Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 40)


BAB 40
Syafiq Rizal dan Amirul Fahmi sedang sibuk membincangkan projek Chalet di Pantai Cenang. “Lepas ni kau kena stay Pulau Langkawi untuk sementara waktu untuk tengok keadaan pembinaan Chalet disana.” Kata Syafiq Rizal yang sedang sibuk menyemak kertas kerja.

No problem.Bila aku boleh pergi sana?Projek ni baru 50% siap,”

“Ikut kau bro bila kau nak pergi sana.Aku harap pembinaan yang 50% tu sangat memuaskan.” Syafiq Rizal memeriksa kertas kerja ditangannya.

“InshaAllah memuaskan.So Alia pun perlu follow aku pergi sana?” Sengih Amirul Fahmi.

“Huh?Aku tak izinkan Lia ikut kau.Kalau kau perlukan pertolongan dia just contact her atau tunggu aku free,Nanti aku dan Alia pergi sana.Nanti korang boleh la berbincang.” Tegas Syafiq Rizal yang masih lagi melihat kertas kerja.Sedang Syafiq Rizal memeriksa kertas kerja,telefon bimbitnya bergetar.1 message received.Syafiq Rizal membaca SMS yang diterima itu.
                                     “Awk ..sy nk pegi jumpa Liana kejap boleh tk?tapi sy tk pasti pukul berapa saya sampai  rumah nanti”
                                      “ok..”
Syafiq Rizal membalas SMS dari isterinya itu lalu sambung semula memeriksa kertas kerja ditangannya.Syafiq Rizal sangat serius jika bekerja,jika ada sesuatu yang menganggu pasti tidak diendahkan olehnya.

Nur Alia,Liana dan Ashraf Hakimi berjalan menuju ke KFC untuk menjamu selera.Nur Alia dipaksa oleh Liana untuk keluar bersama mereka.Pada masa yang sama dia ingin memberi buah tangan kepada Liana dan Ashraf Hakimi.

“Nah buah tangan dari Pulau Langkawi.Sorry la baru nak bagi korang.” Kata Nur Alia kepada Liana dan Ashraf Hakimi.

Thanks Lia.Yeay saya dapat chocolate Kimi.” Senyum Liana pada Ashraf Hakimi disebelahnya.

“Makan sampai puas ye awak.” Senyum Ashraf Hakimi.

“Lepas ni korang nak pergi mana?” Tanya Nur Alia kepada Liana dan Ashraf Hakimi sambil menyedut air coca-cola.

“Nak cari barang untuk majlis perkahwinan kami Lia.” Senyum Ashraf Hakimi.

“Wahh… kalau macam tu lepas makan aku balik rumah jela.Nanti korang boleh cari barang yang korang nak beli.” Nur Alia tidak mahu menganggu Liana dan Ashraf Hakimi.

“Ehh kau ikut kami la Lia.Kejap je, lagipun kami nak hang out dengan kau sebelum aku dan Kimi terbang ke Australia,”

“Australia?Korang pergi honeymoon sana?”

“Yup dan kami akan tinggal disana disebabkan Liana mendapat kerja di Australia.Tapi bukan selamanya kami tinggal disana.Hanya 5 tahun kami disana.” Ujar Ashraf Hakmi.

“Oh yeke.Alhamdulillah dapat jugak kau pergi sana kan Liana.” Senyum Nur Alia memandang Liana disebelah Ashraf Hakimi.

“Alhamdulillah,nanti ajak Rizal datang melawat kami disana tau Lia.Mesti aku akan rindukan kau.” Liana memegang tangan Nur Alia dihadapannya.

“InshaAllah aku sampai sana Lian.” Senyum Nur Alia.

“Ehh jom kita,perut semua dah kenyangkan.Sekarang misi mencari barang-barang yang ingin dibeli.” Ajak Ashraf Hakimi.

