Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO (BAB 31)


BAB 31
Setelah seminggu di Pulau Langkawi Syafiq Rizal dan Nur Alia kembali ke pejabat untuk bekerja seperti biasa.Syafiq Rizal berasa tidak sedap hati sebenarnya kerana terserempak dengan Marisa ketika Syafiq Rizal dan Nur Alia di Pulau Langkawi.

“Rose seminggu saya tak ada di office ada sesiapa yang cari saya?” Tanya Syafiq Rizal kepada setiausahanya.

“Cik Marisa ada datang office katanya nak jumpa Encik Rizal, tapi saya beritahu  yang Encik Rizal ada meeting di Pulau Langkawi,”

“Dia ada tanya apa-apa lagi selain tu?” Syafiq Rizal mengerutkan dahi.

“Tak ada pula Encik Rizal, lepas saya beritahu Cik Marisa terus keluar dari office,

“Okey thanks.” Syafiq Rizal berlalu ke biliknya.

Mungkin dia tak tahu kut rancangan aku yang sebenarnya.Kalau dia tahu confirm umi dah marah aku.Tapi sampai sekarang umi tak telefon aku pun.Syafiq Rizal termenung sambil jarinya mengetuk meja kerja.Tiba-tiba telefon bimbit Syafiq Rizal berbunyi.Alamak umi!Macam tahu-tahu je aku tengah fikir fasal umi.Harap-harap jangan la kantoi fasal rancangan aku tu.

“Assalamualaikum umi... umi sihat?”

“Waalaikumussalam Rizal... alhamdulillah sihat,anak umi dan Alia sihat?Macam mana bulan madu?”

“Kami sihat umi,best bulan madu kami umi.” Sengih Syafiq Rizal dihujung talian.

“Bagus la tu tak lama lagi umi dapat cucu la.” Kedengaran suara Datin Fauziah girang.

“InshaAllah umi.Ayah sihat umi?Oh ye umi dalam dua hari lagi Rizal dan Alia akan pindah dari rumah abah dan mama.Nanti Rizal dan Alia akan tinggal di rumah sendiri,”

“Ayah kamu sihat kadang-kadang je dia macam lemah sikit badan.Penat dengan kerja agaknya.Baguslah kamu berdua akan tinggal rumah sendiri.Nanti dah ada anak senang sikit kalau tinggal dirumah sendiri.Rizal nanti kita sembang lagi ye.Umi nak pergi jumpa kawan umi kejap.Kirim salam pada Alia nanti,”

“Rizal pun terfikir macam itu juga umi.Okey umi nanti kita sembang lagi.Nanti kalau Rizal dan Alia  free kami pergi melawat umi ye.Assalamualaikum umi.” Syafiq Rizal menamatkan panggilan.

Fuhh selamat... so Marisa tak cerita apa-apa lah fasal aku semasa di Pulau Langkawi pada umi.Syafiq Rizal menarik nafas lega.Dia melihat jam di tangannya.Ehh meeting dengan Mr Jason!Lebih baik aku keluar awal takut jalan sesak pula time macam ni.Lepas meeting dengan Mr Jason nak kena balik office pula untuk meeting  projek Chalet di Pantai Cenang.Penat aku penat.Bebel Syafiq Rizal sambil bergegas bangun dan keluar dari biliknya.

Nur Alia dan Tasya bersembang rancak ketika memasuki pejabat selepas menjamu selera di kafe.Macam-macam benda yang mereka borakkan.

“Lia siapa tu dalam bilik Encik Rizal?Seksi betul aku tengok.” Tasya menunding jari kearah bilik Syafiq Rizal.

“Huh?Siapa?” pantas Nur Alia menoleh kearah bilik Syafiq Rizal. “Marisa?”

“Ehh Marisa tu kan awek Encik Rizal err tak... maksud aku bekas or ex girlfriend Encik Rizal.Apa dia buat dekat sini.” Tanya Tasya pada Nur Alia.Tasya memandang Nur Alia disisinya melopong melihat Marisa didalam bilik Syafiq Rizal.

“Entah... Tasya aku masuk dulu banyak kerja lagi aku nak siapkan.” Nur Alia berjalan dengan pantas menuju ke biliknya.Tasya terpinga-pinga melihat reaksi Nur Alia yang tiba-tiba meninggalkannya disitu. “Uish minah ni cepatnya berjalan.” Rengus Tasya.

Nur Alia mencuri pandang bilik Syafiq Rizal.Kelihatan Marisa seorang sahaja disitu.Kenapa Marisa datang jumpa Rizal ye?Yang aku sibuk sangat nak tahu kenapa Marisa tu datang jumpa Rizal kenapa?Biar jela diorang.Aku bukan ada kena mengena pun.Nur Alia menyambung kerja tetapi hati dia tidak keruan.Hati oh hati kenapa kau rasa lain macam ni?Please jangan rasa macam ni.Nur Alia mencuri pandang lagi bilik Syafiq Rizal,tiba-tiba Syafiq Rizal masuk kedalam bilik itu.Marisa menyambut Syafiq Rizal dengan mesra dan manja sekali.Hati Nur Alia tiba-tiba panas hati melihat Marisa begitu mesra melayan Syafiq Rizal.Dengan pantas tangan Nur Alia menutup tirai.Hati Nur Alia berasa sebak melihat Marisa dan Syafiq Rizal.Sabar hati sabar.Dia memujuk hatinya supaya tidak menangis.Kau kena ingat Lia... Syafiq Rizal bukan milik aku walaupun dia suami aku, tetapi hati Syafiq Rizal untuk Marisa bukan untuk aku.Nur Alia bingkas bangun dan keluar dari biliknya.


1 comment: