BAB 23
Awan di langit gelap
dan menutupi bulan yang indah.Bintang di langit tidak bercahaya pada malam
itu.Burung hantu dan cengkerik diluar rumah Tok Piah berbunyi tanpa henti.Keadaan
didalam rumah Tok Piah hanya kedengaran suara pembaca berita dari televisyen.Nur
Alia yang berada di ruangtamu sedikit gelisah kerana Syafiq Rizal dan Tok Piah
belum lagi pulang ke rumah.
Mana Rizal dengan
Tok Piah ni tak balik lagi.Kenapa la aku tak ikut diorang tadi.Takut pula aku
tinggal sorang-sorang,ngomel Nur Alia dalam kegelisahan.Syafiq Rizal menemani
Tok Piah pergi ke rumah jiran pada malam itu.
Nur Alia mengambil
bantal dari bilik tamu untuk mengalas kepalanya lalu melabuhkan badannya
dihadapan televisyen.Ketika Nur Alia sedang leka menonton televisyen “Panggg!”
“Oh mak kau
meletup!” Nur Alia terkejut lalu duduk memeluk bantal.Debaran jantung Nur Alia
semakin kencang dek bunyi yang kuat itu.Nur Alia melihat satu per satu barang
di ruangtamu itu.Bunyi apa pula tu?Ishh jangan la kacau.Aku dah la tinggal
sorang-sorang ni.Rizal... mana awak ni cepat la balik.Tiba-tiba kedengaran Tok
Piah memberi salam diluar rumah.
Tuk…Tuk…Tuk…
Kedengaran pintu rumah diketuk seseorang.
“Assalamualaikum.Lia
buka pintu ni kami dah balik.” Tok Piah memberi salam sambil mengetuk pintu.
Ya Allah diorang
dah balik!Fuhhh nasib baik,ngomel Nur Alia didalam hati.
”Waalaikumussalam.Ye
tok kejap Lia bukakan.” Nur Alia bergegas membuka pintu untuk Tok Piah dan
Syafiq Rizal.
“Kesian Alia dok soqang kat qumah.Tadi ajak pi Lia
tak mau ikut.Ehh... awat Lia berpeluh ni?” Tanya Tok Piah.Muka
Nur Alia sedikit berpeluh.
“Tak apa tok.Lia
dah biasa dah tinggal sorang.Tadi Lia dari bilik air basuh muka.Mungkin Lia tak
lap bagi kering muka ni.” Nur Alia terpaksa berbohong pada Tok Piah.Dia tidak
mahu menceritakan apa yang berlaku tadi.
“Lia ambil bihun
goreng ni hidang dalam pinggan.Nanti boleh makan sekali.” Syafiq Rizal memberi
bungkusan bihun goreng kepada isterinya.
Tidak sempat Nur
Alia ingin berlalu pergi dari situ Syafiq Rizal menarik tangan isterinya dan memandang
wajah Nur Alia. “Ehh... awak kenapa ni Lia?Pucat semacam je.Awak sihat tak?Nak
pergi klinik?” Bertalu talu soalan Syafiq Rizal pada isterinya.
“Huh?Tak ada apa
Rizal,saya sihat je.” Senyum Nur Alia pada suaminya.Nur Alia tidak mahu
menceritakan pada Syafiq Rizal apa yang sebenarnya berlaku.Jika dia menceritakan
pasti Syafiq Rizal akan ketawa pada dirinya.
“Seriously awak okey Lia?Nanti kalau jadi
apa-apa susah pula nanti.” Syafiq Rizal masih lagi memandang wajah isterinya
itu.Dia sangat risau akan Nur Alia.
“Iyee Syafiq Rizal.Saya okey laaa... Saya nak
pergi dapur ni lepaskan tangan saya boleh?” Nur Alia mengangkat kening pada Syafiq
Rizal dan memberi isyarat pada suaminya supaya melepaskan tangannya.
Ehh sombong pula
budak pendek ni.Aku tanya boleh pula angkat-angkat kening.Nanti sakit baru tahu
nak cari aku!Ngomel Syafiq Rizal didalam hati.
Syafiq Rizal
mengambil angin di tangga luar rumah sambil membelek telefon bimbitnya.Tok Piah
berada didalam bilik sedang menunaikan solat Isyak.Nur Alia pula sedang sibuk
didapur berseorangan.Ketika masing-masing dengan hal sendiri “Tup!” Satu rumah
Tok Piah gelap gelita. “Arghhhh!” Kedengaran
suara Nur Alia menjerit didapur.
