BAB 58
Marisa sedang leka membaca majalah ‘Eh!’ di atas sofa ruangtamu.Mona yang baru sahaja bangun dari tidur pelik melihat Marisa berada di rumah.
“Mimpi apa kau tak keluar hujung minggu ni Marisa?” Tanya Mona sambil berlalu ke dapur.
“Aku tak ada mood nak keluar.” Jawab Marisa selamba.
“Tak ada mood?Pehal pula dengan kau ni,”
“Aku geram la Mona.” Marisa bangun lalu meletakkan majalah di atas meja.
“Geram dengan siapa?”
“Dengan Rizal.Aku rasa Rizal macam nak lari dari berjumpa dengan aku,”
“Oh yeke…” Selamba Mona sambil menonton televisyen.
“Yela,aku tension pula dengan Rizal tu,”
“Habis tu apa pula kau nak buat sekarang?”
“Aku nak cari Rizal sampai jumpa.” Jeling Marisa kepada Mona.
“Ishh kau ni biarkan jelah Rizal bahagia dengan Alia,”
“Hei Mona,aku tunggu Rizal ceraikan isteri dia.Lepas tu aku akan pastikan yang Rizal akan berkahwin dengan aku!” Tegas suara Marisa.
“Kau ingat senang-senang Rizal nak ceraikan Alia?Jangan mimpi la Marisa,”
“Aku akan pastikan diorang akan berpisah Mona.” Marisa bangun dari situ meninggalkan Mona.Mona menggelengkan kepala dengan perangai Marisa itu.
Marisa berlalu ke dalam biliknya dan menelefon Syafiq Rizal,tetapi Syafiq Rizal tidak menjawab panggilan dari Marisa.Marisa merengus geram pada Syafiq Rizal sambil menumbuk bantal.Kau pergi mana Rizal!Aku akan pastikan kau dengan Alia tak akan bersama semula!Rengus Marisa.
Marisa bersiap untuk keluar mencari Syafiq Rizal.Laju Marisa memandu keretanya menuju ke rumah Datin Fauziah untuk mencari Syafiq Rizal.Ketika Marisa berada di hadapan rumah Datin Fauziah,Marisa ternampak kereta Syafiq Rizal,Marisa tersenyum lebar.
“Assalamualaikum aunty.” Marisa memberi salam.
“Waalaikumussalam.Ehh Marisa kenapa datang sini?”
“Marisa nak melawat aunty dengan uncle,uncle sihat tak aunty?Macam mana keadaan uncle sekarang?” Mata Marisa meliar mencari kelibat Syafiq Rizal di dalam rumah Datin Fauziah.
“Alhamdulillah uncle sihat.Tapi uncle tak ada di rumah.” Datin Fauziah sedikit gelabah dengan kehadiran Marisa di rumahnya.Dia risau jika Marisa datang kesitu untuk mencari Syafiq Rizal.
“Oh yeke aunty.Aunty tu kereta Rizal kan.Rizal ada dekat rumah?Boleh tak Marisa jumpa dia kejap,”
“Err ye kereta Rizal tapi… ” Tidak sempat Datin fauziah habiskan katanya kedengaran suara Syafiq Rizal memanggil Datin Fauziah.
“Umi siapa yang datang tu?” Syafiq Rizal mendapatkan uminya di ruangtamu.Syafiq Rizal terkejut melihat Marisa.Mata Syafiq Rizal tertumpu pada Marisa yang berada disebelah Datin Fauziah.
“Riz,I nak bercakap dengan you kejap.” Marisa meluru ke arah Syafiq Rizal.
“Umi pergi dapur kejap ye Rizal.Kamu bersembang la dengan Marisa.” Datin Fauziah pergi ke dapur dia tidak mahu terlibat dalam perbualan Syafiq Rizal dan Marisa.
“Apa you nak.” Tegas suara Syafiq Rizal.
“Kenapa you langsung tak reply SMS dan jawab panggilan I?”
“Perlu ke?”
“Please Riz jangan buat I macam ni…” Manja suara Marisa merayu kepada Syafiq Rizal.
“Marisa you tak faham bahasa ke?Antara kita tidak ada apa-apa hubungan lagi selain kawan!”
“No… i want you be my husband Riz…”
“You ni gila ke?I said no!I masih lagi suami Alia.” Tinggi nada suara Syafiq Rizal.
