BAB 56
Setiap hari Nur Alia
keluar melawat dan bersiar-siar di kawasan Pulau Langkawi.Dia tidak percaya bahawa
dia berani memandu seorang diri di kawasan Pulau Langkawi.Sebenarnya jalan di
Pulau Langkawi tidak la seperti jalan di Kuala Lumpur.Jika sesat pasti tidak
susah untuk mencari jalan pulang berbanding sesat di Kuala Lumpur yang terlalu
banyak cabang
jalan.Nur Alia hanya keluar di siang hari sahaja.Pada malam hari
dia hanya tinggal di hotel.Dia tidak berani memandu seorang diri ketika malam
hari di tempat orang.Banyak Nur Alia membeli belah di Pulau Langkawi.Sampai
sahaja di hotel dia merebahkan dirinya di atas katil.
Fuh penat.Ujar
Nur Alia sambil membelek telefon bimbitnya.Mamat ni tak penat ke telefon aku
setiap hari?Biar kan lah.Ngomel Nur Alia apabila melihat terdapat misscalled dari Syafiq Rizal.Nur Alia
meletak Blackberrynya di atas meja lalu pergi ke tandas untuk membersihkan
diri.
Amirul Fahmi
masuk ke dalam butik sambil tersenyum pada Aisya. “Assalamualaikum.” Senyum Amirul
Fahmi.
“Waalaikumussalam
Fahmi.Cari Lia ye.Sorry la Fahmi,Lia
tak ada dia pergi Pulau Langkawi,”
“Dia pergi buat
apa kak?”
“Nak mencari
ketenangan katanya.” Senyum Aisya.
“Oh yeke… mungkin
hati dia masih lagi sakit agaknya kak,”
“Itulah
Fahmi,akak risau tengok Alia tu.” Sayu suara Aisya.
“Nanti senbuhlah
luka dekat hati Lia tu kak.” Senyum Amirul Fahmi menampakkan lesung pipitnya.
“Akak harap kamu
boleh bagi dia ceria semula,”
“InshaAllah.Akak
saya minta diri dulu ye.Sorry mengganggu.”
Amirul Fahmi meminta diri lalu keluar dari butik itu.Ketika di dalam kereta Amirul
Fahmi menghantar SMS kepada Nur Alia.
Hang
pi Langkawi tak ajak cek nah!
Nur Alia terdengar
telefonnya berbunyi.Nur Alia melihat nama Fahmi tertera di skrin telefon
bimbitnya.Kenapa mamat comel ni hantar SMS dekat aku?Nur Alia terus membalas
SMS dari Amirul Fahmi.
Hai Fahmi
lesung pipit!Sorry la awak lagipun saya datang sini nak release tension,
Amirul Fahmi
membalas,
Lesung
pipit?Jeles eh saya ada dua lesung pipit?Haha… nevermind Lia,saya faham.Ok saya
tak nak ganggu awak…bye!
Nur Alia
tersenyum membaca SMS dari Amirul Fahmi.Mana boleh dia pergi Pulau Langkawi
bersama Amirul Fahmi.Lagipun Nur Alia masih lagi isteri Syafiq Rizal.Nanti apa
pula kata orang jika ternampak Amirul Fahmi dan Nur Alia.
Dato Kamal
merehatkan dirinya sambil melihat ikan didalam kolam.Datin Fauziah datang
membawa dulang bersama air teh dan kuih karipap lalu di letak diatas meja yang
berada di halaman itu.
“Abang mari
makan.” Ramah Datin Fauziah.
“Iyelah…” Dato
Kamal berjalan ke arah Datin Fauziah .
“Abang tak
keluar hari ni?”
“Malas pula saya
nak keluar,nak rehat dekat rumah kejap.” Ujar Dato Kamal.
“Bagus juga
kalau abang duduk di rumah,tak la saya risau nanti jadi apa-apa dekat abang,”
“Saya dah sihat
Fauziah… tak payah nak dirisaukan lagi.Rizal apa cerita sekarang lama dia tak
datang sini?” Tanya Dato Kamal menjamah kuih karipap.
