Tuesday, 9 June 2015

NOVEL : Mr & Mrs EGO(BAB 55)


BAB 55
Nur Alia termenung melihat baju yang dikeluarkan daripada almari.Nur Alia ingin mencari ketenangan di saat itu.Dia ingin jauh dari kebisingan dan kesibukkan kota raya.Dia ingin  pergi ke satu tempat yang boleh menenangkan jiwanya dan juga fikirannya yang 

berserabut.Pintu biliknya diketuk,lalu Aisya masuk kedalam bilik Nur Alia.

“Lia jom keluar makan lepas Maghrib nanti nak?” Tanya Aisya.

“Okey boleh je kak.” Nur Alia tersenyum manis.

“Ehh Alia nak pergi mana ni?” Aisya melihat timbunan baju di atas katil.

“Akak esok petang Lia nak balik rumah Tok Piah dekat Pulau Langkawi,Lia nak duduk sana kejap,”

“Haa bagus la kalau macam tu Lia,boleh tenangkan diri disana.” Senyum Aisya memandang Nur  Alia.

“Itulah… hmm akak nak ikut tak?”

“Kalau akak tak sibuk akak boleh la ikut,tapi nanti siapa nak jaga butik,”

“Betul juga tu kan.Hmm…” Keluh Nur Alia.

“Ala… kalau Lia takut pergi sorang ajak la Fahmi.” Sengih Aisya.

“Ajak Fahmi?Mengarut je akak ni.” Kata Nur Alia sambil membetulkan rambutnya.

“Mengarut apanya akak serius tau,”

“Nak ke Fahmi temankan Lia.Tak apa la Lia boleh pergi sana sorang,”

“Yelah Lia… nanti sesat dekat sana jangan kelam kabut ye.” Aisya sudah masak dengan perangai Nur Alia.Jika Nur Alia mempunyai masalah tidak kira kecil atau besar pasti Nur Alia akan kelam kabut.

“Tak apa Lia dah besar.” Cebik Nur Alia.

“Besar pun ada jugak orang culik,bukan budak kecil je orang culik.” Selamba Aisya.

“Akak ni saja tau takut kan Lia.” Muncung Nur Alia.

“Hehe lepas Maghrib jangan lupa ye.Cepat sikit bersiap.Lia kalau bersiap kalah pengantin!”

“Iyeee… lepas Lia habis packing barang, Lia solat lepas tu Lia bersiap ye.” Seloroh Nur Alia.Aisya hanya tersenyum dengan gelagat Nur Alia lalu keluar meninggalkan Nur Alia disitu.

Aisya memandu keretanya menuju ke kedai makan berdekatan Seksyen 13 Shah Alam. 

“Akak lepas ni jom kita tengok wayang, Lia bosan pula tinggal kat rumah.” Kata Nur Alia sambil menjamah Bihun Sup.

“Wayang apa malam-malam ni Lia?”

“Iron Man 3 dah keluar.Kita tengok la dulu tiket pukul berapa dekat Space U8.Ala… jom la kak bukan selalu.” Rayu Nur Alia sambil membuat muka kesian.

“Habis tu esok Lia dah nak bertolak ke Pulau Langkawi tak penat ke?” Aisya mengerut dahi sambil memandang Nur Alia.

“Ops!Lupa pula Lia nak beritahu Flight Lia petang.Jom la kak tengok wayang.” Sengih Nur Alia kepada Aisya.

“Iyelah… Lia ajak akak tengok wayang ni.Lia belanja eh?” Seloroh Aisya.

“Mesti la Lia belanja kak oi.” Selamba Nur Alia sambil menghirup Nescafe ais.

“Lia tak rindu dekat Rizal?” Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut Aisya.

“Huh?Rindu Rizal?Hmm tak…”

“Iye la tu,mulut cakap tak rindu padahal dalam hati rindu.” Selamba Aisya.

“Akak esok pergi butik pukul berapa?” Nur Alia mengubah topik perbualan mengenai Syafiq Rizal.

“Pandai eh ubah topik!Lia rasa Rizal dengan Marisa kahwin tak?” Tanya Aisya lagi.

“Err Lia tak tahu la kak.Esok akak pergi butik pukul berapa?” Nur Alia ingin juga mengubah topik.

“Haih budak ni.Lepas akak hantar Lia sampai airport akak pergi terus ke butik,”

“Haa kan senang akak jawab terus je.Ini tanya lagi fasal diorang.” Seloroh Nur Alia.

“Diorang?Siapa diorang tu?”