“Haa... sudah
elektrik takda pula.Rizal pi tengok sat pasaipa.” Kata Tok
Piah kelam kabut melipat telekung lalu mengambil lampu suluh dan pergi ke
ruangtamu.
“Okey tok.Sat... sat... ” Syafiq Rizal menyuluh ruangtamu menggunakan lampu dari
telefon bimbitnya.
“Rizal!Awak
dekat mana... !” Jerit Nur Alia didapur.Nur Alia berpeluh dalam keadaan gelap dan tiada angin disitu.Sebenarnya
Nur Alia takut pada gelap.Sepanjang dia berada dalam gelap itu dia memejamkan
matanya.
“Laaa... Rizal
awat hang tak pi cari Alia kat dapoq tu.Dah
la gelap ni!” Bebel Tok Piah.
“Aduh!Lupa pula
tok.Ye kejap Lia saya datang ni!” Syafiq Rizal berlari anak ke dapur
mendapatkan isterinya.
Syafiq Rizal
menghampiri Nur Alia yang sedang duduk menutup telinganya itu. “Lia... Lia... bangun
saya ni.” Nur Alia dengar akan teguran Syafiq Rizal lalu dia membuka matanya dan
memeluk suaminya.
Kesian minah ni
takut gelap rupanya,ngomel Syafiq Rizal didalam hati.Syafiq Rizal membawa Nur Alia
ke ruangtamu dan pergi memeriksa suis utama diluar rumah.
“Tok... Rizal
rasa satu kampung takda elektrik ni.Rumah
Tok Imam pun gelap,”
“Tudiaa... jenuh panas la kita malam ni.Nak tunggu ada balik elektrik taktau bila nak ada.” Bebel Tok Piah
yang sedang mengipas mukanya dengan surat khabar.
“Itulah tok.Tunggu
la sat lagi ada la kut.” Kata Syafiq Rizal
lalu bersandar di dinding.
Nur Alia yang
berada di sebelah Syafiq Rizal diam membisu.Mungkin Nur Alia masih terkejut
dengan apa yang terjadi malam itu.
“Ehh pendek awak
memang takut gelap eh?” Syafiq Rizal membisik ditelinga Nur Alia disebelahnya.
“Hmm ye... sebenarnya
sebelum elektrik tak ada lagi saya memang tengah takut.Sebab masa awak dan Tok
Piah tak balik lagi,ada sesuatu terjatuh.Tapi saya tak nampak benda apa yang
jatuh.Itu yang muka saya lain macam je tadi.Lepas tu sekarang elektrik tak ada
pula.” Nur Alia menundukkan wajahnya.
“Hehe penakut
juga awak ni kan,”
“Ehh cuba kalau
awak sorang,awak pun mesti takut juga!” Nur Alia mencebik lalu mencubit peha Syafiq
Rizal.
“Aduh!Sakit la,jangan
cubit boleh tak.Nanti saya terjerit.Tok Piah terjaga dari tidur saya yang kena
bebel,”
“Biar Tok Piah
membebel dekat awak.” Jeling Nur Alia.
Ketika mereka
berpanasan didalam gelap akhirnya Syafiq Rizal terlelap disitu.Nur Alia masih
lagi tidak dapat melelapkan matanya.
Kenapa la mata
ni tak nak tidur lagi.Tok Piah dengan Rizal dah lama dah tidur.Tak boleh jadi
ni,baik aku tidur kejap lagi benda apa pula yang jatuh!Nur Alia melihat Syafiq Rizal
bersila dan bersandar di dinding.Hmm... agak-agak Rizal perasan tak eh kalau
aku tidur atas peha dia?Nak tidur atas bantal nak kena pergi ambil dalam bilik.Memang
tak la aku nak pergi ambil dalam gelap-gelap ni.Mamat ni kalau dah tidur memang
tak akan terjaga punyalah.Hey mamat
poyo,pinjam peha awak kejap eh.Ngomel Nur Alia lalu meletakkan kepalanya diatas
peha Syafiq Rizal.
Keadaan di
ruangtamu sunyi sepi ketika itu.Syafiq Rizal terjaga kerana nyamuk begitu
banyak didalam gelap dan mengigitnya.Dia melihat kepala Nur Alia diatas
ribanya.Syafiq Rizal tersenyum melihat isterinya yang sedang tidur
nyenyak.Syafiq Rizal tidak menghiraukan nyamuk yang menggigitnya tetapi dia
menghalau nyamuk yang menggigit Nur Alia.Di dalam keadaan sekeliling yang suram,Syafiq
Rizal memandang wajah isterinya lalu terlelap semula disitu.
wow!!!sweet...best...-nhm
ReplyDelete