Wednesday, 10 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 66)


BAB 66
Syafiq Rizal dan Nur Alia menuju ke rumah Puan Lisa dan Encik Sufian.Mereka akan memberitahu apa yang sebenarnya berlaku pada diri Nur Alia.Jika mereka simpan rahsia mereka terlalu lama,pasti keluarga mereka akan risau tentang Nur Alia.

“Assalamualaikum.” Syafiq Rizal memberi salam.Nur Alia senyum memandang suaminya disebelah.

“Waalaikumussalam.Ya Allah,Lia!” Jerit Puan Lisa melihat Nur Alia berada disisi Syafiq Rizal.Puan Lisa memeluk anak tunggalnya itu.

“Lia pergi mana,risau mama fikirkan Lia.” Sebak Puan Lisa.

“Lia ada je mama,Lia tak pergi mana-mana pun.” Senyum Nur Alia sambil memeluk Puan Lisa.

“Macam mana kamu jumpa Lia ni Rizal?” Tanya Encik Sufian kepada Syafiq Rizal.

“Sebenarnya... sebenarnya Rizal terpaksa culik Lia...” Ujar Syafiq Rizal.

“Kamu culik Alia?Kenapa?” Nada suara Encik Sufian berubah tinggi.

“Sebab saya tak mahu kehilangan Alia lagi,”

“Apa yang jadi dengan kamu berdua ni...” Puan Lisa bersuara.

“Sebenarnya sejak Lia dapat tahu Rizal kena tangkap khalwat dengan Marisa,hati Lia dah tak boleh terima Rizal lagi.Lepas tu Lia makin rapat dengan Fahmi.Fahmi sangat memahami Lia.Tapi Lia dan Fahmi cuma berkawan.Rizal marah sebab Lia rapat dengan Fahmi.Rizal cuba nak selesaikan masalah kami,tapi Lia tak nak.Jadi Rizal menculik Lia.” Nur Alia menceritakan apa yang berlaku kepada Puan Lisa dan Encik Sufian.

“Ini kes cemburu la ni...” Seloroh Encik Sufian.

“Tak jugak abang,budak berdua ni ego satu hal.Rizal ni memang sayangkan Lia.Tapi tak nak mengaku sampai sanggup culik isteri sendiri.Lia ni pula keluar dengan Fahmi dan anggap Fahmi sebagai kawan,tapi masih mengharapkan Rizal sebab dia sayangkan Rizal.” Ujar Puan Lisa sambil tersenyum memandang Syafiq Rizal dan Nur Alia.

“Mama ni pandai-pandai je…” Nur Alia memeluk bahu Puan Lisa.

“Ehh betul apa mama cakap.Mama dan abah ni dah lama hidup sebagai suami isteri,kan abang.” Tanya Puan Lisa kepada Encik Sufian.

“Sudah la tu,nanti Lia telefon umi dan ayah.Diorang risau Lia hilang.” Ujar Encik Sufian.

“Okey abah nanti Lia beritahu.Lagipun Lia nak beritahu dekat kak Aisya dan Fahmi jugak.” Senyum Nur Alia.Dia menggenggam erat tangan Syafiq Rizal disebelahnya.

Datin Fauziah dan Dato Kamal terkejut mendengar berita bahawa Marisa meninggal dunia.Mona yang berada di rumah Datin Fauziah dan Dato Kamal juga tidak percaya rakannya sudah tiada lagi di dunia.

“Lepas Alia kena culik,Marisa pula meninggal dunia.Macam-macam hal berlaku.” Keluh Datin Fauziah.

“Sabar Mak Lang.Ini semua telah tertulis.” Mona mengusap belakang Datin Fauziah.

“Kesian Marisa,”

“Saya dah banyak kali nasihatkan Marisa,jangan mabuk.Tapi dia degil.” Ujar Mona disebelah Datin Fauziah.

“Nak buat macam mana Mona.Benda dah jadi.Mak Lang sekarang risau dengan Alia.Sampai sekarang tak dengar berita fasal Alia.” Datin Fauziah memegang kepalanya.

“Fasal Alia tu mak lang jangan risau.Saya yakin Alia selamat.” Senyum Mona memandang Datin Fauziah.

“Assalamualaikum umi.” Syafiq Rizal memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Datin Fauziah menjawab salam Syafiq Rizal.Dia tidak perasan bahawa Nur Alia bersama Syafiq Rizal.

“Umi...” Tegur Nur Alia kepada Datin Fauziah.

Datin Fauziah terus menoleh memandang Nur Alia. “Lia!” Lantas Datin Fauziah memeluk menantunya itu.

“Umi sihat?” Senyum Nur Alia memandang Datin Fauziah yang sudah mengalirkan air mata.

“Jangan tanya umi sihat ke tidak.Alia ni sihat tak?Apa yang berlaku dekat Lia?”

