BAB 53
Haikal dan
Marisa berjalan menuju ke kedai telefon bimbit untuk melihat keluaran
terbaru.Haikal menemani Marisa pada hari itu kerana Mona tidak dapat menemani
Marisa.
“Iye
cik,berkenan ke dengan handphone ni?Keluaran
terbaru lagi.” Ramah penjual itu.Marisa tersenyum sambil membelek telefon
bimbit Samsung Galaxy S4 di tangannya.
“You suka
Marisa?” Tanya Haikal di sebelah Marisa.
“Suka,tapi I nak
beli jenis yang lain Haikal.” Muncung Marisa.
“Handphone ni okey la sayang.Kalau you tak nak,you belikan untuk I.” Seloroh
Haikal.
“I yang nak beli
handphone,you pula nak menyibuk.”
Rengek Marisa kepada Haikal.
“Cik nak cari
model apa?Cuba tengok antara S4 dan Iphone 5.Ataupun Blackberry Z10?” Penjual
itu memberi idea.
“Hmm yang mana better ye?” Marisa bertanya kepada
penjual itu.
“I think S4 is better.But ikut citarasa cik suka yang mana.”
Senyum penjual itu.
“Tapi Samsung I
selalu sangat pakai.Blackberry pun dah pernah guna.I rasa I beli Iphone
5.Okey tak Haikal?” Marisa memandang Haikal.
“Okey
jugak.Lagipun you tak pernah rasa
lagi guna Iphone kan?”
“Yup... so I beli Iphone 5.” Ujar Marisa.
“Okay wait a minute.Saya nak masukkan application dalam handphone ni ye,”
“Okay sure.” Jawab Marisa.
“So sekarang you dah beli handphone
baru.Lepas ni you nak pergi mana
Marisa?” Tanya Haikal.
“Hmm kita pergi
makan sayang?I lapar la...” Rengek Marisa sambil memegang tangan Haikal.
“Okey kita makan
dekat tempat biasa ye.” Senyum Haikal memandang Marisa.
Mona sedang
asyik berchatting di dalam telefon
bimbitnya melalui WeChat.Zaman sekarang orang ramai sibuk bersosial menggunakan
telefon bimbit.Dulu bila ingin berchatting,perlu
menggunakan komputer.Tetapi zaman sekarang hanya guna telefon bimbit sahaja,telefon
bimbit sudah semakin canggih.Marisa yang baru balik melihat Mona yang sedang
asyik dengan telefon bimbitnya.
“Hoi!Kau ni
kalau berchatting sampai tak ingat
dunia kan.Tu tv depan kau ni,kau buka untuk siapa.” Bebel Marisa kepada
Mona.Mona tidak menghiraukan Marisa.
“Kacau la kau ni
Marisa.Aku baru jumpa pakwe baru ni,”
“Kau ni setakat
jumpa dalam WeChat tu buat apa?Tu kat luar tu ramai lagi lelaki la kau boleh
cari.” Marisa mengeluarkan satu per satu barang dalam beg plastik.
“Ala aku
bukannya serius pun.Bosan-bosan aku chatting
jela dengan diorang ni.Banyak kau shopping
babe?Haikal belanja eh?” Mona melihat barang-barang yang dikeluarkan oleh
Marisa.
“Lepas tu siapa
lagi?” Sengih Marisa sambil membelek Iphone 5 yang baru dibelinya sebentar
tadi.
“Wow handphone baru.Iphone 5!Weh kau ni
dasyat kan Marisa.Pandai kau ayat si Haikal tu,”
“Elok-elok sikit
eh,handphone ni je aku guna duit
aku.Barang yang lain ni semua duit dia.” Seloroh Marisa.
“Eleh iye la tu
Marisa...”
“Suka hati kau la
nak percaya ke tak Mona.Aku nak pergi mandi.Kejap lagi aku nak keluar lagi.Nak
ikut?” Tanya Marisa sambil bermain-main rambutnya.
