BAB 65
Nur Alia sedang
tidur di atas lantai bilik itu.Badannya terlalu lemah kerana terlalu banyak
menangis.Ketika Nur Alia sedang tidur,tiba-tiba pintu bilik itu
dikuak.Kelihatan dua orang masuk ke dalam bilik itu.Nur Alia seperti tidak
percaya apa yang di lihat dihadapannya sekarang.Nur Alia terkejut melihat
Syafiq Rizal dan Mona.Dia tidak percaya Syafiq Rizal sanggup menculik dirinya.
“Thanks Mona… i can handle her.” Ujar Syafiq Rizal.Mona berlalu keluar dari rumah
itu.
“Bangun Lia…” Syafiq
Rizal cuba menyentuh bahu Nur Alia.
“Lepaskan
aku!”Nur Alia cuba memboloskan dirinya dari Syafiq Rizal tetapi gagal.Syafiq
Rizal mendukung Nur Alia lalu dia meletakkan isterinya di atas katil.
“Maafkan abang…”
Kata Syafiq Rizal sambil mengesat air mata isterinya.
Nur Alia
memandang tepat pada wajah Syafiq Rizal.Dengan pantas tangan Nur Alia menampar
pipi Syafiq Rizal.“Kenapa kau sanggup culik aku?Kenapa!” Jerit Nur Alia sekuat
hati.
“Sebab abang
sayangkan Lia,abang tak boleh hidup tanpa Lia.” Syafiq Rizal memegang jari
jemari Nur Alia.
“Aku tak percaya
kau sayangkan aku Rizal.Dari dulu kau cuma anggap aku ni macam anak patung kau
je.Mustahil kau sayangkan aku.Padahal dalam hati kau tu masih lagi untuk Marisa,”
“Lia,please percayakan abang…” Syafiq Rizal
separuh merayu.
“Kau memang
jantan tak guna Rizal!Selepas kau buat maksiat dengan Marisa sekarang kau
keluar pula dengan perempuan lain!Lelaki jenis apa kau ni?Aku menyesal terima
kau jadi suami aku!”
“Sumpah abang
tak buat perkara haram tu dengan Marisa.Perempuan yang Lia nampak tadi,dia sepupu
abang.Abang yang rancang semua ni.Abang minta tolong Mona.Abang tak berniat nak
culik Lia.Abang nak Lia balik pada abang semula.” Ujar Syafiq Rizal memandang
Nur Alia dengan sayu sekali.
“Kau tipu!Aku
tak percaya dengan kau Rizal!” Jerit Nur Alia sambil menumbuk numbuk dada
Syafiq Rizal.
“Lia pukul la
abang sampai habis marah dan rasa benci pada abang.Selama ni abang buta.Abang
bodoh sebab terlalu lama menyimpan perasan pada Lia.Sejak abang di sekolah
menengah lagi abang dah lama sukakan Lia.Tapi lepas abang habis sekolah,abang
tak dengar cerita lagi fasal Lia.Semasa abang dan Marisa merancang untuk
berkahwin,Marisa membuat perangai.Abang rasa abang perlu melepaskan Marisa
kerana Marisa terlalu taksub untuk bersosial.Umi dan ayah juga memaksa abang supaya
tidak berkahwin dengan Marisa.Jadi umi dan ayah memaksa abang untuk mencari
calon isteri secepat mungkin.Masa tu abang buntu,macam mana abang nak cari
calon isteri abang pada masa yang singkat.Jadi abang menyuruh umi dan ayah yang
carikan.Kebetulan umi dan ayah abang kenal dengan keluarga Lia.Jadi mereka
bersetuju untuk kahwinkan kita.Selepas abang datang rumah Lia,abang perasan
yang Lia ialah budak perempuan yang abang pernah suka masa di sekolah dulu.Abang
sendiri tak pasti,abang perlu gembira atau sedih dengan perkahwinan kita.Sebab
abang takut Lia tidak boleh mencintai abang seperti Lia mencintai Ashraf Hakimi.Abang
pendamkan sahaja rasa sayang abang pada Lia.Abang hanya boleh berdoa agar hati
Lia dapat menerima abang sebagai suami Lia.” Panjang lebar Syafiq Rizal
menceritakan isi hatinya pada Nur Alia.Syafiq Rizal tidak boleh menyimpan lagi
perasaannya pada Nur Alia dia perlu berterus terang juga pada malam itu.
“Cukup Rizal…” Kata
Nur Alia kepada Syafiq Rizal.