“Lia okey umi.Lia kena culik.” Nur Alia memandang Syafiq Rizal.

“Cakap dekat umi,siapa yang sanggup culik Lia?” Tegas suara Datin Fauziah.

“Hmmm sebenarnya,Rizal yang culik Lia...” Syafiq Rizal mencelah perbualan Nur Alia dan Datin Fauziah.

“Ya Allah Rizal!Sanggup Rizal culik isteri sendiri.” Datin Fauziah terus memandang muka anaknya itu.

“Bukan Rizal sorang je culik Lia umi.Ni Mona pun sepakat dengan Rizal culik Alia.” Sengih Syafiq Rizal memandang Mona yang sudah terpinga-pinga apabila namanya disebut.

“Ehh Mak Lang,Mona tak salah.Mona cuma tolong Rizal je.” Kelam kabut Mona menerangkan.

“Ooo... selama ni kamu berdua tahu la Alia pergi mana.Budak bertuah betul.Nasib baik umi tak lapor dekat polis.Kalau tidak,kamu berdua duduk la dalam penjara!” Gertak Datin Fauziah sambil memegang bahu Nur Alia.

“Alaaa umi… Sorry sebab Rizal culik Lia.Rizal bukannya bermaksud nak culik dia.Lia ni degil tak nak ikut cakap Rizal.Dah banyak kali Rizal ajak dia balik rumah.Tapi degil!” Syafiq Rizal menarik telinga Nur Alia.

“Adoi!” Nur Alia terjerit kecil.

“Yang kamu tarik telinga Alia kenapa.Meh sini telinga kamu umi nak tarik!Budak bertuah betul kamu ni Rizal.” Datin Fauziah menarik telinga Syafiq Rizal.Nur Alia dan Mona ketawa melihat gelagat Syafiq Rizal dan Datin Fauziah.

“Alia,aku nak minta maaf dekat kau.” Mona bersuara.

“Kau tak salah Mona.Aku yang salah sebab fikir yang bukan-bukan fasal kau dan Rizal.” Senyum Nur Alia memandang Mona.

“Kenapa pula?”

“Dulu aku ingat kau ni girlfriend Rizal.Iye la sebab lepas Rizal keluar dengan Marisa,dia keluar dengan kau pula.Tapi aku salah.Korang sebenarnya sepupu.Aku minta maaf.” Sayu suara Nur Alia.

“Ehh tak.Kau tak salah Lia.Salah faham je semua tu.” Senyum Mona.

“Hai Mona.” Mesra Syafiq Rizal menegur Mona.

“Apa kau ni Rizal.Tengok sekarang Lia dah sedih,”

“Laaa kenapa pula ni?” Syafiq Rizal memandang Nur Alia.

“Dia ingat aku ni awek kau.” Seloroh Mona.

“Lia... kan abang dah beritahu  yang Mona ni sepupu abang.Jangan sedih-sedih sayang.” Pujuk Syafiq Rizal.Mona tersengih melihat Syafiq Rizal.

“Mana ada Lia sedih.” Muncung Nur Alia.

“Habis tu kenapa ni?”

“Lia cuma nak minta maaf je sebab Lia ingat Mona ni awek abang dulu.” Ujar Nur Alia memandang Mona.

“Tak payah la minta maaf Lia.Kau tak salah.Aku ni yang salah sebab culik kau.Ni semua Rizal punya rancangan la.” Mona menampar lengan Syafiq Rizal.

“Ehh... tapi siapa yang bagi idea suruh culik Alia?Kau kan?” Cebik Syafiq Rizal kepada Mona.

“Sudah la tu,korang ni macam anjing dengan kucing je.” Tegur Nur Alia kepada mereka berdua.

“Kalau kami anjing dan kucing,awak apa Lia?Hamster eh?” Ketawa Syafiq Rizal mengusik isterinya.Mona dan Nur Alia turut ketawa bersama.

“Aku minta diri dulu.Aku ada hal sikit.Nanti jumpa korang lagi ye.Bye!” Mona meninggalkan Syafiq Rizal dan Nur Alia di situ.

 “Abang... Lia nak minta izin pergi butik kejap.Nak jumpa kak Aisya dan Fahmi.Fahmi ada dekat butik.” Tanya Nur Alia.

“Okey abang hantarkan Lia ye.” Senyum Syafiq Rizal memandang isterinya.

“Tapi Lia nak bercakap dengan Fahmi kejap,abang tunggu Lia dalam kereta ye nanti,”

“Hmmm...” Syafiq Rizal seperti tidak mahu membenarkan isterinya bercakap dengan Amirul Fahmi.

“Abang... kejap je Lia nak bercakap dengan Fahmi.” Ujar Nur Alia sambil memegang pipi suaminya.

“Iyelah, jangan lama-lama tau!” Syafiq Rizal mencium tangan isterinya.