“Kau nak pergi
mana pula?Kau ni tak reti duduk rumah ke.Keluar je tahu,”
“Ada lah!Kau tak
nak ikut sudah jangan banyak cakap.Kau duduk rumah ye.” Marisa bangun dari situ
meninggalkan Mona.
Nur Alia sedang
menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.Hari ini adalah hari terakhir dia
bekerja di syarikat Syafiq Rizal.Tempoh sebulan sudah habis digunakan.Jadi
mulai esok Nur Alia akan bekerja di butik Puan Lisa semula.
“Pendek!”
Kedengaran suara Syafiq Rizal di dalam rumah.
Nur Alia sudah
sebati dengan panggilan ‘pendek’ dari suaminya itu.Dia berpaling dan melihat
Syafiq Rizal berlari anak menghampiri Nur Alia. “Apa?” Tanya Nur Alia kepada
Syafiq Rizal sambil mengerut dahinya.
“Siapa suruh
awak siram pokok bunga ni?Awak pergi masuk dalam rumah,tolong buatkan air milo
ais untuk saya.Cepat!”
“Hello!Awak buat la sendiri.Suka hati
saya la nak siram pokok bunga ke tak.” Nur Alia menyambung semula menyiram
pokok bunga tanpa menghiraukan Syafiq Rizal disitu.
“Degil betul!”
Syafiq Rizal pergi menutup paip air.Dia melihat Nur Alia sedang membelek paip
tersebut.
“Ni kenapa pula tiba-tiba tak ada air ni?” Ujar Nur Alia sambil melihat paip itu.Nur
Alia mencari punca kenapa tiada air.Dia ternampak Syafiq Rizal tersengih
melihat Nur Alia.
“Apa
sengih-sengih hah?” Tanya Nur Alia pada suaminya.
“Awak cari apa
Lia.Tak ada air eh?” Syafiq Rizal mengusik isterinya.
“Apa awak dah
buat Rizal?” Nur Alia mengetap bibirnya memandang Syafiq Rizal.
“Mana ada apa
pun.Cepat pergi masuk buat kan milo ais untuk saya!” Arah Syafiq Rizal lalu
meninggalkan Nur Alia disitu.Nur Alia mencari juga punca kenapa tiba-tiba tiada
air.Akhirnya dia mendapat jawapan.
Oh patut la air
tak ada.Dia tutup rupanya.Kejap eh.Nak kacau aku sangat kan.Ngomel Nur Alia.
“Awak!” Jerit Nur Alia memanggil Syafiq Rizal.
“Ye apa
lagiiii…” Syafiq Rizal menoleh ke arah Nur Alia.Dengan pantas Nur Alia membuka
air lalu menghalakan paip itu ke arah Syafiq Rizal.Habis lencun suaminya itu.
“Hahaha!Free je awak mandi Rizal.Siap saya
tolong jiruskan lagi.” Nur Alia memegang perut menahan ketawa.
“Main kasar
nampak!” Syafiq Rizal mengambil paip di tangan Nur Alia lalu menyembur air itu ke
arah Nur Alia.Mereka berdua ketawa bersama di halaman rumah itu.
Syafiq Rizal dan
Mona sedang rancak berbual di kedai mamak.Pelbagai cerita mereka bualkan.Mona
terlalu teruja kerana dapat peluang bersembang dengan sepupunya itu.Sebelum ini
Mona dan Syafiq Rizal jarang bertemu,jika bertemu mungkin ketika hari raya
sahaja.
“Aku dengar kau
dah berbaik dengan Lia.” Tanya Mona sambil menghirup air teh di hadapannya.
“Alhamdulillah
kami dah okey,cuma Alia tu susah nak dipujuk.” Keluh Syafiq Rizal.
“Kau ni tak kan
dah mengalah kut.Dulu zaman sekolah,zaman di kampus kau kan memang pandai bab
ambil hati perempuan.Tak kan Alia kau tak boleh nak pujuk?” Perli Mona.
“Alia tu lain
kau tahu tak,entah macam mana lagi aku nak buat,”
“Rilek la,nanti terbuka
la hati dia maafkan kau.” Senyum Mona.
