Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 47)


BAB 47
“Assalamualaikum  aunty.” Marisa memberi salam kepada Datin Fauziah.

“Waalaikumussalam Marisa.” Senyum Datin Fauziah lalu memeluk Marisa.

“Rajin aunty tanam pokok bunga.Cantik.” Marisa membelek Bunga Orkid dihadapannya.

Aunty memang suka sangat dengan bunga,”

“Marisa pun suka aunty.” Marisa duduk disebelah Datin Fauziah.

“Marisa datang nak jumpa Rizal ke?”

“A ah,Rizal ada tak aunty?” Marisa mencari kelibat Syafiq Rizal di situ.

“Rizal keluar kejap,nanti dia balik la tu,”

“Oh yeke.Aunty,kenapa Rizal tinggal rumah aunty?” Tanya Marisa.Dia sendiri pelik melihat Syafiq Rizal tidak tinggal di rumah sendiri.Mungkin disebabkan pergaduhan diantara Syafiq Rizal dan Nur Alia.

“Alia outstation,jadi Rizal tinggal rumah aunty kejap.Dia cakap bosan kalau tinggal sorang.” Senyum Datin Fauziah.

“Betul ke Lia pergi outstation aunty?Kesian Rizal kena tinggal.” Perli Marisa.

“Iye dia outstation.Kenapa Marisa tanya?”

“Sebenarnya Marisa nak tunjuk something dekat aunty.Marisa pelik juga macam mana aunty boleh cakap Lia pergi outstation.” Marisa mengeluarkan sekeping gambar dari tas tangan.Dia memberi gambar tersebut kepada Datin Fauziah.
“Ini Lia kan?Siapa lelaki sebelah dia ni.” Datin Fauziah mengerut dahinya.Dia tidak percaya apa yang dilihat.

“Hmm... sebenarnya dah lama Marisa nak beritahu aunty,tapi Marisa tak sampai hati.” Kata Marisa memandang Datin Fauziah.

“Siapa lelaki ni Marisa?”

“Dia kekasih Alia.Mereka dah lama bercinta aunty.Kesian Rizal kena tipu dengan isteri sendiri.” Selamba Marisa sambil membuat muka.

“Menantu tak tahu malu!” Datin Fauziah merengus marah lalu memberi semula gambar itu kepada Marisa.

“Sabar aunty.Mungkin diorang keluar nak beli barang agaknya,”

“Beli barang apa macam tu.Cuba kamu tengok gambar tu,diorang beli cincin sambil tersenyum mesra.Mesti diorang ada rancang sesuatu.” Ujar Datin Fauziah.

“Marisa tak tahu aunty apa yang Alia dan kekasih dia  rancang sebenarnya.Marisa kesian tengok Rizal sebab kena tipu dengan Alia.” Marisa memandang muka Datin Fauziah.

“Alia tu memang perempuan tak tahu malu,dah ada suami tapi menggatal dengan jantan lain.” Marah Datin Fauziah.

“Sabar aunty,Marisa pun tak percaya Alia sanggup buat Rizal macam tu,”

Aunty dah tak mahu dengar fasal Alia.Kamu nak minum?Kejap aunty masuk buat air ye.” Datin Fauziah melangkah masuk kedalam rumah.

Okay aunty.” Jawab Marisa sambil tersenyum puas.Lepas ni Rizal akan jadi milik aku sorang.Ngomel Marisa.

Syafiq Rizal sedang sibuk selesaikan tugasnya di hadapan laptop.Televisyen di hadapannya di biarkan tanpa sesiapa pun yang menonton.

“Kenapa tak tutup tv ni Rizal,membazir elektrik aje.”  Datin Fauziah mengambil alat kawalan jauh di atas sofa lalu menekan punat berwarna merah.

“Rizal tengah tengok tv tadi mama.” Mata Syafiq Rizal tertumpu di skrin laptop.

“Kalau iye pun,tutup la lepas dah habis tengok.Kamu ni sibuk dengan laptop tapi tv dibiarkan terbuka.” Bebel Datin Fauziah.

Sorry la umi,Rizal banyak kerja nak kena settle pula,”

“Ada je alasan kamu ni.Bila Lia habis outstation?Dah dekat 3 minggu kamu tinggal rumah umi ni.Lama Lia outstation.” Tanya Datin Fauziah memandang tepat kearah anaknya.