Jealous eh?” Usik Nur Alia.

“Mesti la!” Syafiq Rizal seakan merajuk.

“Mengada.Jom hantar Lia pergi butik.” Ajak Nur Alia.

Syafiq Rizal menunggu isterinya didalam kereta.Dia menghayati lagu yang sedang dimainkan di radio.Dia tersenyum gembira kerana dia sudah mendapatkan isterinya kembali.Bukan itu sahaja,dia juga sudah meluahkan perasaan pada Nur Alia.Dia pasti selepas ini dia akan hidup bahagia bersama Nur Alia.

“Hai akak,hai Fahmi.” Tegur Nur Alia.

“Lia!” Jerit Aisya lalu memeluk Nur Alia.Amirul Fahmi tersenyum melihat Nur Alia disitu.

“Lia okey?” Tanya Aisya.

“Alhamdulillah Lia okey,”

“Fahmi dengan akak risau fikir fasal Lia,”

“Nasib baik Rizal yang culik Lia.” Ujar Nur Alia.

“Seronok tak kena culik dengan suami sendiri?” Usik Aisya.

“Haish akak ni kesitu pula.Hmm akak, Lia nak bersembang dengan Fahmi kejap.” Senyum Nur Alia.

“Okey akak pergi bilik rehat ye.” Aisya meninggalkan Nur Alia dan Amirul Fahmi berdua disitu.

“Nasib baik Rizal yang culik awak Lia.” Amirul Fahmi senyum melihat Nur Alia.

“Risau jugak saya hari tu Fahmi.Macam-macam dalam kepala saya ni fikir,”

So sekarang awak dah berbaik dengan Rizal?Lia awak nak tahu tak siapa yang cuba ugut awak selama ni?”

“Yup Fahmi.Kami dah berbaik.Saya harap hubungan kami sebagai suami isteri akan kekal.Awak dah tahu ke siapa orang tu Fahmi?” Nur Alia mengerutkan dahinya.

“Marisa yang cuba ugut awak.Saya dapat tahu dari Haikal.Skandal si Marisa tu.Semua benda pelik yang jadi dekat awak sebelum ni,itu semua kerja Marisa.Dia jealous dan menyimpan dendam dengan awak Lia.Dia cuba dapatkan Rizal,tapi awak yang jadi mangsa.Satu lagi kejadian yang Rizal kena pukul dekat kepala tu.Itu pun kerja Marisa jugak.Dia suruh orang tu pukul awak,tapi Rizal yang kena,”

“Ya Allah,tak sangka dia sanggup buat saya macam ni.Tapi sekarang Marisa dah meninggal Fahmi.Tak baik kita nak ungkitkan  benda yang pernah di buat dekat saya dulu.Saya harap dia tenang di sana.” Nur Alia seperti tidak percaya bahawa Marisa sanggup melakukan perkara seperti itu demi mendapatkan Syafiq Rizal semula.

“Dia sanggup buat macam tu sebab,Marisa memang terlalu cintakan Rizal.Tapi Rizal bukan cinta dekat Marisa.Dia cintakan awak Lia.” Senyum Amirul Fahmi.

“Hmm... saya harap hubungan kami kekal sehingga akhir hayat.” Ujar Nur Alia.

“Saya doakan awak bahagia disamping Rizal,”

“Terima kasih Fahmi.Saya nak ucap terima kasih dekat awak sebab menjadi kawan saya dan teman saya sepanjang saya sedih sebelum ni.Saya tak tahu macam mana nak balas kebaikkan awak pada saya.” Ujar Nur Alia memandang Amirul Fahmi dihadapannya.

“Ehh awak tak payah balas apa-apa.Saya ikhlas tolong awak.Lagipun awak kan kakak ipar saya.” Senyum Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.

Thanks Fahmi.Saya harap awak boleh jadi kawan saya sampai bila-bila.Oh ye sebenarnya,saya jealous dengan awak tau.” Tegas Nur Alia.

“Kenapa awak jealous dengan saya?” Amirul Fahmi mengerutkan dahinya.

“Sebab awak ada dua lesung pipit.Comel!” Puji Nur Alia kepada Amirul Fahmi.

“Awak jealous dengan lesung pipit saya ke.Tapi awak pun ada satu lesung pipit dekat pipi kanan awak tu.Kalau awak nak dua lesung pipit, nanti saya bagi awak satu lesung  pipit saya dekat awak eh.Tapi nanti, tak aci la awak ada dua saya ada satu je lesung pipit!” Usik Amirul Fahmi sambil tersenyum.

 “Haha... apa la awak ni Fahmi.Okey la saya minta diri dulu.Nanti kirim salam dekat kak Aisya ye,bye Fahmi.” Nur Alia melangkah kaki keluar dari butik itu.Amirul Fahmi hanya tersenyum melihat Nur Alia yang berlalu pergi.


No comments:

Post a Comment