BAB 54
Amirul Fahmi
memujuk Datin Fauziah supaya bersabar dengan apa yang telah berlaku.Sayu Amirul
Fahmi melihat Dato Kamal yang terlantar diatas katil.Amirul Fahmi tidak
menyangka Syafiq Rizal sanggup membuat maksiat bersama Marisa.
“Umi,ayah
maafkan Rizal… Rizal tak bersalah umi…” Syafiq Rizal yang baru masuk ke dalam
bili untuk melawat Dato Kamal meluru kearah Datin Fauziah.
“Berani Rizal
datang sini.Rizal tak malu ke apa yang Rizal dah buat?Tengok ayah kamu diserang
sakit jantung disebabkan Rizal!” Marah Datin Fauziah kepada Syafiq Rizal.
“Umi Rizal tak
buat umi…” Syafiq Rizal separuh merayu.
“Kamu ditangkap
kerana melakukan maksiat Rizal,kamu perlu bertanggungjawab.Umi nak kamu
menikahi Marisa,”
“Rizal tak akan
bernikah dengan Marisa.Please umi
Rizal tak bersalah,”
“Ini keputusuan
umi,kamu kena bernikah dengan Marisa!” Tegas Datin Fauziah kepada Syafiq Rizal.
“Tapi Rizal
sayang dan cintakan Alia sorang je umi.Alia isteri Rizal…”
“Kalau kamu
sayangkan Alia,kamu tak patut buat benda haram tu Rizal!” Rengus Datin Fauziah
tanpa melihat wajah Syafiq Rizal.Ketika mereka sedang bersembang Nur Alia masuk
kedalam bilik itu untuk melawat Dato Kamal.Langkah Nur Alia terhenti apabila terlihat
Syafiq Rizal berada disitu.Nur Alia dan Syafiq Rizal saling berpandangan.Nur Alia
berasa sangat sakit hati melihat wajah Syafiq Rizal lalu keluar dari bilik itu.
Syafiq Rizal
meluru keluar mendapatkan Nur Alia. “Lia… Lia... maafkan abang.” Syafiq Rizal
cuba menarik tangan isterinya,tetapi Nur Alia menepis.
“Abang tak
bersalah Lia…” Syafiq Rizal separuh merayu.
“Tak bersalah?Tak
sangka kan awak dan Marisa tu sama je!Hei Rizal kalau awak rasa saya ni tak
layak jadi isteri awak dulu kenapa awak kahwin dengan saya?Dari dulu lagi saya
cakap lepaskan saya tapi awak tak nak.Sekarang siapa yang malu?Awak kan?” Nur Alia
melepaskan geramnya yang disimpan didalam hati.
“Lia… abang
cintakan Lia seorang je percayalah!”
“Oh cinta.Ehh
kalau awak cintakan saya,awak tak akan buat maksiat dengan kekasih awak tu,”
“Sumpah abang
tak buat benda terkutuk tu dengan Marisa.” Syafiq Rizal memegang tangan Nur
Alia.
“Cukuplah Rizal let me go please… saya penat… penat.” Perlahan
nada suara Nur Alia.
“No… abang tak akan lepaskan Alia,abang
sayangkan Lia!”
Nur Alia hanya
diam sahaja mendengar kata-kata Syafiq Rizal.Nur Alia melangkahkan juga kakinya
dan meninggalkan Syafiq Rizal disitu.Dia tidak dapat menahan kesedihan yang
dialaminya ketika itu.Akhirnya jatuh jua air mata Nur Alia.Dia tidak tahu mana
ingin dia pergi ketika itu.Fikirannya serabut memikirkan mengenai kehidupannya.Nur
Alia tidak menyangka hatinya hancur untuk kali kedua kerana cinta.
Ya Allah kau
kuatkanlah hambaMu ini untuk menjalani setiap ujian yang kau berikan kepadaku.Sayu
hati Alia.
Abang tak akan
lepaskan atau ceraikan Lia.Abang akan buktikan bahawa abang tak bersalah.Rengus
Syafiq Rizal didalam hatinya.Syafiq Rizal tekad mahu memperbetulkan apa yang
sudah terjadi pada dirinya.Dia memandang isterinya yang sudah jauh
meninggalkanya disitu.
Mona yang baru
sahaja pulang dari Johor meluru masuk kedalam rumah dan mencari Marisa didalam
bilik.Mona terkejut apabila mendapat berita bahawa Syafiq Rizal dan Marisa di
tangkap khalwat.