“Lia jangan
tinggalkan abang.Bagi abang satu peluang lagi untuk abang buktikan cinta abang
pada Lia,”
“Kenapa abang
tipu Lia.Kenapa abang tak beritahu Lia awal-awal.” Nur Alia menangis teresak-esak
lalu memeluk suaminya.
“Maafkan abang
Lia… abang takut Lia tak boleh terima abang kalau abang berterus terang.” Syafiq
Rizal memeluk erat isterinya itu.Mengalir air mata Syafiq Rizal.
“Lia pun nak
minta maaf dengan abang.Sebenarnya Lia dah lama sukakan abang sejak kita di
sekolah dulu.Lia pun takut nak mengaku pada abang yang Lia sayang dan cintakan
abang,”
“Kita sama-sama
simpan perasaan yang sama Lia,cuma kita takut untuk mengakuinya.Abang sendiri
tidak tahu sebab apa,”
“Sebab abang
poyo…” Ujar Nur Alia lalu merenggangkan pelukannya.
“Kenapa pula
abang poyo?Habis tu Lia tak poyo?”
“Tak…” Senyum
Nur Alia memandang suaminya.
“Oh tak eh?Hmm
kalau Lia si pendek mesti betul kan?” Sengih Syafiq Rizal sambil mencuit hidung
isterinya.
“Apa cuit hidung
orang ni tak malu ke.Pendek itu comel tau.” Muncung Nur Alia.
“Abang rindu nak
cuit hidung Lia.Penat abang kejar Lia tau.Nasib baik malam ni dapat jugak,”
“Itu la siapa
suruh abang lambat sangat lari.Nasib baik Lia tak lari jauh lagi.” Senyum Nur
Alia memandang suaminya.
“Jangan la cakap
macam tu.Lepas ni abang nak ikat Lia.Confirm
Lia dah tak boleh lari dari abang.” Syafiq Rizal mencium dahi Nur Alia lalu
menarik Nur Alia didalam pelukannya.Dia sangat rindu akan isterinya.Nur Alia
membiarkan sahaja dirinya dipeluk oleh Syafiq Rizal.Lama dia tidak merasakan
kehangatan tubuh suaminya itu.Sedang mereka berduaan disitu.Malam itu adalah
malam pertama bagi Syafiq Rizal dan Nur Alia,setelah sekian lama mereka menjadi
pasangan suami isteri.
Amirul Fahmi
mundar-mandir menelefon nombor Nur Alia.Tetapi tidak dijawab Nur Alia.Datin
Fauziah yang berada di ruangtamu pelik melihat gelagat Amirul Fahmi.
“Fahmi kenapa
tak tidur lagi?” Tanya Datin Fauziah.
“Fahmi try call Lia.Tapi dia tak angkat.Fahmi
pelik la.Kalau Lia kena culik,mesti telefon bimbit dia tak boleh dihubungi,”
“Sabar la
Fahmi.Nanti kita akan tahu juga apa yang berlaku dekat Alia.” Datin Fauziah
memujuk Amirul Fahmi.
“Hmm okey
umi.Umi pergi la tidur ye.Kejap lagi Fahmi tidur.” Senyum Amirul Fahmi
memandang Datin Fauziah.
“Iyelah... kamu
jangan fikir sangat ye.Rehat sama.Umi masuk tidur dulu.” Datin Fauziah meninggalkan
Amirul Fahmi disitu.
Pagi itu Syafiq
Rizal menyediakan sarapan untuk dirinya dan juga Nur Alia.Dia bersiul riang
didapur sambil membuat sandwich dan nasi goreng.Nur Alia yang baru turun dari
bilik tidur tersengih melihat gelagat suaminya didapur.
“Pandai ke
masak?” Perli Nur Alia kepada Syafiq Rizal.
“Ehh dah bangun
ye pendek.Morning sayang!” Syafiq
Rizal mencium pipi Nur Alia.Syafiq Rizal melihat Nur Alia dengan pelik.
“Kenapa muka
abang macam tu?”
“Hmm you look so cute macam ni Lia.” Puji Syafiq
Rizal memandang Nur Alia.
“Hah?Cute?Cute
apa macam ni.Dah macam orang-orang yang duduk tengah sawah padi dah.Cuba
abang tengok t-shirt abang bagi Lia,besar giler.Ni haa seluar abang,ini belum
lagi abang bagi seluar panjang abang.Ini baru seluar pendek tau! Kalau tak
pakai seluar pun tak apa sebab t-shirt ni dah labuh sampai tutup lutut Lia.” Bebel
Nur Alia kepada Syafiq Rizal.