“Rizal sibuk
mencari Alia,mana dia ingat nak datang sini,”
“Baru dia tahu
nak cari isteri.Dulu dah terlanjur dengan Marisa tak pula dia nak fikir fasal
isteri.” Nada suara Dato Kamal berubah tegas.
“Abang jangan
terlalu fikir fasal Rizal.Sebenarnya saya tak percaya benda macam tu boleh
berlaku,”
“Dari awal saya
beritahu awak,Marisa tu lain macam saya tengok.” Kata Dato Kamal.
“Lain macam?Entah
la,saya tak nak fikir benda yang buruk fasal Marisa,”
“Awak ni mesti
dah terikut cakap Marisa kan?Dari dulu saya tak berkenan dengan perangai Marisa
tu.Saya harap Rizal dapat buat keputusan yang betul.” Keluh Dato Kamal sambil menghirup
air teh.Datin Fauziah muncung kerana mendengar teguran suaminya itu.
Syafiq Rizal
kembali ke pejabat seperti biasa.Dia masih lagi tidak dapat menemui Nur Alia.
“Encik Rizal semalam ada seorang kawan encik datang.Kalau tak silap saya kawan
encik tu bahasakan dirinya Bob.Dia bagi saya kad jemputan reunion.Saya sudah letak diatas meja encik.” Senyum Rose.
“Oh okey Rose thanks.” Syafiq Rizal meluru masuk ke
dalam biliknya.
Reunion
apa eh.Syafiq Rizal membaca kad jemputan itu.Reunion untuk pelajar Sekolah Menengah Sultan Ibrahim rupanya.Lama
Syafiq Rizal merenung kad itu.Kalau macam tu,confirm la Alia pergi.Yes!Boleh
la aku jumpa Alia nanti.Syafiq Rizal tersenyum lebar memandang kad jemputan
itu.Pantas tangan Syafiq Rizal mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Mona.
“Hello cousin!Mimpi apa kau call aku ni Rizal?”
“Aku mimpi kau
semalam Mona.Aku mimpi kau jadi pasangan aku,”
“Ehh kau ni
meroyan ke apa Rizal?Aku tahu la kau tengah rindukan Alia,tapi jangan la sampai
aku ni pun masuk dalam mimpi kau,”
“Haha… serius
aku nak ajak kau temankan aku pergi reunion
sekolah aku next week.Kau free tak?”
“Wow!Prom night ke?Ehh kenapa kau tak
ajak Marisa je jadi pasangan kau?”
“Lebih kurang
la.Ajak Marisa?No… no… kalau boleh
aku dah tak nak tengok muka Marisa lagi,”
“Lain macam je
bunyi?Marisa ada buat apa-apa dekat kau ke?”
“Aku malas nak
keluar selalu dengan Marisa.Kau pun tahu kan kes aku dengan Marisa dulu.Padahal
aku tak buat pun benda tu dengan Marisa,”
“Okey aku faham.So aku akan jadi pasangan kau la malam
tu ye?”
“Yes thanks… oh yaa kau jangan beritahu
fasal ni dekat Marisa.Kalau dia tahu memang dia mengamuk,”
“Kau tak payah
risau.Pandai-pandailah aku cover line okay,”
“Aku harap kau
boleh handle Marisa tu.Okey lah aku
ada kerja nak buat.Bye.” Syafiq Rizal
menamatkan panggilan telefon.
Syafiq Rizal
bersandar pada kerusi sambil tersenyum lebar.Dia pasti akan bertemu Nur Alia
pada malam itu.Tiba-tiba Syafiq Rizal mengerut dahi.Ehh kejap… kalau macam tu,
mesti Alia datang dengan pasangan dia kan.Siapa ye?Syafiq Rizal memikirkan
pasangan yang akan mendampingi Nur Alia pada malam reunion tersebut.Hati Syafiq Rizal sedikit cemburu apabila
memikirkannya.
No comments:
Post a Comment