Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 32)


BAB 32
“Nur Alia…nanti awak tolong Encik Fahmi untuk projek pembinaan resort di Pantai Cenang.Kalau Encik Fahmi seorang nak kena handle,mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dibuat.Jadi saya nak awak assist Encik Fahmi untuk projek ni Alia.” Ujar Syafiq Rizal kepada Nur Alia yang jauh termenung.

“Nur Alia?Awak accept ke tidak?Nur Alia!” Nada suara Syafiq Rizal sedikit tinggi dan kedengaran tegas.

Yes.” Jawab Nur Alia.Dia seperti tiada mood pada hari itu.Mungkin kerana melihat kemesraan Marisa dan Syafiq Rizal tadi.Apabila Nur Alia melihat mereka berdua,secara automatik dia berasa menyampah pada Syafiq Rizal.

Good.So itu sahaja yang ingin saya bincangkan.Jumpa lagi meeting yang akan datang.Semua boleh bersurai.” Syafiq Rizal memandang wajah Nur Alia yang masam mencuka itu. “Nur Alia tunggu sekejap saya nak jumpa awak.” Syafiq Rizal menahan isterinya keluar dari bilik mesyuarat.Syafiq Rizal berjalan mendekati Nur Alia dan duduk disebelah isterinya.

“Awak okey?”Tanya Syafiq Rizal.

“Hmmm…”

“Macam tak okey je jawapan awak tu,”

“Ye saya okey Encik Syafiq Rizal.” Perli Nur Alia.

“Encik Syafiq Rizal?Siapa tu?Dalam bilik mensyuarat ni ada kita berdua je, abang dan Alia.” Sengih Syafiq Rizal melihat kemuncungan isterinya itu.

Excuse me… siapa abang?” Nur Alia menjeling Syafiq Rizal disebelahnya.Menyampah!rengus hati Nur Alia.

“Ehh buat-buat tanya pula.Saya la abang, cuba panggil saya abang.” Senyum Syafiq Rizal.

Never!”

“Garangnya… awak ni kenapa Lia ada masalah apa ni cuba cerita dekat saya.Saya ni suami awak saya mesti kena tahu apa masalah awak.Tapi kalau masalah bendera merah tak payah cerita eh dekat saya.” Syafiq Rizal mengusik Nur Alia.

“Tak ada apa.Dah la banyak kerja lagi saya nak siapkan.” Nur Alia bingkas bangun.

“Kejap Lia, lagi dua hari kita akan berpindah dari rumah mama dan abah.Saya harap awak tak akan buat perangai macam ni lagi.Kalau awak ada masalah cuba cerita dekat saya.Kita sama-sama selesaikan.” Tegas suara Syafiq Rizal berkata sambil melihat isterinya.

“Apa pula perangai saya,awak pun sama je.” Kata Nur Alia lalu keluar dari bilik mesyuarat itu.

Uik aku pula yang kena.Kenapa pula dengan Alia tu.Boleh tahan jugak angin dia eh.Ingat aku sorang je angin tak tentu fasal dan nak baran.Alia pun baran jugak.Parah aku macam ni.Memang aku la nak kena mengalah?Mungkin dia tak tengok baran aku lagi kut.Tak apa la nanti okey la tu.Orang cakap, perempuan ni kalau merajuk ke marah ke sekejap je.Syafiq Rizal merehatkan dirinya disitu sambil memejamkan mata.

Marisa dan Mona sedang menunggu giliran untuk menonton wayang. “Lambatnya jam ni berjalan,aku dah tak sabar ni!” Marisa sedikit teruja.

“Awal lagi la Marisa cuba kau tengok jam baru pukul 5.30 petang.Lagi 30 minit baru la movie tu start.Kau pergi Langkawi buat apa Marisa?” Tanya Mona sambil mengunyah popcorn didalam mulut.

“Kan aku beritahu kau yang aku ada hal dekat sana Mona,”

“Yeke… mesti penting kan.Tiba-tiba je kau nak pergi sana,”

“Mesti la babe.Cuba kau teka aku terjumpa siapa dekat Pulau Langkawi tu.” Marisa berteka teki dengan Mona.

“Siapa?Hmm… si Halim sugar daddy kau tu?Dia kan stay dekat Pulau Langkawi.Tak pun jumpa Haikal?”

“Apa la kau punya jawapan ni Mona,sakit mata aku je kalau terjumpa diorang tu.Ehemm… sebenarnya aku terjumpa Rizal dan isteri dia si Alia tu.” Marisa tersenyum lebar memandang Mona.

What??Apa diorang buat dekat situ?Ehh jap… jap mesti diorang pergi honeymoon kan?Ooo… patut la kau nak pergi Langkawi sangat Marisa.Gila eh kau ni sanggup pergi sana semata-mata nak stalk Rizal?”

Hello selagi aku tak dapat Rizal tu,sampai ke lubang cacing aku akan dapatkan dia.” Jeling Marisa kepada Mona.

“Ishh sudah-sudah la tu Marisa.Tak baik kau ganggu rumahtangga orang.Kau nak dapatkan Rizal pun agak-agak laa.Rizal tu masih suami orang,lain la kalau Rizal tu duda,”

“Sampai bila aku nak tunggu dia?Ehh kalau disebabkan Rizal aku sanggup buat apa sahaja,”

“Suka hati kau la Marisa.Jangan sampai kau yang tergigit jari sendiri ye.Aku ni dah berbuih-buih mulut nasihat kau.Tapi tak jugak masuk dalam kepala kau tu.Jom la movie dah nak start ni.” Mona  menarik tangan Marisa.


“Kau ni Mona macam tak back up kawan je.Tak kesian ke kat kawan kau ni.Aku buat semua ni pun untuk kebaikkan aku jugak.Kau tak nak tengok aku dan Rizal bahagia ke.Nanti kalau aku kahwin dengan Rizal sepupu kau tu  mesti kau jadi sepupu ipar aku kan?” Marisa membebel kepada Mona.Mona tidak endahkan dengan bebelan Marisa itu.Mona sudah cukup masak dengan perangai Marisa.Mona risau jika Marisa akan membuat sesuatu pada rumahtangga Syafiq Rizal dan Nur Alia.

No comments:

Post a Comment