“Akak ni saja kan.Rizal dengan Marisa la.” Nada suara Nur Alia sedikit berubah.Di dalam hati Nur Alia masih lagi sakit disebabkan berita mengenai tangkap khalwat diantara Syafiq Rizal dan Marisa.

“Macam jealous je bunyi.” Sengih Aisya memandang muka Nur Alia sudah berubah.

“Tak la kak,”

“Eleh yela tu tak jealous!”

“Lia malas nak fikir fasal diorang tu.Jom kak pergi tengok tiket wayang pukul berapa.Takut nanti habis pula.” Ajak Nur Alia.

Keesokkan harinya Aisya menghantar Nur Alia ke KLIA.Nur Alia berlepas ke Pulau Langkawi dan selamat sampai disana.Nur Alia menyewa kereta di Pulau Langkawi lalu mencari hotel untuk dirinya.Selepas sahaja check in di hotel,dia keluar kembali untuk bertemu Tok Piah.Niat didalam hati Nur Alia ingin berjumpa Tok Piah.Laju dia memandu kereta menuju ke kampung Tok Piah.Sampai sahaja dikawasan  kampung Tok Piah,kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain.Nur Alia tersenyum melihat gelagat mereka.Dia rindu akan kampung itu.Nur Alia keluar dari kereta menuju ke rumah Tok Piah. 

“Assalamualaikum Tok Piah… tok…” Berkali-kali Nur Alia mengetuk pintu rumah Tok Piah dan memberi salam, tetapi tiada seorang yang menyahut salam Nur Alia.

“Hmm tak ada orang agaknya.Mungkin Tok Piah pergi rumah jiran kut.” Ngomel Nur Alia.Dia menuju masuk kedalam kereta. Mana aku nak pergi sekarang ye.Lepak pantai kejap lah petang-petang macam ni best jugak pergi sana.Nur Alia memandu keretanya menuju ke Pantai Cenang.

Nur Alia berjalan seorang diri di tepi pantai.Ramai orang yang berkunjung di pantai ketika itu.Setelah penat Nur Alia mencari tempat untuk merehatkan diri.Pantas dia teringat tempat Syafiq Rizal selalu merehatkan dirinya.Mata Nur Alia mencari tempat itu,tiba-tiba degupan jantung Nur Alia laju kerana terlihat seorang lelaki tidak jauh dari situ. “Rizal?” Sepatah perkataan keluar dari mulut Nur Alia.Dia ternampak suaminya sedang leka melihat permandangan pantai.Nur Alia pantas menyorokkan dirinya di sebalik pokok.Dia  tidak mahu Syafiq Rizal nampak Nur Alia disitu.Lama dia memandang Syafiq Rizal dari jauh.Dia rindukan suaminya,tetapi dia tidak mahu bersemuka dengan Syafiq Rizal kerana hatinya masih lagi sakit.

Tak sangka pula dia pun datang sini.Mungkin dia tinggal di rumah Tok Piah.Nasib baik aku tak tidur di rumah Tok Piah.Nur Alia melepaskan satu keluhan.Pada mulanya dia mahu tidur di rumah Tok Piah tetapi Nur Alia tidak mahu menyusahkan Tok Piah.Jadi Nur Alia tinggal sahaja di hotel.Dia tidak sanggup lagi melihat Syafiq Rizal,lagi Nur Alia melihat suaminya itu lagi bertambah rindu Nur Alia pada Syafiq Rizal.Dia bergegas pergi ke kereta lalu memandu pulang ke hotel untuk merehatkan dirinya.

“Abang Rizal!” Jerit Muaz yang berlari lari anak mendapatkan Syafiq Rizal yang sedang duduk di bawah pokok.

Awat Muaz?”

“Tadi Muaz macam nampak kak Lia.” Muaz menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Hah kak Lia?Mana dia?” Pantas Syafiq Rizal bangun dan mencari kelibat Nur Alia.

“Dekat tempat parking kereta…”

Apabila  mendengar jawapan dari Muaz,Syafiq Rizal terus berlari menuju ke tempat parking kereta.Dia mencari Nur Alia tetapi gagal ditemui.Syafiq Rizal kembali ke pantai semula dengan hampa.Dia duduk semula di bawah pokok sambil meraup mukanya.

“Jumpa tak?” Tanya Muaz.Muaz terpinga-pinga melihat gelagat Syafiq Rizal.


“Tak… mungkin kak Lia dah pergi…” Sayu nada suara Syafiq Rizal.Hati Syafiq Rizal sangat merindui isterinya ketika itu.Jika Nur Alia disisinya sekarang pasti Syafiq Rizal akan memeluk isterinya dan tidak akan melepaskan Nur Alia.Dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan Nur Alia.

No comments:

Post a Comment