BAB 33
Nur Alia terjaga
dari tidurnya kerana sakit perut.Mungkin kerana perutnya kosong sebab tidak
makan malam.Dia menekan perut dan menahan pedih. Perut ni tengah malam macam ni
pula dia nak sakit,terpaksa la aku kena turun bawah cari makan.Rengus Nur Alia sambil
mengerut dahinya.Dia bingkas turun dari katil dan menuju ke dapur.Nur Alia mengambil
maggi didalam laci dan menyelongkar peti sejuk.Dia mengeluarkan sebiji telur
dari peti sejuk.Ketika Nur Alia menoleh dan
ingin menutup peti sejuk. “Arghh” Telur ditangan Nur Alia pantas
disasarkan di muka Syafiq Rizal.
“Err awak sorry...apa awak buat dekat sini?” Nur Alia
sebenarnya rasa bersalah pada Syafiq Rizal dan pada masa yang sama dia ingin
tergelak melihat muka Syafiq Rizal yang sudah berlumuran dengan telur.
“Awak tu pula
buat apa dekat dapur tengah malam ni Lia?Ini siapa nak bersihkan saya ni.”
Syafiq Rizal melihat bajunya penuh dengan telur.
“Saya nak masak
maggi perut saya ni tiba-tiba je lapar, awak pergi bersihkan diri awak tu.Busuk
la!”
“Sebagai denda
masakkan maggi untuk saya jugak.” Sengih Syafiq Rizal.
“Kacau betul la
awak ni…”
“Jangan banyak
cakap.Cepat masakkan maggi untuk saya!” Syafiq Rizal menunggu isterinya di meja
makan.
Macam mana mamat
poyo tu boleh terjaga dari tidur!Kacau betul la… kan dah kena masakkan maggi
untuk dia.Muncung Nur Alia sambil menghidangkan maggi kari kedalam mangkuk.
“Nah…”
“Wow sedapnya bau!” Syafiq Rizal mencapai
sudu lalu menyuap maggi kedalam mulut.
“Awal awak
bangun... kenapa?”
“Saya bukannya
bangun awal.Saya terjaga sebab terdengar bunyi bising dekat dapur.Saya ingatkan kucing tadi
rupa-rupanya…” Sengih Syafiq Rizal.
“Apa
pandang-pandang?” Nur Alia mengangkat kening.
“Hehe macam mana
rumah baru kita ni okey tak?”
“Cantik rumah
ni.Semua perabot dalam rumah ni awak ke yang susun?”
“Yup saya la,siapa
lagi.Tapi kalau awak nak susun lain perabot dalam rumah ni saya okey je” Kata Syafiq Rizal.
“Tak apa,lagipun
dah cantik awak susun.Saya cuma nak kemaskan sikit lagi barang,”
“Okey.Lia selama
kita berkahwin ni awak ada tak rasa menyesal berkahwin dengan saya?”
“Menyesal?Entah,saya
rasa macam tak kahwin je sebab saya tengah tunggu awak lepaskan saya.Bila awak
nak lepaskan saya Rizal?Saya tengok awak dan Marisa mesra je mesti dah jatuh cinta balik kan?” Nada
suara Nur Alia berubah sedikit cemburu.Didalam hati Nur Alia berdebar ketika
bertanya soalan itu pada Syafiq Rizal.
“Oh macam tu ke.Sibuk
je awak ni nak tahu perasaan saya pada Marisa.” Selamba Syafiq Rizal.
“Sampai bila
awak nak simpan saya ni Rizal cepat la pergi melamar Marisa,”
“Ehh suka hati
saya la nak simpan awak lama mana pun, saya ni lelaki bila-bila masa je saya boleh
kahwin dengan Marisa tu,”
“Macam-macam la
awak ni Rizal!” Rengus Nur Alia.
“Lia.Tak kisah la
bila saya nak lepaskan awak.Tapi sementara awak masih dibawah jagaan saya
sekarang ni,kalau awak ada apa-apa
masalah cerita la dekat saya.Mana tahu saya boleh tolong awak.Saya tahu hati
awak tak boleh nak terima saya sebagai suami awak lagi.Tapi kalau boleh anggap
je saya ni macam suami sementara okey?” Syafiq Rizal memegang jari jemari Nur
Alia dan berharap agar isterinya faham apa yang dia maksudkan.
“Err inshaAllah
Rizal.Hmmm… awak pergi bersihkan diri awak boleh?Busuk sangat bau awak.” Nur Alia
menarik tangannya perlahan-lahan dari genggaman Syafiq Rizal lalu menutup
hidungnya kerana tidak tahan bau busuk telur di badan suaminya.
“Saya tak nak!Awak
kena bersihkan saya siapa suruh awak tempek telur dekat muka saya ni,”
Nur Alia
mengecilkan matanya dan memandang Syafiq Rizal dengan sinis.“Kenapa nak salahkan saya pula?Siapa suruh awak buat
saya terkejut tadi.So bersihkan
sendiri ye Encik Syafiq Rizal.Saya nak sambung tidur.Goodnight. ” Nur Alia berlalu dari meja makan meninggalkan Syafiq Rizal
disitu.
Pagi-pagi
lagi Nur Alia sudah bangun untuk mengemas rumah barunya.Nur Alia
yang berada di ruangtamu sibuk mengeluarkan barang-barangnya didalam kotak lalu
simpan didalam bilik.Tinggal satu lagi kotak untuk aku keluarkan semua barang
dalam tu dan pergi simpan di tempat yang sepatutnya,ngomel Nur Alia.Laju tangan
dia mengeluar barang didalam kotak tersebut.
Ini semua kan
barang Rizal kenapa dia tak simpan lagi barang dia ni.Tengok macam barang lama
je.Nur Alia mengeluarkan sebuah album lama milik Syafiq Rizal.Dia melihat satu
persatu gambar didalam album itu.Ketika Nur Alia sedang khusyuk melihat gambar
suaminya,ada satu gambar membuatkan Nur Alia tertarik. Dia ni mesti ‘playboy’ kan dekat sekolah.Tengok muka
macho,tinggi, tipu la kalau tak ramai awek.Senyum Nur Alia melihat gambar
suaminya ketika zaman persekolahan. Ehh kejap…macam pernah aku tengok la muka
dia ni kat mana eh?Nur Alia merenung lama gambar Syafiq Rizal.Ya Allah!Tak kan
la dia ni…Riz??Abang Riz??
heee...best!
ReplyDelete