BAB 42
Nur Alia memandu
dengan tenang sekali menuju ke pejabat untuk bertemu dengan Syafiq Rizal.Nur Alia
mahu menjelaskan apa yang sebenarnya yang berlaku. “Morning Rose,Encik Rizal ada?” Tanya nur Alia kepada setiausaha
Syafiq Rizal.
“Morning Puan Alia,Encik Rizal ada
didalam biliknya.” Senyum Rose.
Nur Alia
bergegas ke bilik Syafiq Rizal.Dia mengetuk pintu bilik Syafiq Rizal dan kedengaran
suara Syafiq Rizal menyuruh masuk.Perlahan-lahan tangan dia memulas tombol
pintu.Dalam kepala Nur Alia ligat memikirkan,adakah Syafiq Rizal akan mendengar
apa yang ingin Nur Alia ceritakan.
“Awak…” Sepatah
keluar dari mulut Nur Alia.Tangan Syafiq Rizal berhenti menulis lalu mendongakkan
kepalanya memandang Nur Alia di hadapan.
“ Nak apa datang
sini??” Tegas suara Syafiq Rizal.Dia menyambung kembali kerja.Dia tidak mahu
memandang wajah Nur Alia,ia membuatkan hatinya bertambah sakit.
“Saya nak
jelaskan apa yang berlaku sebenarnya.” Sayu suara Nur Alia.
“Semuanya dah
jelas nak jelaskan apa lagi??”
“Tapi… dengar
apa yang saya nak beritahu awak dulu Rizal,”
“Hei tak faham
bahasa ke?Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau… kau faham!”
Tengking Syafiq
Rizal pada Nur Alia.Mata Syafiq Rizal merah kerana menahan marah.
“Please Rizal…” Suara Nur Alia bertukar
sebak.Syafiq Rizal perasan dengan perubahan suara isterinya,tetapi Syafiq Rizal
tidak pedulikannya.
“Hai sayang… ehh
you pun ada dekat sini Lia.Riz jom kita breakfast
sayang, I tak breakfast lagi la.” Manja suara Marisa mengajak Syafiq Rizal keluar
sarapan bersama.Marisa tidak peduli akan kewujudan Nur Alia disitu.
“I pun belum… jom.”
Syafiq Rizal bingkas bangun menuju ke arah Marisa.
“Oh sebelum tu.Hei
perempuan nanti kau keluar dari bilik aku,jangan lupa tutup pintu.Satu lagi aku
nak ingatkan kau,kau boleh simpan cerita kau tu.Aku dah muak dengar alasan dari
kau.” Herdik Syafiq Rizal kepada Nur Alia.Lalu dia keluar dari biliknya bersama
Marisa.Mereka berdua meninggalkan Nur Alia keseorangan disitu.
“Sampai hati
awak…” Nur Alia menyeka air matanya pantas kaki Nur Alia melangkah keluar dari
pejabat Syafiq Rizal dan pulang kerumah.
Nur Alia
menghempaskan tubuhnya di atas katil.Kenapa kau bodoh sangat Lia.Ini semua salah
aku jugak kerana sayangkan Rizal.Sekarang aku dapat akibatnya kerana kesalahan
aku sendiri.Tetapi adakah aku yang salah?Aku salah kerana sayangkan kau Rizal.Aku
buta yang sebenarnya hati kau masih untuk Marisa.Aku buta selama ini kau
mengambil berat fasal aku mungkin aku ni seperti kawan kau sahaja, bukan
disebabkan sayang kau pada aku.Mungkin kau masih marah disebabkan gambar itu.Aku
cuba bersabar lagi dengan kau Rizal.Satu hari kau akan tahu juga kebenarannya.Laju
air mata NurAlia mengalir lalu tertidur kerana penat menangis.
“Assalamualaikum
Lia.”Aisya memberi salam. Mana pergi budak ni,tidur ke.Aisya meluru ke bilik
Alia dan mengetuk pintu.
“Lia jom kita
keluar lunch,”
Nur Alia
tersedar dari tidur dan menggosok matanya.Ya Allah macam mana aku boleh
tertidur ni! “Ye kak kejap.” Nur Alia membuka pintu biliknya.
“Lia tidur
rupanya.Jom kita keluar lunch.Ehh kenapa
lebam mata tu?Menangis lagi?”
“Sorry Alia tertidur.Hmm kejap,Lia
bersiap dulu ye kak.” Nur Alia tidak menjawab soalan Aisya itu.Nur Alia terus
bersiap dan keluar makan tengah hari bersama Aisya.
“Tadi Lia pergi office jumpa Rizal?Lia dah jelaskan pada
dia?” Tanya Aisya sambil menyedut air milo ais dihadapannya.
“Lia nak
jelaskan pada Rizal tapi dia tak nak dengar,”
“Keras kepala
juga Rizal tu kan.Akak pelik la, macam mana Rizal boleh dapat MMS gambar tu dan
siapa yang send pada Rizal?” Tanya
Aisya memandang wajah Nur Alia.
“Lia tak tahu
siapa send pada Rizal.Lia tak nak
fikir yang bukan-bukan kak,”
“Hmm… so sekarang apa Lia nak buat?”
“Biarlah dulu
Rizal tu, kalau Lia kejar dia nak jelaskan pada dia tapi dia tak nak dengar
buatkan hati Lia ni sakit sangat kak.Biar Rizal sendiri tahu kebenarannya.” Sayu
suara Nur Alia.Nasi Paprik dihadapannya langsung tidak dijamah Nur Alia lagi.