“Marisa betul ke
apa yang aku dengar?” Mona bertanya kepada Marisa yang sedang menyikat rambut.
“Hai babe awal kau balik.Kau kata kau sebulan
dekat Johor.” Selamba Marisa.
“Aku balik sebab
dengar cerita yang kau kena tangkap basah dengan Rizal betul ke?”
“Yup…”
“Macam mana
boleh jadi macam tu Marisa…” Keluh Mona sambil meletakkan tas tangan di atas
katil.
“Entah aku pun
tak tahu.Ehh Mona aku nak keluar kejap, nanti kalau kau keluar jangan lupa
tutup pintu bilik aku ye… bye babe.” Marisa
meninggalkan Mona disitu.
Kau boleh jawab
tak tahu Marisa.Mona menggelengkan kepalanya lalu keluar dari bilik Marisa.
Marisa memandu
keretanya dengan senyuman lebar.Dia mendail nombor seseorang di telefon
bimbitnya. “Good job… kau tunggu sana
nanti aku sampai.” Kata Marisa pada seseorang yang dia hubungi itu.
Mona bergegas ke
hospital untuk melawat Dato Kamal,Mona ternampak Amirul Fahmi berada di luar
bilik Dato Fahmi.
“Hai Fahmi macam
mana keadaan uncle Kamal?” Tanya Mona
kepada Amirul Fahmi yang sedang membelek telefon bimbitnya.
“Ayah kena serangan
jantung Mona,”
“Ya Allah kesian
uncle.Aku tak sangka Rizal sanggup
buat benda terkutuk tu dengan Marisa.” Sayu Mona.
“Sama la dengan
aku Mona,Rizal tu baru je nak berbaik dengan Alia fasal salah faham gambar MMS
Alia dan Kimi, lepas tu timbul lagi satu masalah.Kali ni aku tak tahu macam
mana diorang nak selesaikan,”
“Kesian pula
dekat diorang kan Fahmi,”
“Nak buat macam
mana Mona, ini semua dah jadi.Diorang kena terima la dugaan yang menimpa.” Kata
Amirul Fahmi.
“Itu la… ehh aku
nak masuk tengok uncle jap kau dah
masuk Fahmi?”
“Aku dah tengok
ayah tadi, pergi la masuk umi pun ada dekat dalam.” Mona mengangguk lalu masuk
kedalam bilik Dato Kamal.Amirul Fahmi yang berada disitu beredar meninggalkan
hospital.
Berkali-kali
Syafiq Rizal menghantar SMS dan menelefon Nur Alia tetapi isterinya langsung
tidak menjawab.Keadaan Syafiq Rizal tidak terurus sejak Nur Alia
meninggalkannya.Syafiq Rizal tidak tahu kemana isterinya menghilangkan diri.Dia
cuba menghubungi Nur Alia lagi.
Lia… please jawab panggilan abang ni
sayang.Nur Alia masih juga tidak menjawab panggilan dari Syafiq Rizal.Syafiq
Rizal menyandarkan badannya di kerusi.Sudah 3 bulan Syafiq Rizal tidak
mendengar berita tentang isterinya sejak kejadian tangkap basah diantara Syafiq
Rizal dan Marisa.Syafiq Rizal keluar dari biliknya lalu bertemu dengan Rose
setiausaha Syafiq Rizal.
“Rose batalkan
semua meeting untuk hari ni.Mulai
esok saya tak datang office ,saya
cuti.” Kata Syafiq Rizal kepada Rose.
“Bila Encik
Rizal balik semula ke office?”
“I don’t know… if sesiapa tanya bila saya akan habis cuti, beritahu diorang awak
tak tahu.” Syafiq Rizal bergegas keluar dari Union Company.Setelah sampai ke
rumahnya, Syafiq Rizal mengemas pakaian lalu bergegas keluar pergi ke KLIA
untuk pulang ke kampungnya.Syafiq Rizal ingin pulang ke kampung untuk mencari Nur
Alia.Mungkin isterinya membawa diri balik ke rumah Tok Piah nenek Syafiq Rizal.
Tok Piah dan
Muaz sedang bersembang di halaman rumah sambil memakan buah mangga.Sambil
mereka sedang enak memakan buah mangga ,Muaz seakan tercekik apabila melihat
Syafiq Rizal sedang berjalan menuju ke arah rumah Tok Piah.
“Tok… tok tu
abang Rizal kan?Abang Rizal balik tok!” Jerit Muaz kepada Tok Piah
dihadapannya.
“Mana Rizal mana?”
