Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 51)


BAB 51
Nur Alia bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk suaminya.Setelah dipujuk beberapa kali oleh Syafiq Rizal,Nur Alia terpaksa pulang kerumah semula.Berat hati dia untuk melangkah pulang kerumah itu.Dia masih lagi ingat kejadian ketika Syafiq Rizal menghalau keluar dari rumah itu.Kini Nur Alia kembali semula di rumah itu kerana di paksa oleh suaminya.

Morning Lia...” Ucap Syafiq Rizal ceria.

“Morning.Lepas awak pergi office saya nak pergi butik.” Kata Nur Alia tanpa memandang Syafiq Rizal.

“Buat apa awak nak pergi sana lagi?Awak boleh kerja balik dengan saya,”

“Tak nak.” Tegas Nur Alia sambil berlalu meninggalkan Syafiq Rizal keseorangan di meja makan.

Boleh dia tinggal aku makan sorang je?Susahnya nak pujuk.Ngomel Syafiq Rizal sambil mengunyah sandwich didalam mulut.Selepas habis sarapan,Syafiq Rizal bergegas ke pejabat.

“Apa aku nak buat eh.” Syafiq Rizal memikirkan idea untuk memujuk isterinya.

“Hai sayang...” Ujar Marisa sambil berjalan masuk kedalam bilik pejabat Syafiq Rizal.

“Apa you buat dekat sini?”

“I nak ajak you breakfast.” Senyum Marisa.

“I dah breakfast tadi,”

“You breakfast dekat mana?Selalunya you mana sempat nak breakfast.” Marisa mengerut dahi.

“Dekat rumah I.Alia buatkan breakfast tadi.Marisa,I nak minta tolong you sikit.I nak pujuk Alia.Kena bagi bunga ke?Bagi teddy bear ke?So how?”

“I see,wife you dah balik rumah.I rasa you bagi apa yang dia suka.” Marisa seperti tidak ikhlas ingin menolong Syafiq Rizal.Dia berasa dirinya tercabar akan kepulangan Nur Alia.

“Hmm betul jugak tu,”

Yes.I pergi dulu.Nanti I datang jumpa you lagi.” Marisa bergegas keluar dari bilik Syafiq Rizal dengan muka yang marah.

Syafiq Rizal menghantar SMS kepada Nur Alia.Dia sudah mendapat idea bagaimana ingin memujuk isterinya.
                                                  Lia malam ni kita keluar ye.
Nur Alia sedang rancak bersembang bersama Aisya tiba-tiba terdengar telefon bimbitnya berbunyi.Dia membaca SMS yang dihantar oleh Syafiq Rizal.Lalu Nur Alia membalas SMS suaminya.
                                                    Pergi mana?
Syafiq Rizal membalas.
                                                  Ada la..ikut je!
“Ishh orang tanya nak pergi mana dia tak nak beritahu pula!” Rengus Nur Alia.

“Ini kenapa pula ni,”

“Rizal ni kak,macam-macam la dia ni.” Muncung Nur Alia lalu menyimpan semula telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

“Dia buat apa pula dekat Lia,”

“Tak buat apa pun,dia ajak Lia keluar malam ni,”

“Laaa... keluar je la apa yang masalahnya?” Tanya Aisya sambil mengerut dahinya.

“Lia sakit hati tengok muka dia!”

“Huh?Akak malas nak ganggu Lia.Tak faham betul dengan korang berdua ni.Akak nak pergi beli surat khabar kejap.” Aisya meninggalkan Nur Alia disitu.

Datin Fauziah meluru ke bilik Syafiq Rizal.Dia mahu kepastian dari anaknya mengenai masalah Syafiq Rizal dan Nur Alia.Dia mengetuk pintu bilik anaknya lalu masuk kedalam bilik itu.

“Err umi,apa umi buat dekat office ni?” Syafiq Rizal terkejut melihat Datin fauziah di hadapannya.

“Kenapa kamu berbaik dengan Alia?Kamu tak sedar ke apa yang di buat dengan kamu?” Tanya Datin Fauziah dengan marah.

“Umi... sebenarnya ini semua salah faham.Salah Rizal jugak sebab tak nak dengar penjelasan dari Alia.” Keluh Syafiq Rizal.Dia menyandarkan badannya di kerusi.

“Apa sebenarnya yang berlaku ni,umi tak faham?”

