BAB 45
Laju kereta MyVi
milik Aisya menuju ke butik Puan Lisa.Ketika didalam kereta mereka sedang asyik
mendengar bebelan suara Dj radio Era.Kedengaran lagu ‘Jangan Pernah Berubah’
dari ST 12 berkumandang di corong radio.
‘Kau
meninggalkanku tanpa perasaan..
Hingga ku jatuhkan airmata..
Kekecewaan ku sungguh tak berarah..
Biarkan ku harus bertahan..
Jangan pernah kau coba untuk berubah..
Tak relakan yang indah hilanglah sudah..
Jangan pernah kau coba untuk berubah..
Tak relakan yang indah hilanglah sudah..’
Pantas
tangan Nur Alia menukar siaran radio yang lain.Dia tidak sanggup untuk
menghayati setiap lirik lagu itu.Apabila Nur Alia mendengar lirik lagu itu dia
teringatkan Syafiq Rizal.
“Kenapa
Lia tukar radio lain, akak baru nak dengar lagu tadi.Best la lagu tadi Lia.” Kata Aisya disebelah Nur Alia.
“Tak
best pun kak… haa lagu ni best rancak je melodi dia.” Senyum Nur
Alia.Dia tidak mahu Aisya tahu apa yang dia rasai didalam hatinya ketika
mendengar lagu sebentar tadi.
“Alamak
!Mama ada dekat butik.” Nur Alia kaget melihat kereta milik Puan Lisa berada
diluar butik.
“Alaa
pandai-pandai la Lia beritahu mama okey.” Senyum Aisya.
“Akak
back up Lia tau.” Nur Alia sedikit
gelabah.Dia teruskan juga melangkah masuk kedalam butik.
“Assalamualaikum.”Aisya
memberi salam.
“Waalaikumussalam.Ehh
Lia pun ada.Lia tak pergi office ke
hari ni?” Puan Lisa mengerut dahi melihat Nur Alia berada disitu.
“Err
Lia sebenarnya… hmm Lia baru balik dari
outstation mama.” Tipu Nur Alia pada Puan Lisa sambil tersengih.
“Outstation?Berapa hari?” Tanya Puan Lisa
lagi.
“3
minggu je mama.Lagipun ada lagi baki 2 minggu so, lagi 2 minggu tu Lia rancang nak jaga butik mama kejap.” Sengih
Nur Alia.Aisya dihadapannya hanya tersenyum mendengar kata-kata Nur Alia.
“Seminggu
jela Lia outstation ni?Rizal tak marah
ke Lia datang sini,”
“Yup
seminggu jela sebab ramai yang tak dapat
hadir meeting.So Lia gunakan 2 minggu tu sebagai cuti.Rizal tak marah la.” Tipu Nur
Alia lagi.Dia serba salah sebenarnya menipu Puan Lisa.Tetapi Nur Alia tidak
mahu Puan Lisa tahu yang Nur Alia ada masalah dengan Syafiq Rizal.
“Budak
bertuah betul.Ni mesti lari dari office kan?So dalam 2 minggu,mama bagi Lia ambil
alih tugas mama,”
“Lia
cuti mama.Lagipun semua staf dah tahu.Okey mama,Lia tolong mama ye.” Senyum Nur
Alia sambil memeluk bahu Puan Lisa.
“Iyelah
Mama balik dulu nanti kirim salam pada Rizal,”
“InshaAllah
mama…” Nur Alia menyalam Puan Lisa.Setelah Puan Lisa keluar dari butik,Nur Alia
melepaskan satu keluhan.
“Amboi
mengeluh besar Lia,pandai eh Lia buat cerita.” Senyum Aisya.
“Aduh
kak Aisya, berdebar jantung Lia ni bila bercakap dengan mama tadi.” Seloroh Nur
Alia sambil mengusap dadanya.
“Jangan
kantoi sudah Lia,”
“Harap-harap
jangan la kantoi.Tapi Lia rasa mama akan tahu jugak la kak.” Nur Alia
membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
“Kenapa
pula?Alaa Lia kan kaki kelentong,”
“Hmm
serba salah pula Lia pada mama.Tapi nanti kalau Lia dah kantoi akak tolong la back up Lia.Please…” Rayu Nur Alia.
“Haa
boleh dengan syarat Lia kena belanja akak okey?”
“Okey
set!” NurAlia mengangkat kedua belah ibu jari kanan dan kiri menunjukkan tanda
‘thumbs up’.
Mona
yang sedang tekun membaca majalah sedikit terganggu dengan kelakuan Marisa
begitu manja sekali bercakap dengan seseorang.Mona sendiri pelik melihat Marisa
begitu gembira.Sambil bercakap Marisa memintalkan rambutnya kadang-kadang
langsir juga dipintal oleh Marisa.
“Okey
sayang you jangan lupa makan tau.Bye…”
Marisa tersenyum riang selepas habis bersembang di telefon dengan Syafiq Rizal.
“Hoi happy
nampak?Baru dapat anak ikan ke apa kau ni?” Mona hairan dengan kelakuan
Marisa tampak begitu gembira itu.
“Ini
bukan anak ikan,ini ikan jerung yang semakin jinak.” Senyum Marisa sambil
meneguk air yogurt strawberry Bliss.
“Maksud
kau?”
“Rizal
makin rapat dengan aku sekarang Mona.” Marisa tersenyum puas.
“Memang
la rapat sebab dia tengah ada masalah dengan isteri dia kan.Aku pelik la macam
mana Rizal boleh dapat gambar MMS tu eh?”
“Yang
kau tanya aku kenapa Mona,mana aku tahu.Entah-entah memang betul si Alia tu nak
kahwin dengan pakwe dia.Sebab tu diorang pergi beli cincin.” Seloroh Marisa.
“Ishh
suka hati kau je.Rizal tu pun satu,bukan nak bawa berbincang dengan Alia.Aku
rasa macam ada orang nak ganggu diorang la Marisa,”
“Siapa?Pakwe Alia?Ataupun
Fahmi?Aku tengok Fahmi pun dah terkejar-kejar si Alia tu.Apa yang ada pada Alia
tu pun aku tak tahu.Sudah la,malas aku nak bersembang fasal perempuan tu.Tapi
bagus jugak kalau Alia dan Rizal bergaduh sebab Rizal makin rapat dengan aku.” Marisa
bergegas ke biliknya meninggalkan Mona di ruangtamu seorang diri.Sampai sekarang masih lagi tidak tahu siapakah dalang disebalik semua ini?Siapakah yang menghantar MMS pada Syafiq Rizal?Adakah Ashraf Hakimi?Fahmi?Marisa?Atau musuh Nur Alia?Semuanya bakal terjawab
No comments:
Post a Comment