“Ceraikan Alia.Lepas tu kita boleh kahwin.Lagipun kita kena tangkap buat maksiat Riz!You kena bertanggungjawab atas apa yang you dah buat,”
“Hei Marisa you cakap pakai otak boleh tak?I tak pernah buat maksiat dengan you atau tidur dengan you!I tak akan bernikah dengan you sebab I tahu I tak buat maksiat dengan you.” Marah Syafiq Rizal.Dia memandang tepat ke arah muka Marisa.Bila-bila masa sahaja Syafiq Rizal boleh menampar muka Marisa.
“I terlalu sayangkan you Rizal. I tak boleh hidup tanpa you.Macam mana nanti kalau I pregnant kan anak you Rizal.You tak kesian ke dekat baby kita...” Rayu Marisa.
“I hanya sayangkan Alia.I cuma nak Alia dalam hidup I.I tak cintakan you Marisa.Kalau you pregnant,baby tu bukan anak I.Mungkin anak Haikal atau lelaki lain.I tak pernah tidur dengan you sebelum ni.You jangan berani nak buat fitnah ye Marisa.You boleh keluar dari rumah I sekarang.” Syafiq Rizal berlalu meninggalkan Marisa disitu.Dia sudah malas melayan dengan kerenah Marisa.
“Fine Riz!Kalau you nak tahu Alia sedang bahagia dengan Fahmi.Adik you tu!You akan menyesal dengan apa yang you buat pada I Riz. ” Marah Marisa lalu keluar dari rumah Datin Fauziah.
Langkah kaki Syafiq Rizal terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Marisa.Syafiq Rizal tidak pasti adakah dia perlu percaya dengan kata-kata Marisa bahawa Nur Alia sedang bahagia bersama Amirul Fahmi.Syafiq Rizal menjadi tidak tentu arah apabila memikirkannya.Jika betul apa yang Marisa katakan,Syafiq Rizal perlu bersaing dengan Amirul Fahmi untuk mendapatkan hati Nur Alia.Dia tidak mahu Nur Alia berada disamping Amirul Fahmi,dia mahu Nur Alia disampingnya semula.
“Lia akak terlupa nak beritahu,semalam mama Lia datang butik.Mama suruh Lia balik rumah mama sebab ada orang bagi kad jemputan reunion.” Kata Aisya.
“Oh ye kak,semalam mama ada call Lia beritahu fasal kad tu,”
“Laa yeke,mungkin mama Lia nak ingatkan balik pada Lia sebab tu mama Lia beritahu akak.Reunion apa Alia?”
“Lia pun tak tahu la kak.Sebab masa di UiTM dulu kawan-kawan Lia ada juga rancang nak buat reunion tapi Lia tak pasti betul ke tak.Kejap lagi Lia balik rumah mama kejap pergi ambil kad jemputan tu,”
“Okey… Lia pergi sorang ke?” Tanya Aisya kepada Nur Alia.
“A ah Lia pergi sorang je… akak nak ikut?”
“Ehh tak nak la.Lagipun akak banyak kerja lagi nak kena buat dekat butik ni.Apa kata Lia ajak Fahmi,mesti dia nak.” Senyum Aisya.
“Assalamualaikum.” Amirul Fahmi memberi salam.
“Waalaikumussalam.Haa panjang umur kamu.Kami baru je sembang fasal kamu Fahmi.” Kata Aisya kepada Amirul Fahmi yang baru masuk kedalam butik.
“Oh mengumpat saya ye…” Senyum Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.
“Tak la Fahmi.Kejap lagi saya nak balik rumah mama kejap,saya ajak kak Aisya tapi kak Aisya suruh ajak awak.” Muncung Nur Alia.
“Pergi jela dengan Fahmi…” Seloroh Aisya memandang Nur Alia.
“Ehh tak apa,Lia boleh pergi sorang,”
“Kalau macam tu bila boleh kita pergi Lia?” Senyum Amirul Fahmi.
“Err kan saya cakap saya boleh pergi sorang…”
“Degilnya awak ni Lia.Nanti apa-apa terjadi dekat awak baru tahu,sementara saya ada ni saya boleh tolong temankan awak.” Ujar Amirul Fahmi.
“Hmm… yelah.” Nur Alia tidak dapat membantah lagi dia hanya ikut sahaja.
“Haa kan senang kalau setuju je Lia.” Sengih Aisya memandang Nur Alia yang tersipu malu.
No comments:
Post a Comment