BAB 46
“Strike!” Jerit Amirul Fahmi.
“Woo
makin hebat kau ye Fahmi.” Syafiq Rizal bangun dan memilih bola boling lalu
menjatuhkan pin.
“Haha.Practice make perfect bro.Rizal aku nak
tanya kau sikit,”
“Apa
yang kau nak tanya?”
“Lama
aku tak nampak Lia dekat office?Dia
pergi mana?”
“Dia
dah tak kerja dengan aku.” Perlahan nada suara Syafiq Rizal menjawab pertanyaan
Amirul Fahmi.
“Kenapa
bro?Korang ada masalah?”
“Biasa
la suami isteri kan,mesti la ada masalah.Ehh Fahmi aku ada hal sikit.Aku minta
diri dulu.” Syafiq Rizal melihat jam di tangannya.
“Masalah
salah faham pun tak nak bawa berbincang.Tak faham betul dengan kau ni.Nanti
kalau Alia pergi jauh dari kau baru nak menyesal.” Bebel Amirul Fahmi kepada Syafiq
Rizal sambil memakai kasut.
“Salah
faham kau cakap Fahmi?Aku ada bukti yang diorang tu masih lagi kekasih dan
sedang buat persiapan untuk berkahwin.Sudah la aku malas nak bincang fasal Alia
lagi.Aku pergi dulu.” Syafiq Rizal beredar dari pusat boling itu.
Nur
Alia dan Aisya melangkah masuk kedalam restoran
McDonald’s.Aisya mencari tempat duduk untuk mereka berdua.Nur Alia pula sedang
memesan makanan di kaunter.Aisya membetulkan kedudukannya tiba-tiba dia
ternampak Syafiq Rizal dan seorang wanita di meja hadapannya.
Itu
kan Rizal?Siapa pula perempuan seksi tu?Manja betul perempuan tu.Sedang Aisya
sibuk memerhatikan Syafiq Rizal dan Marisa,Nur Alia datang sambil membawa
dulang berisi 2 set burger.
“Lia,tu
Rizal kan?Siapa perempuan tu?” Tanya Aisya yang masih lagi memanjangkan
lehernya memandang Syafiq Rizal dan Marisa.
Nur
Alia menoleh “Itu Marisa,girlfriend Rizal.”
Ujar Nur Alia.
“Girlfriend?Amboi cepatnya dapat
pengganti eh.” Aisya menyuap burger kedalam mulut.
“Diorang
memang dah lama jadi pasangan kekasih kak,”
“Oh
yeke.Tapi agak-agak la Rizal pun.Dia tu dah berkahwin dah ada isteri.Tapi masih
lagi menggatal dengan perempuan lain,”
“Alaa
kak biarkanlah diorang tu,nanti hilang selera kita nak makan kalau asyik fikir
diorang je.” Kata Nur Alia kepada Aisya.Didalam hati Nur Alia terlalu sakit
sekali melihat Syafiq Rizal dan Marisa.
“Kalau
akak jadi Alia,akak pergi serang perempuan tu,”
“Akak
ni macam tu pula.Tak baik la pergi serang dia.Nanti dia buka silat macam mana?”
Sengih Nur Alia.
“Oh
buka silat?Akak pun boleh!Akak buka la Muay
Thai akak.” Seloroh Aisya sambil mengangkat tangannya seolah-olah ingin
bertinju.Lantas Nur Alia dan Aisya ketawa.
Nur
Alia menghidupkan laptop dan log in
di Facebook.Dia membaca entry dari
rakan Facebooknya di homepage.Ketika Nur
Alia asyik membaca,tiba-tiba Liana menegur Nur Alia dengan menghantar di chat box.
Liana : Haluu!!Lia
kau apa khabar?
Alia : Wahh minah saleh tegur aku la!Terharu
aku.Aku sihat Alhamdulillah.
Liana :
Banyak la kau minah saleh aku minah Malaysia la.Aku dekat sini selalu je demam…
ni hingus ni
tak nak berhenti!
Alia : Haha.Biasalah tu badan kau nak biasakan
keadaan cuaca kat sana..
Liana : Lia kau dengan Rizal dah ok?
Alia : Hmm belum lagi…tadi aku nampak dia dengan
Marisa
Liana : Ya Allah sampai bila kau nak jadi macam ni
Lia…kesian aku tengok kau.Habis tu kau tak nak cari pakwe biar si Rizal tu
sakit hati pulak tengok kau.