“Sebenarnya Alia keluar dengan Liana.Pada masa yang sama Kimi pun ikut sekali.Memang Lia dan Kimi beli cincin hari tu,tapi cincin tu untuk Liana.Kimi dan Liana dah berkahwin sekarang umi.” Senyum Syafiq Rizal memandang muka Datin Fauziah.

“Ya Allah... kesian Lia.Umi marah Lia hari tu Rizal.Mesti Alia kecil hati dengan umi kan.” Sayu Datin Fauziah.

“Tak apa umi,lagipun Lia tak kisah.Dia ada cerita dekat Rizal,”

“Hmm... nanti kamu minta maaf dekat Lia bagi pihak umi ye.” Senyum Datin Fauziah.
Nur Alia bersiap untuk keluar bersama Syafiq Rizal pada malam itu.Dia hanya memakai T-shirt lengan panjang serta seluar jeans.Tudung bawal diselempang di atas bahu kiri dan kanan.Mukanya dibiarkan tanpa solekkan.

Pakai simple sudah,entah mana dia nak bawa aku malam-malam ni.Ngomel Nur Alia.Pintu diketuk oleh seseorang.Nur Alia membuka pintu biliknya,tubuh Syafiq Rizal berada di hadapan Nur Alia.

“Ehh simplenya awak Lia,tapi kita sedondon.Warna baju kita sama.” Sengih Syafiq Rizal memandang isterinya dihadapan memakai baju berwarna merah.

Simple sudah la.Pakai t-shirt dan jeans okey apa.” Ujar Nur Alia lalu menuruni tangga.Syafiq Rizal mengekori isterinya di belakang.

Di dalam kereta hanya kedengaran lagu yang dimainkan di radio.Sesekali tangan Nur Alia menukar siaran radio apabila lagu yang di mainkan tidak kena dengan jiwanya.Syafiq Rizal memerhati gelagat isterinya itu.Apabila Nur Alia tidak lagi menukar siaran radio,tangan Syafiq Rizal pula menukar siaran radio jika lagu tidak kena dengan jiwanya.

Best la lagu tadi.” Ujar Nur Alia menukar siaran radio.

“Lagu macam ni awak cakap best?” Syafiq Rizal menukar siaran radio tanpa menghiraukan isterinya.

“Kacau la awak ni,”

“Oh kacau eh?Okey.” Syafiq Rizal terus mematikan radio.

“Menyampah.” Perlahan Nur Alia berkata tanpa disedari oleh suaminya.

“Jom kita dah sampai.” Ujar Syafiq Rizal.

“Kita datang sini?I-City?Buat apa?” Bertalu-talu soalan Nur Alia kepada suaminya.

“Nak tidur sini.” Seloroh Syafiq Rizal lalu keluar dari kereta.Nur Alia keluar dari kereta dengan muka masam mencuka.Syafiq Rizal berjalan meninggalkan isterinya di belakang.Nur Alia membiarkan sahaja suaminya itu.Lagi dia suka berjalan seorang diri.

“Cepat la berjalan tu...” Ujar Syafiq Rizal kepada isterinya.Nur Alia tidak menghiraukan Syafiq Rizal.Dia berjalan menyusuri banggunan yang berada disitu dan melihat barangan yang dijual.

Ishh minah ni.Suka hati dia je berjalan sorang.Kejap lagi hilang baru nak menangis cari aku!Rengus Syafiq Rizal.

“Sini Lia.” Syafiq Rizal menarik tangan isterinya.Nur Alia menarik tangannya,tetapi suaminya memegang kembali tangan Nur Alia.Nur Alia berusaha juga menarik tangan dari pegangan Syafiq Rizal.Apabila Nur Alia berjaya menarik tangannya,dia berjalan laju untuk mengelak dari Syafiq Rizal.Tetapi gagal kerana suaminya menarik tangan Nur Alia kembali lalu menggenggam erat.Sesekali Syafiq Rizal merangkul pinggang isterinya itu.Dia tidak peduli akan orang ramai yang memandang mereka.Asalkan dia tidak melepaskan Nur Alia berjalan seorang diri.Mereka berjalan menyusuri lampu yang cantik dan menikmati permandangan dengan cahaya lampu pelbagai warna dan bentuk di I-City.

“Awak saya dahaga,lepaskan saya boleh?Saya nak pergi beli air.” Ujar Nur Alia.

“Tak boleh!Jom kita pergi beli,”

Rimas betul la dengan dia ni.Aku nak berjalan pun susah.Dia ingat romantik sangat la pegang pinggang aku ni.Geramnya aku!Rengus Nur Alia didalam hati.

