BAB 24
Marisa memandu
keretanya ke destinasi yang ingin dituju.Perasaan rindu pada Syafiq Rizal kian
membuak-buak.Marisa tekad ingin berjumpa Syafiq Rizal.Telah banyak kali Marisa
menelefon Syafiq Rizal tetapi lelaki itu tidak menjawab panggilan telefon dari
Marisa.
“Good Morning Cik Marisa ,ada apa-apa
yang boleh saya bantu?” Tanya Rose setiausaha Syafiq Rizal.
“Morning... Encik Rizal ada tak Rose?Saya
nak jumpa dia kejap,”
“Sorry Cik Marisa... Encik Rizal tak ada
dalam minggu ni.Dia ada meeting di
Pulau Langkawi.” Senyum Rose.
“I see,thank you Rose.” Marisa beredar
dari situ.
Rizal ni pergi
Langkawi tak beritahu aku.Pergi diam-diam macam tu je sampai hati buat aku
macam ni,ngomel Marisa.Marisa merancang ingin melawat Datin Fauziah dan
bertanya khabar pada wanita itu.Sampai sahaja di rumah Datin Fauziah Marisa
ternampak Datin Fauziah sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
“Assalamualaikum
aunty.Rindu Marisa dekat aunty.” Senyum Marisa lalu memeluk Datin
Fauziah.
“Waalaikumussalam
Marisa Alhamdulillah khabar baik.Marisa datang ni nak jumpa Rizal ke?Rizal tak
ada,dia pergi honeymoon.Minggu depan
baru dia balik,”
“Rizal pergi honeymoon aunty?Honeymoon dekat
mana?” Marisa mengerut dahinya.
“Iyee... dekat
Pulau Langkawi.Kalau Marisa nak chocolate
murah-murah suruh Rizal belikan dekat sana.” Senyum Datin Fauziah pada Marisa.
“Itulah kat sana
kan murah aunty.Marisa datang sini
nak melawat aunty,uncle Kamal mana?”
“Bagus la tu
lagi pun aunty bosan ni.Boleh aunty ajak Marisa bersembang,uncle Kamal keluar jumpa kawan dia
kejap.Mari masuk,aunty buatkan air,”
Marisa mengekori
Datin Fauziah,didalam fikirannya ligat memikirkan hal Syafiq Rizal.Rizal pergi meeting ke honeymoon sebenarnya?Macam mana aunty
Fauziah cakap Rizal honeymoon di
Langkawi,padahal tadi di office Rose
cakap Rizal pergi meeting di
Langkawi?Macam ada yang tak kena dengan Rizal.Ngomel Marisa didalam hati.
Ketika menunggu
Datin Fauziah membuat air didapur,Marisa menghantar SMS kepada Mona.
Weh
Mona aku nak pegi Langkawi ada hal skit,kalau kau takut tinggal sorang kau pegi rumah Sofie ye…
Selepas 5 minit
Mona membalas
Ehh kau pegi sne wat
ape ??yelah nanti aku bagitahu Sofie pegi sne jgn lupa blikan coklat utk aku
yee!!
Marisa tersenyum
melihat SMS dari Mona sebenarnya
memang dia ada hal yang sangat penting.Marisa mahu berjumpa dengan Syafiq Rizal
di Pulau Langkawi dan ingin menyiasat apa sebenarnya yang telah berlaku, meeting atau honeymoon.
“Lia petang ni
jom kita pergi makan KFC nak?Saya lapar KFC pula.” Ajak Syafiq Rizal.
“Makan KFC?Dekat
mana?”
“Dekat pekan
la.Apa awak ingat dekat Pulau Langkawi ni tak ada KFC ke.” Seloroh Syafiq
Rizal.
“Ehh saya tak
cakap pun macam tu okey.” Muncung Nur Alia.
“Soalan yang awak
tanya saya tu macam fikir Pualu Langkawi ni tak ada KFC je,”
“Mana ada la.Tok
Piah ikut tak?”
“Tok Piah tak
nak ikut.Kejap lagi saya belikan satu kotak KFC je dekat tok.” Ujar Syafiq
Rizal.
“Okey,”
“Awak pergi la
bersiap.” Arah Syafiq Rizal kepada isterinya.
“Awal lagi la
Rizal,”
“Awal apa
Alia.Dah pukul 5.00 petang dah ni.Nanti kalau kita balik lepas maghrib,bising
pula Tok Piah.Saya yang teruk kena bebel.” Kata Syafiq Rizal.Dia sudah kenal
dengan perangai Tok Piah.
“Yelah... yelah
kejap saya pergi tukar baju.” Nur Alia bergegas menukar pakaiannya.
Syafiq Rizal
hanya tersenyum melihat isterinya yang kelam kabut itu.Dia keluar untuk mengambil
angin sementara menunggu Nur Alia bersiap.
“Jom awak.” Nur
Alia mendapatkan suaminya di luar rumah Tok Piah.
Lama Syafiq
Rizal merenung wajah Nur Alia.Syafiq Rizal mengerutkan dahinya. Boleh tahan
juga minah ni tanpa make up.Natural beauty pula aku tengok isteri
aku ni.Puji Syafiq Rizal di dalam hati.
“Hello Encik Syafiq Rizal?Apa yang awak
tengok hah?” Nur Alia melambai-lambai tangan di hadapan muka suaminya.
