habis cepat.Awak tengok gambar saya masa baby eh?Comel tak?” Sengih Syafiq Rizal memandang wajah isterinya.

“Tak pun!” Muncung Nur Alia.

“Eleh.Ingat saya tak dengar ke apa awak puji dekat saya tadi?”

“Awak silap dengar ni?” Nur Alia memandang wajah syafiq Rizal.

“Ingat telinga saya ni macam telinga awak ke pendek?” Syafiq Rizal menarik telinga isterinya lalu meninggalkan Nur Alia disitu.

“Oit apa tarik-tarik ni!” Jerit Nur Alia.

Syafiq Rizal terdengar jeritan Nur Alia.Syafiq Rizal patah balik menuju ke ruangtamu semula lalu menghampiri Nur Alia.Dia ingin mengganggu isterinya itu. “Lia jom...” Ajak Syafiq Rizal kepada Nur Alia.

“Huh?Jom pergi mana?” Nur Alia mengerutkan dahinya memandang wajah Syafiq Rizal yang sedang tersengih.

“Mandi.Jom laaaa...” Syafiq Rizal menghampiri isterinya.Dia ingin mendukung Nur Alia.

“Awak!Jangan nak buat benda yang tak senonoh dekat saya.Saya jerit nanti!” Nur Alia memberi amaran.Dia sudah tidak keruan ketika itu.

“Jangan cakap banyak Lia.Jom!” Tidak sempat Syafiq Rizal ingin mendukung isterinya tiba-tiba Tok Piah memberi salam.Dengan pantas Nur Alia menolak suaminya itu lalu berdiri disebelah Syafiq Rizal.Nur Alia melepaskan satu keluhan lega.

“Hah awal hang balik Rizal?” Tanya Tok Piah.

Depa kata sambung kerja esok pula tok” Sengih Syafiq Rizal memandang Tok Piah.

“Haaa baguih la tu hang balik awai.Sat lagi jom kita pi rumah Mak Ngah hang.Dia buat pulut durian.Nanti ajak Lia jugak nah.Mesti Lia teringin nak makan pulut durian.” Senyum Tok Piah.

“Okey boleh tok.” Jawab Nur Alia di sisi Syafiq Rizal.

“Dah hang pi mandi Rizal.Tak  payah nak bermanja dengan bini hang selagi hang tak pi mandi.” Kata Tok Piah lalu meninggalkan Syafiq Rizal dan Nur Alia di situ.

“Padan muka!” Ujar Nur Alia kepada Syafiq Rizal lalu menuju ke dapur untuk menolong Tok Piah.


“Ehh aku pula yang kena.” Syafiq Rizal menggaru kepalanya yang tidak gatal.

No comments:

Post a Comment