“Nanti dia balik la umi.Umi ni macam nak halau Rizal je.” Seloroh Syafiq Rizal.

“Kesitu pula kamu ni,umi saja la tanya kamu bila Lia balik.Sebab dah lama sangat kamu kat rumah umi ni.” Datin Fauziah membelek kertas kerja Syafiq Rizal di hadapannya.

“Biasa la umi,outstation kan ambil masa lama.Lagipun Lia tak kisah.” Syafiq Rizal berbohong pada Datin Fauziah bahawa Nur Alia ada kerja di luar kawasan.Dia tidak mahu menceritakan masalah yang berlaku antara dia dan isterinya.

“Kamu pun tak kisah la?Umi nak tanya kamu sikit Rizal.” Tegas suara Datin Fauziah.

“Tanya apa umi?” Pantas Syafiq Rizal menoleh memandang muka Datin Fauziah.

“Kamu dengan Alia ada apa-apa masalah ke?Umi dengar Lia curang dengan kamu.Betul Rizal?” Datin Fauziah memandang tajam wajah Syafiq Rizal.

“Apa umi cakap ni,Rizal tak faham,”

“Lebih baik kamu berterus terang Rizal.Sebelum kamu kahwin dengan Alia dan selepas kahwin dengan dia,Alia masih keluar dengan kekasih dia kan?” Nada suara Datin Fauziah sedikit berubah.Dia inginkan kepastian mengenai gambar yang diberi oleh Marisa tempoh hari.

“Hmmm... sebelum kahwin memang Lia ada kekasih.Tapi lepas Lia jadi isteri  Rizal,Rizal tak tahu diorang masih berhubung ke tak.” Syafiq Rizal meraup mukanya.

“Maknanya betul la apa yang umi tengok.Menantu tak sedar diri!”  Datin Fauziah tidak dapat menahan marahnya terhadap Nur Alia.Dia tidak menyangka Nur Alia sanggup berbuat begitu pada Syafiq Rizal.

“Apa yang betul umi?Kenapa marah-marah ni?” Syafiq Rizal mengerutkan dahinya.

“Lepas ni umi tak nak tengok muka Alia dan tak nak dengar fasal Alia lagi.Umi tak sangka dia sanggup curang dengan Rizal.” Datin Fauziah memegang bahu anaknya.

“Umi... tak guna pun kita nak marah dia.Rizal pun buat tak tahu dengan dia sekarang.Lama Rizal tak dengar cerita dia.Mungkin dah berkahwin dengan Kimi rasanya!” Marah Syafiq Rizal.

“Sudah la tu Rizal,kamu tinggal je kat rumah umi ni.Umi tahu kamu berbohong yang Lia pergi outstation kan?Padahal kamu berdua bergaduh.Umi tak sangka Lia sanggup buat kamu macam tu,”

“Tak apa umi,Rizal tak kisah.Rizal harap Lia akan menyesal atas apa yang dia buat.” Rengus Syafiq Rizal.

“Dia memang tak tahu nak menghargai.Menyesal umi sayang Alia.Lepas ni umi tak mahu ambil tahu hal perempuan tu lagi.Umi ingat Lia tu seorang yang baik.Boleh jadi isteri yang solehah tapi lagi teruk dari perangai Marisa.” Ujar Datin Fauziah.

“Susah kita nak menilai manusia umi.Rambut je sama hitam,tapi hati lain-lain.” Syafiq Rizal menyambung kerja semula.

“Betul tu,kenapa la umi tak terima je Marisa jadi menantu umi dulu.Tak apa lepas ni kalau masalah rumahtangga kamu tak selesai jugak,kamu ceraikan Alia dan bernikah dengan Marisa.Umi nak naik atas kejap.Kamu buat la kerja kamu ye.” Datin Fauziah meluru naik ke biliknya.

“Okey umi.” Senyum Syafiq Rizal.Dia sudah malas ingin memikirkan Nur Alia.Dia pasti Nur Alia sedang bahagia dengan Ashraf Hakimi sekarang.

