BAB 57
Nur Alia memberanikan diri pergi ke rumah Tok Piah.Hari itu hari untuk dia pulang ke Kuala Lumpur semula.Sebelum pulang ke Kuala Lumpur Nur Alia mahu melawat Tok Piah dahulu.Jika dia bertemu dengan Syafiq Rizal di rumah Tok Piah,Nur Alia terpaksa juga bersemuka dengan Syafiq Rizal.
“Assalamualaikum Tok Piah,”
“Waalaikumussalam.Ya Allah Lia!” Tok Piah terkejut melihat kedatangan Nur Alia.
“Tok sihat?” Senyum Nur Alia.
“Sihat Alhamdulillah.Mai masuk.Awat Lia mai lambat sangat rumah tok.Rizal dah lama balik Kuala Lumpur,”
“Oh yeke tok… lagipun Lia dan Rizal bukan rancang nak datang bersama dekat sini.Mungkin Rizal ada hal kerja datang Langkawi.” Ujar Nur Alia lalu duduk di atas kerusi.
“Rizal mai Langkawi bukan sebab kerja.Rizal mai sini sebab dia nak cari Lia.” Senyum Tok Piah.
“Cari Lia?” Nur Alia mengerutkan dahi.
“Dia mai sini semata-mata untuk cari Lia.Tok dah habaq kat dia yang Lia tak mai rumah tok,”
“Lia minta maaf tok.” Sayu suara Nur Alia.
“Awat yang Lia nak minta maaf.Lia tak buat salah kat tok,”
“Sebenarnya masa Lia sampai Langkawi,Lia dah datang rumah tok tapi tak ada orang.Lepas tu Lia pergi ambil angin dekat pantai.Tiba-tiba Lia ternampak Rizal.Tapi Lia tak pergi tegur Rizal.Lia… Lia terus balik ke hotel,”
“Ya Allah awat Lia buat macam tu?” Tanya Tok Piah memandang Nur Alia.
“Lia tak bersedia lagi nak berjumpa dengan Rizal tok.” Sebak suara Nur Alia.
“Tok faham apa yang Lia lalui,Lia kena banyak sabaq nah.Sebenarnya tok tak percaya apa yang jadi antara Rizal dan Marisa.Kalau boleh tok nak Lia balik pada Rizal.Kesian tok tengok dia.” Senyum Tok Piah sambil memegang bahu Nur Alia.
“InshaAllah tok…” Nur Alia memeluk Tok Piah.
Selepas Nur Alia melawat Tok Piah,dia pergi ke Pantai Cenang untuk mengambil angin sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Nur Alia berjalan menyusuri pantai sambil melihat keindahan pantai tersebut.Ramai orang yang berada di situ.Nur Alia tidak boleh berada lama kerana dia perlu pulang ke Kuala Lumpur.Entah bila pula dia akan datang ke Pulau Langkawi lagi.
Amirul Fahmi yang baru sahaja sampai di butik Puan Lisa,meluru masuk ke dalam butik itu.Dia mencari kelibat Nur Alia tetapi gadis itu tiada disitu.
“Hai Fahmi cari Alia ke?” Tanya Aisya kepada Amirul Fahmi.Aisya sudah dapat agak jika Amirul Fahmi datang ke butik pasti dia mencari Nur Alia.
“A ah… Lia belum balik dari Langkawi lagi ke kak?”
“Alia balik hari ni Fahmi.Oh yaa kebetulan kamu ada dekat sini akak nak minta tolong sikit dari kamu,”
“Oh yeke,akak nak minta tolong apa tu?” Amirul Fahmi mengerutkan dahinya.
“Hmm boleh Fahmi ambil Alia dekat airport?”
“Ambil di KLIA?Boleh sangat kak.” Amirul Fahmi tersenyum memandang Aisya.
“Okey bagus la kalau macam tu.Nanti kalau Lia dah call akak suruh ambil,akak beritahu kamu ye,”
“Ehh tak apa kak.Sekarang jugak saya pergi airport.Nanti kalau nak tunggu Lia call akak dulu,takut lama sangat dia nak tunggu saya datang.” Senyum Amirul Fahmi.
“Betul jugak kan… haa ikut kamu la Fahmi,”
“Okey kak thanks,saya pergi dulu.” Amirul Fahmi meluru keluar dan bergegas ke KLIA untuk menjemput Nur Alia.Aisya hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Amirul Fahmi itu.
Nur Alia baru saja sampai di KLIA.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Aisya untuk menjemput Nur Alia di KLIA.Tidak sempat dia ingin menelefon Aisya,kedengaran seseorang memanggil nama Nur Alia tidak jauh dari situ. “Alia!” Nur Alia mencari suara yang memanggilnya.Dia ternampak Amirul Fahmi sedang melambai pada Nur Alia.Dia pelik macam mana Amirul Fahmi boleh berada di sini.
“Hai Lia macam mana holiday?” Senyum Amirul Fahmi sambil mengambil bagasi Nur Alia.
“Ehh Fahmi tak apa saya boleh bawa beg ni,kak Aisya mana?”
“Mari saya tolong awak Lia.Sebenarnya kak Aisya yang suruh saya tolong jemputkan awak dekat KLIA.” Amirul Fahmi tersenyum mesra.
“Ya Allah kenapa tak beritahu saya awal-awal.Tak ganggu awak ke Fahmi?” Nur Alia mengerutkan dahinya.
“Tak la Lia,lagipun memang saya nak jumpa awak.Jom pergi dekat kereta saya.” Nur Alia hanya mengangguk lalu mengekori Amirul Fahmi ke kereta.
“Awak dah makan Lia?”
