Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 41)


BAB 41
Aisya memandang sayu wajah Nur Alia yang sedang terbaring diatas katil.Aisya masih tertanya-tanya kenapa Nur Alia boleh jadi begitu.Sejak tadi Aisya disitu melawat Nur Alia,dia tidak nampak kelibat Syafiq Rizal langsung.Aisya menggenggam jari jemari Nur Alia dan berharap Nur Alia cepat sedar dari pengsan.

“Akak... Lia kat mana ni…” Lemah suara Nur Alia bertanya pada Aisya.

“Alhamdulillah Lia dah sedar, Lia ada di hospital.Lia pengsan.” Senyum Aisya memandang Nur Alia.

“Akak jangan beritahu mama dan abah Alia masuk hospital ye.Lia tak nak diorang risau.” Rayu Nur Alia dalam keadaan lemah.

“Okey akak tak beritahu.Bagus la Lia dah sedar nanti akak hantar Lia balik rumah.Akak tunggu Rizal tapi sampai sekarang akak tak nampak dia,”

“Lia tak nak balik.Lia nak duduk rumah akak.” Wajah Nur Alia berubah apabila mendengar nama Syafiq Rizal.

“Kenapa ni.Lia bergaduh dengan Rizal ke?”

“Lia nak jelaskan  apa yang berlaku tapi Rizal tak nak dengar… ” Tiba-tiba air mata Nur Alia menitis.Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi.

“Apa yang Lia nak jelaskan  pada Rizal?” Aisya mengerut dahinya mendengar  kata-kata Nur Alia.Dia pasti ada sesuatu yang terjadi.

“Dari awal lagi Lia dah beritahu dia,Lia nak keluar dengan Liana.Rizal izinkan Lia keluar.Bila Lia sampai rumah, Rizal bertanya lagi Lia pergi mana.Lepas tu Rizal tunjuk gambar Lia dan Kimi sedang membeli cincin.Lia nak jelaskan  pada Rizal yang sebenarnya Kimi nak beli cincin tu untuk  Liana.Kimi minta pendapat Lia.Masa tu kebetulan Liana pergi toilet semasa Alia dan Kimi sedang membeli cincin.Lia tak sangka disebabkan gambar tu,Rizal marah dan halau Lia kak.” Laju air mata Nur Alia menitis selepas menceritakan apa yang berlaku.

“Sabar Lia… mungkin Rizal terlalu marah sampai dia tak nak dengar penjelasan dari Lia.Tak apa nanti Lia pergi jumpa Rizal dan jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.Kesian Lia tak fasal-fasal berjahit luka didahi Alia tu.” Senyum Aisya sambil mengusap pipi Nur Alia.

“Lia tak tahu Rizal dapat terima Lia lagi ke tak.Biarlah parut ni di dahi Lia.Lia akan ingat sampai bila-bila parut ni.” Keluh Nur Alia.Dalam kepala Nur Alia ligat memikirkan Syafiq Rizal.Dia pasti jika dia menjelaskan apa yang berlaku mesti Syafiq Rizal tidak mempercayainya.Nur Alia dapat merasakan bahawa Syafiq Rizal tidak akan terimanya lagi.

“Lia kau dah sedar!Macam mana kau boleh jadi macam ni Lia… Rizal mana?” Liana datang bersama Ashraf Hakimi meluru kearah Nur Alia.

“Aku tak tahu Liana…”

“Rizal ke penyebab awak jadi macam ni Lia? ”Kendengaran suara Ashraf Hakimi tegas bertanya kepada Nur Alia.

“Salah faham je Kimi.Rizal ingat Lia keluar dengan kamu,padahal Alia keluar dengan kamu dan Liana.” Kata Aisya kepada adiknya itu.

“Apa lagi yang Rizal tu nak cemburukan dengan saya ni kak.Saya dah nak berkahwin dengan Liana.Rizal tu memang nak kena ajar!”Ashraf Hakimi merengus geram.

“Kimi jangan buat apa-apa pada Rizal.Ini semua salah faham je.Biar marah Rizal tu reda dulu.Lepas tu baru jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.” Marah Aisya kepada Ashraf Hakimi.

“Tapi kak Aisya, kesian dekat Lia dia tak bersalah.” Sayu Liana memandang wajah Nur Alia.

“Tak apa Liana aku dah biasa dengan perangai Rizal tu.Rizal baran orangnya.” Kata Nur Alia.

“Sabar ye Lia.InshaAllah semuanya akan kembali pulih.Kami balik dulu,esok pagi akak datang ambil Lia okey.” Senyum Aisya sambil mengusap kepala Nur Alia.Setelah mereka keluar dari situ Nur Alia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Amirul Fahmi.

“Assalamualaikum Fahmi,”

“Waalaikumussalam.Lia awak dah sedar?Alhamdulillah,macam mana keadaan awak sekarang?Dahi awak sakit lagi tak?”

“Ye dah okey.Fahmi thanks sebab tolong saya,”

“Sama-sama.Apa yang berlaku Lia?”

“Sebenarnya hmm… Fahmi nanti saya cerita pada awak ye.”

 “Okey Lia awak pergi rehatkan diri.Assalamualaikum…” Talian ditamatkan.

Nur Alia mengeluh panjang, dia tidak menyangka Syafiq Rizal akan bertindak sedemikian.Bagaikan mimpi ngeri bagi Nur Alia.Ingin dia menghubungi Syafiq Rizal ketika itu tetapi dia tidak mampu untuk menghubungi suaminya.Dia risau jika Syafiq Rizal masih lagi marah padanya.Nur Alia cukup faham dengan ego lelaki itu.Mungkin Syafiq Rizal perlukan masa untuk tenangkan dirinya dahulu.Penat Nur Alia memikirkan Syafiq Rizal lalu dia tertidur disitu.

“Akak… Lia pinjam baju akak dulu ye.” Ujar Nur Alia kepada Aisya disebelahnya.

“Pakai  je Lia,lagipun banyak baju akak dalam almari tu.” Senyum Aisya.

“Terima kasih kak.Kimi mana kak?”

“Kimi tinggal rumah kawan dia untuk sementara waktu. Lia makan nasi goreng atas meja tu dari semalam Lia tak makan apa-apa pun,”

“Kesian Kimi kena tinggal rumah kawan dia.Tak apa nanti Lia cari rumah sewa.” Ujar Nur Alia sambil menyenduk nasi  goreng ke dalam pinggan.

“Ehh Lia tinggal je dekat sini.Tak lama lagi Kimi tu dah nak terbang ke Australia dengan Liana.Tinggal la akak sorang-sorang dalam rumah ni,”

Best kan diorang kak.Nanti Liana dapat baby mata biru la.Akak kejap lagi Liana nak pergi office kejap.” Senyum Nur Alia.

“Okey hati-hati bawa kereta tu.Akak pun nak pergi butik kejap lagi.Lia tak nak jumpa mama Lia ke?”

“Tak apa la kak lain kali Lia pergi jumpa mama, akak jangan beritahu mama ye apa yang berlaku pada Lia.” Rayu Nur Alia sambil memegang tangan Aisya.


“Iyelah akak diam.” Senyum Aisya sambil membuat isyarat mengzipkan mulut.

No comments:

Post a Comment