Nur Alia bermain kalkulator di tangannya.Dia menekan-nekan punat kalkulator itu.Dalam fikirannya kosong ketika itu.Aisya memandang pelik pada Nur Alia.

“Apa yang Lia buat dengan kalkulator tu.Rosak nanti Lia ganti ye.” Perli Aisya.

“Lia bosan la kak.Hmm... Lia nak pergi melawat umi kejap lagi.Lama Lia tak pergi melawat dia.” Ujar Nur Alia.

“Lia pergi la melawat,”

“Tapi Lia nak akak temankan Lia boleh?” Nur Alia memandang Aisya dengan mengharap.

“Kalau pergi dengan akak,siapa nak jaga butik ni?”

“Alaaa...  kita tutup la awal.Please temankan Lia...” Nur Alia membuat muka kesian.

“Iyelah akak temankan.” Aisya menyusun barang yang berselerak di atas meja.

“Yeay!Thanks akak.” Nur Alia melompat girang.
Aisya membawa Nur Alia pergi kerumah Dato Kamal dan Datin Fauziah.Di dalam hati Nur Alia seperti tidak keruan ketika itu.Dia dapat merasai seperti ada sesuatu yang akan terjadi.

“Lia jumpa umi kejap ye kak.Mesti umi suka dengan puding Lia buat ni.” Nur Alia membelek bekas yang mengandungi puding itu.

“Okey akak tunggu dalam kereta jela ye.” Senyum Aisya.Nur Alia mengangguk lalu keluar dari kereta.

“Assalamualaikum umi.” Nur Alia memberi salam.Dia mencari kelibat Datin Fauziah.Selalunya waktu petang,Datin Fauziah akan berada di halaman rumah.

“Waalaikumussalam Lia.Mari masuk.” Jemput Dato Kamal.

“Ayah sihat?Umi mana,Lia tak nampak umi pun.Selalunya petang macam ni umi kan suka ambil angin di halaman,”

“Umi ada dekat dapur,kamu pergi la tegur dia.” Senyum Dato Kamal.

“Oh yeke,okey Lia pergi dapur kejap ye ayah.” Nur Alia meluru ke dapur mencari Datin Fauziah.

“Assalamualaikum umi.” Nur Alia ingin salam dan cium tangan Datin Fauziah tetapi tangannya ditepis.

“Kenapa datang sini?” Sinis pertanyaan Datin Fauziah.

“Err Lia... Lia nak melawat umi dan ayah.Lia ada buat puding untuk umi.Umi mesti suka.” Nur Alia terkejut akan kelakuan Datin Fauziah padanya.Dia menghulur bekas mengandungi puding itu kepada Datin Fauziah.

“Aku tak kebulur la nak makan puding kau ni!” Datin Fauziah mengambil bekas itu dari tangan Nur Alia lalu menghempas bekas itu ke lantai.Nur Alia terkejut melihat perbuatan emak mentuanya.

“Kenapa umi buat Lia macam ni?” Nur Alia memandang sayu puding yang bertaburan di atas lantai.

“Memang patut kau kena macam tu.Kalau ikutkan hati,nak je aku ambil puding tu baling dekat muka kau!” Marah Datin Fauziah kepada Nur Alia.

“Sampai hati umi,Lia datang sini nak melawat umi.Lia tak sangka umi sanggup buat Lia macam ni.” Sebak suara Nur Alia.Dia memandang wajah Datin fauziah dengan sayu.

“Ehh kau tak payah tunjuk baik dengan aku.Nak melawat aku konon.Entah apa yang kau rancang dengan kekasih kau hah?” Datin Fauziah memandang tepat muka Nur Alia.

“Apa umi cakap ni?”

“Buat-buat tanya pula dia.Menyampah betul aku dengan orang tak tahu nak mengaku salah.Aku ingat kau ni baik,boleh jadi isteri solehah pada Rizal.Tapi kau lebih teruk dari aku sangkakan.Dah ada suami tapi curang dengan jantan lain.Kau ni jenis perempuan tak tahu malu kan?” Sindir Datin Fauziah.

“Umi!Itu semua salah faham.Lia nak terangkan pada Rizal,tapi dia tak mahu dengar.Lia nak minta tolong dari umi beritahu Rizal sebenarnya ini semua salah faham.” Nur Alia membiarkan air matanya membasahi pipi.Dia memegang tangan Datin Fauziah supaya diberi peluang untuk menceritakan hal sebenar.