“InshaAllah,ehh
kau bila nak kahwin hah?”
“Hoi selagi kau
tak dapat anak aku tak akan kahwin.” Seloroh Mona.
“Nak tunggu aku
dapat anak memang lambat lagi la.” Muncung Syafiq Rizal.
“Kau tu yang
lambat,ehh tu wife kau kan.” Kata Mona
kepada Syafiq Rizal.
“Hai Lia mari la
makan sekali.” Syafiq Rizal menegur Nur Alia yang sedang membayar di kaunter.
“Hai... nevermind saya dah beli ni.” Nur Alia
memandang Syafiq Rizal.Dia ternampak Mona sedang tersenyum melihat Nur Alia.
“Oh by the way Lia,ini Mona.” Syafiq Rizal
memperkenalkan Mona pada Nur Alia.
“Hai Mona.” Senyum
Nur Alia.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Sorry I have to go,nanti kita jumpa
lagi.” Nur Alia menjawab panggilan lalu meninggalkan Syafiq Rizal dan Mona
disitu.
“Kau tengok Mona
aku tak sempat nak kenalkan kau dekat dia,dia dah lari.Macam mana aku tak tension,”
“Laaa... kau nak tension kenapa.Dia ada hal sebab tu dia
pergi.Kau ni pun Rizal cuba bawa bersabar sikit.” Ujar Mona.
“Mana aku boleh
bersabar lagi.Okey la aku pergi dulu.Nanti kita jumpa lagi Mona,bye.” Syafiq Rizal melangkah kaki
meninggalkan Mona yang sudah menggeleng kepala melihat sepupunya itu.
Syafiq Rizal
menghantar SMS kepada Nur Alia untuk keluar makan malam bersama.Dia ingin
meluangkan masa bersama isterinya itu.Mungkin mereka jarang meluangkan masa
bersama.Jika Syafiq Rizal sentiasa bersama isterinya,dia pasti Nur Alia akan
memaafkan diri Syafiq Rizal dan melupakan masalah yang berlaku diantara mereka
dahulu.
“Alaaa… keluar
lagi!Tak ada orang lain ke nak ajak.Ajak la Mona awek baru dia tu.Memang playboy mamat tu.Lepas Marisa,Mona pula.Sekarang
nak menggatal dengan aku.” Bebel Nur Alia membaca SMS yang dihantar oleh Syafiq
Rizal.
“Ni kenapa
membebel sorang-sorang ni.” Tegur Aisya.
“Rizal ni ajak
keluar lagi.” Rungut Nur Alia.
“Orang dah ajak
tu pergi jela.” Selamba Aisya.
“Hmm kejap lagi
Lia balik awal kak.Boleh?”
“Boleh Lia,mesti
Rizal ajak dinner kan?” Senyum Aisya.
“Entah dia
tu,Lia ikut je malas sebenarnya nak keluar dengan Rizal tu,”
“Eleh malas
konon... padahal dalam hati seronok bukan main lagi kan.” Perli Aisya.
“Akak ni saja
tau!” Muncung Nur Alia lalu pergi ke bilik rehat.
Kali ini Syafiq
Rizal pasti dia tidak akan melepaskan isterinya lagi.Syafiq Rizal tidak mahu
mengulangi kesalahan yang sama.Syafiq Rizal ingin meluahkan perasaannya pada Nur
Alia yang selama ini dipendamkan olehnya.Dia pasti selepas ini dia akan bahagia
bersama Nur Alia semula.Ketika Syafiq Rizal sedang leka dengan pemanduaannya
telefon bimbitnya berdering.
“Hello Riz… Riz tolong I!”
“Ehh Marisa you
kenapa ni?”
“Riz tolong... I ada dekat rumah… help me!”
“Kenapa you
menangis ni Marisa,you okey tak?”
“No!” Marisa menamatkan panggilannya.