“Abang okey je
kalau Lia tak pakai seluar.Tak pakai baju pun tak apa.Seksi!” Syafiq Rizal
mengenyitkan matanya kepada Nur Alia.
“Gatal!” Nur
Alia membulatkan matanya lalu pergi ke ruangtamu.
Tiba-tiba
telefon bimbit Syafiq Rizal berdering lalu dia menjawab panggilan tersebut.
“Ye Mona
kenapa?”
“Rizal kau
jangan terkejut apa yang aku nak beritahu kau ni,”
“Apa yang kau
nak beritahu aku?”
“Marisa… Marisa
meninggal dunia,”
“Innalillahiwainnailaihiraji’un…
macam mana boleh berlaku?”
“Marisa accident masa dia balik dari clubbing.Dia mabuk teruk semalam.Tak apa
la Rizal aku nak beritahu kau yang tu je,”
“Okey Mona thanks… bye.” Syafiq Rizal menamatkan
panggilan.
“Alia… Marisa
meninggal dunia.” Kata Syafiq Rizal kepada Nur Alia.
“Innalillahiwainnailaihiraji’un.Kenapa?”
“Dia accident semalam,”
“Hmm mungkin
Allah lebih sayangkan dia.” Sayu Nur Alia.
“Abang harap dia
tenang di sana.Jom Lia kita makan,”
“Iyelah…” Nur
Alia mengekori Syafiq Rizal ke meja makan.
“Lia...
sebenarnya gambar MMS Lia dan Kimi tu,Marisa yang send dekat abang.Satu lagi fasal tangkap basah abang dengan Marisa
tu pun Marisa yang rancang,”
“Asstagfirullahhalazim.Yang
berlalu biarkan berlalu abang.Jom kita makan,wah bau macam sedap tapi rasa kita
tak tahu lagi.” Nur Alia menyuap nasi goreng yang dimasak oleh suaminya kedalam
mulut.Nur Alia menggangkat keningnya melihat Syafiq Rizal.
“Err kalau
angkat kening tu apa maksudnya?Sedap?Ke tak sedap?” Tanya Syafiq Rizal.
“Masakan anda
seperti meletup letup didalam mulut saya.” Nur Alia mengayakan dirinya seperti
Chef Jo didalam MasterChef Malaysia.
“Haha!Abang dah
cakap mesti sedap punya!” Ketawa Syafiq Rizal melihat gelagat Nur Alia.
“Pandai jugak
abang masak.Nanti abang boleh masak setiap hari.Yeay!” Ujar Nur Alia gembira.
“No way…” Syafiq Rizal menggelengkan
kepalanya.
“Alaaa…”
“Apa alaa... alaa…
Makan cepat,lepas ni kita pergi rumah mama.Mesti mama risau Alia tak balik rumah,”
“Alamak!Bukan
mama je.Mesti semua tengah risau.Lupa pula Lia nak beritahu diorang yang Lia
ada dengan abang.” Nur Alia menepuk dahinya.
“Haa nasib baik
abang yang culik Lia.Kalau kena culik dengan orang lain mesti Lia dah tak boleh
jumpa mama!” Gertak Syafiq Rizal.
“Sampai hati
abang kan!Abang,rumah ni memang rumah abang ye?”
“Yup… rumah ni
abang jarang duduk.Kadang-kadang je tinggal sini.” Ujar Syafiq Rizal.
“Patut la Lia
tak pernah nampak rumah ni,”
“Macam mana Lia
nak nampak,selalu je nak lari dari abang.” Senyum Syafiq Rizal memandang Nur
Alia.
“Okey la lepas
ni Lia dah tak lari…” Muncung Nur Alia.
“Buat lagi
muncung itik tu?Meh sini abang tarik mulut tu kang.” Nur Alia menepis tangan
Syafiq Rizal lalu berlari naik ke bilik.Syafiq Rizal mengejar Nur Alia dari
belakang.
wow...best!! so sweet..teruskan berkarya...walaupun simple tapi menarik ceritanya...
ReplyDeleteCASINOS CASINO - JTA Hub
ReplyDeleteThe CASINO. JT 남원 출장안마 HARBOR 오산 출장안마 Hotel & Casino 포항 출장안마 is an 진주 출장마사지 exciting destination for entertainment. The 강릉 출장샵 hotel offers a state-of-the-art gaming floor and