Ketika sedang mencari barang  perkahwinan Liana dan Ashraf Hakimi,Liana meminta diri untuk pergi ke tandas. “Awak,saya nak pergi toilet kejap.Awak dengan Lia tunggu sini kejap ye.” Ujar Liana lalu meninggalkan Ashraf Hakimi dan Nur Alia disitu.

“Okey sayang.” Senyum Ashraf Hakimi kepada Liana.

“Saya nak duduk sana kejap.” Ujar Nur Alia lalu berjalan menuju ke kerusi.Ashraf Hakimi mengekori Nur Alia.

“Ramai pula orang dekat sini kan.” Ashraf Hakimi memerhati gelagat pengunjung di situ.

“Biasa la Kimi,ehh awak dah beli cincin untuk Liana?”

“Ya Allah,belum lagi la Lia.Jom temankan saya kejap sementara Liana pergi toilet.Saya nak surprise kan Liana.”Ashraf Hakimi memandang Nur Alia.

“Okey jom.” Kata Nur Alia.

Mereka mencari kedai barang kemas untuk membeli cincin kepada Liana.Sementara Liana berada di dalam tandas,Ashraf Hakimi mahu mengambil peluang untuk membeli cincin untuk teman wanitanya itu.

“Cantik tak cincin ni Lia?Agak-agak Liana suka tak ye.”Ashraf Hakimi membelek cincin emas untuk diberi kepada Liana.

“Sesuai untuk Liana ni, confirm dia suka.” Senyum Nur Alia.

“Tapi muat ke jari Liana?”Ashraf Hakimi mengerutkan dahinya.

“Muat la Kimi, jari Liana sama je dengan jari saya ni hah.” Nur Alia menunjuk jarinya pada Ashraf Hakimi.Ashraf Hakimi  tersenyum melihat gelagat Nur Alia itu.

Syafiq Rizal merehatkan dirinya di atas sofa di ruangtamu.Ingin melelapkan mata tetapi tidak dapat melelapkan.Nur Alia belum pulang dari berjumpa Liana.Sebenarnya Syafiq Rizal tidak tahu Nur Alia keluar berjumpa Liana dan Ashraf Hakimi.Nur Alia hanya memberitahu bahawa dia ingin keluar dengan Liana sahaja.Ketika Syafiq Rizal sedang merehatkan dirinya tiba-tiba dia menerima MMS dari nombor yang tidak dikenali.Syafiq Rizal membuka MMS tersebut.Hati Syafiq Rizal panas hati melihat isi MMS itu.Dia tidak menyangka di skrin telefon bimbitnya tertera gambar Nur Alia dan Ashraf Hakimi sedang tersenyum mesra membeli cincin.Syafiq Rizal meraup mukanya.

Kau cakap kau jumpa Liana,tapi bukan Liana kau jumpa.Kau jumpa Kimi!Syafiq Rizal merengus geram sambil menggenggam tangannya.

Nur Alia memandu keretanya dengan tenang sekali.Dia tersenyum gembira kerana selepas ini Ashraf Hakimi dan Liana akan menjadi suami isteri.Di dalam hati Nur Alia tidak ada lagi cinta untuk Ashraf Hakimi.Itu semua telah lenyap sejak Nur Alia menghabiskan pengajiannya di UiTM dahulu.Dia keluar dari kereta.Dia melihat Syafiq Rizal sudah pulang ke rumah.

“Assalamualaikum.” Nur Alia memberi salam.Dia melihat suaminya masih lagi belum mandi dan kelihatan kusut diatas sofa.

“Dah lama awak balik Rizal?Kenapa tak mandi lagi.Pergi la mandi saya ada beli makanan.Nanti kita makan sekali ye.” Nur Alia meletakkan dua bungkusan makanan di atas meja makan dan sekotak ayam KFC.

Syafiq Rizal diam membisu,salam dan pertanyaan isterinya tidak dijawab.Tetapi lain pula yang keluar dari mulut Syafiq Rizal. “Tadi pergi mana Lia… lambat balik.” Nada suara Syafiq Rizal perlahan tetapi jelas didengar oleh Nur Alia.