Kelam kabut Tok Piah mencari cucunya itu.
“Assalamualaikum
tok…” Syafiq Rizal memberi salam.
“Waalaikumussalam
Rizal… awat hang sorang ja
ni,Lia mana?”
“Lia tak ikut
Rizal tok… tok sihat?”
“Alhamdulillah
sihat.” Jawab Tok Piah.
“Abang Rizal mai la join kami makan buah mangga.Kalau
kak Lia ada mesti lagi best kan tok.”
Kata Muaz sambil tersenyum.
“Hang makan la Muaz sat lagi abang makan nah, abang
nak masuk rumah sat,”
“Awat dengan abang Rizal tu tok macam tak dak mood ja.” Seloroh Muaz.
“Tok pon tak tau
la Muaz.Sat tok masuk rumah pi tanya dia.” Tok Piah melangkah kaki
memasuki rumahnya.
“Rizal hang nak minum apa tok buatkan,”
“Ehh tak apa tok.”
Kata Syafiq Rizal yang sedang mengemas begnya.
“Hang mai Langkawi ni hang nak cari Lia ka Rizal?”
“Hmm dah 3 bulan
Rizal tak dengaq cerita dia tok.” Sayu
suara Syafiq Rizal.
“Lia bawa diri
la tu,siapa tak sedih kalau suami sendiri tidoq
dengan perempuan lain.” Selamba Tok Piah.
“Tok… Rizal tak
bersalah… ”
“Tok tau hang tak akan buat benda macam tu
Rizal.Tapi benda dah jadi hang tak
boleh nak patah balik.” Bebel Tok Piah.Dia memang percaya pada Syafiq Rizal,
Tok Piah pasti Syafiq Rizal tidak akan membuat perkara terkutuk itu.
“Rizal menyesal pi tolong Marisa hari tu…” Keluh Syafiq
Rizal.
“Sudah la tu… hang banyakkan berdoa bagi terbuka hati
Alia balik semula dekat hang,”
“InshaAllah tok,
Rizal nak sangat Lia balik pada Rizal.” Senyum Syafiq Rizal kepada Tok Piah.
“Haa baguih,kalau hang nak makan hang pi la
makan apa yang ada dekat dapoq tu nah.Tok tak sempat nak masak masakan
kegemaran hang.” Syafiq Rizal
mengangguk sahaja apa yang diberitahu oleh Tok Piah.
Syafiq Rizal
merehatkan dirinya diatas katil.Sambil dia baring, Syafiq Rizal melihat gambar Nur
Alia didalam telefon bimbitnya.Rindu Syafiq Rizal pada isterinya semakin
menggunung.Ketika Syafiq Rizal sedang asyik melihat gambar isterinya, telefon
bimbit Syafiq Rizal berdering tertera nama Marisa di skrin telefon bimbit.Syafiq
Rizal tidak menjawab panggilan Marisa itu.SMS Marisa juga tidak dibalas oleh Syafiq Rizal.Dia tidak
mahu sesiapa mengganggunya ketika itu.
“Ishh kenapa dia
tak angkat!SMS aku pun tak reply.Busy
sangat ke!” Rengus Marisa sambil menghentak kakinya.
“Hoi kau nak
marah pon agak-agak la Marisa.Tak payah la nak hentak-hentak kaki kau tu.” Marah
Mona yang menonton televisyen.
“Rizal ni kenapa
tak angkat call aku.Apa pula masalah
dia ni,”
“Aii tak kan tak
dapat lagi si Rizal tu.” Perli Mona.
“Tak lama lagi
kahwin la kami Mona,”
“Yeke Marisa?Yakin
sangat kau eh.” Cebik Mona.
“Mesti la.Alia
pun dah bawa diri sekarang entah pergi kemana entah.Kesian Rizal kena tinggal,”
“Macam mana
kalau Rizal pergi cari Alia?”
“Rizal pergi
cari Alia?Tak mungkin la Mona.Kalau Rizal jumpa Alia pon mesti Alia akan minta
cerai dari Rizal.Masa tu peluang aku nak jadi isteri Rizal sangat cerah.” Senyum
Marisa.
“Aku tak faham
la dengan kau ni Marisa,belambak lagi lelaki dekat luar sana si Rizal tu jugak
kau terkejar kejar kan?”
“Ehh mesti la
Mona, aku sayang Rizal tu lebih dari aku sayang diri aku sendiri,”
“Malas la aku
layan kau Marisa.” Cebik Mona.
No comments:
Post a Comment