BAB 35
Marisa memandu
Suzuki Swift menuju ke kawasan perumahan
di Subang.Ketika Marisa leka memandu,Marisa berasa keretanya tidak dapat
dikawal.Marisa terus berhenti di tepi jalan dan menghidupkan lampu kecemasan
lalu dia keluar dari kereta.Dia memeriksa keadaan keretanya.Marisa perasan
bahawa tayar keretanya pancit.
“Tayar pancit
pula.Damn!Apa aku nak buat ni.” Marisa
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Haikal.
“Haikal jawab
panggilan I please.Mana dia ni tak angkat
pun!” Marisa cemas ketika itu.Marisa terus menelefon Syafiq Rizal untuk minta
pertolongan.
“Hello Riz.Tayar
kereta I pancit… you boleh tolong i?”
“Hai Marisa.You ada
mana sekarang,nanti I pergi sana.” Kata Syafiq Rizal.
“Thanks Riz,I tunggu you.Bye.” Marisa
menamatkan panggilan.
Nur Alia sedang
bersiap untuk pergi ke majlis ulang tahun perkahwinan Datin Fauziah dan Dato
Kamal.Dia membetulkan tudungnya dan membelek mukanya di cermin.Okey siap!Rizal
ni dah siap ke belum.Nur Alia keluar dari biliknya lalu pergi menjenguk ke
bilik Syafiq Rizal.Sejak mereka berpindah mereka tidur di bilik berasingan.
“Awak dah siap
ke belum.” Nur Alia mengetuk pintu bilik Syafiq Rizal,tetapi tidak dibuka oleh Syafiq
Rizal.
“Ishh abang… ooo
abangggg…”
Tiba-tiba pintu
bilik Syafiq Rizal terbuka luas dan kelihatan Syafiq Rizal tersenyum lebar
memandang Nur Alia “Ye sayang abang dah siap.”
“Huh??Jom la
nanti lama pula ayah dan umi tunggu kita,”
“Lia… lepas saya
hantar awak pergi rumah umi,saya nak keluar kejap pergi tolong Marisa.Tayar
kereta Marisa pancit.” Tenang suara Syafiq Rizal berkata.
“Oh yeke.Okey.”
Selamba Nur Alia menjawab.Setelah sampai dirumah Datin Fauziah,Nur Alia terus
keluar dari kereta Syafiq Rizal tanpa menoleh melihat wajah suaminya.
“Alia mari masuk…
Rizal mana?” Datin Fauziah menyambut kedatangan Nur Alia.
“Rizal ada hal
sikit umi kejap lagi dia datang sini balik.” Senyum Nur Alia.
“Ke mana pula
Rizal pergi,Lia makan dulu ye umi nak jumpa kawan-kawan umi kejap,”
Nur Alia hanya
mengangguk lalu pergi melihat makanan diatas meja.Hati Nur Alia tidak gembira
kerana Syafiq Rizal meninggalkannya seorang diri ketika itu.
“Rizal thanks sebab tolong I.You ada hal ke
kejap lagi?” Tanya Marisa pada Syafiq Rizal yang sedang tekun memandu.
“I kena balik
rumah umi sebab hari ni majlis ulang tahun perkahwinan umi dan ayah.Umi jemput
you tak?”
“Oh yaa… majlis
Datin Fauziah.I memang nak pergi
lepas balik dari office.I nak balik
rumah dulu untuk bersiap tapi tiba-tiba tayar kereta I pancit.” Nada suara
Marisa bertukar manja.
“So sekarang you nak balik rumah dulu
tukar baju?”
“I think kita pergi terus rumah aunty Fauziah,”
“Sure? I bawa you terus ke sana.Esok jangan lupa ambil kereta you di workshop.Ehh
Mona tak ikut sekali pergi majlis umi I?”
“Okey esok I pergi ambil.Mona tak dapat datang ada
hal katanya.Sepupu you tu sibuk memanjang.Kadang-kadang kesian I tengok dia sibuk sangat dengan kerja.”
Ngomel Marisa.