“Belum lagi Fahmi.Nanti sampai rumah kak Aisya baru saya keluar pergi makan,”
“Kalau macam tu jom saya bawa awak makan,”
“Ehh menyusahkan awak je.Dah la awak ambil saya dekat airport,lepas tu bawa saya keluar makan pula.” Nur Alia serba salah pada Amirul Fahmi.
“Saya tak kisah Lia… untuk awak,saya sanggup.” Senyum Amirul Fahmi sambil melihat Nur Alia disebelahnya.
Lain macam bunyi ayat Fahmi ni.Kenapa tiba-tiba je perangai dia ni pelik.Takut pula aku dengan Fahmi ni.Ngomel hati Nur Alia.
“Err… okey.” Nur Alia terkesima dengan kata-kata Amirul Fahmi itu.
“So apa yang awak rasa sekarang Lia?Best tak dekat Langkawi?”
“Alhamdulillah saya rasa tenang sekarang.Semasa saya dekat Langkawi saya ada pergi melawat Tok Piah dekat sana,”
“Oh bagus la kalau macam tu Lia.Tak elok juga kalau awak sentiasa murung.” Kata Amirul Fahmi.
“Lepas ni saya tak mahu lagi fikirkan masalah saya dan Rizal.Saya redha apa yang telah terjadi pada kami.Saya cuma tunggu Rizal ceraikan saya selepas itu saya akan mula kehidupan yang baru,”
“Awak serius ke nak berpisah dengan Rizal?” Amirul Fahmi mengerutkan dahi apabila mendengar apa yang Nur Alia katakan.
“Mula-mula saya ragu-ragu dengan perasaan saya,tapi selepas saya berfikir mungkin ini yang terbaik untuk kami,”
“Hmm… awak kena buat keputusan yang terbaik Lia.Saya tahu awak masih lagi marahkan Rizal apa yang telah dia lakukan.Tapi jangan disebabkan marah,awak dah tak mahu lagi hidup dengan Rizal.Padahal hati awak masih sayangkan Rizal.Jangan terburu-buru membuat keputusan.” Kata Amirul Fahmi.Dia tidak mahu Nur Alia menyesal dengan keputusan yang dibuat.
“Saya dah buat keputusan.” Tegas suara Nur Alia.
“Saya tak paksa awak untuk buat keputusan sekali lagi.Saya cuma nak awak fikir semula dan buat keputusan yang terbaik.Ini soal rumahtangga awak dan juga hati awak Lia,”
“Saya dah penat Fahmi…”
“Hmm kalau itu keputusan awak,saya tak boleh halang apa yang awak nak buat.Cuma satu je saya nak, awak jangan murung lagi okey?” Senyum Amirul Fahmi memandang Nur Alia disisinya.
“Iye… saya dah kembali sebagai Alia yang awak kenal dulu.” Senyum Nur Alia.
“Alhamdulillah… jom kita dah sampai.Perut saya ni macam-macam bunyi dah dengar.” Seloroh Amirul Fahmi.Nur Alia yang berada disebelah Amirul Fahmi hanya tersenyum.
Amirul Fahmi dan Nur Alia sedang enak menjamu selera di sebuah restoran.Macam-macam cerita Nur Alia menceritakan pengalamannya ketika berada di Pulau Langkawi.Amirul Fahmi tersenyum mendengar cerita Nur Alia itu.
“Fahmi,saya nak tanya something boleh?” Nur Alia memandang Amirul Fahmi dihadapannya.
“Yup apa awak nak tanya Lia?” Amirul Fahmi mengerutkan dahinya.
“Ini hal peribadi sebenarnya,”
“Okey lah biar saya teka eh soalan apa yang awak akan tanya saya.Mesti awak nak tanya bila saya nak kahwin kan?Okey la jawapan saya,inshaAllah kalau saya dah berjumpa dengan jodoh saya,saya berkahwin la.” Senyum Amirul Fahmi.
“Pandai awak teka kan Fahmi.Tapi kan sekarang ni awak tak ada buah hati ke?”
“Hmm buah hati?Nope belum ada lagi buat masa sekarang Lia.” Amirul Fahmi menggelengkan kepalanya.
“Kenapa tak cari?”
“Sebenarnya dulu saya ada kenal dengan seorang perempuan ni.Tapi hubungan kami tak berpanjangan sebab perempuan tu berkahwin dengan lelaki lain.So,lepas tu saya tak bercinta lagi.” Amirul Fahmi menceritakan kisahnya kepada Nur Alia.
“Oh macam tu ke.Kesian awak,awak ni dah la baik untung isteri awak nanti dapat suami macam awak.” Senyum Nur Alia memandang Amirul Fahmi.
“Kenapa?Awak nak jadi isteri saya ke?” Amirul Fahmi mengangkat keningnya.
“Err... saya tak bermaksud macam tu.” Riak muka Nur Alia berubah apabila Amiru
l Fahmi bertanyakan soalan itu.
“Haha saya melawak je Lia.Awak jangan risau,saya baik dengan awak sebab awak kawan saya dan juga sebab awak kakak ipar saya.Saya tahu saya bukan adik kandung Rizal,tapi saya hormat hubungan awak dan Rizal.So don’t worry,saya tak akan mengorat awak la Lia.” Sengih Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.
“Saya tak tahu nak cakap apa Fahmi.Awak terlalu baik dengan saya,”
“Ala tak payah cakap apa-apa pun.Mesti awak berkenan tengok lesung pipit saya ni kan sampai awak tak boleh nak cakap apa-apa.” Usik Amirul Fahmi.
“Ehh kesitu pula awak ni.Jom Fahmi,nanti kak Aisya risau pula kita lama-lama ni.” Ajak Nur Alia.Amirul Fahmi mengangguk lalu mereka berlalu dari restoran itu.
No comments:
Post a Comment