“Kita lepak sini kejap,kaki saya penat berjalan.” Ujar Syafiq Rizal lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

“Jom balik saya dah mengantuk.” Merah mata Nur Alia.Dia tidak dapat menahan mengantuknya.Pada masa yang sama dia malas untuk bersembang dengan Syafiq Rizal.Terlalu banyak Syafiq Rizal becerita ketika mereka berjalan tadi.Kini mereka duduk di situ pasti suaminya  akan membebel lagi.

“Awal lagi la sayang...” Senyum Syafiq Rizal memandang isterinya yang sedang menguap.

“Tak payah panggil saya sayang.” Tegas Nur Alia.

“Lia... awak masih marahkan saya lagi?” Syafiq Rizal memandang wajah isterinya.

“Jangan ungkit boleh tak?”

“Okey saya dah tak ungkit fasal hari tu.Saya minta maaf sangat dekat awak sebab saya terlalu emosi dan halau awak keluar rumah.” Sayu suara Syafiq Rizal.

“Cukup.Saya malas nak dengar.Jom balik.” Tegas Nur Alia lalu bangun dari situ.

“Hmm okey.Jom kita balik.” Ajak Syafiq Rizal dengan lemah.Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan untuk memujuk isterinya.

Selepas Syafiq Rizal menghantar Nur Alia pulang kerumah,Syafiq Rizal keluar semula.Dia mahu mencari seseorang untuk bersembang.Jika dia ingin bersembang bersama isterinya,pasti Nur Alia tidak mahu bersembang.Jadi Syafiq Rizal membuat keputusan untuk pergi ke rumah sewa Amirul Fahmi.

Keluar lagi mamat tu eh.Malam-malam macam ni pun keluar.Entah mana pula dia pergi.Cari Marisa la tu.Rengus Nur Alia.

Mata ni bukannya mengantuk lagi sebenarnya.Apa aku nak buat ni.Sementara Rizal tak ada ni,ini la peluang aku duduk sorang dekat rumah.Tengok movie lah.Nur Alia meluru ke ruangtamu.Dia mengeluar kotak yang berisi DVD milik Syafiq Rizal.

Cerita apa la dia ni minat.Semua jenis cerita seram,action.Aku kalau tengok cerita seram sorang-sorang memang tak la.Tak ada cerita korea ke.

Ehh Boys Over Flower?Haha.Mamat tu layan jugak cerita ni rupanya.Tak kan satu je cerita korea.Bosan betul la.Cerita kartun pun okey jugak.Tengok jela cerita ni.Nur Alia mengeluar DVD tersebut lalu memasangkannya.

Nur Alia pergi ke dapur mencari biskut untuk dicicah dengan air milo.Setelah dia terjumpa,Nur Alia pergi semula menonton di ruangtamu.Malam itu Nur Alia dapat menghabiskan masanya seorang diri menonton filem.

Mengantuk pula mata ni.Pergi ambil tilam jela.Tidur dekat ruangtamu okey jugak.Nur Alia berlari anak pergi mengambil tilam di dalam bilik.Dia mengubah kesemua sofa ke bahagian tepi untuk mendapatkan ruang untuk dia menghamparkan tilam.Nur Alia terus melabuhkan badannya di atas tilam tersebut lalu memeluk bantal.Matanya masih tertumpu di televisyen.Semakin lama,semakin layu mata Nur Alia.Akhirnya Nur Alia tertidur disitu.

“Kenapa kau datang rumah aku ni Rizal?” Tanya Amirul Fahmi kepada Syafiq Rizal.

“Aku bosan la dekat rumah tu.Aku nak bersembang dengan Alia.Tapi dia macam nak tak nak je bersembang dengan aku,”

“Ooo maksud kau datang sini sebab nak ajak bersembang la.Boleh je Rizal.Aku rasa kita bersembang dekat luar jela.Boleh makan-makan.Kejap aku ajak Amri sekali.Budak rumah aku.” Amirul Fahmi pergi mendapatkan Amri di biliknya.

Syafiq Rizal duduk di situ menanti Amirul Fahmi dan Amri turun.Ketika menunggu mereka,Syafiq Rizal mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Nur Alia.
Hmm... tak angkat pun.Dah tidur agaknya.Ngomel Syafiq Rizal.Berkali-kali Syafiq Rizal menelefon isterinya tetapi tidak dijawab.


“Jom Rizal.” Ajak Amirul Fahmi.Mereka bertiga keluar bersama pada malam itu.

No comments:

Post a Comment