“Hah ye... ye...
jom kita pergi.” Syafiq Rizal tersedar dari lamunannya.Mereka menuju ke
Restoran KFC berdekatan pekan yang berada di Pulau Langkawi.
“Awak nak order set apa Lia?”
“Hmm saya nak
set Snack plate jelah Rizal.” Ujar Nur Alia.
“Okey kejap eh.”
Syafiq Rizal pergi ke kaunter.
Nur Alia
membelek telefon bimbit di tangannya.Syafiq Rizal datang bersama dulang berisi
dua set Snack Plate.
“Kejap saya
ambilkan sos.” Nur Alia terkebil-kebil melihat gelagat suaminya itu.Kenapa dia
ni.Kelam kabut semacam je aku tengok.Hyperactive
la pula hari ni.Selalunya tak pula dia layan aku macam ni.Mood stabil agaknya hari ni.
“Awak nak sos
apa Lia?Sok cili?Sos tomato?Sos Thai?” Tanya Syafiq Rizal memandang Nur Alia.
“Apa-apa pun
boleh Rizal,”
“Okey jom kita
makan.Saya dah lama tak makan KFC.” Berselera Syafiq Rizal menjamah ayam KFC
itu.Nur Alia melopong memandang suaminya dihadapan.
“Awak lapar ye
Rizal?Tadi masa meeting di Cenang awak
tak makan?” Nur Alia kesian melihat Syafiq Rizal seperti orang sedang
kelaparan.
“Hehe.A ah saya
tak makan tadi Lia.Tak sempat la,”
“Patut la awak
lapar sangat.Kesian pula tengok awak setiap hari pergi meeting tu Rizal.Kalau awak penat,rehat la dekat rumah.Bagi saya
ganti tempat awak pergi meeting tu.”
Senyum Nur Alia.Dia kesian melihat suaminya itu terlalu rajin bekerja.Kadang-kadang
makan pun tidak sempat.
“Ehh tak apa la
Lia.Saya dah biasa macam ni.Lagipun meeting
tu bukan lama sangat.Dalam sehari tu mungkin 2 or 3 jam je meeting.Paling
lama pun 4 jam,”
“Habis tu yang
awak balik lambat kadang-kadang tu kenapa?Ooo awak pergi jumpa awek
ye?Entah-entah pergi mengorat awek mat saleh dekat pantai cenang tu.Orang laki
ni pantang nampak perempuan seksi.Nanti mula la mata tu gatal.” Selamba Nur
Alia berkata kepada suaminya.
“Oit
kadang-kadang saya sampai rumah lambat sebab saya bersembang dengan kawan-kawan
saya la.Dari saya mengorat awek mat saleh seksi yang bersidai di pantai cenang
tu,lebih baik saya mengorat awak yang seksi ni dekat rumah Tok Piah.” Seloroh
Syafiq Rizal sambil menjamah ayam KFC.
“Huh?Eleh iye la
tu…”
“Iye la.Kenapa
awak jealous ke kalau saya mengorat
awek mat saleh dekat pantai cenang tu?” Sengih Syafiq Rizal memandang
isterinya.
“Jealous?Tolong sikit ye.Kalau awak boleh
mengorat awek mat saleh tu,saya pun boleh je nak mengorat mat saleh yang handsome dekat Pulau Langkawi ni.Nasib
baik tak ada pelancong muka macam Lee Min Ho.Kalau ada,memang saya tak lekat
kat rumah dah.Setiap hari keluar dengan dia.” Selamba Nur Alia bercerita.
“Huh?Lee Ming
Hoho apa awak cakap tadi?Nama apek cina mana awak sebut tu Lia.Pelik-pelik la
awak ni,”
“Amboi sedap
mulut je cakap apek cina eh.Lee Min Ho tu artis Korea la!Susah betul cakap
dengan orang yang tak kenal artis Korea ni.” Cebik Nur Alia.
“Ya Allah,artis Korea ke.Orang sekarang gila
artis Korea betul la.K-Pop la katakan.Lia,lepas ni awak nak pergi mana-mana
tak?”
“Saya tak pergi
mana dah kut.Kita balik rumah terus la.Nanti Tok Piah marah pula kalau balik
lambat.Lagipun dah nak dekat Maghrib ni.” Nur Alia mengerling jam tangannnya.
“Okey kita balik
terus,”
“Awak makan satu
ketul lagi ayam saya ni.Saya dah kenyang la.” Nur Alia memberi satu ketul ayam
kepada Syafiq Rizal.
“Laa... kenapa
pula?Awak makan la Lia.Perut saya dah penuh ni,”
“Makan
la.Membazir je kalau tak makan.” Senyum Nur Alia.
“Iyelah...”
“Awak dah beli
KFC untuk Tok Piah?” Tanya Nur Alia.
“Oh belum lagi
la Lia.Kejap lagi kita beli ye.Saya nak pergi basuh tangan kejap.” Nur Alia
melihat suaminya itu pergi ke tempat basuh tangan.Nur Alia pelik melihat
perangai suaminya itu.
“Awak tak nak
basuh tangan ke Lia?Nak tolong saya basuhkan tangan awak tu?” Perli Syafiq
Rizal.
“Huh?Saya nak
pergi basuh la ni.” Nur Alia bangun dari situ lalu pergi membasuh
tangannya.Setelah Syafiq Rizal membeli KFC untuk Tok Piah,mereka pulang ke
rumah semula.
No comments:
Post a Comment