“Sudah la tu Lia,
ego Rizal tu.Fikirkan diri dan kesihatan Lia.InshaAllah lambat laun Rizal akan
tahu juga.Makan nasi tu dah sejuk dah.” Arah Aisya kepada adik angkatnya.
Selepas Nur Alia
tidak lagi tinggal serumah dengan Syafiq Rizal,dia selalu mendengar cerita bahawa suaminya itu sering keluar
bersama Marisa.Bagi Nur Alia itu bukanlah satu kejutan bagi dirinya.Dia sendiri
tahu bahawa sebelum ini Marisa adalah bekas tunang Syafiq Rizal.Jadi tidak
mustahil jika mereka keluar bersama.Nur Alia sendiri selalu bertembung dengan
mereka berdua di Mall.Pernah satu hari itu Nur Alia bertembung dengan mereka.
“Sayang cantik
tak baju ni?” Tanya Marisa kepada Syafiq Rizal.
“Yup
cantik,sesuai dengan you.” Senyum Syafiq Rizal.
Ketika Marisa
memilih baju,dia ternampak kelibat Nur
Alia sedang leka memilih baju tidak jauh dari Marisa dan Syafiq Rizal.
“Sayang… jom
kita pergi sana kejap.I jumpa baju yang lagi cantik lah.” Manja lenggokkan
Marisa.
“Okay sure.” Syafiq Rizal mengekori
Marisa.Dia tidak tahu Nur Alia berada disitu.
Marisa sengaja
mengambil tempat di hadapan Nur Alia.Dia ingin membuat Nur Alia cemburu.Nur
Alia terkejut apabila ternampak Syafiq
Rizal dan Marisa disitu.Syafiq Rizal memandang wajah Nur Alia
dihadapannya.Pantas dia mengelak pandangan itu.
“Sayang...
sesuai tak dengan I?” Marisa merapatkan badannya disisi Syafiq Rizal.
“Yes sayang.Nice!I rasa you sesuai sangat pakai baju ni sayang,dari perempuan
murah tu.” Perli Syafiq Rizal sambil memandang Nur Alia dihadapannya.
“Perempuan
murah?Apa you cakap ni sayang?”
“Tu perempuan
murah yang tak sedar diri depan I
ni.” Syafiq Rizal memandang Nur Alia.Nur Alia seperti ingin menangis mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.
“Ehh... you pun ada dekat sini Alia?Sorry I tak perasan you tadi.Rizal ni sibuk sangat suruh I cari
baju sampai tak perasan you ada dekat sini Alia.” Sengih Marisa memandang wajah
kelat Nur Alia.Marisa sengaja buat tidak tahu akan kewujudan Nur Alia di situ.
“Nevermind.” Jawab Nur Alia.Dia ingin
berlalu dari situ tetapi tidak sempat dia pergi, satu lagi ayat keluar dari
mulut Syafiq Rizal.Ayat itu sangat menyakitkan hati Nur Alia.
“Sayang,I rasa
kita pergi beli baju dekat tempat lain jela.Dekat sini mesti banyak baju yang
dah kotor sebab betina tu pegang.” Herdik Syafiq Rizal.
“Okey jom.” Ajak Marisa.Marisa tersenyum puas
melihat riak wajah Nur Alia berubah.
Nur Alia berjalan
seorang diri di Tasik Titiwangsa.Dia sengaja membawa dirinya ke situ.Dia
inginkan ketenangan untuk sementara waktu.Dia mahu melupakan segala yang
berlaku pada dirinya ketika itu.Tetapi bagi Nur Alia,dia tidak tahu kenapa
terlalu sukar di mahu melepaskan Syafiq Rizal.Ketika dia bercinta dengan Ashraf
Hakimi,tidak lah terlalu susah untuk melupakan lelaki itu.Tetapi setelah dia
berkahwin dengan Syafiq Rizal,hati Nur Alia berat untuk melepaskan Syafiq
Rizal.Padahal dia tidak mencintai suaminya itu.
Susah betul nak
lupakan kau Rizal.Kau dah bomoh aku ke?Atau aku dah mula sayang dekat kau?Ahh
tak mungkin.Ngomel Nur Alia.Nur Alia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu
menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq Rizal.
Awak... sy tahu awk masih marahkan sy.Sy
cuba untuk terangkan perkara yang sebenar dekat awk.Tapi awk tak nak dengar
cakap sy.Sy harap satu hari nanti awk akan dapat tahu kebenaran.Sy bersabar
lagi dengan awk Rizal.Tapi satu je sy minta dekat awk.Kalau awk nak kahwin
dengan Marisa,sy benarkan.Tapi sy nk awk ceraikan sy.Sebab sy tahu perkahwinan
kita bukan atas dasar cinta.Sy tak nak tipu mama dan abah lagi.Sy tak mahu tipu
ayah dan umi lagi.Sy harap awk faham apa sy maksudkan.Jadi sy tunggu awk
lepaskan sy Rizal.Sy harap awk cepat bertindak.Sy tak mahu teruskan keadaan sy
yang macam ni.Hidup sy tak tentu arah.Awk pulak happy dengan Marisa.
Syafiq Rizal
mendapat SMS dari Nur Alia.Dia membaca SMS itu sambil mengerutkan dahinya.Dia
tidak pasti dia perlu marah atau kesian akan keadaan Nur Alia sekarang.Dia
ingin melepaskan Nur Alia,tetapi bukan sekarang dia mahu lepaskan isterinya.Dia
perlukan masa untuk melepaskan Nur Alia.Syafiq Rizal tidak membalas SMS Nur
Alia lalu memadam SMS tersebut.
No comments:
Post a Comment