“Tadi kan saya dah hantar SMS kat awak.Saya keluar dengan Liana.” Selamba Nur Alia.

“Hei perempuan kau jangan tipu aku!Baik kau cakap betul-betul, kau jumpa Liana ke jumpa Kimi kekasih keparat kau tu!” Syafiq Rizal tidak boleh lagi menahan marahnya pada Nur Alia.

“Apa awak mengarut ni Rizal?” Nur Alia terkejut dengan kata-kata Syafiq Rizal.Sebelum ini mana pernah suaminya membahasakan dirinya ‘aku’.

“Kau ingat aku ni bodoh ke hah perempuan,ni apa ni??” Syafiq Rizal meluru kearah Nur Alia lalu menunjukkan gambar MMS yang diterimanya tadi.

“Awak dengar cakap saya dulu,i can explain this.” Nur Alia cuba menenangkan Syafiq Rizal dihadapannya.

“Apa lagi alasan kau nak bagi sekarang?Hei perempuan kalau kau nak sangat kahwin dengan Kimi tu,kau pergi!Kau jangan  cari aku lagi.Aku benci tengok muka kau!Selama ni aku percaya dan bagi keizinan kau pergi jumpa Liana tapi kau tipu aku.” Nada suara Syafiq Rizal agak tinggi dan keras.Syafiq Rizal ingin berlalu dari situ tetapi Nur Alia menarik tangan Syafiq Rizal.

“Awak dengar dulu apa saya nak cakap.Please…” Nada suara Nur Alia bertukar sebak.

“Lepaskan aku!” Syafiq Rizal menarik tangannya dari pegangan tangan isterinya dengan kuat.Nur Alia terjatuh lalu dahinya terhantuk pada meja makan.Nur Alia memegang dahinya.“Darah”… Perlahan suara Nur Alia berkata.Syafiq Rizal tidak menghiraukan isterinya,Syafiq Rizal terus melangkah kaki masuk kedalam bilik.

Nur Alia tidak mampu lagi menahan kemarahan Syafiq Rizal.Dia keluar dari rumah sehelai sepinggang.Kepalanya berserabut ketika itu.Nur Alia mendail nombor Amirul Fahmi untuk meminta pertolongan.Nur Alia tidak mahu meminta pertolongan abah dan mamanya.Dia tidak mahu abah dan mamanya risau.

 “Awak tolong saya… ”Lemah suara Nur Alia.

“Lia kenapa ni.Lia?” Talian ditamatkan oleh Nur Alia.

Amirul Fahmi pelik dengan panggilan Nur Alia itu.Dia berasa ada sesuatu yang terjadi pada Nur Alia.Dia bergegas mengambil kunci kereta lalu menuju ke rumah Nur Alia.
Nur Alia yang berada di hadapan rumahnya berjalan dengan lemah sekali.Darah di dahinya semakin banyak,sehingga darah menitis di pipi Nur Alia.Kelihatan kereta Amirul Fahmi diluar pagar rumah Nur Alia.Amirul Fahmi bergegas masuk mendapatkan Nur Alia dan membawa masuk kedalam kereta.

“Lia macam mana awak boleh jadi macam ni.Saya bawa awak pergi klinik rawat luka di dahi awak.Lepas tu saya hantar awak balik okey.” Amirul Fahmi mengambil sapu tangannya lalu membersihkan darah yang menitis di pipi Nur Alia.

“Saya tak nak balik… hantar saya pergi rumah kak Aisya.” Nur Alia merenung jalan raya dengan fikiran kosong.Dia tidak percaya apa yang berlaku atas dirinya sekarang.Terlalu pantas berlaku.Nur Alia berasa pening akibat hantukkan tadi.Nur Alia memegang kepalanya lalu dia pengsan tidak sedarkan diri.


“Ya Allah Lia… Lia!” Amirul Fahmi cemas,dengan pantas dia menekan pedal minyak.Laju kereta Amirul Fahmi menyusuri jalan raya.Dia terus membawa Nur Alia pergi ke hospital.

No comments:

Post a Comment