Alia : Aku nak cari pakwe?Siapalah yang nak
dekat aku ni Liana aku ok jela jangan risau ye :)
Liana : Iyelah tu ok entah-entah menangis setiap
malam sebab rindukan Rizal kan..kan?Ehh kau rapat la dengan Fahmi aku tengok
kau sesuai jugak dengan dia
Alia : Aku menangis??haha..ingat aku macam kau
ke.Oi Liana aku ni masih lagi isteri Rizal buat apa aku nak pergi rapat dengan
Fahmi.Biarlah Rizal dengan awek dia si Marisa tu
Liana : Dah Rizal boleh buat kau macam tu kau pun
boleh jugak kan?Cuma kau tu yang takut Lia
Alia : Liana…kalau boleh aku tak nak ada affair
dengan siapa pun sebab aku masih lagi isteri Rizal
Liana : Kau ni Lia setia betul dengan Rizal
kan..ikut kau lah kau yang banyak sakit hati dengan perangai Rizal tu
Alia : Tak apa satu hari nanti Rizal akan sedar
Liana.Wei nanti jangan lupa lepas 5 tahun
bawa la balik buah tangan dari Australia
Liana : Kau ni macam la hari raya aku tak
balik..inshaAllah raya tahun ni aku balik aku bagi kau sekor beruang koala eh.Boleh
la kau bela dan peluk beruang tu
Alia : Ehh apa kau ingat beruang koala tu macam
kucing ke?
Liana : Hehe lebih kurang je aku tengok dua-dua
comel tau!ok la Lia nanti kita sembang lagi oh ye Kimi kirim salam dekat kau
dan kak Aisya jangan lupa kirimkan salam dari kami tau.bye!
Nur
Alia menggelengkan kepalanya dengan gelagat Liana.Selepas sahaja Nur Alia berchatting dengan Liana, Nur Alia baring
diatas katil sambil berfikir tentang Syafiq Rizal.
Apa
la dia tengah buat sekarang ,dia rindu aku tak eh?Huh… yang aku sibuk fikir fasal dia
kenapa.Entah-entah dia tengah enjoy sakan dengan Marisa awek manja dia
tu.Rengus Nur Alia.
“Umi,Rizal nak keluar kejap.Umi nak pesan apa-apa
tak?” Tanya Syafiq Rizal.
“Tak apa la Rizal,lagipun dah malam ni.Umi nak terus
tidur je lepas ni.Kamu jangan balik lewat sangat Rizal,”
“Okey umi.” Syafiq Rizal mencium tangan Datin
Fauziah lalu bergegas mendapatkan keretanya.
“Rizal nak pergi kemana tu?” Tanya Dato Kamal kepada
isterinya.
“Dia nak keluar kejap bang,”
“Saya tengok lain macam perangai Rizal sejak dua
menjak ni.Kamu tak rasa pelik ke Fauziah?” Dato Kamal perasan ada yang tidak
kena mengenai Sayfiq Rizal.
“Saya pun ada juga perasan abang.Saya tak pula tanya
dia kenapa.Tak apa nanti ada masa saya cuba tanya pada Rizal,”
“Rizal tu kalau ada masalah memang lain macam lah
perangai dia.” Dato Kamal berlalu meninggalkan Datin Fauziah disitu.
Laju kereta Syafiq Rizal menyusuri jalan raya.Malam
itu dia ada aktiviti bersama Marisa di Extreme Park Shah Alam.Sudah lama Syafiq
Rizal tidak pergi kesana kerana sibuk dengan kerja.
“Hai Marisa sorry
I lambat sikit.” Syafiq Rizal
memandang Marisa dihadapannya.
“Lambat sikit you
cakap?I rasa setengah jam you lambat Riz,”
“Sorry la.Okey
kejap lagi I belanja you makan sebab
I lambat ye.” Senyum Syafiq Rizal.
“Yes!Itu
yang I nak dengar.Jom dah lama diorang tunggu kita.” Marisa menarik tangan
Syafiq Rizal menuju ke Rock Climbing.Di situ tidak kira siang atau malam pasti
ramai pengunjung akan datang ke Extreme Park untuk melakukan riadah.
“Wow you boleh lagi ye nak panjat Marisa.I dah lama tak buat aktiviti ni,rasa
berat je badan I.” Ujar Syafiq Rizal sambil mengelap peluh.
“Cuba you tengok
perut you Riz.Boroi!Itu yang berat
semacam je you nak panjat,”
“Suka hati you
je kutuk I.” Syafiq Rizal tersenyum.
“Ehh you cakap
nak belanja I,jom lah!” Ajak Marisa.
“Wait la.I
penat la sayang...”
“Kesian penat ye.Nak I hilangkan penat you?” Rengek Marisa di sisi Syafiq Rizal.
“Haha.You suka goda I kan Marisa,”
“I akan goda you
sorang je Rizal.” Senyum Marisa memandang Syafiq Rizal.
“Jom kita pergi Burger King.Dah lama I tak makan,”
“Okey jom.” Syafiq Rizal merangkul pinggang Marisa
menuju ke Burger King yang berada di Extreme Park itu.Pada masa yang sama hati
Marisa berbunga-bunga kerana Syafiq Rizal makin mendekati dengan dirinya.Dia pasti
Syafiq Rizal akan jadi miliknya semula.
No comments:
Post a Comment