Syafiq Rizal
menggelabah apabila mendengar Marisa menangis dan seperti dalam
ketakutan.Syafiq Rizal terus memandu menuju ke rumah Marisa untuk melihat apa
yang berlaku pada Marisa.Apabila Syafiq Rizal sampai dihadapan rumah Marisa
pagar dan pintu rumah Marisa terbuka luas.Syafiq Rizal berlari masuk dan
mencari Marisa.
“Ya Allah kenapa
ni Marisa!” Syafiq Rizal terkejut melihat keadaan Marisa di ruangtamu dengan
baju dan skirt terkoyak sehingga menampakkan susuk tubuh Marisa.Rambutnya tidak
terurus .Ruangtamu rumah itu juga bersepah.
“Riz tolong I Riz…” Rayu Marisa sambil memeluk Syafiq
Rizal dengan erat sekali.
“Jom I bawa you pergi hospital.” Syafiq Rizal menolong Marisa bangun.
“Assalamualaikum
Encik.Kami dari Jabatan Agama Islam mendapat aduan bahawa Encik dan pasangan
Encik telah membuat maksiat di dalam rumah ini.” Tiba-tiba kendengaran seorang
Pegawai dari Jabatan Agama Islam memberi salam.
Dunia Syafiq
Rizal seakan gelap apabila melihat
pegawai itu serta beberapa ahlinya di hadapan pintu rumah Marisa. “Encik… saa… saya
tak bersalah encik.” Syafiq Rizal sedikit gagap kerana terkejut apa yang
terjadi padanya ketika itu.
“Encik dan
pasangan encik cuma berdua didalam rumah ini.Keadaan encik dan pasangan juga
amat mencurigakan,jadi encik boleh ikut kami,”
“Tapi saya tak
bersalah!Marisa beritahu encik ni kita tak bersalah.Kita tak buat maksiat!” Jerit
Syafiq Rizal kepada Marisa disebelahnya.Marisa hanya diam tidak berkata sepatah
langsung pada pegawai Jabatan Agama Islam itu.
Nur Alia mundar
mandir di ruangtamu.Nur Alia melihat jam di tangannya sudah menunjukkan
jam 9.00
malam.Mamat tu cakap lepas Maghrib nak keluar,tapi dia tak balik lagi
dari office,mana dia ni.Ngomel Nur
Alia.
Syafiq Rizal
tidak tahu apa yang ingin dilakukan sekarang.Marisa yang berada disebelahnya
hanya tunduk dan diam membisu.Syafiq Rizal takut untuk menelefon umi dan
ayahnya untuk menceritakan apa yang berlaku.Syafiq Rizal tidak mahu menikahi
Marisa.Dia tahu mereka tidak membuat maksiat.Ini semua salah faham.
“Encik Syafiq
Rizal sudah menelefon ibu bapa encik?” Tanya pegawai Jabatan Agama Islam itu.
“Saya tak
bersalah encik,saya tak buat maksiat dengan dia.Saya datang rumah dia sebab dia
minta pertolongan saya.” Tegas suara Syafiq Rizal.
“Encik bawa
bersabar,kami dah dengar pelbagai alasan dari setiap pasangan yang kami
tangkap.Jadi sekarang encik perlu menelefon ibu bapa encik dan beritahu apa
yang telah terjadi dengan segera.” Syafiq Rizal tidak dapat membantah lagi dia
perlu juga memberitahu umi dan ayahnya juga.Dipaksa juga tangannya menelefon
Dato Kamal.
“Assalamualaikum
ayah…”
“Waalaikumussalam
Rizal,kenapa telefon ayah malam-malam ni,”
“Ayah… Rizal… Rizal...”
“Kamu ni kenapa
Rizal?”
“Rizal kena
tangkap khalwat ayah,”
“Astaghfirullahhalazim!Rizal
kamu… kamu…” Tidak sempat Dato Kamal menghabiskan ayatnya panggilan terputus.
“Ya Allah abang…
abang!” Datin Fauziah yang sedang menonton televisyen bergegas mendapatkan Dato
Kamal pengsan dan terbaring diatas lantai kerana terkejut dengan apa yang
diberitahu oleh Syafiq Rizal.
No comments:
Post a Comment