BAB 26
Nur Alia
merehatkan dirinya di atas katil dan membelek lengan yang ditampal
plaster.Hai... kan dah calar tangan aku ni.Macam mana la aku boleh jatuh
tersungkur tadi.Nasib tak teruk luka kat lengan ni.Dulu masa disekolah lagi
teruk rasanya aku jatuh sampai berjahit luka aku.Kali ni nasib baik tak luka
dalam.Kalau luka dalam memang kena jahit luka aku ni,silap hari bulan bertambah
parut dekat badan aku.Rizal tu nak emo tak tentu fasal kenapa eh?
Bukan dia yang
jatuh.Aku ni yang jatuh dia pula nak emo lebih.Pelik pula aku tengok perangai
mamat poyo tu dengan aku sejak dua menjak ni.Malas la aku nak fikir fasal dia,baik
aku tidur kejap dan rehatkan badan aku ni.
“Tok nak tanya hang lama dah.Tapi kalau tok simpan lagi
tok tak senang duduk.Tok pelik dengan hangpa
dua tak macam suami isteri tok tengok.” Tok Piah melihat wajah Syafiq Rizal
sedikit berubah dengan pertanyaan itu.
“Err... tak
macam suami isteri?Maksud tok macam mana tu?” Hati Syafiq Rizal berdegup
kencang.
“Hang tanya tok pasaipa Rizal.Cuba hang
pikiaq sendiri apa hang dah buat.”
Tok Piah memandang tajam kearah Syafiq Rizal.
Gulp!Tok dah
tahu ke fasal aku dengan Alia?Mampus aku!Rengus hati Syafiq Rizal.
“Rizal tak faham
tok tanya apa ni.Maksud tok kami tak mesra macam suami isteri ka?Err... tapi kalau nak mesra macam
suami isteri,tak kan kami nak tunjuk depan tok kut.Malu la Rizal.” Sengih Syafiq
Rizal.
“Ishh budak ni loklaq betoi.Bukan yang tu tok maksudkan.Tok
dok tengok hangpa ni dok panggil
saya... awak... cuba suruh Alia panggil
hang abang... hang panggil Alia
sayang.Kalau malu nak sebut sayang cuba panggil nama dia.Nampak la sikit macam
suami isteri,”
“Ya Allah tok
pasai tu ka.Kami dah biasa panggil
dengan panggilan tu tok.Err... kadang-kadang tu ada juga kami guna panggilan
sayang dan abang.Tak kan kami nak sebut depan tok kut,malu la.” Seloroh Syafiq
Rizal.Sebenarnya dia berbohong pada Tok Piah mengenai panggilan abang dan
sayang itu.Mana pernah Nur Alia memanggil Syafiq Rizal dengan panggilan abang.
“Hangpa nak malu apa,nanti biasakan diri
panggil dengan panggilan tu.Tok nak pi dapur
sat.Nanti hang pi tengok Alia dalam
bilik tu,nanti suruh dia mandi,”
“Okey tok nanti Rizal pi tengok Lia.” Jawab Syafiq Rizal melepas keluhan yang
panjang.Dia masih lagi bernasib baik kerana Tok Piah tidak tahu lagi mengenai
rancangan dia dan Nur Alia.Syafiq Rizal bergegas ke bilik tamu mendapatkan Nur Alia.
“Hoi pendek bangun la,terbongkang je tahu!” Syafiq Rizal menggoncang badan Nur Alia
yang sedang tidur itu.
“Ishhh... kacau
betul la awak ni kan dah hilang mimpi saya.” Nur Alia menggosok matanya sambil
memuncungkan mulut.
“Buat muncung
itik tu.Ingat cantik sangat la?Pergi mandi cepat nanti Tok Piah bising baru
tahu.” Syafiq Rizal ingin menarik tangan isterinya,tetapi Nur Alia menepis.
“Aduh!” Nur Alia terjerit kecil.
“Awak sorry... sorry... saya tak sengaja.Sakit
lagi tak?Meh saya tengok lengan awak.” Syafiq Rizal menarik lembut lengan Nur
Alia disisinya sambil meniup luka di lengan isterinya.
Nur Alia
merenung wajah Syafiq Rizal disisinya ketika Syafiq Rizal meniup lengannya
itu.Kenapa kau terlalu caring fasal
aku Syafiq Rizal?Ngomel hati Nur Alia.
“Dah habis
tenung muka saya yang handsome ni Nur
Alia?” Sengih Syafiq Rizal memandang isterinya yang tidak mengerlip merenung
wajah Syafiq Rizal.
“Huh?Awak cakap
apa tadi Rizal?Ehh... dah nak dekat maghrib ni saya nak pergi mandi kejap.” Nur
Alia mengubah topik.Dia malu dengan suaminya,kerana Syafiq Rizal perasan bahawa
Nur Alia merenungnya sebentar tadi.Dia turun dari katil lalu pergi dari situ.
No comments:
Post a Comment