“Biasalah tu
Marisa.Jom kita dah sampai.” Syafiq Rizal dan Marisa turun dari kereta lalu
menghampiri Datin Fauziah yang sedang sibuk melayan tetamu.
“Assalamualaikum
aunty.Sorry Marisa lewat sebab tayar
kereta pancit.Nasib baik Rizal datang tolong Marisa tadi.” Marisa senyum
melihat Syafiq Rizal disebelahnya.
“Waalaikumussalam.Rizal
pun tak beritahu dekat umi dulu,”
“Marisa call Rizal tadi,lepas hantar Lia ke
rumah umi Rizal terus pergi tolong Marisa.Ayah mana umi?Rizal tak nampak pun,”
“Itu ada di
dalam pergi la masuk.” Kata Datin Fauziah.
Syafiq Rizal
bergegas ke ruangtamu untuk mencari Dato Kamal,Marisa mengekori Syafiq Rizal
dari belakang.Ketika Marisa mengekori Syafiq Rizal kaki Marisa terhenti apabila
ternampak Nur Alia sedang duduk
berseorangan di halaman rumah Datin Fauziah.Marisa melangkah kaki menuju ke
arah Nur Alia.
“Kesiankan
sorang-sorang dekat sini,Rizal tak temankan ke?” Sinis pertanyaan Marisa kepada
Nur Alia.
“Ehh hai Marisa bila
awak sampai?”
“Baru je tadi
Rizal ambil I.” Marisa menarik kerusi lalu duduk bertentangan Nur Alia.
“Oh yeke,Rizal
mana?”
“Sayang I tu sibuk melayan tetamu dekat dalam.Kenapa
you sorang je kat luar ni?” Tanya
Marisa.
“Huh?Saja ambil
angin diluar ni,”
“Alia… you kena hati-hati dengan Rizal tu.You pun tahu kan Rizal tu pantang nampak
perempuan macam I ni.I harap you boleh bertahan dengan Rizal.I tengok you ni bukan taste Rizal je.I pelik
kenapa Rizal pilih you jadi isteri
dia.” Sindir Marisa kepada Nur Alia.
“Excuse me Cik Marisa kalau awak rasa
awak lebih berhak jadikan Rizal tu suami awak,silakan.Saya pun tak nak Rizal tu
jadi suami saya sebenarnya.” Tegas nada suara Nur Alia.Di dalam hati Nur Alia
panas membara dengan kata-kata Marisa.Mahu sahaja dia menampar muka Marisa
ketika itu tetapi dia menahan dirinya.Ketika Marisa dan Nur Alia disitu Syafiq Rizal
datang menuju kearah mereka.
“Sound good!So you Alia jangan cuba nak goda Rizal.” Jeling Marisa.Dia ingin
beredar dari situ.
“Hai Riz.Kesian
Alia sorang-sorang dekat luar ni,nasib baik I temankan dia.” Sinis senyuman Marisa
melihat wajah Nur Alia,lalu meninggalkan Syafiq Rizal dan Nur Alia berdua
disitu.
“Lia awak dah
makan ke?Jom temankan abang makan.” Sengih Syafiq Rizal memandang isterinya.
“Dah… awak pergi
la makan.Saya nak ambil angin kejap dekat luar ni.” Nur Alia tidak memandang
wajah Syafiq Rizal.Didalam hatinya masih marah pada Marisa.
“Kenapa dengan
awak ni Lia,tadi awak bersembang apa dengan Marisa?”
“Nothing.” Jawab Nur Alia.
“Tak faham la
dengan awak ni.Kalau ada masalah cerita dekat abang!” Syafiq Rizal meninggikan
suaranya lalu meninggalkan Nur Alia disitu.
Kau tak perlu
tahu apa masalah aku Rizal, tak perlu.Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku.Kau
cuma seseorang yang sementara hadir dalam
hidup aku.Alia ingin menangis tetapi dia
menahan air matanya.Ya Allah… kuatkanlah hambaMu ini tabahkanlah hatiku untuk menempuh
segala ujian dariMu.
cian...Alia..sabar aje la..
ReplyDelete