“Jangan pegang aku la!Kau ni memang menantu tak guna.Menyesal aku kahwinkan Rizal dengan kau.Lepas ni aku nak Marisa jadi menantu aku.Aku dah tak nak tengok muka perempuan murahan macam kau!” Datin Fauziah menolak Nur Alia lalu beredar dari dapur.

“Umi... umi... dengar apa yang Lia nak beritahu.” Nur Alia mengejar Datin Fauziah.

“Kau keluar dari rumah aku sekarang!” Arah Datin fauziah.

“Fauziah apa awak buat dekat Lia ni!”Dato Kamal menegur isterinya.

“Awak suruh perempuan ni keluar,sakit hati saya tengok muka dia.” Laju kaki Datin Fauziah menaiki tangga.

“Ayah tolong Lia… Lia nak beritahu hal sebenar tapi Rizal tak mahu dengar.” Nur Alia seperti anak kecil merengek kepada Dato Kamal.

“Ayah cuba pujuk Rizal nanti ye.Lia balik rumah dulu,apa-apa hal nanti ayah bincang dengan Rizal.” Senyum Dato Kamal memandang Nur Alia.

“Terima kasih ayah.Lia balik dulu.” Nur Alia berlalu keluar dari rumah Dato Kamal dan Datin Fauziah.Dia tidak sanggup lagi menerima cacian dari emak mentuanya.Ketika Nur Alia menuju ke kereta,dia ternampak Syafiq Rizal dan Marisa sedang ketawa mesra.

“Sayang,apa Lia buat dekat rumah umi you?” Bisik Marisa disebelah Syafiq Rizal.

“I tak tahu.” Syafiq Rizal melihat Nur Alia sedang berjalan menuju kearahnya.

“Hei perempuan apa kau buat dekat rumah umi ni?” Sinis pertanyaan Syafiq Rizal kepada Nur Alia.

Nur Alia tidak menjawab pertanyaan Syafiq Rizal.Dia melihat wajah Syafiq Rizal dan Marisa lalu terus menuju ke kereta.

“Hoi kau pekak ke!” Jerit Syafiq Rizal kepada Nur Alia yang sudah jauh dihadapan.

“Biarlah dia.Jom kita masuk sayang,mesti umi you suka I beli handbag untuk dia kan.” Manja suara Marisa.

“Okey jom.” Syafiq Rizal merangkul pinggang Marisa lalu menuju masuk ke dalam rumah.Dia membiarkan sahaja Nur Alia pergi dari situ.Buang masa sahaja jika dia mengejar isterinya.

Nur Alia meluru masuk kedalam kereta Aisya lalu menangis teresak-esak. “Lia kenapa ni?” Aisya kelihatan panik melihat Nur Alia tiba-tiba sahaja menangis.

“Lia benci dia kak…Lia benci!” Jerit Nur Alia didalam kereta.

“Shhh… bawa bertenang Lia.Cuba cerita dekat akak apa yang berlaku ni?”

“Umi dah tak nak tengok muka Lia kak.Umi pun benci dengan Lia.Apa salah Lia...” Laju air mata Nur Alia mengalir.

“Sabar Lia... Datin Fauziah tak tahu cerita sebenar lagi,”

“Lia tak tahu apa lagi yang Lia nak buat kak...” Keluh Nur Alia.

“Tadi Lia bertembung dengan Rizal dan Marisa?Diorang tegur Lia tak?” Aisya mengusap bahu Nur Alia.

“Rizal bahagia dengan Marisa sekarang kak,”

“Hmmm... sabar ye Lia.” Aisya memandang wajah Nur Alia yang dibasahi air mata.


“Tak apa,Lia boleh bersabar lagi kak.Tapi tak tahu sampai bila Lia boleh bersabar.Jom kita balik,sakit hati Lia kalau lama-lama dekat depan rumah Rizal ni.” Ujar Nur Alia.Aisya hanya mengikut cakap adik angkatnya.Aisya menekan pedal minyak lalu pergi dari situ.

No comments:

Post a Comment